Pages

4 April 2010

~PnStoberi & Promoter~

Mencari definisi dari sini : http://www.thefreedictionary.com/promoter

promoter [prəˈməʊtə]n
1. a person or thing that promotes
2. a person who helps to organize, develop, or finance an undertaking

Senang citer, dlm bahasa kita ni yg suma org sedia maklum promoter tu hok org yg meniaga then promote brg jualan kita. Lepas tu pujuk [paksa] kita beli dgn pelbagai cara.


Mesti korang pernah ada experience dgn cik/puan/incik prometer ni kan. Esp masa kat shooping complex ke kat kedai2 mall tu sure ada
"adik..try dik ini krim ilangkan jerawat" [amboi..ko napak jerawat ke kat muka aku nih..elloo]
"kak..try ini ubat kurus ni dik" [Ha...!! ko bio betul dikk?? Buta ke apa?]
Tu 2 contoh aku nak gitau yg kadang2 prometer ni tak sensitif dgn prospect customernya. Ko tak leh la tgkp muat je kan.

**opss...selingan jap ha..entry ni takde kena mengena dgn org sekeliling ya. Ini cuma pendapat peribadi. Kalo ada yg rasa ku ter kata pasal kawan ko ke, sedara mara ke, sila blah dr blog aku ni yer. Aku takmo pembaca mcm ko yg sker menjaja cerita org. Kang ttiba dtg plak entah sesapa kat aku kata aku mengata pasal dia dlm blog aku. Aku bkn per..sejak kejadian "tersebut" aku rasa mcm every each entry aku sure ada org nak sebarkan yg kononnya aku ada tujukan pada org tu org ni. Ya..aku da paranoid..dan seikhlasnya rasa tak bebas.

Ok. Sambung. Memang betul promoter ini menjalankan tugas mereka. Aku tak la kata kerja derang ni tak bagus ke apa. Tp kadang2 bila PR tu tak bagus dia akan jadi meng annoying kan customer.
Aku kalo p festival buku kat PWTC tu paling aku "takut" adalah prometer Lingua.Phone. Sgt2 elakkan utk lalu dpn booth mereka [byk lak tu booth dia..kang lari kat sini, terserempak plak tpt lain.. haiyaa]. Ok, spti biasa derang akan tanya
"Dik..dik.. keja apa yer dik?"
Aku biasa jwb "tak keja lagi..blaja lagi ni. Bayar loan pun tak lagi nih"
"Tkpe dik..meh kita sembang kejap"
Hah! tk payah la..tak kuasa aku.

Cara aku adalah, jgn pandang booth mereka atau jalan rapat2 kat booth lain dan sambil jalan tu smbil selak buku2 kat booth tersebut.

Skang buleh la aku kata aku blaja lagik. Sok kalo da membuncit ke, da bawak anak ke apa aku nak autakan kan?

Kadang mcm terkantoi kata da keja.
Tp aku kata aku keja kilang. Haha.

Lepas tu aku tgk PR promoter melayu ngan bukan melayu pun ada bezanya.
Mcm siang td. Aku pi Perfect Living kat PWTC.
Memcm barang ada..so sure lah ada promoter ni kan. Ok,kalo barang aku tak kesah. Sbb pameran ini utk barangan umah kan. Jadi jalan2 la kat situ. Tetiba kena dgn "sapa" dgn promoter buku kanak2 tu. Tk silap aku Grolier kut. [aku pun tk tahu motip derang ada dlm perfect living ni..patut yg ada kaitan dgn umah la kan. Oh. kena la kut sbb utk kids agaknya. Apa2 je la kan].
"Ada anak kecik tak kak?" tnya prometer yg tgh pusing2 belon, nak wat bentuk anjing la tu gaknya.
"Takde..baru je kawen ni"
"ok..congratulation" ini adalah promoter bukan melayu.

So..kat dpn tu kena lagi "sapa" lagi dgn promoter melayu. Perempuan. Bertudung budaknya.
Soalan yg sama. "Ada anak kecik kak?"
Aku bagi jawapan yg sama sbb td strategi tersebut berkesan aku guna.
Tp promoter ini telah membuat aku hangin satu badan.
Dia leh kata "tkpe kak..akak leh beli dulu, buat persediaan"
Aku terus jawap " eh ko ni merepek apa ni.." Apa dia ingat, kawen trus buleh mengandung trus dpt anak. Kalo ye pun makan masa 9 bln jugak. Aku assume budak tu tak kawen lagi sbb tu dia tatau bkn suma org ada konsep 'kawen-beranak'.

Aku tatau pada org lain mungkin tk kesah kut.
Tp bagi aku adalah kesah.
Satu, sbb promoter tu tak sensitip pasal prospect customer. Lain la napak aku pregnant ke ok la.
Satu lagi sbb PR dia. Bandingkan dgn promoter bukan melayu tadi. Ok je ckp congratulation. Kita pun tak la rasa annoying ke apa.
Atau dia buleh ckp gini "takpe kak, utk anak buah ke adik ke.."
Ha..kan elok tu. Derang ni takde PR course ke ah??

Aku tau ko nak sgt2 komisen tu, tp tolong sensitif dan respect sket org. Cuba kalo mmg aku merancang taknak anak lagi ke apa. Dan cuba engkau pulak berada di tpt org yg ko pujuk tak tentu hala tu.

Aku geram tul dgn budak promoter tu. Hampir nak gaduh dah. Lepas tu masa pusing balik tpt tu aku buat bodo je bila derang "sapa". Aku rasa itu lebih berkesan. Lantak la derang kata sombong dari kita sakit hati. Sungguh... derang yg mintak kita beraksi mcm tu.

Satu lagi aku rasa, customer ni kalo dia nak sesuatu barang dia yg akan cari. Ok, mungkin ada peratusan yg beli brg tanpa ada rasa "nak beli". Bila di pujuk2 terus dia beli. Ada org mcm tu, tp aku rasa peratusan dia tk tinggi. Ditambah pada yg pentingkan bajet perbelanjaan. Di sini la penting nye cara PR ko, cara komunikasi ko. Aku rasa derang ni mesti blaja Marketing. Tp kenapa bongok sgt cara approach tu.

Mcm aku, aku mudah membeli tp aku tak mudah dipujuk utk beli brg. Aku mudah beli bila aku rasa nak barang tu..dan tak perlu pujuk, approach dan apa2 lagi lah. Sure aku beli nyer.

Dan sbb ada rasa nak beli tu lah aku da beli something. Hehe. Tk perlu susah2 la promoter tu promote. Dia buat je demo..aku rasa teruja nak beli..so..pikir2 trus amik. Ngehhh..!!

Nati ai stori mori apa dia ai beli. Skang ai nak buat persediaan utk intebiu esuk. Langsung tak cari pun pasal isu2 semasa ni. Buatnya dia tnya pasal dasar2 kerajaan mmg padan muka aku lah.

PnStoberi : Cuma pendapat peribadi. And pleasee....jgn la buat havoc merata alam dgn setiap entry saya. Pleaseee..sy mmg rasa paranoid betul dgn tindakan awak.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign