Pages

30 April 2015

Labbaik allahumma labbaik : Madinah (Masjid Nabawi dan Raudhah)

Hotel
Rasanya semua yang ambil pakej Andalusia tinggal di hotel Mubarak Silver  yang jaraknya 200meter dari Masjid Nabawi.
Mmg tak berapa jauh. Kurang 5 minit berjalan kaki.
Kami dapat tingkat 1. Wifi ada di lobi. Tapi, di dewan makan dapat jugak kadang-kadang. Dan kat bilik kami pun kadang tu dapat juga. 
Di tengah2 tu semua nya kedai orang berjual.
Ada juga yg berjual di kaki lima.
Keadaan agak sesak esp waktu lepas habis solat.
Hotel. Besar lah dari kat Mekah.
Keadaan orang berjual. Hujung tu masjid nabawi.
Ziarah
Di Madinah ada ziarah dalam (kawasan masjid) dan ziarah luar (naik bas).
Bagi ziarah dalam kami di bawa ke Raudhah (bagi perempuan). Lelaki ke Makam Nabi dan perkuburan Baqi'.
Ke Raudhah ada ustazah yang akan bawa. Pukul 7pagi berkumpul di dewan makan. Ustazah briefing sket dan dibawa beramai2 ke masjid Nabawi untuk ke Raudhah. Selepas tamat di Raudhah, ustazah tunjukkan kawasan perkuburan Baqi dan baca doa dari luar.
Perempuan mmg tak buleh masuk kawasan kubur.
Lepas tu ustazah juga tak bagi baca kuat2 doa sbb kami berkumpul reramai dan aminkan doa ustazah.
Guard sana agak tegas. Nanti dia ingat perhimpunan apa pulak.

Masjid Nabawi
Keadaan di sini tak sesesak Masjidil Haram. Tak perlu lah datang 2jam awal (boleh ja kalau nak beriktikaf). Sbb kawasan solat wanita juga besar.
Tapi, guard sini agak strict berbanding Mekah.
Dia mmg buka beg. Sebetulnya handphone tak dibenarkan bawa ke dalam masjid.
Tapi, pepandai kita lah. Boleh letakkan dalam poket jubah. Atau dalam uncang kasut. Sbb dia hanya akan check beg sandang kita saja. Buka zip sesiap dan tunjukkan pada dia agar dia tak rasa kita ada sembunyikan barang.
(gambar sekitar masjid Nabawi, next entry)

Pengalaman ke Raudhah
Taman syurga. Siapa yang taknak ke taman syurga kan. Salah satu tempat mustajabnya doa. Kali pertama ikut ustazah. Bawa mak, tapi tak guna wheel chair pun.

Ustazah yang kat tgh pakai vest Andalusia tu.
Sebelum masuk masjid. Ustazah bagitahu
cara-cara nak tgk Raudhah bagi orang yg tak boleh
masuk masjid (uzur).
Kawasan Raudhah ni letaknya bersebelahan makam nabi. Kawasan pun tak terlalu besar. Taman syurga ini letaknya di antara makam nabi dan mimbar nabi. Ditandakan dengan karpet berwarna hijau. Kawasan solat biasa dalam masjid warna merah.
Untuk lelaki takde masalah untuk masuk sbb takde had masa. Tapi, untuk wanita agak sukar lah. Ada masa yang ditetapkan. 
Raudhah ni dalam masjid Nabawi. Nak pergi Raudhah kena lah masuk dalam masjid. So, sapa tak boleh solat (period), ustazah akan guide cemna caranya (yang ni aku pun tak tahu sbb tak dgr plak ustazah tu beritahu).
Nak masuk Raudhah ni byk hentian nya. Jadi, sekali tu kami dah tertinggal di belakang. Ustazah tgk mak yang bertongkat, jadi dia bagi kami masuk dulu ke dalam kawasan Raudhah. Guard pun takde hal sbb tgk mak pun dah uzur. Mungkin orang lain agak 'berbulu'. Tapi, itu dah rezeki kami kan. Bila dah masuk dalam tu, memula duduk dulu area belakang (masih karpet merah). Tak lama tu terus lah ke area karpet hijau. Memula tu bagi mak solat dulu (bawa kerusi solat tu). Tapi, tak lama pastu masuk satu grup, jadi huru hara, dirempuh, ditolak. Tak boleh nak solat dah. Ada juga yg nak bantu mak, tapi tak boleh. Memang tak boleh nak solat pun, hingga satu keadaan kami dah tak boleh nak gerak. Aku jerit je "Allahuakbar!". Ye lah, aku pun besar mana je nak kepung mak jika dibandingkan dengan arab2 yang 3,4 kali ganda badan aku.

Duduk dulu sementara nak masuk Raudhah.
Berhenti lagi. Boleh solat hajat, solat dhuha dsb
sementara tunggu nak masuk.
Bumbung di kawasan nak masuk Raudhah.
Masih lagi menunggu nak masuk.
Kat depan tu area Raudhah.
Dah nak keluar.
Dapat keluar je dari Raudhah, suruh mak duduk jap kat area karpet merah. Aku pi solat jap kat karpet hijau semula. Tp tak ke dalam sgt pun. Cuma di depan mimbar tu je. Jadi lah. Dan aku berazam untuk pergi lagi sekali. Tak puas.

Kat luar masjid Nabawi. Tunggu ahli grup lain keluar dari Raudhah

Wif my lovely mom. Kerusi tu byk dalam masjid.
Usung je lah dalam area masjid tu.
Sekali lagi pergi sehari sebelum balik. Hari Khamis. Pagi.
Aku gi sorang. Mak duduk di hotel. Pagi lepas makan, dalam kul 7 pergi. MyDH teman juga (walau dekat je hotel dgn masjid, tetap aku tak berani berjalan sorang). Tapi, dia buat lah xtvt dia. Melawat maqam Nabi, melawat perkuburan Baqi.
Aku masuk je. Sbb kita takde grup, kita ikut je orang. Kebetulan ada sorang jemaah Andalusia jugak dgn mak dia. So, kami sekali. Berdegup kencang jantung masa nak masuk sbb tak tahu apa terjadi pada hari ni. Excited juga kerana skali lagi berpeluang utk melawat kekasih Allah.

Perhatikan kubah hijau. Disitu lah terletaknya makam Nabi
Muhammad SAW.
Masa ni tgh tunggu nak masuk dalam.
Sambil tu berselawat lah. Elak lah berbual kosong.
Kalo kita gi sendiri, kita ikut lah grup2 yang dinamakan "Malaysia". Yer, satu penghargaan utk kita sbb sebenarnya bukan Malaysia je dalam tu. Ada Indonesia, Thailand, Brunei dan semua lah negara Asean yang kecik2 nih. Mmg kena ikut yang tu sbb kalau kita termasuk grup Saudi ke Arab ke, mati terpenyek pulak kang dalam tu. Ikut je lah guard yang menjaga tu. Depa ni kecik ja, tapi tegas amat. "Melayu! Melayu! sini.. sini.. duduq" dipekiknya kalau nampak "orang kita" nak pergi masuk dulu.
Ikut lah giliran. Jadi, bila dibenarkan masuk tu, mmg bertempiaran lah semua.
Kali ni aku ke kiri dulu. Belah kiri adalah berhampiran makam Nabi. Perempuan tak boleh masuk makam. Tapi, ini lah tempat terdekat dgn makamnya. Bagi salam utk Nabi, untuk sahabatnya yang ada makam di situ juga (Abu Bakar dan Umar).
Tapi, bila dah termasuk situ nak gerak ke kanan balik dah sgt lah sukar. Tersepit di situ. Tapi, aku cuba gerak ke depan. MasyaAllah. Tapi, mungkin sbb kita kecik, dapat menyelit dan akhirnya sampai ke depan, ke kawasan yang benar2 di panggil Raudhah (antara makam dan mimbar).
Mulanya mmg tak lepas nak solat. Sempit sgt. Aku berdiri je situ. Keadaan mmg sesak, bertolak. Sampai satu ketika aku cakap dalam hati "Ya Allah, sekiranya bukan rezeki aku utk bersujud di situ untuk memohon doa dengan syafaat nabi mu, aku redha, aku akan keluar"
Tak lama lepas tu, mmg ruang tu seakan kosong. Sbb masa tu mungkin kat luar tgh tahan orang tak masuk lagi.
Dan Alhamdulillah, dapat aku bersolat di Raudhah akhirnya. MasyaAllah. Terima kasih Allah.
Perasaan tu sukar untuk digambarkan. MasyaAllah. Taman syurga tu. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana di izinkanNya juga bersolat di situ. Masa taip ni pun rasa cam sebak juga lagi.
Kita tak boleh la tamak. Selesai solat (aku buat solat hajat), terus keluar ke karpet merah. Solat sunat di situ. Situ pun tak boleh lama. Kena halau jugak dek guard. Nak lama, baca doa dalam sujud.

Tapi, kalau kita umat islam ni bebetul berdisplin, aku rasa semua dapat solat dalam area karpet hijau tu. Ruang nak kata luas tu mmg lah tidak, tapi, kalau kita bebetul bertimbang rasa, solat ikut barisan, InsyaAllah mudah. Tapi, nak buat cemna. Mmg dah sedari dulu macam ni. Cuma, masa aku pergi haji dulu, mmg lah tak seramai ni. Tapi, masa tu mana lah tahu kita dah berada dalam taman syurga kan.
Pengalaman dalam Raudhah, mmg salah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat ku. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Terima kasih ya Rasullullah.

"The Chosen One" - Maher Zain

In a time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to live
Muhammad Ya Rasool Allah

You were so caring and kind
Your soul was full of light
You are the best of mankind
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

From luxury you turned away
And all night you would pray
Truthful in every word you say
Muhammad Ya Rasul Allah

Your face was brighter than the sun
Your beauty equaled by none
You are Allah’s Chosen One
Muhammad Khaira Khalqillah
Sallu ‘ala Rasulillah, Habib Al Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

I will try to follow your way
And do my best to live my life
As you taught me
I pray to be close to you
On that day and see you smile
When you see me
Sallu ‘ala Rasulillah, Habibil Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

Sallu ‘ala Rasulillah, Habibi Mustafa
Peace be upon The Messenger
The Chosen One

29 April 2015

Labbaik allahumma labbaik : Makkah to Madinah

Masa di sana terasa berlalu pantas.
Mungkin hampir setiap masa kita bersolat di masjid.
Bila bersolat di masjid, dari azan hinggalah selesai solat, mengambil masa kurang lebih sejam. Lps tu tunggu balik kejap, dah azan semula. Jadi, rasa cepat sungguh masa berlalu.
13 April 2015. Kami akan meninggalkan tanah suci Makkah Al Mukaramah.

Tempoh di Mekah
Kami bertolak dari KL, hari Isnin (6hb) sehinggalah 13hb (Isnin), kami bergerak ke Madinah. Actually sampai pun dah masuk hari Selasa kan. Kurang lebih 8 hari lah kiranya. Flight MAS mmg lebih masa sehari berbanding flight lain. Katakan kami bertolak ke Makkah dari KLIA - 6hb (3pm) dan ke Madinah 13hb. Tapi, flight Saudi (SV) yang bertolak ke Makkah dari KLIA - 7hb (3pm), ke Madinah sama dgn kami - 13hb.
Masa yang mencukupi untuk buat ibadat sebanyak mungkin di sana. Cuma, hari pertama tu agak 'jet lag' lah. Asyik mengantuk je rasa. Tapi, lps tu dah buleh tune dah. Jadi, rebut lah peluang masa yg lapang kat sana. Kat sana kita tak pikir dah pasal kerja ke pasal apa ke. Mmg jiwa kita pun takde rasa nak pikir itu semua.

Tawaf Wida
Tawaf ini wajib ya. Semua kena buat. Kecuali yang uzur (period). Atau dipanggil juga tawaf selamat tinggal.
Biasanya ada notis ditampal untuk jemaah.
Grup kami namanya MH6 April (ini ikut nama flight)

Ustaz akan bagi taklimat sket berkenaan tawaf wida' ni sehari sebelum kita bertolak balik/ke Madinah. Program taklimat kami hari Ahad, jam 4.30petang (kami bertolak ke Madinah Isnin petang). Sebaiknya kita attend lah taklimat ni, sbb kita akan refresh berkaitan do's and don't selepas tawaf wida'.
Ustaz juga akan bagi pencerahan mana yang kena dam atau pun tidak.
Ingat ya, tak boleh lagi bershopping selepas tawaf wida (beli utk orang lain tak boleh, utk diri sendiri macam bekalan makanan takpe). Tak boleh nak tangkap gambar lagi selepas tawaf wida. Jangan nak berselfie bagai lagi ya. Kalau nak buat boleh, tapi jangan habiskan tawaf tu lagi. Since dah habis tawaf, cukup 7 kali, jangan lah ambik gambar lagi. Batal tawaf tu ya. Perkara ini jangan dibuat main.
Tak boleh juga join solat jemaah selepas tawaf wida. Kalau nak juga boleh, tapi jangan habiskan tawaf. Lepas solat sambung balik.
Jangan tidur atau berehat2 kat bilik lagi. Maknanya rehat lah kat lobi. Kalau duduk kt bilik lagi dikhuatiri kita tertidur. Bila tertidur tu kita macam berlengah2. Yang berlengah2 tu lah yang membatalkan tawaf wida kita. Sama la cam ambik gambar tu. Duk asyik ambik gambar sana sini terus la terlengah.
Itu lah pentingnya kita datang kursus dan juga dengar ceramah yang dianjurkan. Samada kursus kat sini atau ceramah kat sana. Jangan buat 'takpe...takpe' ja ya. Seandainya terbatal, kesannya adalah seumur hidup kita kalau kita tak tunaikan dam.
Kami buat tawaf wida dalam jam 11.30pagi. Pergi awal sket sbb bawak emak guna wheelchair. Untuk tawaf wida' bacaan setiap pusingan tawaf juga berbeza. Sebak bila baca doa2 semasa tawaf tu. Mmg semua orang pun akan sebak lah. Entah bila akan dapat peluang begini lagi.

Dam
Dam ni macam denda lah akibat kita melanggar pantang larang ketika dalam ihram. Masa kursus perkara ini amat dititik beratkan. Ustaz cakap pasal ni mmg byk kali. Jenis dam ni ikut lah kita punya pantang larang yang telah dilanggar. Paling berat adalah seekor unta. Ya. Unta ya. Yang kena beli terus kat Mekah. Bukan buleh tunggu balik sini. Yang tu melanggar pantang larang terbesar sekali. Kalau kursus dgn ustaz Daud dia akan cakap 'nonen nonen'. Hihi. Pepaham je lah ya. Lelebih lagi sapa yang tinggal bilik berdua je suami isteri. Dalam ihram kena jaga sesangat. Selain tu dam kambing (yang juga kena beli kat sana) atau paling simple dam 10riyal. Ada lah kiraan dia mengikut apa yang kita dah langgar.
Aku kena dam juga. Eh. Bukan sebab nonen nonen ya. No no no. Sebabnya ada tertutup muka masa dalam ihram. Bagi perempuan, tak boleh tutup muka. Masa ustaz bagi taklimat tawaf wida' ustaz dah pesan segala apa yg kita rasa macam tak pasti tu elok tanya dia.
Jadi, tanya lah ustaz tu, aku cakap tutup muka sbb nak elak habuk (masa tu buat umrah sunat tengahari (lps zohor), nak masuk masjid time tu tgh berhabuk sbb org tgh duk buat renovation - ada cam tertutup muka dengan telekung). Ustaz kata kalau ikutkan tutup sbb habuk takpe.
Tetapi, ha...ada tetapi. Tetapi dikhuatiri takut ada sebab lain yang boleh membatalkan umrah kita tu. Maka, seeloklah di clearkan. Jadi, bayarlah 10riyal. Boleh bayar terus ke ustaz utk ustaz agih2kan pada penduduk/pelajar di Mekah. Atau kita bayar sendiri ke memana org yang bermastautin di Mekah. Ustaz kata jangan la bagi kat orang2 yang minta sedekah tu sbb tu bukan pemastautin pun. Kalau nak senang bagi je pada orang yang cuci2 masjid tu. Depa tu mmg dah duduk di Mekah. So, aku bagi pada pakcik cleaner. Masa hari terakhir selepas Subuh di Masjidil Haram. Masa nak bagi tu cakap lah "fidyah".

Bertolak ke Madinah
Kami bertolak ke Madinah dalam kul 3petang. 
Jarak perjalanan kurang lebih 6jam.

Beg dah ready bawak turun seawal jam 9pagi.

Orang kata elok pergi Madinah dulu sbb dulu nabi nak tunaikan umrah (ke haji) dia dari Madinah. Tapi, tak kurang juga orang yang pergi Makkah dulu kemudian ke Madinah. Sbb kan peristiwa penghijrahan nabi tu. 

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Jadi, bila kita melalui jalan raya merentasi padang pasir, secara otomatik kita terbayang rombongan Nabi junjungan kita hanya menaiki unta. Bayangkan lah kalau kita naik bas pun 6 jam. Unta??

Sepanjang jalan padang pasir.

Kami berhenti solat qasar Asar di hentian (lupa nama tempat).
Kepala aku terhantuk kat tiang plak masa nak solat tu. Hey. Memacam tau. Taktau kifarah apa entah. Lepas tu berhenti sekali lagi utk makan di Wadi Qudaid.
Tempat ni bukan saja2 berhenti.

Ini adalah tempat hentian Nabi Muhammad SAW ketika dari Kota Mekah ke Madinah (boleh baca kisahnya di sini). Dan kebetulan perjalanan kami juga dari kota Mekah ke kota Madinah :)
Di situ kami makan nasi arab dalam dulang.
Satu dulang 5 orang. Makanan ini mmg dalam pakej Andalusia. So, tidak perlu bayar. Duduk dan tunggu makanan diletakkan atas meja.
Sedap betul. Walau nampak kering camni je.
Ayam pun sedap!
Kami makan berlima dgn famili dari Kampar ni.
Mak plak makan ngan famili dari Sarawak.
Restorannya nama Al Maseef

Sedap pulak rasanya.
Ayam tu sedap lah. Panas2 lagi. Nasik dia pun sedap. Mak yang tak makan nasik begini pun buleh makan.
Betullah Ustaz Daud ceritakan pada kami masa kursus. Katanya makanan di RnR ni dihidangkan panas2. Ikan pun panas2. 

Sampai di Madinah
Kami sampai sekitar jam 11mlm.
Bersama 2 lagi bas lain.
Keadaan hiruk pikuk seketika di ruang lobi.
Mana ustaz mutawif briefing lagi, nak bagi kunci lagi.
Kali ni kami dapat tingkat 1.
Alhamdulillah.

Letak beg, rehat2 kejap, pergi tgk jalan nak ke Masjid Nabawi.



My heart is so full of longing
I wish to be close to my Beloved
I dream to walk in the streets of Medina
And to quench the thirst of my spirit
By visiting you, O Muhammad!

السلام عليك يا.. يا رسول الله
السلام عليك يا حبيبي.. يا نبي الله
السلام عليك يا.. يا رسول الله
السلام عليك يا حبيبي.. يا نبي الله
يا رسول الله

Assalamu alayka ya
Ya Rasool Allah
Assalamu alayka ya habibi
Ya Nabiyya Allah
Assalamu alayka ya
Ya Rasool Allah
Assalamu alayka ya habibi
Ya Nabiyya Allah, ya Rasool Allah

Assalamu Alayka by Maher Zain

28 April 2015

Labbaik allahumma labbaik : Makkah (Hotel, Program Andalusia, Beli Belah)

Hotel
Kami stay di hotel Malak Ajyad. Tak berapa jauh, tp tidak lah sedekat Hilton yang hanya turun tangga dah nampak Masjidil Haram. Dalam 400meter atau 5-10minit berjalan kaki. Letak nya di jalan besar dari Masjidil Haram. Yang mudah sbb straight je kalau nak ke Masjidil Haram (pintu King Abd Aziz - tp majoriti pintu ni dah ditutup). Antara hotel Andalusia yang dekat lah. Kalau tolak wheel chair pun takde masalah sangat. 

Malak Ajyad Hotel dalam kenangan.
Hotel ni mmg di chartered oleh Andalusia. Jadi, mmg selesa. Semua pun jemaah Andalusia. Lif la pelik2 sket. Tapi, takpe lah. Tak usah la kita terlampau cerewet sgt kan.
Wifi di lobby disediakan secara percuma. Kadang2 dapat sampai dewan makan. Ingat kan kat hotel sana takde wifi. Baca kat blog sapa entah, hotel takde wifi katanya. Mmg la takde sampai dlm bilik, tp kat lobby, mostly hotel ada rasanya (sbb lps solat tu nampak la orang hotel lain pun melepak kat lobby).
Makan kat hotel ni pun okay je. Takde la mewah dan pelbagai macam hotel biasa tu kan. Tapi tak kesah lah. Asalkan dapat isi perut pun dah cukup. Kat sana, sambal nasik lemak yang kosong (sambal bawang) tu pun rasa cam sedap sgt. Pastu dia buat spegeti kari pun sedap (macam mi kari, tapi mi tu dia ganti dgn spegeti). Cuma, mungkin sbb ada aku tercakap 'tak lalu makan nasik', jadi mmg aku tak berapa nak makan nasik. Selain dari tu, mmg okay saja. Mak pun buleh je makan. Kalau ada ayam (mak tak makan ayam), mak makan roti je yg sememangnya ada je tak kira makan apa pun. Kat Mekah 4x waktu makan - breakfast (lps solat Subuh dalam 5.30pagi tu dah buleh makan dah), lunch (lps zohor), minum petang (lps Asar) dan malam (lps Isyak).

Yang best bawah hotel ni dah kawasan shopping. Kalau duk Hilton mesti tak sampai nak shopping di kawasan golongan marhaein ni kan. Shopping lah di tmpt exklusif di zam zam tower tu. Hiks.

Banner Andalusia
Ziarah
Dua kali di bawa ziarah oleh Mutawif.
8 April 2014 - ziarah ke Jabal Tsur, Jabal Rahmah, tengok kawasan orang haji berwukuf dari atas bas (padang Arafah) dan bermiqat umrah di Ja'ranah (sebaiknya jaga wudhuk sbb nak ambik wudhuk mmg ramai orang).
Di Jabal Tsur

Di Jabal Rahmah. Tak panjat pun bukit tu.
Kali kedua ziarah (9 April 2014), hanya untuk berniat umrah di Tanaim dan kembali ke Mekah untuk buat umrah sunat.

Selepas solat sunat di Tanaim.
Sepatutnya ada ziarah ke Hudaibiyah (boleh juga berniat umrah di sini) dan Jumaat malam tu mendaki Gua Hira'. Ziarah ini berbayar. Setiap satu 25riyal seorang. Kami dah sedia nak bayar, tp ustaz kata batal atas alasan tak cukup orang. Sedihnya. Teringin nak naik Gua Hira' tu :(

Shopping
Aku takde la shopping sgt pun. Sbb mmg dah niat dari sini, bukan untuk pergi ber shopping. Jadi, nafsu shopping tu kurang lah sket dari biasa.
Just beli jubah dalam 3 helai. Murah jubah di Mekah ni. Paling murah boleh dapat 3 atau 4 pasang - 100riyal. Aku lebih suka jubah di Makkah sbb tak terlalu nampak design arabnya. Kalau kat Madinah agak bling2 dan rekaan agak "Arab".  Pastu belikan jubah untuk akak ipar, anak buah.
Selain tu ada la belikan sejadah kecik (sejadah sujud) untuk ipar belah myDH.

Satu lagi kami suka sgt aiskrim kat Mekah. Sedapnya. Dia ala2 aiskrim tuti fruiti tu. Yogurt ice cream. Murah ja. 3riyal satu cup. Setiap hari beli. Kedai tu mmg buka 24jam. Dekat je dgn hotel. Lepas subuh kul 5pagi tu pun ada orang beli aiskrim.

Aiskrim ni sedap dimakan bila dah cair sket.
Aiskrim coklat vanila. Sedap!
Penyek pulak gmbr nih. Lantak!

Cuaca
Masa kami ke sana, tgh perubahan musim dari sejuk ke panas. Jadi, kira cuaca tu macam tempat kita lah. Tapi, kami merasa jugak lah sejuk tu. Ada pagi yang suhunya cecah 20'celcius. Sejukkk.. Brrr...

Tepat 6pagi. Cuaca 20 darjah time ni. Sejuk.
Tapi, kat sana walau panas hening, pakai jubah berlapis dengan telekung semua pun, takde la rasa rimas ke apa. Okay je. Biarpun berniqab. Rasa selesa. Cuba kat sini tengok.. try jalan tgh panas g klcc tengok. Melekit tiak dah. Haha. Tapi, lps ni dah masuk musim panas. Bertabah lah sapa yang nak pergi bulan 5 ni ya.

Wakaf Al Quran
Al Quran mmg banyak di Masjidil Haram. Kalau nak wakafkan Al Quran boleh lah. Tapi, tak boleh sesuka kita je nak letak Quran apa. Ada standard dia.
Tak semua kedai ada jual. So, aku ada beli kat satu kedai yg dekat dgn hotel. Dia kata mmg buleh buat wakaf di Masjidil Haram. Dia tunjuk lagi satu quran, yg lebih kurang sama, tapi yg tu mmg tak boleh buat wakaf. Tapi, kita pun tak tahu lah kan. Quran ni kalau bukan standard, nanti depa akan kumpulkan dan akan agihkan ke tempat lain. Takde la depa buang ke apa.
Kalau rasa cam ragu2 bagi je duit ke mutawif. Nanti depa akan uruskan. Dalam 50riyal satu Quran.

Deretan Al Quran dalam Masjidil Haram.
Quran standard untuk di wakafkan.
Bacaan Yasin dan Tahlil
Bacaan Yasin ni kira salah satu program Andalusia lah. Ikut grup memasing. Macam grup kami dapat hari Jumaat pagi. Alhamdulillah. Sebelum majlis tu ada la ustaz bagi ceramah sket. Bagitahu kat mana tempat mustajab doa (will share it later). Rasanya agensi lain pun mesti ada buat camni kan. Ada ceramah, ada bacaan Yasin.
Masa tu sapa nak sedekah untuk buat korban pun boleh. Eh, bukan lah korban cam raya haji tu. Kira dia akan kumpulkan sedekah dari jemaah Andalusia then depa akan sembelih kambing, masak dan agihkan pada semua jemaah.

Comel kan kambing kat sana.
Jalan-jalan sekitar Masjidil Haram


Clock tower

clock tower
Mercu tanda Mekah Al Mukaramah. Clock tower. Sini juga letaknya hotel Hilton, Zam Zam tower, Safwah hotel. Ha, ni semua hotel yang dekat lah dgn Masjidil Haram.
Kami saja gi jalan2 malam. Cantik lah sangat.

Acah acah follow me to. 

Selain tu,  suka sangat ambik gambar dkt burung merpati ni. Banyak sangat kat sana.


Okay, tamat citer di Mekah al Mukarammah.
Kita sambung di Madinah lak.
Anything nak tanya just drop komen, atau emel, atau w.app ya :)

27 April 2015

Labbaik allahumma labbaik : Makkah (Umrah dan Masjidil Haram)

Waktu solat dan perbezaan waktu
Perbezaan waktu Malaysia dan Mekah/Madinah adalah 5jam. Maknanya waktu di Mekah/Madinah lewat 5 jam dari waktu Malaysia. Katakan kat sini 10pagi, kat sana baru 5pagi. Tetapi, waktu solat dia pula cepat 1jam dari kita. Contoh kat sini zohor dalam 1.20t.hari, kat sana 12.20 dah masuk waktu.
Waktu solat kat sana yg ada ditampal di dewan makan. Kat lobi pun ada jugak.
Waktu Sholat ya.

Umrah
Umrah wajib akan dibimbing oleh mutawif sebaik saja kita sampai ke Mekah. Kami buat jam 2.30pagi dari hotel. Selesai umrah dalam kul 7pagi. Tapi kami buat sendiri je since mak guna wheel chair. Tempat tawaf guna wheel chair di tingkat 2.
Ikut lah buku panduan yang dibekalkan utk kita tu. Kalau jemaah negara lain macam Indonesia tu, dia buat dalam grup dan baca pun kuat kuat (myDH kata dia terngiang ngiang yg depa baca Subhanallah, Walhamdulillah....).
Utk tawaf dan saie tu kalau tak ikut bacaan dalam buku tu pun takpe. Baca lah apa2 yang kita tahu. Surah Al Fatihah, Al Nas, Ayat Qursi etc.
Umrah kedua, umrah sunat bila kami ada program ziarah dan berniat di tempat yang namanya Ja'ranah. Mutawif bawa. Satu grup semua pergi. Bas hantar balik ke hotel. Masa sampai hotel dah nak masuk waktu zohor. Sapa nak pergi terus buat tawaf buleh je pergi dgn ustaz. Tapi, kami buat lepas zohor. Sebelum masuk waktu Asar dah siap semua. Kami bersolat di bukit Marwah. Alhamdulillah :)

Masa kat tingkat 2 lepas tawaf
Umrah ketiga, umrah sunat dan berniat di Tanaim. Pun bersama mutawif jugak. Satu bas gerak bersama. Dalam kul 7.15pagi dah gerak. Solat sunat dan berniat di Masjid di Tanaim (Masjid Saidatina Aisyah). Lepas tu bas terus hantar ke bawah masjidil haram. Masa nak naik ekslator ke atas tu ada jubah arab perempuan tersekat kat ekslator. Ha... terperanjat semua. Depa punya jubah kan mmg meleret. Seme terus cam fobia.

Mak tak buat umrah sunat yang ni. Masa kami tawaf n saie, mak duduk baca Quran dalam masjid.

Pakcik itu photobomb photo kami.
Please, excuse the botak man. Hihi.
Dia terus botak lepas selesai
umrah wajib tu.
Lepas tu, bagi yang nak buat umrah sendiri lagi, boleh ambik teksi ke Tanaim (untuk berniat umrah). Harga pergi balik dalam 50riyal. Jangan bayar dulu. Bayar masa nak balik. Teksi akan tunggu kita solat sunat - dan minta hantar terus ke Masjidil Haram. Biasanya teksi mmg ada je dekat2 area hotel.

Dalam umrah ni kita kena jaga pantang larang kita dalam ihram. Dalam kursus umrah bab ini paling ditekankan oleh ustaz. Jadi, kursus umrah sebelum pergi tu penting ya sebagai persediaan kita. Jangan tak pergi.

Bersolat di Masjidil Haram
Sekarang kalau duduk di hotel yang dekat masjid pun, kena turun awal juga sbb pintu masjid ditutup sejam sebelum masuk waktu (masa kursus Umrah tu Ustaz Daud dah pesan - kalau tk silap katanya 5/8 ruang masjid dah ditutup). Sekarang pembinaan mmg tgh besar besaran. Ruang solat untuk wanita sgt terhad. Jadi, datang lah awal. Dapat kita beriktikaf dalam masjidilharam. 100,000 ganjaran pahalanya. Baca Al-Quran, tunaikan solat sunat.
Berceracak kren kat sana
Waktu Subuh. Kul 2.30pagi dah gerak.
Kalau nak selesa, datang lah 2 jam sebelum. Tapi, tu pun tak boleh guarantee juga. Orang Arab/negara2 lain ni dia tak kira, kalau dia nak duduk, depan kita, atas saf tu pun dia boleh duduk.

Keadaan dalam masjid.
Ada sekali tu, jemaah India rasanya. Boleh duduk depan hidung aku. Dah nak masuk waktu solat masa tu. Tempat dah penuh. Kalau sorang takpe la. Ni 3,4 orang. Selamba je dia duk lepak depan kiterang. Atas tempat sujud tu. Duduk je takpe. Siap baring! Hadoi. Sabar je lah.
Sebelah aku masa tu orang Indonesia. Makanya kami pun bercakap la cemna nak sujud semua. Dan mereka pun agaknya sama lah. Cakap cakap jugak. Depa ni mmg tak kira. Yang dia tahu dia nak menyelit. Masa tu waktu Asar nak tunggu Maghrib.
Kat Masjidil Haram, pintu masuk wanita dan lelaki sama. Tak macam kat Madinah.
Jadi, kat sini senang la nak tunggu. Cuma, phone tu penting lah kalau nak call suami suruh tunggu kat pintu berapa. Kami selalu masuk dari pintu 86 atau dari pintu King Fahd (yg ni jauh sket. Kalau mak tak pergi masjid baru kami masuk ikut sini sbb orang tak ramai sgt ikut pintu ni).

Me, in front pintu 74
Telefon buleh je bawa masuk dalam masjid. Cuma yang perempuan ni ada guard check bag. Dia tak buka pun beg, just rasa2 je dari luar.
Di masjidil haram ada sediakan plastik untuk simpan kasut. So, kalau tak bawak uncang pun takpe. Ambik je plastik. Bawa kasut masa kita solat. Macam kami, dah masuk dalam plastik/uncang, kami buh dalam beg galas yg Andalusia bagi masa kat airport tu :)

Waktu balik. Ramai. Penuh.
Oh ya. Jangan lupa belajar cara-cara solat jenazah. Sbb kat sana every waktu selepas solat ada solat Jenazah. Ada dalam buku panduan.
Hari Jumaat ada sujud tilawah (sajdah) - boleh belajar dari link shafiqolbu ni.
Takde bacaan Qunut pada setiap solat Subuh.
Dan imam takde baca doa selepas solat. Baca je lah sendiri sendiri. Kan tempat mustajab tu.

Tawaf sunat
Kalau buat tawaf sunat ni tak perlu berihram. Pakaian kita solat saja. Boleh la buat sebelum masuk waktu solat. Atau bebila masa pun takpe.
Kami sempat buat 2x.
Pertama kami buat dalam jam 8.00 pagi. Lepas Subuh balik hotel - breakfast, then keluar balik. Kalau nak buat tawaf/umrah sunat, time ni mmg paling elok. Sbb orang tak berapa ramai. Bukan tak ramai. Tapi kurang sedikit berbanding petang atau malam. Mungkin masa ni ramai yg gi makan, pergi Tanaim, rehat selepas subuh dsbnya. Boleh la kalau nak menyelit ke Hijr Ismail/Multazam/Hajar Aswad.
Muka lega dapat buat tawaf sunat.
Kemudian tawaf sunat kedua kami buat sehari sebelum buat tawaf wida (tawaf selamat tinggal). Masa tu bawa emak, terus buat lepas solat Subuh. Emak duduk menunggu kat kt tmpt orang solat depan Kaabah tu dan kami terus buat tawaf. Masa ni agak ramai (sebelum pukul 8. Start tawaf dalam kul 6 lebih).
Lepas habis tawaf mesti tak lepaskan peluang
ambik gambar Kaabah.
Boleh tgk kat tv ni. Beza sungguh waktu pagi dan waktu petang.
TV hotel masa kat Mekah mmg ada channel ni je.
Ini pagi - dalam pukul 8 lebih. Masih ada ruang.
Kawasan yang sama. Ni tak silap selepas Asar.
Takde ruang langsung dah. Sangat ramai.

Pengalaman bersolat di Hijr Ismail
Hijr Ismail adalah termasuk dalam kawasan Kaabah. Maka, kalau kita sedang bertawaf, jangan masuk dalam kawasan Hijr Ismail. Tidak sah tawaf.
Jadi, selesai tawaf (kalau buat tawaf sunat) atau selesai tahlul (kalau buat umrah), boleh la ambil peluang bersolat di dalam Hijr Ismail.
Dipetik dari blog go-umrah
Oleh yang demikian, tidak sah tawaf di dalam Hijr kerana ia termasuk dalam Kaabah dan sesiapa yang ingin bersolat di dalam Kaabah, dia boleh melakukan solat di dalam Hijr kerana sebahagian daripadanya ialah Kaabah.

Kata Sayidatina Aishah r.ha: “Suatu hari, saya ingin memasuk kaabah untuk bersolat di dalamnya. Rasulullah s.a.w. pun memegang tangan saya lalu membawa saya masuk ke dalam Hijr dan bersabda (maksudnya):

“Solatlah dalam Hijr ini kalau kamu mahu masuk ke dalam Kaabah kerana ialah sebahagian daripada Kaabah, tetapi kaummu (Quraisy) kekurangan belanja ketika membinanya maka mereka pun mengeluarkannya daripada binaan Kaabah.”

Berkata Abdullah bin Abbas r.a.: “Bersolatlah ditempat solat orang yang terpilih dan minumlah minuman orang yang baik.” Orang ramai bertanya Ibn Abas: “Dimanakah tempat solat itu?” Jawabnya: “Di bawah Mizab (saluran emas).” “Dan apakah minuman itu?” Jawabnya: “Air zamzam.”

Mmg sukar nak masuk ke kawasan Hijr Ismail sbb ini adalah salah satu tempat mustajab doa. Memula husband macam putus asa sbb kami dah masuk tapi di tolak keluar. Aku ajak juga lagi. Caranya, kita tunggu hujung skali lengkungan tu. Beratur je situ. Sbb orang depan akan masuk ke belah dalam dalam dan kita akan dapat turn untuk masuk. Bila dah masuk dalam lengkungan tu, agak lapang. Dan bersolat lah. Kami bergilir. Mula asben kepung aku, then aku pulak tunggu asben.
Bawah pancur emas. Subhanallah.
Sebak sangat rasanya.
Terima kasih Allah atas peluang ini :)
MyDH solat.
Lps solat tu nak keluar agak sukar. Dan sementara nak keluar tu dapat kami pegang Kaabah. Alhamdulillah, terima kasih Allah (ada gambar, tapi mata sembap. Sebak sbb dapat solat di tempat yang antara mustajab doa).

Multazam dan Hajar Aswad.
Multazam kami tak dapat sentuh. Multazam ni tempatnya antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah. Jaraknya cuma 2 meter. Jadi, agak sukar. Masa kami cuba pergi ada grup jemaah India duk menempel situ. Mmg takde lah peluang. Takpe lah. Berdoa setentang dari nya pun cukup lah. Itu pun dah cukup dekat, kan? :)
Hajar Aswad pula, asben tak cuba pun. Tapi, masa kami nak ke Multazam tu, ada la orang Indon menyapa 'pak, mahu ke hajar aswad'. Awas ya. Indon ni nampak macam nak bantu, tapi dia peras kita lepas bawa cium hajar aswad tu. Ada yang kata buleh cecah smpai 1000 riyal. Ada yang kata sampai terpaksa bagi jam segala sbb dah takde duit. Wallahualam. Menda ni pun bukan wajib dan dah sampai jadi mudarat pulak kalau kena bayar beribu. Jadi, kalau nak cuba cium hajar Aswad ni kita cuba je sendiri. Sebelum pergi tu solat taubat, solat hajat mohon Allah permudahkan. InsyaAllah, ada peluang.

Pengalaman solat Jumaat di Masjidil Haram
Kami sempat solat Jumaat di Makkah. Alhamdulillah. Mmg tak lepaskan lah peluang ni. Tapi, harus diingatkan, di sana, hari Jumaat adalah hari cuti umum. Maka, orang2 Arab ni tersangatlah ramai yang menunaikan umrah, yang keluar bersolat Jumaat.
Orang mmg terlampau ramai. Dan pintu masjid ditutup seawal jam 10pagi. Yer, 10 pagi!. Waktu solatnya 12.23 tengahari. 2 jam lagi pintu dah tutup. Mujur kami dapat ke ruangan bawah (bawah tanah). Tp takde karpet. Duduk di atas marmar putih yang sejuk sangat. Huhu. Sabar lah. Ini antara dugaan kan. Sudah lah masa tu mak tak ikut. Keseorangan saja lah lps myDH ke ruangan solat lelaki. Mujur ada sorang makcik dari Johor yang anak lelaki nya letak sebelah aku. Kalau tidak, mmg ada sedikit rasa gusar lah. Sbb dikelilingi orang Arab yang sewenang2 nya melangkah dan menepis kita.
Jadi, kalau ada kesempatan, ambillah peluang solat Jumaat ni, dan belajar serba sedikit caranya dari Malaysia.
Bawah tanah. Pun penuh sangat.
Orang balik solat Jumaat.

Okay, dah panjang sgt pulak.
Kita sambung lagi next entry.
Kalau ada yg nak tanya buleh je email/w.app. Atau tanya je di ruangan komen. InsyaAllah saya akan jawab.
Tips nanti entry last saya letakkan sekali harung ya :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign