Pages

3 July 2019

Hello July!


Dah 3 Julai pun.
Hari ni last day of Syawal, kan?
Siapa dapat puasa sunat bulan Syawal dan dah habis ganti puasa, syabas diucapkan :)
Kakak?
Heeeheee..dapat 1 hari ja :D
Kakak kena ganti 13 hari.
Which is - 7 hari utk tahun ni, dan 6 hari utk tahun 2018.
Utk tahun 2016 (sebulan) dan tahun 2017, Alhamdulillah, dapat kakak settle kan.
Yang tahun 2018 ni, nanti kena bayar fidyah la.
Takpe. Dalam rezeki kita, ada rezeki orang lain tentunya.

So,
dah half a year.
What's ur achievement?
Ngeh ngeh ngeh.
Kalau last year, kakak belajar swimming, this year kakak join NGO yang bergiat aktif dalam bidang breastfeeding. 
Alhamdulillah, kakak dah jadi Breastfeeding Peer Counselor.
Macam tak sangka juga.
Sbb kakak memang target masuk umo 40 kakak memang nak join NGO.
Mengikut tahun, memang kakak dah 40 tahun pun.
Mengikut bulan, nun hujung bulan 12 nanti baru 40. Hehe :D

Then, my lil cutie pie, Rizq Iskandar.
He was 3 years old.
Eh. 3y1m to be exact.
Seorang yg banyak cakap like his mom. Haha.
Kadang ada bahasa yg mudah faham. Yang tak pelat langsung.
Tapi, kadang ada bahasa german dia keluar.
Terkadang sangat bossy.
No. Kakak punya style - siapa yang perlu ikut cakap siapa?
Tak mahu terlalu ikut kan perangai dia. Sbb dia tahu, apa dia nak semua dia dapat.
No. Tak boleh terlalu ajar macam tu.
Mission potty train n wean off still not accomplish.
*Sigh*

Selainnya.
Kami ada mencari rumah utk pencen kami.
Satu tempat yang calm and peaceful (moga2 berterusan begitu lah hingga kami pencen. Haha).
Kami plan utk jadikan homestay dulu before kami duduk lps pencen kelak.
My work.
Begitu lah adanya.
Kakak memang dah limitkan cerita berkaitan office.
Samada di sini, atau lelain media social.
Banyak lagi menda yang lebih menarik dalam dunia ni selain dari bidang kerja.
So, kalau kakak ada cakap2 pasal orang ke apa, tak semesti nya ianya adalah pasal orang office. Please ya. Don't "jumud" kan ur mind. Sket sket "tu ida cakap pasal si polan polan tu la" 
Hek ele.
Yup, my husband is also my office mate.
But, our world not only in the office.
Haku pun ada kawan kat luar. Haku pun ada family. Haku pun ada aktiviti sendiri. Hapa hingat hidup haku kat hofis je?
So, media social pun kakak dah limit kan. Kalau FB tu, orang tertentu ja buleh view my posting. Naseb lah. Kakak malas la orang nak stalk2 life kakak ni. Cewah. Perasan retis giteww.. tapi ye lah deme yang selalu buat kakak macam tu. Banyak kali dah tau. Dari dulu lagi. Dah la stalk posting kita, lepas tu membawang. Orang tak cakap gitu, dia pulak faham begitu, pastu manipulate post orang. Amboiiii.... Baca sendiri sendiri tak boleh ke? 
Last2 aku setting semua orang tak payah tgk lah posting aku tu :D
Senang je. Takde nak jerebu kepala hotak. Takkan sebab tu pulak kakak nak tutup FB, kan? 
Kakak dah tua lah... malas lah nak layan menda2 remeh ni. Cemuih dah. Uols tak cemuih ke bawak cerita sana sini, rajin buat speculation bagai ni? Apa takde life sendiri yang lebih indah ke? Kakak tanya je *cough cough*

So, selamat menempuh half year yang kedua.
Moga baik baik ja utk kita semua.
Kakak pun malas nak fikir2 byk.
Let it goes by ja.
Rezeki kita Allah tentukan.
Kakak bersyukur dengan semua rezeki Allah ni.
Uols pun, yang belum dikurniakan zuriat, kakak doakan agar dikurniakan zuriat secepatnya. Merasa nikmat mengandung dan menjadi ibu. Dan seterusnya dapat menyusukan anak dengan susu sendiri sehingga 2 tahun atau lebih.
Yang belum bertemu jodoh, maka cepat2 la juga dikurniakan jodoh. 
Yang belum bekerja, moga dimurahkan rezeki lah utk dapat kerja yang dapat menyara diri sendiri juga keluarga.
Yang belum beli rumah pun, dapat beli rumah, dapat menyimpan duit nak pergi haji, pergi umrah.

Akhir kata, disebabkan kakak dah tulis kakak limitkan cerita berkaitan office, makanya hadap lah gambar je. 
Pepandai lah buat penceritaan sendiri. Majlis apa, kat mana, kenapa, bila. Kakak malas nak layan. (tau.. nak kata kakak gemok la tu kan. Memang lengan dah macam paus. Tahu. Tak yah nak speculation kakak mengandung. Tumbuk kang!)

Hahaha. 
Bye!

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign