Pages

1 April 2010

~Bukan Entry PnStoberi~

Ingat entry pasal tak bahagia tu. [tak perlu link sbb da di kunci]
Entry tu adalah ter hot tau. Ingat hot dgn komen je. Tp hot jugak dgn satu kes.
Sbb kes itu gak la blog ku di private kan.

Ini kes hampir 2 minggu lepas.
Jd kecoh tetiba. [idak la kecoh mana pun..takat2 2,3 org je terlibat dlm itu gmbr]
So..ttiba org yg terlibat mintak maap kat laki aku.
Dia kata dia takde pun ckp pasal tak bahagia tu.
So..dia suh aku perbetulkan keadaan.
Katanya maruah nya sudah tercemar. Aku ckp aku takde apa2 pun. Just luahan dlm blog.
Tp dia kata ini sudah serius. So..dia nak jugak aku clearkan bahawa dia tidak mengatakan ttg ketidak bahagiaan itu.
Ok..ok..aku suh dia je emel kat aku apa yg dia nak ckp..then aku tempek je sini..tp dia takmo..
Dia suh aku jugak sbb dia kata penjelasan dari aku yang penting sbb entry itu luahan hati aku. Emm..ikut kan je la..kang jadi lagi meleret. Malas aku nak meleret2kan keadaan ni.

Aku rasa para blogger dan para follower buleh faham kaedah dan konsep blog aku ni kan.
Aku bukan memberatkan pasal org mengata aku. Ia lebih kepada suka duka yg aku perlu hadapi ketika aku belum ada rezeki nak ada baby. Aku penah kena lebih dari teruk dari word 'tak bahagia' itu..iaitu "TAK PANDAI MAIN". Ha..tu mmg direct di kata ke aku. Tp..aku tak kesah..aku buat tatau je..ttp tegur org tu cam biasa.

Tp takpe la..dia mohon juga aku clearkan nama dia.
So..kat sini aku gitau la korang..dia tu tak mcm tu..dia tak ckp pun tak bahagia tu. Ada misscommunication la kiranya.
Tah..aku pun da tak pikir apa2 dah.

Aku pun rungsing bila private kan blog ni. Tp bila jd camni lagi runsing kan. Bila ada pengikut setia secara senyap2 lagi rungsing. Bila ada org sampai menyampai pun rungsing jugak.

So, pas ni every each entry yg berunsurkan pejabat harus ber kunci. Bahaya!
Nak kunci tu kena mintak tuan punya blog lah dan jika anda adalah rakan sepejabat mmg tak dapek la. Hoho...

Ok. Disable komen utk entry ini. Jgn pertikai2 plak cara aku buat entry nih. Dan sebarang surat menyurat, faks, emel, telefon juga SMS berkenaan perkara ini tidak akan dilayan.

Dah..oh. Lupa..maaf la pada sesapa berkenaan.

Terima Kasih.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign