Pages

20 June 2019

Celebrate Birthday Rizq Iskandar (V2)

Ini celebrate kat kampung pulak.
Kalau last year sambut umah uwan dia kat PJ.
Tahun ni kat kampung semula.
Kali ni kita celebrate famili ja.
Buat malam raya ke2. Khamis tu.

Mak Rizq order kek fruitlicious dari Secret Recipe.
Maklum lah SR baru buka kat pekan kiterang nih.
Dulu kalau nak kek SR jauh nak pi. Kena gi Ipoh / KK.
Booking dulu by phone masa raya pertama tu.
Pastu raya kedua tu, sebelum gi jejalan raya, gi bayo. Nak balik rumah baru amik.
Simple je kali ni.
Buat macaroni.
Pastu makan sate (ayahcik belanja).
Potong kek.

Dak kecik ni nampak kek terus nak kek..nak kek..
Naseb la bila orang nyanyi happy birthday kat dia, dia tak melalak.
Tapi, dia punya perangai, lambat sgt orang nak bagi dia kek, dia pi ngap kek tu (T____T).
Ya Tuhannn... anakkk... hahahahah.

Antara gambar2 yang ada.
Sebok nak makan semua. Tak byk amik gambar :D


Ada yang sempat rakam aksi dia tgh nak makan kek tu.

Dah gigit kek tu, dia buat muka selamba.
Ko mampu??!
Adoi.
With mak2, pak2 sedara.
And sepupu2 Rizq.
Sepupu dia semua dah besar2.
So, kat sini dia memang dimanjakan lah :D
Siap tido lambat dok tgk abg2 sepupu dia main PS4. Macam bujang2 dah lagaknya (T___T)


1 juta komen:

Amboi happy birthday Rizq. And Eid Mubarak to Kekda

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign