Pages

27 April 2010

~PnStoberi di Pahang : Preview~

Kalo sblm ini kami ke Utara-bersama family, kali ini kami ke Timur bersama kawan2 pula.
Percutian yg sgt bes. Sbb tk pikir langsung pasal keja walo yg gi trip ni buleh katakan suma seopis. Ilang tension. Yg pegi aku laki bini (haross la kan..takkan aku sorang), Rinie ngan asben dia, Eta, Fara n Faizullah. Dia ni mmg rapat ngan kiterang walo lain dept. Pehtu Rinie bwk adik sepupu dia. Trip kami just mandi manda di air terjun, wat bbq n jalan2 kat B.Fraser.

Kami bertolak dari KL lebey kuang kul 8.30pg. Janji jumpa kat Tol Gombak. Mula ingat nak bekpas kat Genting Sempah tp my dear kata tak sempat nati. So, beli roti je kat Petronas. Kiterang gi dalam 7 org + 1 org kanak2. Gi 2 keta. Dah tong-tong da sapa masak itu, sapa perap ayam, sapa perap sotong. Faizullah sesubuh buta da dtg ketuk umah aku. Hehe. Dah la tak mandi lagi masa tu. Ngeh..aku ditugaskan wat nasik goreng n wat coleslow. Tp coleslow aku smpat potong kobis je mlm tu. Faizullah dtg aku suh dia potong carrot ngan gaulkan dgn lemon n sos coleslow. Hasilnya masam giler sbb aku suh dia abiskan sebijik lemon. Huhu.

Jumpa keta sebuah lagi dalam kul 9. Then gerak non-stop smpai Raub. Benti kat TF jap. Beli temikai. Ingat nak beli ais tp nan ado plak kat TF ni ha. So..kat pekan Dong baru beli ais. Smpai kat umah nenek my dear tu tukar baju suma baru gerak ke tpt nak mandi manda tu. Aku da siap2 pakai baju nak mandi da. Tk perlu tukar2 da.

**Pulau Chekas**

Smpai je, carik port bes then pasang khemah, siapkan tpt bbq dan kami para wanita trus membenamkan diri kat dlm air. Haha. Bak kata Epul "zaman da berubah..pompuan mandi, makan, yg lelaki masak".

Kiterang wat bbq ayam, sotong ngan sosej je. Tp nak dijadikan rezeki dpt plak 3 eko ikan. Ada pakcik tu dia dtg mancing, pehtu dia bwk box ikan dia turun kat tpt mandi tu. Yg lelaki ni suma serbu la. Then kiterang suh mintak beli seko. Tup2 dia kasik je. Bukan seko. Tp 3 eko. Ikan Ruhu katanya. Tah..aku pun tak tau ada nama ikan sebegitu rupa. Jadi bakar je la. Setap la. Ikan fresh kan. Walo tak rasa mcm terubuk tp ikan segar. Memang terbaekk dari ladang la kan.

Mandi, manda, makan, tup2 ada peristiwa plak. Tak buleh tidak kan. Adik sepupunya Rinie buleh plak terhantuk kat batu. Hai..terkejut aku dibuatnya. Aku blank jap sbb pikir nak anta klinik mana suma. Udah la kat kg kan. Tp seb bek ada ais. Cpt2 tuam ais. Kena kat hidung ngan bibir dia. Biasa la budak lelaki. Dajah 6 tu. Mmg tgh lasak kan. Aku da rasa nak pening sbb tgk darah mengalir kuar. Yelah..tengahari pulak kan. Mmg la darah byk. Seb bek dia ok. CUma dia kata nak tido je. Mebi sbb rasa mcm pening2 sbb darah kuar kut. Huii..meriso la si Rinie laki bini.
Tu da bgn tido budak tu ok dah. Seb bek. Smbg mandi-mandi lagik. Dlm kul 5 baru kemas2. Tu pun kalo ikut derang smpai gelap baru nak naik.

**Lata Jarum**

So, bawak derang ke Lata Jarum plak. Lata Jarum ni baru leh napak air terjun. Amik2 gmbr then trus balik umah. Dah la balik basah2 je tk tukar baju. Amik rice cooker suma kat umah nenek sedara my dear. Sbb ada ikan, ayam lagi kiterang decide masak nasik then smbg bbq kat umah je. Bebudak tu sakan nak makan kat serambi pulak. Kata Rinie, tk penah merasa makan kat serambi, so..ikut kan je lah. Walhal gelap tu sekeliling, berani pulak budak2 ni. Huhu.

Mlm tu smpat main monopoli then kul 12 tido.

**Bukit Fraser**

Esuknya iaitu Ahad kiterang gerak ke Bkt Fraser. Naik kat Raub. Ha..sgt jauh dan sgt berbelok2 jalannya. Nyaris tak pening je. Smpai kaki bukit tu kena tunggu plak. Ada waktu naik dan waktu turun. Smpai B.Fraser eluk je azan Zohor. Solat, makan then jalan2. Tkde la seronok sgt pun kat atas tu. Tk byk tpt menarik pun.

Jadi da jalan2 suma kiterang pun turun. Ikut KKB. Udah la ada p/raya situ kan. Pening woih turun tu. Nak termuntah haku. Turun ikut KKB pun ok jugak. Leh napak dam ke tasik ke tah. Napak juga tpt rekreasi Chiling tu. Owh..tau da kat mana.

Balik tu singgah umah Farah kat Kuang. Makan bihun mak dia buat. Ngee...padahal Fara tu baru call mak dia suh masak2. Hehe. Thanks yer Fara jimat blanja kami mlm itu.

Penat giler. Smpai umah kul 9 lebih. Wahh..kalah gi Perlis. Retu dari Kedah pun 6jam je. Ini da hampir 12 jam. Mana tak nya naik bukit turun bukit jumpa tasek suma la baru smpai umah.

Dah. Abis. Kos percutian kali ni tk byk sbb kongsi2 makanan. Kongsi2 keta suma. Kurang 50inggit je la rasanya sorang. So..mmg bes. Lenkali buleh buat lagi.
Entry bergambar akan di up kemudian yer.

PnStoberi : Ilang stress!!

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign