Pages

18 July 2018

Kakak Bawang HR

Aku terpanggil pulak nak tulis pasal ni lepas baca confession seorang ni.
Byk points dia tulis.
Tapi, yang point lain banyak2 tu malas nak komen.
Sbb yang dia tulis tu, aku rasa pengalaman dia dari comp private.

Tapi, point yang satu ni, aku rasa perlu komen.
Sbb yang ni memang aku hadap dan memang terlibat secara langsung.
Kakak bawang ni takde la lama pengalaman buat HR.
Atau secara spesifiknya handle urusan pengambilan staff.
Dalam 7 tahun pengalaman ja.
Tapi, dalam 7 tahun rasanya, kakak dah handle banyak batch jugak lah staff baru.
Kakak semi-govt. Jadi, pengambilan staff kiterang uruskan sendiri. Tak melalui borang SPA.
Jadi, bila ada kosong, kita akan iklankan. Dulu kiterang iklan dekat paper.
Sekarang guna Jobs Malaysia ja.
Dan lepas tu kakak (and team) lah yang akan buat proses selection, hantar surat panggil interview dll. Dan kakak jugak lah duduk sampai keras bontot dalam bilik interview tu. Kadang sampai seminggu interview nya. Seminggu lah kakak mendap dalam bilik tu. Fuh! 
Memerhatikan telatah dan gelagat candidates ni. Termasuk la para freshie sebagaimana yang dikatakan oleh confessor tu.

Point ini.


Dia kata kakak bawang terlalu mengagung agungkan perkara kecil (ejaan tu bebtul sket beb. Mungkin pada awak, ejaan ni perkara kecil, tapi itu menunjukkan awak take easy). 
Perkara kecil tu seperti takde cover letter, tak pakai tie.

Beb..bro/sis.. ini memang kau nampak kecil.
Tapi, kami yg terlibat dalam proses selection, itu lah first impression kami untuk awak.
Apa kau ingat kiterang kenal kau dari alam rahim?
Dah tau cemana perangai kau luar dalam.
Cover letter, resume bagai tu kita pun bukan nak tgk sangat beb.
Tapi, kami nak tau sejauh mana kekemasan kerja awak.
Resume, mesti lah bercover letter. Itu mmg prinsip dia. Apa justifikasi kau nak ubah menda tu? Dalam resume mesti ada gambar. Mesti ada point2 penting. Dan rupa bentuk resume tu ikut suka kau lah nak buat cemna. Tapi, kalau kau minta kerja bahagian akaun ka, admin ka, lebih molek kau buat resume tu ala ala conventional ja. Tak perlu lah terlampau berwarna warni ada bentuk bintang ka apa ka. But, kalau kau nak jadi designer. Itu okay. 
Kalau resume gitu ja, takde cover letter, apa ke menda nya.
Nak buat apa resume tu datang bolen bolen gitu ja. Nak masuk rumah orang pun ada adabnya. Bukan bleh kau sergah masuk ja. So, cover letter sebagai pembuka bicara.
Kau tak buat menda tu semua, tapi, orang lain ada yang buat. Yang lebih molek appearance nya. Kalau kau lah jadi employer, mana yang kau nak pilih?

Tak pakai tie.
Beb..kalau nak tahu, kiterang takde hal tu semua. Kau nak pakai apa pun, pakai.
Tapi, berbalik kepada 1st impression. Dan kita bekerja ada etika. Dalam hal ni kakak bercakap soal kerja govt dulu. Yang swasta, kakak tak tahu. Kakak tengok pakai jeans rabak pun boleh. Kalau govt memang ada kod etika berpakaian. Leceh? Tak payah minta kerja kerajaan. Permintaan kita bukan susah pun. Bukan kita suruh berpakaian mahal2 pun. Wah. Baju raya kau boleh beli BA lah, Ariani Creacion bagai la, apa lah.Dgn shawl itik bagai tu. Nak suruh pakai pakaian formal jadi beban pulak pada kau. Kakak ni baju kurung 10 tahun lampau pun pakai lagi. Apa ada hal. Melainkan yg dah nampak outdated tu tak la. Nanti suami kakak akan kata "eh, baju ni "old" lah". Maknanya kakak kena dispose lah baju tu. Haha.

Pasal tergagap gagap.
Yang niiii... jap..jap.. kakak rasa sepanjang kakak duk dlm bilik temuduga, kakak rasa macam takde je candidates tergagap ni. Uols memang boleh bercakap. Gugup tu biasa lah. Gagap tu tidak. For you info..bro/sis, panel temuduga takde kesah lah pasal gagap ke hapa tu. Sbb kami pun tahu lah, semua orang akan gugup masa temuduga. In fact, kakak yang dah tua ni, yang kau anggap kakak bawang ni pun, bila kena temuduga, gugup jugak weh... walao kita kenal semua panel tu. Kau tanya lah sapa pun dalam dunia ni, ada yg tak nervous masa interview?
Okeh, style kami temuduga - masuk beramai ramai. Biasa dalam 5-7 orang. Jadi, maybe sbb tu, candidates kami kurang gagap nya. Hehe. Kalo sorang tu yer lah kan. Kadang2 derang ni sesama throw the ideas.

Gitu lah bro/sis freshie.
Kami bukan kakak bawang. Kami sekadar menceritakan pengalaman kami.
And, kami tak pernah downgrade awak awak semua.
Zaman awak ni, peluang pekerjaan adalah sangat sangat mencabar. Zaman awak ni seolah semua ada kelulusan. Diploma and degree tu memang orang kata bersepah lah. Semua orang ada. 
Cumanya, kalau di govt, kalau awak minta kerja gred 19 (contoh pembantu tadbir), walao awak ada degree hatta PHD sekali pun, gaji awak mmg SPM based. Sebab tu, masa selection, kakak akan put aside orang ada degree, phd yang apply utk jawatan gred 19. Sbb kita taknak terlalu downgrade awak dan akan ada citer citer camni lah. Padahal uols yang mintak sendiri (ke, tak faham pun apa jawatan awak minta tu. Asal kerja sudah. Ada jugak tau yg jenis ni).

Dan bila kakak n abang bawang ni cerita pasal gaji kecil ketika mula kerja, tolong faham bahawa kami tak compared gaji tersebut dgn zaman sekarang. Cuma kami nak nyatakan, walau gaji kecil, kami terima kerja tu. Kami pun tahu lah. Zaman dulu kuih seposen pun bleh dapat. Sebab tu lah gaji RM565.00 permonth pun boleh. Tapi, sekarang ni pun, gaji gred 19 minimum pun dah 1352.00 (rujukan : SPA). So, kalau kau ada degree mahupun master dan PHD, dan kau rasa gaji itu terlalu rendah untuk kau, then kau tak perlu apply. Faham? 
Mungkin la kat pvte takde sistem gini, kakak pun tak tahu la kalau ada company yg offer kerja memang perlukan kelulusan degree tapi offer gaji macam N19 di govt tu. Tu kakak tak tahu. Kalau ada, mmg tak payah lah kau apply. Sekarang ni kau nak tau sesuai ke gaji kau tu dgn bidang tugas dan tahap pendidikan kau, kau jadikan je lah gaji govt ni sebagai penanda aras. Masuk je lah web SPA tu. Itu pun kira rendah je tu. Kalao comp pvte kan gaji nya besar2.

Sebenar, 
sepanjang kakak jaga ni memang banyak lah telatah yang kakak jumpa. Dari dalam borang tu pun lagi dah kita dah tau.
Kalau kakak list down, uols akan kata, kakak bawang.
Jadi, kakak malas. Lantak. Kau buat lah apa kau rasa betul.
Bila kita minta untuk perbaiki, kau kata kami menyibuk.
Jadi, apa nak kata lagi.
Kau ikut je lah apa kau rasa terbaik dan betul.
Tapi, harus diingatkan, kat luar sana ada beratus ribu lagi calon yang terbaik di antara terbaik. Dan tiada siapa yang dapat mengubah diri kita selain diri kita sendiri. Majikan boleh berubah, tapi berubah nak minta kita tak ambik kesah pasal cover letter, tak amik kesah pasal pakaian candidates tu, tggu lah kau jadi majikan nanti kau ubah lah.
Dan tolong.
Jangan masukkan hal kerajaan lama dan baharu dalam nasib dan rezeki engkau.
Good luck.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign