Pages

25 July 2018

#freemarket @ Bandar Baru Sentul


Weekend lepas, kami sefamili (cewah macam ramai ja. Padahal mak ayah n Rizq ja), berkesempatan join Free Market.
22 Julai 2018 - Ahad.
Bertempat di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul.
So, ini first time kami join free market ni.
Mula dapat tahu info ni kat FB page #freemarket. Tapi, cam nenanti lah register. Pastu macam lupa. Dah nak dekat date tu, nampak banner derang pasang kat UTC Sentul. Terus lah w.app organizer available utk join ke dak lagi. Organizer kata - okay boleh join lagi. Terus dia masukkan dalam grup w.app. Masa tu tinggal lagi 3 hari je nak ke hari Ahad.

Sebenar, memang lama dah makRizq nak join free market ni.
Tapi, tatau cemna nak join. Nak carik organizer apa semua. Kalau ada pun macam jauh.
Sekali, yg ni dekat dgn rumah. So, lets.
Dan kebetulan mmg mak Rizq nak declutter bebarang. Nak jadi minimalis kononnya kheennn...

Oleh kerana 1st timer, kita try test market dulu cenggana. Ayah Rizq duk risau kalau takde orang nak ambik. Hehe. MakRizq bawa baju, novel, tudung.
Paper bag, shopping bag yg makRizq suka simpan tu pun bawak jugak.
Kami letgo juga luggage bag tu. Ramai sangat yg tanya ya. Sebenar kami buntu juga kat mana nak diberikan beg ni. Tapi, ramai peminat dia rupanya. Ada sorang acik tu byk kali tanya. Tapi, makRizq da janji nak sedekah pada NGO yang nak bawa ke Cambodia. So, beg hitam tu kita bagi orang, beg umrah bagi kat NGO tu. Settle masalah tempat nak simpan beg. Yeyyyy!



Event bermula jam 11pagi. Kira contributor ni set up apa start kul 11 lah.
Tapi, kami sampai jam 10pagi. Tak ramai lagi contributor masa tu.
So, set up tempat kami. Konsep dia free n easy ja. Takde meja apa. Pilih ja mana tempat kita nak. Ikut kreatif kita lah cemna nak set up tempat kita. Kami bawak tikar and railing.



So, ini booth makRizq.
40 pasang baju (mostly baju mak lah. Baju ayah sket ja). Semua pakaian ni di iron. Dan kalau ada macam kotor2 sket, kita cuci balik dan iron.
Baju Rizq lagi. Tak kira berapa pasang entah. Semua yang tak muat, semua bawak.
Tudung.
Novel.
Beberapa handbag yang masih elok.


Target grup organizer ni adalah golongan asnaf. Sebelum majlis ada penyampaian barangan asas utk asnaf. Agaknya masjid dah pilih la penerima nya. Pastu selainnya, boleh la pilih barangan dari contributor. Ada dalam 40 contributor. Makrizq tak sempat nak jejalan tgk barang yg orang lain bawak. Tapi, macam2 ada. Pinggan mangkuk, toys, barang rumah, lampu mentol pun ada orang bawak. Barang masakan macam daun pandan pun ada. 


Masa dah kul 11 tu da ramai sangat orang yang menunggu dengan beg memasing. Yang kanak2 pun dah masuk dalam ruangan tempat contributor ni. Berapa kali juga kena cakap tunggu dulu. Ye lah, budak kan. Depa dah aim apa depa nak amik. Lepas ucapan organizer, Pengerusi Masjid, kul 11.45 camtu majlis pun bermula. 
Haaaa... kau... start je majlis, huru hara jadiknya.
Hehehe.
Tapi best. Licin booth kiterang dalam setgh jam ja.
Novel ada peminatnya. Depa ambik je lah. Novel ni dulu mak dah iklan utk jual. Ada yang dah org beli. Yang ni mmg takde orang beli - so, nak buat apa - bagi je lah ke orang.
Pastu skirt2, blouse, dress, baju kurung, kemeja settle.
Ada juga yang sempat kiterang tanya2. Ada yang muka seposen datang, buat style touch and go. Ambik and jalan terus ja. Takdak la terima kasih ke apa.
Ada yang bersopan. Tanya, boleh ambik ke, dan ucap terima kasih.
Ada yang tamak, main kaut je tak pilih2. Adoi. Tak kesah lah. Asal jangan dibuang sudah. Huhu.



Ada sorang adik tu - dalam form 1 kot. Kawan dia suruh ambik baju kurung moden aku. Pastu dia cam memalu. Aku pun try acu baju tu kat dia. Memang muat. Aku kata ambik lah ni. Tanya mak kerja apa - surirumah. Ayah?- kerja bengkel. Ah. Sudah.. rasa nak bagi semua kat dia je. Huhu. Dia ambik 2 pasang dari baju aku. Skirt n baju kurung tu. Kesayangan tau baju ni. Baju dinner pre-grad masa degree. Wuih. Sepasang masa tu ngan boipren. Kahhh...! Dekat nak 20 tahun uiii baju ni. Aku tak letgo sbb sayang. Now, da sampai masa utk ia berkhidmat dengan tuan baru. Moga berkhidmat dengan baik ya.



Pastu ada akak tu carik baju anak dia yg sekolah asrama.
Pastu ada nenek carik baju cucu. Cucu dia darjah satu, tapi gemok badan katanya. Heee. Bagi lah selai baju tshirt.
Pastu ada makcik tu kata makcik carik baju utk baby, anak baru bersalin. Kami pun bagi la stokin2 Rizq yg kecik2 tu. Ambik la. 
Ada yg dtg dgn anak kecik lagi. Mana yg tinggal lah kita bagi. Ramai orang dah rebut amik.

Kami ada bawa juga satu pack diaper Huggies Pants. Saiz L. Yang ni sbb beli byk2 kat Lazada. At the end, tatau apasal Rizq macam gatal2 bontot bila pakai Huggies nih. Tu yg decide nak bagi orang ja. Mula tu, fikir nak buka and bagi sket2. Tapi, nanti tk bleh control. So, kita tgk sapa yg bawak anak kecik, kita tahan je.
Ada sorang akak ni. Sebelum tu dia dah amik baju2 kecik utk anak dia dah. 
Lepas dia lalu lagi, aku tahan je. Tanya anak akak pakai pampes saiz apa. Dia tak kesah.
Aku pun bagi je lah satu pack tu. Seronok kemain dia. Dia kata td sebelah sana ada orang bagi pampes tp ramai sgt berebut. Dia tak dapat. Okay lah rezeki dia lah.
Pastu masa orang dah kurang, aku pun duk rilek2 jap kat bhgn atas. Ramai lah penerima ni duk tgk2 barang derang ambik. Pastu aku tgk akak tu ngan suami n anak2 dia. Aku perati je dulu. Nampak suami dia tgh belek2 diaper yg kite kasik tu. Tgk atas bawah. Bersungguh benar. Macam betul2 rasa syukur dapat diaper tu. Agaknya tak pernah beli diaper jenis pants tu kot. Pastu tetiba dapat satu pack terus. Allahu... sebak. Terus tengok tempat lain.

Dalam grup penyumbang tu ada yg macam stereotype jugak. Yang derang bising2 kata ada orang senang pun dtg ambik barang. Bagi aku simple. Our job is done. Biar lah derang siapa pun. Mana tau depa orang senang, tapi dia pulak nak bagi ke sedara mara yg susah. Kita mana tahu. Tak perlu lah kita fikir2 lelebih. Memang ada pun. Tapi, yang dtg ni mostly orang susah. Kita bleh kenal la dari cara derang ni. Eh. Kalau kau senang, kau nak ambik ke barang2 terpakai ni. Takde nak susah payah berebut camtu kan. Entah lah. Kami berlapang dada ja. Ambik lah mana yang nak ambik. Tapi, memang semua settle. Alhamdulillah. Moga apa kami beri itu membantu mereka :)

Us. Bersama organizer (ni alumni sekolah Seri Puteri. Derang ni batch yg lahir tahun 78). Derang juga panggil pandu puteri dari sekolah tu utk jadi volunteer. Tahniah utk organizer atas penganjuran FM ni.



So, kesimpulannya memang best. Ramai yang respond teruja juga bila mak Rizq share di FB. Tapi ada juga macam underestimate bila mak Rizq cerita. Its up to you. Terpulang. Yang penting, mak Rizq da buat apa yang mak Rizq nak buat menjelang umo 40 tahun. Takat ni, target mak Rizq dah tercapai dalam tahun ini. Dah join breasfeeding club sbg step nak jadi LC. Then nak join xtvt amal. Dan bebaru ni dapat juga melawat rumah kebajikan (ni nanti cerita).

Bagi sesiapa yang nak join jadi penyumbang utk free market ni, masuk je FB page #freemarket. Nanti ada yang akan announce free market yang berhampiran tempat kita. So, boleh join. Coming ni ada di Ampang. Boleh la join sesiapa yang ada masa tu. Mak Rizq minggu ni ada hal.


Dan, ada lagi byk barang rumah kami yang nak di let go. Mula macam nak jual preloved. Tp, bila buat mcm ni rasa macam seronok pulak. Rasa macam... eh, tatau nak kata lah perasaan tu. So, nanti kami akan war war kan je lah  barang yg kami nak let go secara free. Kami dalam proses utk kosongkan satu bilik utk dijadikan playroom Rizq :)

2 juta komen

wah first time dengar pasal free market. menarik ^^

https://epilogismesky.blogspot.com/

Yup. Memang menarik. Bleh join if ada buat dkt area rumah nanti :)

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign