Pages

11 July 2018

#kaptenRizqkeMelaka : Jumpa baby Adam

Yeah.
Tahun lepas tak pergi Melaka.
Tahun ni kena pergi lah (baru perasan, memang dari tahun 2010, kiterang pegi Melaka 2 tahun sekali. Nampak nau sayang sgt kt Melaka kan. Ye lah.. tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi tempat jatuh cinta berdeting segala. Eh. Hahaha. Takpe. Ayah Rizq tak baca blog. Wakakaka).
Kali ni memang tujuan dia nak visit Yani ngan baby Adam. Hadiah dah lama beli. Beliau pun nak masuk koje dah. Idak la pergi jenguk lagi si comel sorang tu.

So, kiterang plan duk hotel pastu check out pastu pergi rumah Yani and terus balik.
Takde lah nak jalan jalan sight seeing bagai lah.
Kiterang gi on 30 Jun - 1 Julai 2018.

Gerak dari rumah pagi2. Breakfast siap dari rumah sbb takmo dah berenti makan kt RnR.
Direct je lah terus ke Melaka.
Pastu, akak memang dah booked terus untuk high tea kat hotel.
Malas lah nak fikir2 nak makan kat mana. Makan kat hotel ja senang.
Lagi mau carik asam pedas lah apa lah. Eh. Tak kuasa.
Okay gak la high tea dia. Kena lah ngan harga. Dapat RM28/pax. Harga promo rasanya ni. Banyak jugak choice. Makan kekenyang smpai bufet nak tutup. Hehe. Sementara tu, ayah Rizq gi check in sesiap.

Hatten Place Hotel. Link dia hattenplace
Hotel ni hotel baru. Tak plan pun sebenarnya nak dok hotel ni.
Ada cerita dia sebenarnya. Hahaha. Tau lah kengkadang, akak ni datang jugak bengong dia.
Last minute planning jugak kiranya.
Rasa cam eh, nak pi Melaka lah hujung minggu ni. So, buka Agoda. Try2 tgk. Kebetulan ada code untuk diskaun pulak kan. 
Keluar lah satu hotel ni dgn harga yang amat lah murah.
Nampak situ orang bagi rate paling bagus. 
Pastu cam eh, Hatten lah. Memang lah best.
So, tanpa agak2.. terus lah akak booking.
Bayar semua dah ni.
Pastu rasa cam nak semak balik. Apsal la Hatten murah sgt ni.
Ada hotel lain ke apa ni.
Sekali... memang betul lah. Bukan Hatten Hotel. Ni Hatten Place.
Bengong aih. Kihkihkih.
Naseb la hotel tu memang hotel baru. .
Actually kami dapat harga dalam RM90++ ja untuk bilik superior. Lagi pulak dapat diskaun. Tapi takde breakfast lah. No hal. Melaka kot. Pastu kiterang plan memang nak check out awal.

Hotel ni konsep dia, bawah ada mall. Elements Mall nama dia.
Sekarang mmg Melaka buat konsep camtu gamaknya.
Tak banyak lagi orang review sbb hotel baru ni. Baru buka dalam hujung thn last year kalau tak silap. Kakak bagi 4bintang!
Staff semua baik baik. Bilik pun cantik, bersih. Haha. Baru kot. Memang lah best.
Masa kiterang tunggu nak turun lif, duduk lah kat depan kaunter check in tu. Pastu ada staff dia datang tanya "puan dah check in?" Padahal masa tu dah nak malam. Kalau ikut mesti orang dah check in, kan? Okay lah. Bagus. Kakak suka.
Cuma, kakak tak dapat bagi 1 lagi bintang sebab lif.
Aiyooo.. dulu masa pergi hotel the shore tu kakak dah tobat lahum sbb lif dia.

Yg ini, okay sket. Lif asing utk hotel. Tapi, nak turun tu lif sama ngan shopping complex. Pulak tu rosak pulak satu. Lif ada 2 je utk ke hotel. Bila dah sampai hotel, tu takpe. Ada lif lain utk naik bilik (kena touch kad utk naik).
Style hotel kat Melaka skrg mmg gitu. Siap ngan mall kat bawah dia.
Hotel ni okay ja. Turun ja da ada kedai memacam. Wayang lah. Kedai DIY lah.
Pastu paling menarik ada skydeck.
Kan yg masa pegi The Shore tu kepingin tak dapat naik skydeck, so, kat sini pun ada. Pulak tu orang tak ramai. Utk guest hotel dapat naik free. Tapi, sekali naik je lah. Dia cop sesiap kat kad hotel kita tu. Sini pun cantik view dia.


Kira nak pergi skydeck ni kena turun sampai tgkt bawah (G kalau tak silap), pastu carik arah ke Skydeck. Nanti ada lif lain naik ke atas tu. Laju je. Tingkat 42 rasanya. Best sangat. Nak best, naik dekat2 sunset tu. Lawa.


Parking - okay, parking kakak puas hati. Uols kena pergi carik arah parking untuk Hatten Place. Walo dia tulis camtu, tapi sebenar dia sama je ngan parking Elements Mall tu. Tapi, okay ja. Jangan carik kat tgkt 5 tu. Naik sampai 7 ke atas. Memang ada je. Carik la yg dekat ngan lif. Dia ada tulis "Hatten Place"
Pastu kena naik lif untuk check in. Naik ya. Bukan turun. Hotel ni kat atas. Bukan kt bawah. So, naik lif, terus tekan tingkat 12. Ha, yang masa ni lah kata kurang bintang tu. Lif tu lah yang ada 2 je. Masa kiterang pegi ni rosak pulak satu. Lif tu sama utk naik ke hotel dan juga orang pegi mall tu. Jadi, cam asyik la penuh. Ini pun orang tak ramai sangat. Kalau ramai, memang pitam lah nak tunggu jadiknya. Untuk guest parking free ja. Just pergi kat kaunter je utk swipe sebelum keluar tu.
Swimming pool - pun okay. Ada infinity pool. Idak la besar, tapi boleh la. Kami tak pergi pun. Sebab, cam malas ja. Haha. Bawak ja baju dak Rizq tapi malas.
So, okay. Takde prob lah hotel ni. Best ja. Bak kata orang - under one roof.
Nak pergi bandar Hilir pun dkt ja. Kiterang malam tu pergi take away McD Dataran Pahlawan tu. Kejap je.


So, Ahad tu check out kul 10 pagi. Alas perut dengan roti dulu. Pastu beli barang sket kat DIY (akak bukan boleh nampak DIY ni. Geram. Pulak tu kedai ni baru, memacam ada. Best tul. Sambil tu, Rizq memain kat mini playground kat area MBO).


Pastu singgah kat Coconut Shake. Makan nasik lemak 2 setgh bungkus. Haha. Gilos. Setengah tu dak Rizq punya tak abis. Alah, kecik ja nasik lemak situ. Pastu melepaskan gian minum coconut shake. Then terus ke rumah Yani. Kat sana makan2 jap, solat jamak, pastu balik.


Rizq siap tukar baju n mandi kat rumah Yani.
Sbb rasa cam dah comot momot ja anak aku ni. Sbb sebelum tu dia da berak. Pi wash kat Petronas ja. Tu yg rasa cam tak puas ati tu. Terus mandikan ja. 




Balik pun, jammed weh. Stuck. Kiterang lari masuk highway nak pi KLIA tu. Pastu masuk MEX. Tu pun, stuck juga nak menyampai ke MEX tu. Ingat sempat lah nak pi open house orang menjemput. Tak dannnn.. ampun maaf dipinta. Huhu.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign