Pages

Showing posts with label rizq sekolah. Show all posts
Showing posts with label rizq sekolah. Show all posts

5 April 2019

Misi Mencari PlaySchool Rizq

Eh. Blogger ni. Tanjat tau.
Tetiba dah hilang blog ni.
Rupanya buka dgn akaun google satu lagi.
Tu lah. Buat byk2 akaun google lagi :D

Okay. Back to the topic.
Rizq.
Sian pulak kat dia.
Dia asyik kata nak pegi school.

Last year kan kiterang ada enroll kan dia kat playgroup kt Selayang tu.
Tu yang Maryam Jamadi punya tu.
Dia suka.
Dia suka ramai2 kawan.

(haaa... mula le tewww nak membawang keennnn... nak kata, bagi lah dia adik,ada lah dia kawan.. amboi..amboi..amboi... bawang sgt tauuu..)

Tak.. dak Rizq ni suka kawan yg besar atau sama dgn dia lah.
Pastu kalau kata nak school tak?
Mesti dia kata "nak school"
So, macam kesian.
Ingat nak la carik yg playgroup / playschool yang weekend punya.
Jenuh carik tau.
Entah la ada entah la tidak.
Banyak kali dah carik.
Tak jumpa yang sesuai.

Kali ni carik carik, jumpa jugak lah. Tu pun jenuh. Search kt FB. Search kat google. Susah nya nak carik playschool on weekend. Why la....!
Jumpa playschool berhampiran yang ada on weekend.
Juga playschool yang hari weekday tapi buleh attend 2,3x seminggu.
Okay lah kan. 
Tapi, harga kau pepaham lah kan kalau playschool bagai ni.
Takat ni jumpa 2 tempat.
Satu ni playschool on weekday.
Dari jam 8am till 12pm.
Tempat dekat dgn office. On d way je. Kira drop then bleh pergi office. Lps tu balik buleh anta rumah nenek. Atau terus stay kt office. Yang ni kena diskas dengan ayah Rizq dulu. Or else kita consider utk next year.
Actually, kiterang nak enroll kan dia ke LC next year. Sbb da nak masuk 4 tahun kan. Lps tu masa umur 5 dan 6 tahun baru nak enroll ke CIC. Semua ni easy access utk ke office. 
Tp kalau ada tempat yg flexible 3x seminggu ni pun okay juga kan.
Umur 5 tahun baru start school yang bebetul.
Yang ni TrinityKids.
Dan branch baru tu memang dkt dgn office. 

Satu lagi on weekend.
Ni pun macam best.
Memacam xtvt ada. Lepas tu dia ada free trial.
Yang ni parents bleh join.
Tempat nya di Sunway Velocity.
Macam best. Sebab ada memacam xtvt.
Takpe. Try pegi dulu cemna.
Susah la nak cari playschool on weekend ni.
Suppose memana kindy boleh ambik peluang ni.
Memang ramai parents, yang ada anak toddler suka nak hantar anak utk playschool ni. Esp parents yang bekerja yang rasa takde masa nak buat pelbagai xtvt dengan anak. Lps tu nak ajar anak berkawan.
Tapi tu lah. Tak meluas. Aku tahu, 2 tempat kat atas ni harga mesti buleh tahan. Plus yang trinity tu aku rasa target group dia expatriate sbb tu memang area expatriate.
Mana yg establish kindy ni buat la xtvt on weekend ni.
Bukan lama pun. Plus, weekend ni biasa nya parents akan accompany. Tak susah pun cikgu2 depa nak ajar. 
Yang aku pergi tu, simple ja. Dalam sejam settle. Seronok je bebudak.
Hope for more weekend playgroup macam ni.
Nanti aku try dulu pergi tempat2 ni. Tgk cemna.
Rizq konfem lah dia suka.
Eh. Tapi Rizq blum potty train. Acena nak pergi school. Haha :D

Nota kaki :
Nati tadika hantar tadika kemas je lah. Senang. Murah pun murah. Masa tu kan ibu dah nak bayar duit rumah. Hehe :D

22 November 2018

Rizq Join PlayGroup

Sebenarnya dalam plan nak enroll Rizq ke playschool next year.

Tapi, macam tak berapa nak confiden. Dah la blum potty train dia. Pastu wean off pun belum. Acena nak sekolah nak. Huhu.
Dia cam boleh ke anak aku nak sekolah ni.

Ramai cakap kecik lagi baru 3 tahun takkan nak hantar "sekolah"

Sekolah ni depa ingat macam tadika dah.
Tapi, playschool ni bukan lah macam taska yang umur 5,6 tahun tu.
Cuma tu lah.


Okay.
Jadi, mak Rizq rasa apa kata kita try dulu.
Sementelah nampak ada iklan kt FB pasal playgroup ni, dan dekat pula dengan rumah, maka moh la kita try.
Memula tu, kena pi untuk dia buat penilaian dulu. Masa ni bayar RM50.

Penilaian ni dia cam nak tgk apa kebolehan anak kita apa semua.
Patut dimasukkan ke kelas normal atau kelas yang lain.
Dia ada 2 kelas. Satu utk kelas budak normal, satu utk budak yg memerlukan perhatian khas macam autisme apa semua tu.
In fact, pusat ni sebenarnya mmg pusat terapi utk kekanak autisme.

Masa penilaian ni dia tanya la pasal anak kita. Boleh apa dah. Boleh cakap apa, apa yg dia boleh main, skill dia etc etc.
Sambil therapist (rasanya therapist la kot. Dia bahasakan diri dia teacher pada anak kita) tanya, anak kita boleh la main2 kat situ.

So, lepas penilaian, boleh la pilih tema kelas kita nak dan date yg available.
Ada 7 kelas kalo tak silap.

Mak Rizq pilih satu dulu. Try. Ambik yg tema rainbow.



Jadi, last Saturday pergi lah kami ke kelas tu.
Kelas tu 1jam setengah. Dari jam 10 pagi hingga 12.00 tengahari.

Bayaran RM85 utk satu kelas.
Ada 6 orang kanak-kanak dalam tu.
(tapi masa hari kami attend tu, terlebih pulak. Sbb ada mak yg tak alert. Suppose kelas anak dia esuk harinya. Dia dah ter datang, tak pe je lah kan).
Memula tu Rizq enjoy. Seronok dia ke sana ke mari.
Masuk gelung, naik slide.





Lps tu bila kelas nak mula dia buat hal pulak.
Entah apa dia nak.
Nangis2 pulak. Orang duk joget2 dia taknak.
Adoi. Mak dah nak balik dah rasanya. Geram betul.
Pastu pujuk2, elok sket.


Depa ada la buat xtvt. Ambik satu getah kaler2 ni, letakkan ikut kaler. Kalau hijau, amik getah hijau letak pada kad hijau, merah letak merah.
Dak Rizq?
Tak hendaknya dia buat. Dia ngamuk2 bila orang tak bagi dia menda getah tu. La.. tak boleh la bagi dia je. Kena la tunggu turn. Dia taknak (tu lah..dia tak biasa ramai2. Orang lain, elok je boleh duduk diam. Maybe sbb dia tak biasa buat xtvt macam tu while orang lain da biasa duduk taska).

Pastu buat pulak xtvt masukkan menda dalam string. Ikut kaler juga.
Pun dia taknak.
Dia buat hal dia.
See.. dia pi main benda lain (-_-")


Yang dia suka xtvt art ni.


Cop cop tangan.
Yang ni dia boleh ja tunggu.
Seronok dia yang ni.

Budak lain pulak ada tk suka. Depa geli agaknya nak cat2 tangan.
Dak rizq rilek ja. Haha.

Suka art gamaknya anak aku ni.


Lps tu dia dah malas.
Ngantuk pun yer jugak.
Bebudak lain pun dah crancky jugak sbb da tengahari. Dah time tido kan.



Ni baru 1st time.
Mak rasa kena selalu anta dia buat menda2 camni sebelum nak enroll dia playschool ke apa. Dia duk umah nenek selesa je selama ni. Orang lain elok je. Sekali masuk kelas ni kena tunggu turn la apa la. Jenuh lah kan. Alah alah.

So, mak register utk satu lagi kelas. Tgk cemna kali ni.
Oh ya. Kat mana ada playgroup ni.
Boleh tgk FB ni - Beyond Home Therapy

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign