Dari aku stress, stress baik aku tgk gmbr ini budak cumillll banget.
Dgn suara serak2 dia tu.
"Mama..Uncle Dani telefon Mama ya"
"Macamana Amani tau?"
"Mama cakap i u i u"
Sungguh masa ni rasa nak meleleh air liur sbb rasa dia comel sgt cakap mcm tu. Abis my dear aku cubit2 sbb geram.
Dan sungguh kalo buleh aku mao anak perempuan yg comel dan petah macam ni.
Nama dah la sedap - Mia Sara Nasuha.
Laju2 aku carik gmbr dia.
Dgn suara serak2 dia tu.
"Mama..Uncle Dani telefon Mama ya"
"Macamana Amani tau?"
"Mama cakap i u i u"
Sungguh masa ni rasa nak meleleh air liur sbb rasa dia comel sgt cakap mcm tu. Abis my dear aku cubit2 sbb geram.
Dan sungguh kalo buleh aku mao anak perempuan yg comel dan petah macam ni.
Nama dah la sedap - Mia Sara Nasuha.
Laju2 aku carik gmbr dia.
Kredit to : http://www.rindok.com/blog/mia-sara-nasuha-amani-drama-adamaya-tv3/
Comel giler kan. Aku tak la sker sgt tgk Adamaya tu, tp dek budak tecik ni, aku tgk gak la. Makhluk Tuhan paling comel nih. Mia Sara, auntie sgt adore you tauuu... kalo auntie jumpa you mmg auntie dukung2, siyom2 you [tp dia tak suka kena kiss kalo pakai lipstic- dlm episod smlm ada Lisa {Maya} ckp camtu]
Dan kalo nak tgk lagi gmbr2 dia leh la jd fan page dia kat sini : http://www.facebook.com/pages/kami-peminat-adik-mia-sara-amani/116614191693749
Lepas tu bila bc artikel ni pun rasa mcm "alahai..." Yelah bebudak kan. Mana dia tau berlakon ke apa. Tp suka la. Bijak nih. Gerammmm...
Mia meragam ditengking Lisa
Oleh Hartati Hassan BasriGARA-GARA ditengking Lisa Surihani, penggambaran drama bersiri Adamaya di kondominium Villa Wangsamas, Wangsa Maju, baru-baru ini berdepan sedikit masalah apabila pelakon cilik, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, 4, bertukar 'mood' menjadi meragam.
Ini menyebabkan babak 'close-up' membabitkan Mia yang memegang watak Armani, membuka laci terpaksa diulang berkali-kali. Anak bongsu daripada empat beradik itu nampak begitu berhati-hati, mungkin bimbang kalau-kalau dia 'dimarahi' lagi. Ayah Mia, Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh, 35, yang menemaninya sepanjang penggambaran, cuba membantu menenangkan Mia tetapi tidak berjaya. Lalu, Lisa yang memegang watak Maya, jadi serba salah dan cuba mengambil hatinya dengan bergurau senda. Selepas Lisa membawa Mia pergi ke kedai membeli coklat, barulah Mia berani dekat semula dengan Lisa.
Dalam babak sebelum itu, Armani sedang bermain dalam bilik ibunya. Dia kemudian terjumpa gambar Maya bersama lelaki lain ketika menyelongkar laci ibunya. Tiba-tiba Maya masuk dan terus marah apabila melihat Armani memegang gambarnya bersama kekasihnya, Dani (Faizal Yusup).
"Apa ni? Kenapa sepah-sepah, nak kena ya?" tengking Maya kepada Armani. Lisa akui serba salah melakonkan babak itu kerana tidak sampai hati memarahi budak sekecil Mia. Bagaimanapun, kerana tuntutan wataknya dalam Adamaya, Lisa cuba melaksanakannya sebaik mungkin.
PnStoberi : Citer biasa tp tarikan pelakon generasi baru yg hebat. Sama cam Asmaradana.
Terima kasih atas komen anda :)