Pages

30 September 2015

#rotibypuanstoberi : Basic Bread & French Bread

Hihi. Sudah ada hashtag katanya.
2x sudah meroti.
Seronok betul kan meroti.
Maklum la menda baru.

Ce dah lama, harus ter peruk dalam kabinet.
Contoh dah ada iaitu Trio Slow Juicer.
Sebulan dua mmg hehari juicing. Lepas tu ..... kelaut china selatan. (T_____T)

Okay takpe. Meh ai ciwikan gambar2 ai meroti tu ari.
1st time buat roti guna Trio Bread Maker. Tu ari guna utk buat dough donat saja.
Buat roti basic. Masa tu kak ipar aku ada kat rumah. Buat bersama.
Basic bread guna Trio Bread Maker ni sangat lah senang.
Ikut je resepi yg dia bagi.
Hanya 6 jenis bahan je digunakan.
*Tepung (kami guna high protein flour)
*Minyak
*Gula
*Garam
*Air
*Yis.
Tapi semua ni ada sukatan dia lah. Tak buleh la ikut suka macam masak lauk pauk kan.

So, masuk je semua tu dalam bread maker. Tekan no. 1 - fungsi basic bread.
Tempoh dia dalam 3jam lebih.
Sbb kami buat dah malam. Dalam kul 10 lebih. Maka, kiterang biarkan je. Dan masuk tidur.
Pepagi bangun terus tgk roti dulu.
Teruja giler tgk dah menjadi seketul begini. Yang hitam tu kismis. Tak berapa nampak. Lenkali kena buh banyak sket.
Sebenarnya nak delay timer pun buleh. Katakan nak dia siap masak kul 6pagi, dan kita masukkan bahan dalam kul 12, maka kita delay timer sampai 3 jam. Nanti kul 3pagi pepandai lah dia godak sesorang. Kul 6 kang, InsyaAllah dah siap.



Yang ni kami amik mode "medium" utk crust dia. Tu yg dia macam coklat sgt kulit dia. Plus agaknya dah lama dia duk dalam mesin tu lps siap. 

Seterusnya. 
Pagi Ahad. Bangun terus rasa eh, nak buat roti jenis lain pulak lah.
See..skrg rasa nak makan roti, buleh terus buat. Apa jenis roti plak tu. Hehe.
Lepas Subuh terus meroti. Hihi.

Tapi, mesti ada orang kata, takat buat roti nak tunggu berjam jam, baik beli ja. Kannn...?
Tak kesah lah. Asal ai dapat buat roti sendiri. Home made roti yg gebu gebas.
Kali ni kita buat french bread.
Bahan2 still sama macam basic bread. Tapi ada yg dilebihkan sukatannnya. Macam gula mmg lebih sket utk french bread.
Tempoh pun still sama. But kali  ni aku amik mode "light" utk crust dia.
Lepas tu tunggu 3 jam. Dalam pada tu fikir2 nak cicah ngan apa.
Mula rasa nak cicah ngan mushroom soup je.
Tapi, alang alang lambat lagi masak, moh la kita ke ong tai kim. Beli barang nak buat kacang pool.
Hehe.
Orait. Next time ai share resepi kacang pool plak eh.


Lepas ni nak buat roti sandwich plak. White bread macam roti gardenia tu. Hihi.

Tazkirah Motivasi Pagi IKIM.FM : Bersangka Baik Dengan Allah

Topik motivasi pagi hari ni sangat bagus.
"Bersangka baik dengan Allah"

Mari kita share bersama.
Ustaz kata kita kena bersangka baik dengan Allah atas segala ujian.
Ujian sakit, ujian dalam rumahtangga dll.
Jangan cepat putus asa.
Macam kalau sakit, kita berusaha untuk mengubatinya.

Lepas tu ustaz bagi satu contoh. Contoh yang sangat tepat dengan keadaan kami sekarang.
Ada orang datang jumpa ustaz dan bagitahu dia dah kawen 7 tahun, tapi takde anak.
Ustaz tanya ada ikhtiar tak?
Orang tu jawab, memacam ikhtiar dah buat, termasuk berdoa di depan Kaabah
(wah.. sangat kena dengan kami, terus tanya myDH, awak pernah jumpa ustaz ni ker? Hehe).
Lepas tu orang tu cakap dia macam dah putus harap. Dia rasa mmg Allah taknak bagi dia zuriat.

Lalu ustaz ceritakan perihal Nabi Musa yang dikepung oleh Firaun.
Berlari bersama sahabatnya hingga ke laut.
Sahabat2 dah rasa putus asa. Rasa mmg habis la kena tangkap dek Firaun.
Tapi, Nabi Musa kata 'kita ada Allah. Jangan takut. Allah akan bantu'
Seterusnya jadi lah cerita laut terbelah dan Nabi Musa dapat lari dari Firaun.

Moral dari kisah Nabi Musa tu adalah jangan putus harap.
Sentiasa sangka baik dengan Allah yang Allah akan bantu kita.
Yakin seyakin yakinnya.
Tak boleh ada sekelumit rasa tak yakin dengan kuasa Allah.

Memang, terkadang memang kita akan ada rasa camtu.
Terkadang rasa macam2 dah buat. Macam2 dah doa. Sampai ke depan Kaabah. Berdoa di Hijr Ismail, berdoa di Raudhah.. Kadang rasa down.
Memang ada rasa begitu.
Tapi, tu lah .. kita manusia biasa dengan kekhilafan kita kan.

Sentiasa beristighfar, mohon Allah ampunkan dosa kita.
Perancangan Allah sentiasa melebihi perancangan manusia.
Perancangan Allah sentiasa terbaik.
Maka, bersangka baik dengan Allah.
Yakin dengan Allah.
Dan teruskan berdoa :)



*Disclaimer : Post/entry ini adalah bukan bermaksud saya sudah TIDAK SABAR dengan ujian Allah. Jadi, harap tidak disalah erti dengan mengatakan saya down dan tak sabar dengan ujian.
Post/entry ini adalah sekadar untuk sharing apa yg saya dengar pagi tadi. Ujian ini pelbagai dan bukan org takde zuriat saja ujian dalam dunia ini. Jadi, tazkirah ini boleh diaplikasi utk pelbagai ujian. Kalau tak sabar, dah lama saya duduk rumah taknak jumpa orang, berserah, tak berusaha. Bukan kah Allah dah janji, dugaan yg diberikan adalah sesuai dengan kemampuan hambaNya.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign