Sebenarnya dalam tempoh 10 bulan ni, dah 3x Rizq tukar tempat check up.
Masa umur 1 bulan hingga 3 bulan, Rizq check up di KKIA.
Bermula dgn dia kena jaundice, kena cucuk setiap 2 hari utk tgk bacaan kuning dia, until untuk vaksin 3bulan.
Mak malas sangat nak ingat cerita cerita kena cucuk sbb jaundice tu. Tapi, mak rasa itu kenangan juga untuk my precious son-shine. So, nenanti mak cerita lah juga.
Umur 1 bulan - still ada kuning sket. Sbb Rizq prolonged jaundice.
Tapi, masa tu doktor (paed HKL) sahkan Rizq boleh ambik vaksin utk 1 month.
Then, umo 2 bulan ambik di KK juga.
Umo 3 bulan ada prob sket. Rizq demam masa nak cucuk tu. 2 hari demam.
Kena amik darah. Pastu ada prob sket dari bacaan. HB low.
Misi2 kat situ dah cemas2 suruh refer ke HKL.
Suruh warded.
Terpaksa masuk ward.
Sampai kat HKL semua doc cam kenapa KK ni refer?
Alahai.
Duduk jugak lah satu malam.
Kena amik urine lah, amik najis lah. Ambik darah dah tentu. Haish.
Then result clear. Cuma untuk ujian darah tu ambik masa sebulan. Kena follow up semula.
Jadi, warded satu malam jugak kat HKL. Wad KK berapa ntah. Kira 2nd experience warded kat HKL. Sekali tu yg jaundice.
Oleh kerana, kami agak tak selesa dgn cara misi2 yang cemas, yang suka sgt nak suruh refer utk masuk wad, maka kami decide untuk tukar tempat check up.
Yer, mmg lah elok refer terus ke HKL, tapi kalau doktor sana pun macam tertanya kenapa KK ni suruh masuk ward, tu yang kami cam rasa tak best.
Ye lah. Anak kita tak sakit, masuk spital yang budak2 mmg sakit. Yang batuk2. Yang selsema apa semua. Dgn keadaan tandas yang - tau je lah cemana kan. Memang bukan persekitaran yang sihat untuk anak yang sihat. Dari tak sakit, terus sakit je kang.
Masa kena jaundice tu dulu pun asben ada sembang ngan sorang ayah ni; yang anaknya dari KK yang sama; pun di refer utk masuk wad. Padahal bacaan kuning dia rendah ja. And masa tu wad penuh, doc kat wad situ pun cam pening kenapa la KK tu refer juga walao bacaan rendah.
Jadi, kami kembali ke tempat check up mak dulu. UKMSC.
Terus jumpa pakar kanak-kanak (paed).
Kalau KK pun jumpa nurse je pun kan. Dah.
Jumpa doc terus senang.
Walau orang kata "KK la bagus, check detail, nurse check bebetul, bla bla bla"
Lantak lah.
Sama je pun. Hosp private pun gitu gak. Plus - mmg paed yang check.
Satu lagi kami nak ambik vaksin tambahan (pneumococcal). Senang semua settle situ.
Plus nak tukar tempat lain jugak sbb KK sini hazab bebeno parkingnya. Nak nak bulan puasa. Depa pi letak bazar ramadhan kt petak parking keliling bangunan tu. Ko bayangkan je lah cemana orang nak parking. Dah la area rumah flat lagi. Masa check jaundice dulu bulan puasa. Ayah Rizq nun parking melantun jauh. Kalau camtu elok jalan kaki ja dari rumah (-_-")
Orang ramai tu std la kan. Dan menunggu dari kul 8pagi sampai kul 12pm adalah perkara biasa.
Tapi dah kerana KK ni dalam bangunan lain, dah nampak orang ramai melimpah ruah.
Tandas pun hazab bebeno. Tandas rosak taik bergelimpangan. Gelimat mat!
Lif nak naik bau pasar sebab satu bangunan dgn pasar.
Takpe. Cukup untuk 3 bulan. Terima kasih.
Tapi, diakui nurse KK memang kerja bagus. Tak berehat pun. Ke hulu ke hilir busy komain. Mak takde nak komplen pasal tu. Cuma nya mak tak selesa nak ke KK area mak tu. Kalau KK lain, contoh memang bangunan dia saja, memang mak pergi KK. Bukan mak berlagak taknak ke KK ke apa ke yer. Sebab nya KK area mak tu memang tak selesa. Langsung. Itu saja. Takde kerana terpaksa, boleh elak, kita elak. Sampai sekarang mak pelik apa ke hal lah buh klinik satu bangunan dgn pasar??
Di UKMSC start masa 4 bulan hingga lah 8 bulan.
2 vaksin pneumococcal, dan 3 vaksin wajib.
Lepas tu tukar lagi.
Sebab paed tu dah pencen. Huhu.
Nak teruskan di UKMSC dia kata tak tahu paed bila masuk. Paed sedia ada dah ramai patient.
Baik.
Kita cari tempat lain.
Yang ni pening sket.
Tatau nak pergi mana. Kalau boleh tak mo patah balik KK pasar tu. Sedih sgt kalau kena patah balik. Boleh buat mood down sepanjang hari. Lain lah kalau boleh pergi KK lain. Masalahnya tak boleh, kan?
Columbia, Pusrawi, KPJ.
Dalam mencari cari tu, ada orang bagi feedback PCMC bagus.
Siap dia bagi nama doctor.
Yer tak yer.
Plus PCMC sebelah ofis kami ja. Senang.
Buat appointment. Paed lelaki. Melayu.
Alhamdulillah.
Start 9 bulan di situ.
Selesa sangat. Paed pun baik lah sangat.
Sangat tidak merungsingkan.
Berat dak Rizq ni tak naik banyak.
Mak siap tanya "perlu tak saya risau doktor sbb anak saya naik berat sket"
Doktor kata "eh, tak perlu risau puan. Baby aktif mmg naik sket2. Lagipun tgk mak ayah dia pun kecik je. Nak beso mana lagi anak tu"
Mak pun krik krik krik je bila doc cakap camtu.
Kan?
Kalau kat KK, deme ni kata mesti kena kecam dgn misi kalau berat anak naik sket.
Pastu suruh bagi FM.
Takmo lah makkkkk.
Doc ni just tanya berapa byk mak dapat bila pam. Dan berapa byk bekalkan ebm kat pengasuh.
Dkt PCMC dah 2x appointment. Dos ke3 vaksin pneumococcal pun dah settle.
Next appointment masa Rizq setahun nanti. Untuk MMR.
Actually, kalau ikutkan MMR ni kena amik 2x - 9bulan n 12 bulan (bermula tahun 2016).
Tapi, doc kat PCMC kata takpe ambik masa 12 bulan pun.
Lagipun Rizq tak duduk taska.
Kebarangkalian untuk jangkit penyakit berkaitan (measles) tu rendah sket la.
InsyaAllah. Dengan izin Allah.
Harap harap lah.
Dan mmg kami nak teruskan check up Rizq di PCMC ja.
Senang. Dan selesa.
Macam masa mak buat treatment dgn Doc Tasha dulu kan.
Tempat selesa, doc selesa dan treatment tu membuahkan hasil. Alhamdulillah.
Takde rasa stress, takde rasa risau tempat orang ramai.
1st time mak pegi PCMC, appmt pukul 11.30, tapi kami sampai awal. Kul 11 dah dapat jumpa doktor.
Kali kedua ni - appmt 12.30, tapi kami agak lambat. Tapi, masa menunggu tak lama pun. Dalam 2 orang patient je kami dapat jumpa doktor.
Overall - sangat berpuas hati :)
InsyaAllah. Ada rezeki untuk Rizq.
Aungerah Allah ini tidak terhingga nilai nya. Takpe lah berhabis sket ke dia.
Maka, akan kami hargai sepenuh nya.
Dan akan memberikan yang terbaik untuk dia :)