Pages

28 April 2010

~PnStoberi di Raub~


AMARAN : ENTRY INI MEMPUNYAI BANYAK GAMBAR. MUNGKIN BOLEH MEMBUATKAN ANDA MELUAT MELIHAT AKSI2 KAMI. TAPI ADA KAMI KESAH.. SUKA TENGOK..TAK SUKA BLAH.. HAHA.. PEACE.. !!
(but, 1 permintaan je. Pada yg suka nak menyebar2kan citer dlm blog aku ni, yg igt aku citer pasal kawan2 dia harap beliau henti2kan la perangai tu. Udah2 la tu. Aku tau dia masih baca blog aku ni dlm diam. Ke ko jeles tgk kami bergembiraan sebegini)

Selamat Datang ke Pusat Rekreasi Pulau Chekas. Masa ni bkn baru datang tp da nak balik. Atu..sampai je tkde da nak stop bergambar. Suma excited nak terjun sg je.

Ini kali ke3 rasanya aku ke sini. Dan kali ini ramai2. Seronok giler. Lihat je lah bukti nya pada gmbr2 ini.
Da dpt port baeekkk punya trus kami yg perempuan ni terjun masuk air. Hoho.

Owh..ini blum masuk air lagik. Potong temikai dulu, kemas2, bancuh air baru terjun. Hihowww..

Bukti para lelaki yg mem bako ayam. Hik hik. Paling terer adalah suaminya Rinie. Laki aku tgk dari jauh je. Dan aku plak mcm mandur da. Amboii..kemahin yer. Tkpe la.. aku da bgn pepagi dah. Tender masak nasik goreng. Pulak tu buleh plak mlm tu aku lupa nak masak nasik. Seb bek terjaga dlm kul 12 lebih tu. Menonong masak nasik.

See..kami yg ber enak-enakan mandi. Hik hik. Masa ni si Mirul tu lum jatuh lagik. Lps dia jatuh tu dia da behave sket. Eii..tak buleh ingat la. Aku gerun tul tgk darah menitik2 tu. Jd lembik lutut dan nak pitam plak. Ngehh..

Ya Rabbi. Maka betul la dak Fatin kata kat Pak Usu dia dulu " Pak Su, dlm prut paksu ada temikai eh?" Adeh..ni kang ada org tnya "Da..laki ko peknen berapa bulan?" Hihoww... Ada ikan besarrrr punya. Rinie da kuntau suma bdk opis yg tgk gmbr ni kata kiterang tangguk je ikan ni guna tgn. Hihoww.. terbaekkk..trus bakar.

Ini amik gmbr konon2 air tu dlm. Konon nak suh napak kepala je. Skali kantoi suda dgn si Epol kat blakang tu. Ni suma duk bersila je dlm air tu. Nyaman tul mandi korang..air dia sejuk gilerr.. nikmat tul duk dlm tu dari kul 1 smpai 5 ptg.

Aku : Faizullah..cpt amik gmbr kak long tgh bakar sotong nih.
Faizullah : Ha..cpt.. 1, 2..
Aku : Opocot mak kau.
Haha. Ttiba sotong tu mcm meletup dan mengeluarkan bunyi pissss. hehe. Aku rasa sbb minyak dia turun ke bwh. Bebudak ni dah gelakkan aku sbb baru nak eksen sudah kantoi. Ngehh..

Da riang gembira kat bawah tu, kiterang naik kt tpt yg bbetul waterfall dia. Nama dia Lata Jarum. Sini nak bbq susah sket la sbb dia takde tpt rata. Gelap sket sbb byk pokok. So, jalan2 tgk tpt tu sudah.Ada budak tgk melompat terjun tiruk kat waterfall tu. Itu pun rendah tu dia lompat tu. (Objek yg aku nak tunjukkan adalah yg berseluar biru tu). Ada lagi satu tpt lagi tinggi. Udah la kat bawah tu batu. Giler mereka nih. Tp aku suspect mereka adalah org local. Ko giler org luar nak wat camtu. Mana berani. Dgn air yg berpusar2 sbb bawah air terjun, dgn batunya. Ngeri oih.Da bergembira melompat2 situ kiterang balik umah la. Beli beras masak nasik. Sbb ikan, ayam suma ada lagi. So, malam tu makan nasik ngan menda2 bbq je. Seb bek ada air asam kicap by mak Fara. Hehe. Makan kat serambi je derang suma nak makan kat serambi je.


Oleh kerana nan ado tibi kami pun carik hiburan sendiri. Fara da siap bwk monopoli. Ini maleh nak citer panjang2. Sbb aku mengalami kebankrapan tegar. Bergolok gadai menjual rumah tup2 bila da jual berderet2 org benti kat tanah aku tu. Huh!! Tanak citer sapa yg menang.

Tu pun org yg menang tu da tak berenti. Terpaksa aku hentikan sbb da kul 12 t.mlm. Esuknya nak jalan lagi. So..tido la beramai. Zzzzzz.....

So, sapa yg nak merasai ketenangan smbil merehatkan minda di kawasan kg, sini adalah tempatnya. Kalo dari KL lebey kuang 2 jam smpai. Dia tak jauh dari Pekan Raub. Nati napak la signage Tourism M'sia ke arah tpt. Aku rasa tpt ni da diwartakan sbg tpt pelancongan oleh Tourism. Org pun tak ramai. Sgt selesa. Tp kalo cuti pjg2 macam cuti sekolah ke cuti TBC ke ramai la org. Pegi wiken mcm ni ok. Best!

PnStoberi : menikmati keindahan alam semulajadi

3 juta komen

ko ni ...ala... jeles tul la aku... asyik jalan je... aku pulak asyik keje aje...

waa bestnye.. hilang stress:p

MARIA,
Hik hik..jgn la jeles. Pas ni ada satu entry penuh bergambar lagik. Pastu entry kat Johor plak. Hehe. Jgn jeles okeh..nati yu jalan2 ai plak jeles ya.

EJAA,
Sangat..sangat ilangkan stress. Jum arr join lenkali. :))

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign