Pages

16 May 2010

~PnStoberi & Air Limau Asam Boi~

Hehe. Td pasal ABC. Skang pasal air limau asam boi plak. Tskk..ttiba mcm ter liur plak bila tulis.

Ok. Ini pula feveret kami suami isteri. Slalu kalo pi pasar malam wajib cari air ini. Slalu utk dptkan yg sedap [jenama pasar malam] ni adalah kat pasar malam kat cheras. Kat mana ke tah. Tp dekat2 dgn tasik permaisuri tu. Dkt ngan padang bola. Yg pasar malam nya ari Sabtu. Itu mmg sedap. Harus beli 2, tk buleh share2. Huhu. Lps tu gi lepak Tasik Permaisuri, beli sengkuang tu. Nom nom nom.

Tp skang ni oleh krn aku da ada multipurpose blender tu aku dah leh wat sendiri la ini air limau asam boi. [skali lagi mcm ter liur bila tulis..caisss]. Smlm da buat. Aku up kan jadi air epal limau asam boi. Blend epal hijau, blend limau kasturi [sila buang bijik dan blend skali kulit]. Lps tu campur semula epal n air limau, gula sket dan taruk la 2-3 biji asam boi dan blend suma tu skali. Biji asam boi takkan ter blend, tp rasanya ttp ada. Kalo nak lebih kick, taruk secubit garam. Lps tu taruk ais ketul. Mak aiii...terangkat kaki tgn suma. Cumanya aku terbubuh 2 biji epal utk sorang minum. Dia jadi pekat giler.. tp apa adahal. Khasiat tuh. Huhu.

Jumpa gmbr ini beserta resepinya. Owh..dia masak gula ngan asam boi. Ok, nati i'll try lah buat camtu plak. Ada lagi tu limau n epal. Nikmatnya kalo minum tgahri panas tuh..tsskk...setappp..




AIR ASAMBOI KASTURI

bahan bahannya.

5 biji limau kasturi..belah dua,buang bijinya

4 camca makan gula pasir

5 biji asam boi

Cara caranya.

Asam boi dan gula dimasak dengan satu cawan air hingga gula larut

Kisar limau kasturi dengan kulitnya sekali sampai hancur

Campurkan bahan bahan di atas kedalam jug,masukkan ketulan ais kedalamnya...siap.

PnStoberi : mudah dgn adanya blender tu

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign