Hye semua!
Last week (21 Julai - 23 Julai) Rizq pegi cuti cuti Malaysia.
Mak bawak Rizq ke Cameron Highland.
Sebelum cerita panjang2 pasal percutian kt Cameron ni, mak kata dia nak buat review hotel dulu. Review yang ikhlas dari hati mak Rizq sebab mak Rizq bukan lah media social influencer yang nak buat review kena bayar tu. Hew hew hew.
Dipersilakan mak Rizq ~
Okay.
Sepanjang di Cameron ni kami menginap di Avillion.
Ni beli tiket kat Matta Fair bulan 3 tu ari.
Amik yg weekday, 3 days 2 night punya utk superior room. Berharga RM388.
Kalau dalam Agoda, harga dalam 200-250 camtu lah satu malam.
So, agak berbaloi jugak lah beli kat Matta Fair.
Avillion ni letaknya di Tanah Rata.
Before ni pergi Cameron dengan geng bujang.
Lepak hotel Parkland area Brinchang tu pun takpe. Beg pun bawak bagpack ja kan. Takde hal lah nak panjat tangga, bilik takde lif ke apa.
Pastu 2x pegi berdua ja dgn ayah Rizq. Ni pun takde hal lah kalau takde breakfast. Sblm ni kami pernah stay di Natasya Resort (entah ada, entah tidak dah. Dia dlm Equatorial. EQ ni pun da tukar nama Corpthorne kan). Lps tu sekali lagi duk hotel Country Lodge. Ni semua hotel yang takdak breakfast. Ni dah bawak anak, nak la hotel yg lengkap sket. Takde la terburu2 kelam kabut apa semua kan.
So, Avillion memang pilihan tepat.
Memang kids friendly.
Baru sampai ni ha. |
Kiterang sampai dalam pukul 4 camtu.
Bilik dah siap. Dia bagi bilik tingkat 3. Actually, hotel ni bawahnya ada macam mall. Cameron Fair tak silap nama mall tu. Jadi, lobby hotel berada di tingkat 3. Maknanya bilik kiterang searas dgn lobi hotel lah. Mula cam rasa, ooo...sbb beli kat MF ko bagi kiterang bawah2 ja ya. Dia ada 6 tingkat kalau tk silap.
Tapi rupanya, okay lah.
Senang nak pi makan pagi. Senang nak pi playground.
A ah. Dia takde kolam. Tapi ada playground.
Open air. Udara pun ala ala macam kat Perth tu ja. Haha.
Cumanya, sana cuaca tak bleh dijangka. Kadang2 tetiba ja hujan. Jadi, tak bleh la nak main sgt kt situ. Dak Rizq main kalau lepas breakfast. Itu pun kadang basah. Sbb air embun ka hujan ka ntah.
Puas hati lah duk hotel ni.
Parking pun byk. Ada parking utk guest kt basemen. Tapinya kalau penuh, buleh ja parking area parking mall bawah tu jugak. Naik lif ke tgkt 3 -trus lobi.
Lps tu nak trun ke bawah mall tu pun senang ja. Ada escalator.
Bawah ni terus jumpa DIY. Ko lupa bawak berus gigi ka apa, beli je lah situ.
Tapi berus gigi hotel ada bagi. Complete semua.
Bilik pun ada iron, ada iron board. Kettle apa semua complete lah.
Bilik ada sinki. Best! Senang mak Rizq nak basuh tupperware. Beli span kt DIY. Hehe.
Weols bawa bekal tau masa nak pergi tu. Siap piknik dkt RnR Tapah :D
Makan pun sedap.
Makan pagi banyak choice. Puas hati. Semua sedap makanan dia.
Mi goreng sedap. Nasik goreng sedap. Bihun goreng sedap.
Eh. Tembikai dia pun sedap. Merah yg rangup2 pastu rasa padat cam span tu. Haha. Ye lah kan, kadang setgh hotel tu bagi temikai yg merah2 putih ja. Terhapa sangat.
Staff pun baik. Senyum je semua.
Kakak suka lah.
Bilik pun luas. Walo superior, tetap luas. Cuma tu lah. 2 katil single. Tak bleh nak rapatkan. Kata dek receptionist tu dah penuh. Sbb ada rombongan dari Indonesia yang menginap.
Tapi, jangan kau carik remote air-cond pulak. Takkan jumpa. Haha.
Standard la hotel kat Cameron. Guna air-cond semulajadi lah. Sejuk jugak oi.
Oh. Satu la - lantai dia marmar tu. Sejuk sampai tulang bontot kalau duduk bawah. Haha.
Jalan atas lantai pun pakai selipar kt hotel tu.
Jalan atas lantai pun pakai selipar kt hotel tu.
Sejuk oi.
Lepas tu area pun easy access.
Takde hiruk pikuk macam kat Brinchang.
Before, semua stay kat Brinchang.
Ni 1st time stay kat Tanah Rata. Memang tenang lah. Takde sesak sgt. Okay lah. Bank apa semua dekat. Nak makan pun mudah. Food court melambak. Cuma kiterang takde kesempatan nak makan kat food court. Kedai2 runcit kt bawah ja. Eh. Senang lah pendek kata. Bawak toddler n kid pun takde hal.
So, recommended.
Kalau nak penginapan yg selesa buleh la pilih Avillion ni.
Mak Rizq memang suka :)
Puas hati.
Terima kasih atas komen anda :)