Pages

27 March 2019

Hand Bag Raya

Wah kau.. mak Rizq da sebuk hand bag raya.
Padahal ganti pose pun tak abis lagi.
Haha.

Eh. Rasa dah lama kot tak beli hand bag baru utk hari raya.
Tu ari tgk hand bag kt rumah, macam dah lama beli ni.
Masa Rizq belum lahir lagi kot.
Lepas tu takde dah handbag utk raya.
So, rasa raya ni nak beli bag baru lah.
Dah buleh start riki2 dah ni.
For now, kakak minat design Charles n Keith. Yang harga mampu milik dgn ekonomi kakak lah kan. Kakak bukan businesswomen nak pakai LV bagai tu. Dapat pakai Charles n Keith pun jadik lah. Heee :D
Lagi satu design CK ni kena lah dengan taste kakak.
Memang dia petak2, tapi design dia moden artistik. Gitewww. Haha.
Simple n minimalis jugak.

Dulu kakak into dengan CR.
Lps tu pi Kenanga, banyaknya fake CR.
Adoi. CR pun nak tiru kah?
Murah je kot. Gilos lah.
Bila dia jual yang fake ni pun, harga lebih kurang yang ori, malah kalau sale kat Sogo, buleh dapat lagi murah.
Awat laaaa...
Kakak kalau menda tu ada fake, memang kakak tak mo dah la.
Kakak start beli Charles n Keith ni lama dah la.
Tu lah yang kakak kata handbag raya sebelum Rizq lahir tu.
Masa tu kakak beli terus kat outlet dia kat KLCC.
Sekali dgn wallet. Tapi wallet dia da lama "out of service" dah.
Handbag okey lagi. Itu lah yg kakak usung pi office sekarang.

Lps tu kakak ada beli online gak.
Ha. Ni best. Kalau online ni design cun cun jugak.
Direct dr Singapore, which ada yg takde kat outlet Msia.
Ada yg memang utk jualan online.
Lmtd edition gitew.

Ni kakak tgh tgk2 ni.
Yang ada sale pun lawa2 rambang mata.
Alahai.
Cantik ni. Kena ngan kaler baju raya kakak tahun ini.
Kaler lilac.
Tapi, tekstur depan tu macam baldu2 gitu.
Kang tertumpah ayo sirap acena?

Haha.
Takpun, Rizq makan biskut raya, pi tekap tgn kat situ, menangis mak, nak... 


Ni pun cantik. Kakak berkenan dgn bunga lily tu pulak.
Tapi ni kecik ni.


Design scarf ni pun kakak suka.
Macam best. 
Tapi ni macam kecik. Tak muat kang nak taruk toys dak Rizq :P

Design love ni stylo kan.
Bawak utk santai2 cantik.
Eh. Bawak gi meeting pun takde hal nih.
Kakak okay ja :D 

Ni pun lawa.
Lock dia pun macam unik.
Suka! 

Ni pun design scarf.
Cantik.
Suka.
Lama dah takde handbag hitam.



Mana satu nak ni.
Eh. Kakak ni peten kalau dah nak, nak jugak lah.
Jangan lah kau kata suruh tunggu dekat raya ada sale ke hapa.
Tunggu lah. Salah satu akan jadi milik kakak.
Tgh usha ni :D

Nota Kaki :
Tu ari masa misi minimalis, yg declutter barang tu, selonggok handbag kakak buang. Semua tu jenis bersopak sopak. Yang kaler purple lilac (kakak memang suka kaler camtu, kan? Hehe), tu beg CR lah tu. Siap dia nyer tali pun tak berpakai. Mostly situ bag CR lah tu.


Handbag ni tak boleh simpan pun. Mesti dia "makan diri"
Tapi, beg CK ni okay lah nampaknya. Dia bkn jenis sopak2 tu. Okay lah. Tahan lama.

21 March 2019

Menolong Orang Lain Tanpa Berkira

Tu ari ada letak kat FB. Letak kat IG jugak. Letak kat status kat whats app  jugak.
Sebab rasa best lah infografik ni.




Betul tak?
Fikir lah sedalam nya.
Kadang kan, kita ni ada je jalan dipermudahkan walau kita rasa sulit.
Antara sebabnya, ni lah.
Kerana kita mudah membantu orang lain.

Pada anak2 buah kt office ni, memang kakak tekankan perihal ini.
Dari unit lama dulu lagi dah.
Kakak pesan, bantu lah orang.
Memang terkadang, kita rasa cam kenapa lah dia mintak menda2 yg susah2 ni.
Takpe.
Tolong je setakat yang mana termampu kita.
Sebab kita tak tau, satu hari nanti, mana tahu, kita pun ada nak mintak tolong pada orang2 ni.
Kadang anak buah kakak ni memang menyampah lah, cakap tu bukan keja kita bla bla bla..
Takpe. Kakak pujuk je. Kita bantu.
Percaya lah satu hari nanti, kita nak minta tolong orang pun mudah.
Alah. Kalau bukan kerja kita pun, kalau bukan kita uruskan menda tu, tapi kita tahu pasal tu, and kita pun boleh dapatkan info dari orang lain, apa salah nya kita bantu. Takde rugi secubit pun kat kita. Kadang tak pakai banyak tenaga pun.
Anak2 buah selalu cam.. ala... akak ni..

Hehe. 
But, please ya.. jgn kata kakak ni susahkan anak buah pulak.
Biasanya menda tu akak la yg handle, akak suruh depa ni carik info je.

Kalau environment office, lelebih lagi yg ramai bilangan staff nya, memang lah memacam perangai kita jumpa.
Ada yang tak boleh berlebih kurang dalam membantu.
Ni kalau bukan kerja dia, huii... memang dia takkan nak bantu.
Dia pegi halanya kita ke tempat lain bila kita nak minta tolong.
Contoh macam "ha.. pi lah tgk kat sekian sekian tempat, kan ada situ"
Allahu.. dah kita tau dia yang uruskan, kan senang kalau dia bantu direct.
Ni tak... seboleh boleh suruh kita usaha. Pepandai lah kau nak dapatkan.

Tapi, kalau time dia minta tolong, pandai pula kan.
Orang ni bukan nak membalas. Tapi, kalau kita pun jenis susah nak memberi, memang orang lain pun akan buat menda yang sama.
Tapi, kalau kita jenis tak lokek, ada je jalan nak mudahkan orang, ada je jalan nak bagi orang gembira, memang nanti kita pun akan jadi senang je. Smooth je. 
Contoh orang yang senang membantu.
Telepon je tanya kak boleh tak dapatkan ini..ini..
Dia kata, dia tak buat menda tu, tapi jap eh..akak tanya orang ni.
Pastu nanti dia call, bagitahu dah emel kat kita apa kita nak tu.
Senang kan. Memang bukan dia buat, tapi dia cuba bantu kita.
Takde pulak dia nak kata eh, kau pi lah mintak kat orang tu, dia yg buat... bla bla bla.

Memang lah kadang menda tu memang kita dah sediakan pada tempat khas. Kalau orang nak, pegi lah amik kat situ. 
Tapi, kalau ada call, minta direct kat kita, apa salah nya bagi je. Jadi menyusahkan kita ke? Tanya je lah kan.
Kita bagi je. Bukan susah. Menda tu memang ada dalam simpanan. Takde lah nak kata "eh, pi la tgk kat sini..sini.. "

Orang ni kadang, bukan dia malas, just dia nak tgk sejauh mana kita punya "pemurah" tu. Lokek ke tidak nak bantu orang. Berkira ke tidak.
Sikap la kan.

Satu lagi bila kita mudahkan urusan orang, percaya lah.
Allah akan mudahkan urusan kita.

Lagi satu, jangan berkira. Tak kira lah dalam hal kewangan ke, kederat ke apa ke.
Kewangan lah biasanya kan.
Ada lebih2 kurang tu, bagi je lah.
Ni tak. Kurang seposen pun mintak. Hehe.
Tapi yelah, takkan kita nak paksa orang halalkan.
Terpulang lah.

Ni ada satu citer lah.
Tapi, nak kata humble brag ke, angkat diri ke, sukati lah.
Tu ari masa balik kampung, masuk Watson sbb nak beli pencuci muka. Terlupa bawak balik kampung pencuci muka, so kena beli lah. Nak beli seketui tu ja. Tapi, orang komain ramai beratur nak bayar. Lecehnya rasa. Tapi, takkan nak potong Q pulak kan. So, beratur.
Adik yg Q depan boleh thn byk juga barang dia.
Bila dia bayar total dalam RM104 camtu lah.
Dia bagi RM200. Maknanya note RM100 tu 2 keping.
Cashier tu tanya takde duit kecik ke. Sebab takkan dia nak bagi change dalam RM90 lebih camtu kan (which buleh je kan sebenarnya).
Adik tu kata takde. Pastu dia tanya kawan, kawan dia pun kata takde.
Pastu dah macam stuck pula kat situ.
Kita ni nak cepat ni. Asben, anak ada tunggu dalam keta ni.
Last last akak kata, nah RM5 ni, saya nak cepat nih. Terus akak bagi kat cashier RM5.
Adik tu cam aaa... terpinga pinga.
Akak tanya balik, ada ke duit pecah dalam kereta (sbb dgr kawan dia kata ala..duit kecik dalam keta ada la).
Dia kata takde.
Takde takpe lah. Akak belanja.
Terima kasih kak katanya.
Settle.
Entah. Masa tu bukan lah akak kata akak nak tunjuk kaya ke apa.
Tapi, yg akak tahu akak nak cepat.
Kang nak tggu dia pegi pecah duit lah atau nak cancel apa dia beli lah. Lagi lambat.
Pastu macam student2 gitu kan. Kesian gak. Mungkin mak dia bagi 2 ketui tu duit utk belanja. Tu yang takde duit kecik langsung tu.
So, sedekah je lah.
Dan masa itu lah, esuk nya kakak pegi Pejabat Tanah, dan urusan kakak mudah sangat.
Pasal pejabat tanah ni kakak ada cerita kat sini.

Kakak cerita ni, bukan kakak nak humble brag ke apa tau. Jangan memandang cerita ni utk mengatakan "belagak lah tu, nak tunjuk byk duit bagi orang senang2 je"
Lps tu takde la nak kata orang lain tu tak bagus. Idak. Jangan anggap ghoper itu. Ada je hamba Allah, kengkawan yg sangat bagus, yang tak lokek membantu, yang berhati mulia. Ambik yang positif. Kakak pun kadang terkhilaf juga.

Cuma, dlm entry ni nak kaitkan dengan cerita "mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita"
Dan.
"Jangan berhenti menolong orang didalam kebaikan kerana kita tidak tahu kebaikan mana penyebab kita yang akan membawa kita kepada jalan syurga"

20 March 2019

Pergi Matta Fair PWTC : Mac 2019




Ada sesapa pegi?
Mustahil takde.
Tapi ada je cam eh, taknak lah pegi tempat berhimpit2 tu.. biar lah beli mahal asal selesa.
Up to you lah.

Kiterang cam biasa.
Pergi petang Jumaat. Lepas balik kerja, ambik dak Rizq, terus ke PWTC.
Dalam kul 6 la sampai.
Parking kat bawah basemen ja.
Memang kalau pegi petang Jumaat ni, boleh ja dapat parking kt bawah tu.
Tapi jangan lewat. Kalau dalam kul 7pm tu orang dah mula ramai juga datang. Berebut parking. Tu ari pun ada orang tu duk menunggu dalam keta. Pastu nampak kiterang dah nak balik, dia tanya kat mana parking. Tapi, sbb ada orang lain dah masuk ikut simpang tu, maka orang lain lah yang masuk. Kesian juga, but, what to do. Orang tu lagi dekat. Rezeki dia lah.

Macam biasa, mak Rizq da ada plan nak pergi booth mana.
Tgk dulu kat web dia, kat mana booth ini, booth itu.
Nak cepat macam tu lah.
Antara Lexis and Avillion.
Ingat nak ambik Lexis Penang.
Sbb memang plan nak pergi Penang. Lama giler tak pergi area sana. Tapi tak byk hotelier area Penang yg masuk. 
Lps tu tgk plak booth Avillion. PD memang bukan dalam list lah. Kau dah kenapa kan, dah macam takde tempat lain. Asik nak ke PD je. So, skip. Pastu ternampak, eh, Avillion Cameron. Ha.. memang pernah masuk dalam plan nak pergi.
So, ayuh lah booking.

Itu pun lelaju je. Dak Rizq tu. MashaAllah. "Jom keluar..keluar.." katanya.
Dia dah pandai rimas orang reramai tu.
Jadi, takde la dapat nak tgk yg lain.
Pastu masuk hall lagi satu. Beli KL Bird Park.
Yang ni memang harga murah kalau masa MF ni.
Macam dulu kiterang penah beli Aquaria, Farm in The City. Time ni memang tiket2 ni murah. Nak carik zoo negara. Eh. Takde pulak. Ada pun, macam travel agent. 

Dalam sejam je duk situ. Pastu balik lah. Before maghrib sampai rumah dah :)
Sebab tu kiterang okay je nak pergi.
Dia kalau bawak anak ni, kau tak buleh nak lengah2.
Kena tahu dah nak pergi hall mana.
Kata kalau nak pergi booth oversea, terus tuju tempat2 tu.
Mengkalau lah nak pusing2, nak pikir2, memang tak boleh dah la bila bawak anak nih.
Dulu buleh la.

Nak pergi jenguk booth Star Cruise pun tak sempat. Lalu je.

15 March 2019

Song Stuck In My Head

Rasanya ini memang masalah mak mak yg ada anak umur toddler / pre-school ni.
Terngiang-ngiang weh.
Dulu masa dia suka tgk Didi, terngiang2 lagu kepala lutut bahu kaki tu.
Pastu dia tukar suka tgk Omar Hana, keluar lagu omar hana je dalam kepala.
Pastu dia tukar suka Thomas, memang keluar there's 2, there's 4 segala tu.
Lps tu bila bg dia tgk youtube, duk dengar lagu "baby finger, baby finger, where r u"

Ya.. Tuhaaannnn......

Kadang tgh mandi ternyanyi lagu tu.


Apakah.


Adoi.

Terngiang ngiang okeh.
Terngiang ngiang.




Nota kaki :
Tetiba teringat seorang boss pernah berkata pasal "empati". Sebenarnya kita perlu ada empati melebihi simpati. Tak salah menggembirakan hati orang dan letakkan empati kita pada tempatnya.

6 March 2019

Selamat Datang Mac dan Rejab



Hello Mac!

Dan 8.3.2019.
Selamat datang Rejab.


INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign