Pages

15 April 2010

~PnStoberi Ke Jalan Tengah~

Selama ni tak perasan celah bedah mana yer Jalan Tengah ni [maap yer che bedah..terguna nama anda pula sbg perumpaan]
Lepas tu retu masa gi ofis laywer umah kat Wisma Lim Foo Yong [pun tatau celah mana sebenarnya], baru ku tau letak duduk Jln Tengah kat Bandaraya KL nih.
Rupanya Wisma Lim Foo Yong tu pun dkt sejengkal je ngan opis aku. Kalo jln kaki mmg smpai tp cam biasa mesti term 'peluh tiak' aku kuar. Tp kalo dr opis, naik keta kena lalu jalan Bkt Bintang dulu la. So, mcm jauh jugak la kan.

Gmbr menunjukkan Jalan Tengah di dalam bulatan beso,
bulatan kecik tu opis aku. Halus giler plak peta ni.
Nak tgk bebeso, klik je lah yer.

So, ms gi retu aku cuti..dlm kul 11 aku abis urusan suma, my dear kata kat blkg bangunan ada jual2 makanan, leh trus gi beli. Aku igt biasa2 je. Rupanya...wahh..heaven
Masa aku pegi tu baru kul 11, jd makanan byk lagi.
Aku beli nasik lauk udang n sayur sket. Tk ingat da berapa ringgit. Tp worth la rega dia.

Dan sejak itu aku slalu la pegi sini.
Tk jauh pun. Dlm kul 12 je ajak my dear. Paking ssh situ. So, my dear tggu dlm keta aku pi la beli.
Aku sker beli kat satu abg tu. Dia jual soto, mee kari, nasik goreng la suma siap dlm bekas plastik putih yg buleh masuk microvawe tu. 3inggit je soto n mee kari dia. Sedap pun sdp. Cpt pun cpt. Emm...biasa aku makan soto. Smlm makan mee kari. Ok jugak.

Aku gugel gak kut ada ke berita pasal tpt ni. Ada la..tp tak byk.. . Tp ada yg kata Bazar ni hari Jumaat. Ye kut..kalo Jumaat lg byk kut. Kalo ari biasa2 makanan je la byk. Bes nya la hai sapa opis kawasan2 situ. Kalo gi tu slalu napak berdedai2 org gi beli kat situ. Pompuan especially nyer. Tp mmg besh pun. Murah2 je pun rega2 makanannya. Skang ni once a week aku pi la. Jemu jugak makan kat kafe sini je.

Dan ini juga salah satu sbb aku tak mo transfer memana cawangan lagik. Muekekekke :p. Pembaca-dlm-diam-yg-suka-jd informer tu-sila take note. Mana tau nati nak jd modal nak war-warkan perihal entry ni pulak kan. Lama da tkde modal kan. Haha. Minda tak berfungsi tol sibuk nak jaga tepi kain org. Huh!!

PnStoberi : Blur.

1 juta komen:

Salam...
Puanstoberi... salam kenal..best baca blog ni... jom tukar2 link... anyway..nice blog...

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign