Last mak ayah Rizq pergi Cameron ni tahun 2014
Ada cerita di sini - Cameron Highland 2014
Sebelum tu tahun 2011 - Cameron Highland 2011
Sebelum tu pergi dengan kawan2 bujang. Tak igt tahun bila. Sebelum kawen lah tu. 2007 agaknya.
So, kali ini pergi dgn toddler.
Maka, kami skip lah tempat2 yg dah pernah pergi.
Carik tempat yg kids attraction.
Sekarang byk dia buat tempat ala-ala petting zoo.
Memula sampai je terus singgah kat Avant Choc.
Selama ni tak pernah nak singgah pun.
Singgah sbb katanya macam ada petting zoo. Dkt Green View Garden.
Betul lah ada.
Tapi dulu free ja. Nak bagi makan baru bayar utk beli makanan binatang tu.
Sekarang ni RM10/adult (T____T).
Lps tu dapat la 4 jenis makanan utk dibagi pada 4 jenis haiwan dalam tu.
Kecik ja pun tmpt nya.
Ada ayam, arnab, kambing ngan itik. Ikan pun ada.
Okay lah utk bebudak nak seronok. Cumanya, kenapa la cheapskate sgt. Kita bayar kot. Di baginya rumput kering potong pendek2 ja utk bagi ke rabbit. Halah! Sedih nau. Bagi la carrot ke kangkung ke. Utk kambing pulak rumput yg macam dia potong ja tepi2 jalan tu. Utk itik ada lah pallet. Ayam dia bagi dedak jagung hehalus tu. Ayam pun taknak makan dah (T___T).
Green View Garden ni cantik lah. Instagrammable katanya kan.
Sbb kaler2 gitu. Tapi petting zoo.. takyah pegi pun takpe kot.
Lagi tempat menarik kiterang pegi - Sheep Sanctuary.
Ha. Yang ni memang baru. Tapi dalam 2,3 tahun lepas jugak lah dah ada pun kan.
Ni kat Kea Farm.
Masuk sini hari kedua.
Rizq masa tu dah ngantuk2.
RM6/adult. Dapat la sepaket pallet utk diberi pada sheep.
Kakak yg jaga tiket masuk tu kata, bagi makan kat tapak tangan ja.
Dalam ni best. Kecik ja tempat dia. Dia macam kawasan berbukit gitu.
Tapi okay lah. Sbb macam luas mata memandang.
Lepas tu seronok juga bagi sheep ni makan.
Rizq dari mengantuk terus segar bugar kejo anak kambing (-_-")
Seronok dia bagi anak kambing makan.
Budak kecik ni memang pencinta haiwan sgt. Suka sesangat lah dia. Pegang loceng kambing lah apa lah.
Yang ni recommended. Best!
Tapi mungkin lah sbb kiterang pegi ni weekday. Tak ramai orang.
Rasa kalau weekend ka cuti sekolah ka, siap lah kau. Haha.
Rabbit pun ada dalam Sheep Sanctuary ni.
Makin seronok la si kecik tu.
Rabbit..makan...makan... katanya.
Selainnya kami pergi ladang teh.
Photoshoot jap.
Kami pilih ladang teh Cameron Valley TS1. Dia ada 2 tau ladang Teh Cameron Valley ni. TS1 tu yang lama tu. Dari Tapah jumpa ni dulu lah. Kt sini buleh turun sampai bawah. Bawah tu ada macam air terjun buatan. Cantik sini. Masuk kena bayar weh. RM3/adult. Kalau nak naik buggy sampai bawah RM12. Phew. Tak payah. Kiterang ambik gambar kat bawah2 sket ja. Rizq memang tak bagi kerjasama langsung masa ni sbb dia sebuk nak tgk rabbit. Hadoi.
Kalau ladang teh TS2 pulak - yang ni tempat baru. Nak ambik gambar pun ada had dia. Dia dah pasang palang. Tak bleh nak pergi kawasan pokok tea tu. Kalau TS1 tu boleh ja. Kami tak pergi ladang Boh Sg Palas. Satu sbb Isnin tutup pun rasanya. Pastu jalan situ kan seram sket. Tak payah lah.
Pastu pegi ladang strawberry. Pun utk photoshoot.
Kiterang sebenarnya sambil menyelam minum air.
Amik pakej family photoshoot. Sempena birthday Rizq ke3. Nanti lah cerita yg ni eh. Lepas dapat gambar dr photographer.
Ladang strawberry pergi kt Taman Sedia. Memang dari sebelum ni, kalau nak pergi ladang strawberry carik kat Taman Sedia. Saja lah, tolong orang kita juga kan. Taman Sedia ni memang kawasan perkampungan orang Melayu.
Dan pilihan kami adalah tepat.
Best sgt lah ladang ni.
Luas.
Pastu buah dia banyakkkkkkk sangat. Masak2 ranum semua.
Yallah.. kalau ikut geram memang penuh bakul.
Tapi sbb kami more to nak photoshoot, memang amik sket2 ja.
Dah lah tak ramai orang. Isnin kan. Memang cam ladang kiterang ja. Haha.
Eh. Ladang ni diperdengarkan dengan ayat suci Al Quran tau.
Nama ladang ni Aidilbadri (FB : Aidilbadri)
Depan je dgn kedai abang strawberry tu.
Rasa ni kebun ni paling best kot. Besar. Siap ada kolam. Pastu ada jugak tomato, cili. Eh. Best. Best. Sila pergi sini kalau nak petik strawberry.
Harga utk petik - RM6 utk 100gm. Kalau ko geram tgk strawberry tu mau ko teramik smpai 1kg yakni RM60. Haha. Serius. Aku nampak orang tu amik sampai penuh 2 bakul. Siap orang tu nak pulang balik sebakul kt kedai tu. Haha. Mana mau nya. Masa ko petik ko tak beringat. Kiterang amik sket ja. Dalam RM14 ja kena.
Lps tu amik gambar kat Ye Olde Smoke House tu.
Situ biasa lah. Tempat lawa situ kan.
Sini takde gambar yg amik by phone :P
Itu je lah tempat yg kiterang pergi pun.
Tempat makan2, tempat beli sayur, nati kita cerita next entry pulak lah :)
Terima kasih atas komen anda :)