Korang stalk tak samada ada orang block korang kat FB atau tak?
Kalau korang tahu ada orang block korang, korang meroyan tak?
Takde la.
Sis tanya ja. Hehe.
Bagi sis, sis lantakkan saja. Nak block, silakan. Kau yg terhegeh2 nak add friend, kau pula yang nak block / unfriend. Kenapa sis kata add friend tu? Ya, sis jarang sesangat nak add friend. Hanya add masa awal2 join FB tahun 2008 tu, lepas tu dah takde. But, kalau ada yang sis add, memang sis akan jaga lah tak block/unfriend (at least,hide ja) sbb sis rasa tak ber adab pula, kita terhegeh nak kawan, kita pula sebok nak block/unfriend.
Sebenarnya kalau ada yang block kita, sis rasa (eh...menyampah pulak nak sis sis.. ketuk pala kang!). Okay ulang - sebenarnya, kalau ada yang block kita, aku rasa (haa.. best sket guna aku) mesti la ada sebab musabab. Orang takkan block tak semena-mena. Memang dia "perati" je tingkah laku ko. Contoh ada je tak kena. Orang upload gambar ni, kau down kan orang tu, orang cakap gini, kau betah kan tanpa mengira perasaan orang tu.
Simple sebenarnya hidup dalam laman sosial ni. Tambah lagi dah kertu. Yang umo dah 40-an bagai ni. Masih tak reti nak jaga perasaan orang ke. Kalau yg memuda dalam 20an tu faham lah. Mungkin orang kata masih hijau. Ni yang dah hijau pekat macam pokok nak tumbang pun masih perangai cam bebudak. Contoh la, kita upload gambar ngan kawan2. Datang la satu makhluk ni tetiba drop comment "eh, cantik lah! baju lah. Bukan kau yang cantik!"
Wah.. siap disclaimer nak cakap yang dia tulis cantik tu bukan utk kita.
Apa punya orang lah camni.
Datang kat "rumah" orang, tetiba nak drop komen konon lawak. Pi masuk raja lawak lah kalau nak lawak sangat.
Kita selalu kata orang body shaming.
Body shaming tu bukan hanya utk cakap - "hey, ko gemok lah!"
Yang drop komen cam contoh aku tu pun body shaming lah.
Aku pernah ya dapat komen camtu. Aku malas nak terasa hati, tapi orang yang menulis tu tak bleh fikir ke. Aku tak pernah minta pun pujian utk kata aku cantik. Aku tahu aku tak cantik. Aku tahu suami aku pun tak sehensem korang tu, aku tahu anak aku pun tak secomel anak2 sedara korang. Aku tahu tu semua, tapi kenapa sampai tergamak drop komen camtu. Aku pun kalau orang tu tak kawen lagi, pegang budak kecik, takde la aku nak tulis "hai.. bila nak kawen, dah ada tokoh tu, kawen la, dah terlajak2 tu, buat dihurung dek semut ja lambat kawen" Pedih tak? Pelik sesungguh aku. Kerja tempat2 elit, pangkat tinggi2, tapi budi bahasa out. Nak bergurau lah kononnya. Bukan aku tak boleh gurau. Boleh ja. Tapi, kenapa siap buat disclaimer bagitahu bukan nak kata orang tu yg cantik. Naseb la dia baru buat sekali. Kira dalam tempoh pemerhatian lah. Kalau selalu sgt buat perangai camtu, out you go lah. Patut lah keadaan kau macam tu (maaf... aku memang nak elak utk berkata bukan2, tapi kadang geram! Kita je nak jaga hati orang, orang main langgar ja. Kita je selalu beria nak tolong orang, tapi orang kalau bergurau lupa semua).
Itu satu, satu lagi jenis yang kalau kita upload apa2, ada je dia komen macam kita ni tak tahu apa. Contoh macam kau pergi bercuti lah. Katakan oversea. Tup tup beli beg LV. Datang dia, pi tulis "sis, tahu tak kat tempat sis pergi tu banyak handbag fake, hati hati ya sis"
Maigaaadddddd.... ko dah kenapa? Ko tahu idak orang tu beli kat mana. Tetiba ko komen macam kau tahu segala. Dan ini jenis yang memang kita perati, ada je tak kena. Kalau dia nampak menda tu lebih dari dia, mesti dia akan tunjuk good-good. Instead of kau drop komen camtu, molek kalau berikan solusi. Orang tu pun dah beli, dan kita jangan lah anggap orang ni tak tahu segala.
Entah lah. Orang kata, biaq pi lah orang nak post apa, tulis apa, FB dia. Ya. Tapi, utk biaq pi hang nak tulih apa kat komen post orang, toksah buat perangai lah. Pikiaqqqq dulu sebelum drop komen. Pikiaq. Satgi orang block dah meroyan pulak. Orang block ni bukan sbb sekali dua dia tgk perangai kita tau. Mesti dah banyak kali sampai dia tak tahan.
Dan, please. Biarkan je lah dia block. Banyak lagi kawan lagi. Rugi ke dia block kita? Ada dia bagi gaji kt kita? Ada dia belikan kita tiket katebang nak bercuti? Takde, kan? Takde, let it go saja. Takyah teriak2. Biaq pi.
Aku senang ja. Bukan aku tatau ada ja unfriend aku. Lantok lah. Ada tu sebab dia komen apa ntah kt post aku, lps tu aku macam balas balik. Pastu dia rasa macam aku marah dia kot. Pastu aku tgk dah takde dah posting dia lalu lalang kat wall. Selalu ada je. Pastu aku try search, dah tkde kt list friend (stalk lah jugak kan... hahaha.. ye lah..utk confirmation). Dah unfriend lah tu. Pastu kesah pulak aku. Lantak lah. Ni lagi satu spesis. Dah dtg komen kat posting orang, pastu sendiri tak tahan, sendiri unfriend. Kau fikir aku rasa rugi kau takde dlm list friend aku? Haha.
Macam aku kata tu lah. Kalau orang tu dulu dia yg add aku, lagi lah aku lantok kan. Sebuk nak kawan, sebuk pulak nak unfriend. Heh! And its vice versa. Kalau ada sesapa aku unfriend tu, maksudnya bukan la putus sahabat selama di dunia ni. Kan kita masih berkawan dalam alam realiti. Ini bermakna, biar lah kita berkawan di alam realiti saja kerana alam social belum cukup untuk kita memahami antara satu sama lain. Kerana apa yang ditulis dalam tu, telah diintepretasi dengan nada berbeza. Makanya, kekalkan lah persahabatan di alam realiti. Kalau pun fake di alam realiti, masih ada erti persahabatan tu.
Friend aku memang sket. Bak kata netizen "sis hehati, takde kawan ramai tu biasanya scammer". Lantak lah. Bukan aku juai barang pun. Ada takde, barang preloved aku. Itu pun mostly self pick up. Ko dtg amik barang, ko bayar lah. Kuasa lah nak pos2 ni. For me - quality adalah lebih baik dari quantity. Itu pun ada half dlm list of friends aku dah hide kan status aku. Lps tu aku dah unfollow jugak. Haha. Aku baru tahu, kalau hide tu dia tak boleh tgk trus any update. Aku ingat dia tak lalu kat wall orang tu ja. Mihmihmih. Naseb la. Bukan apa la, kadang malas lah, apa yang kita tulis kadang merata rata pegi nya. Pastu pi tafsir ke lain. Pastu perli2 pulak. Pastu jadi isu. Kadang kita tak tulis pasal office pun, udah deme kata kita cakap pasal office. Ya Tuhan.. uols ingat hidup mati aku kerana office je ke. Kome ingat aku takde life selain hal office ke. Apa ingat sbb kami husband n wife seoffice, makanya bila ada catatan tu bermaksud berkisar pada hal office je ke. How kelakar lah you. Dah. Jangan stalk. Aku takkan cakap apa2 lagi pasal office. Malas nak fikir. Aku sekarang fikir masa hadapan dan apa aku perlu buat utk peningkatan kendiri ja.
So, uols, mana yang nak unfriend dengan aiols, feel free to do so. Kot menyampah ka asyik post entah hapa hapa. Kalau korang rasa macam aku sorang je poyo acah acah pejuang susu ibu ka apa ka, unfriend ja. Kalau tak suka, takyah la stalk2 bagai. Atau pun, tak stalk kat FB, stalk kt sini pulak ke. Udah2 la tu. Kalau nak baca, baca ja. Takyah pulak jadi bahan cerita. Ni kang, dah jadi bahan membawang pulak "ko nak tahu..Ida tu kan, dia ada tulis kat blog dia kan gini gini gini" Amboi!