Pages

31 January 2019

Matta Fair Mac 2019

Woot. Woot.
Matta Fair datang lagi (bulan Mac nanti la. Haha. Giler awal promo)
Kakak is suka.
Uols tak suka takpe.
Hehe.

Kali ni kakak rasa macam ada aim nak beli something.
Think. Think.
Puasa bulan 5, raya bulan 6.
Biasanya utk MF bulan 3 ni, tempoh expired dia dalam hujung thn paling lewat.
Tapi, mostly sebelum bulan 6 tu dah kena redeem.

Last year kiterang beli utk pakej ke Legoland n Thomas Town.
Berbaloi u harga dia.

Skrg ni kakak dah tukar strategi - pegi lepas kerja ptg Jumaat.
Lps amik dak kecik tu dari rumah pengasuh, terus pegi.
Kan dokek yo. Office - rumah pengasuh - pwtc. Semua tu within minit2 ja. Tapi yelah, kadang jem jugak. Jumaat kan. 
Tenang sket la kalau pepetang. Siap dapat parking kt basemen parking. 

Okeh.
Save the date.
Nah!


Kan kakak dah buat tips n trick ke Matta Fair kt sini <Tips ke Matta Fair>

25 January 2019

#kaptenRizqkePangkor : Jalan-jalan Pulau Pangkor

20.1.2019.

Dimulakan dengan breakfast.
Okay. Makanan okay walau tak banyak choice. Nasik lemak sedap.
Orang ramai sbb ada family day.
Bawa baju mandi sesiap. Lps breakfast terus salin baju.

Main pasir dulu.
Rizq takut kat ombak rupanya.
Memula dia okay. Lps tu ombak tu cam kena2 kat kaki dia, dia taknak terus.
Haha.



Naseb dia nak main pasir.
Main sampai puas, bawak pulak mandi pool.
Kemain suka lah. Macam kan kat rumah takde pool.
Tapi, pool ni cetek. Dia boleh jalan2,tu yg dia suka.

Dalam kul 11 tu, sesiap utk island tour pulak.
Tanya kat receptionist berapa caj teksi. RM100 katanya.
Terus tak jadi nak suruh hotel call.
Ayah Rizq pi je jalan ke taxi stand. Tak jauh pun.
Dapat RM70.
Lagi senang.
Dapat pula uncle teksi yang baik juga.


1st pit stop dia berenti kat menara tinjau. Tempat tgk sunset.
Ada sekor monyet kt situ.
Dak Rizq dah monkey..monkey.. 
Dia mmg tak takut lah.
Monyet ni pun tak kacau orang.
Tapi kesian. Tangan kudung.

Lps tu jalan2 lagi, lalu ikut teluk nipah. Tak berenti pun.
Sesambil tu, uncle tu bercerita lah.
Berenti pulak kat tempat buat satey ikan.
Ya. Memang tempat cina. Tapi ada logo halal jakim besar, and ada logo MESTI. Kawasan dia pun bersih. Takde hal lah. Cuma, kiterang tak beli apa pun. Just beli kerepek ikan bilis. Sedap pulak. 3 pack RM20


Lepas tu, berenti pulak kat tokong apa ntah nama dia tu.
Memang semua pun lah akan berenti sini.
Masa ni dak Rizq dah tido. Takde la nak naik tokong tu. Eh. Kalau dia tak tido pun takkan mendaki punya. Panas sgt masa ni. Peluk tiak segala dah.



Lps tokong dia pegi masjid terapung pulak.
Sini best. 
Cantik nya masjid ni.
Amik2 gambar, solat sunat, pastu naik teksi semula.
Pegi Kota Belanda.


Dekat je dgn masjid ni.
Igt besar la tempat ni. Rupanya kecik ja.
Boleh la. Asal pegi. Huhu.
Settle lah melawat semua tempat menarik di Pangkor.
Lps tu minta uncle berenti jap kat kedai makan. Kiterang nak tapau makanan.
Uncle tu berenti kat kedai hassan.
Tapau nasi campur, nasi ayam n laksa.
Not bad.
Harga pun takde mahal. Okay ja.
Igt nak piknik tepi pantai.
Tapi panas oii.. makan dalam bilik sambil buka pintu beranda sudah lah.
Kena gak angin laut.

Tulisan ni sebelah Puteri Bayu ja. Senang!

Lepas asar keluar balik jalan2 tepi pantai.
Balik, mandikan Rizq pastu dia tido.
Malam tu ayah Rizq tapau ja kat kedai luar tu.

21.1.2019.
Last day.
Breakfast.
Main pasir.
Mandi kolam.
Udah taknak naik. Ayooo.. hahaha.


Dlm kul 11.30 check out.
Hotel call teksi.
Eh. Dapat balik teksi uncle yg bawa kami jejalan semalam. 

Smpai jeti. Letak beg jap. Ingat nak beli ikan bilis ke apa. Pastu tgk semua kedai cina ja kt pekan pangkor ni. Takpe lah. Kita tgk kat pekan Lumut lah. 
Eh. Bukan racis pastu taknak beli kt cina ke apa. Okay ja. Cuma, nak tgk kat pekan Lumut pulak.


Tengok ada kedai laksa pulak kt jeti tu.
Makan lah laksa. Try jugak laksa mi pangkor.
Very delicious lah laksa dia.
Puas hati sangat. Sket lagi nak sama dah rasa ngan laksa kak su perlis sanun.
Tapi, kot sapa tak suka laksa beras, tak suka la kot.
Ahkak memang suka. Laksa beras suka, laksa biasa pun suka.
Hantu laksa katanya. Kan.
Laksa mi tu pun sedap.
Uols buleh la try.
Haida catering kalo tak silap nama kedai tu.
Bbtul area jeti tu.
Cendol pun best. Ada nasik campur jugak.

Pastu naik feri jam 12.15. Sebenarnya ikut jadual 12.30. Tapi, dah ada, naik je.
Kejap je. Rasa mcm dalam 5minit dah berlabuh kat jeti marina.
Puas hati.

Gi pekan lumut. Beli barang2 sket, pastu balik.
Ikan bilis mahai giler ooi kat pekan lumut ni.
Tak gamak ahkak nak beli.
Akak biasa beli ikan bilis pangkor ni online. Shopee. Tu dapat harga murah banyak dari pekan lumut ni. Giler ko harga sekilo seratus. Seratus lebih pun ada. Padahal sama je dgn ikan bilis akak beli tu. Akak tau lah. Jadi, better korang beli online. Yg akak penah promote kt blog tu ari tu bagus tu. Beli kat org tu. Tu ari dia siap tersilap antar ikan bilis. Dia pos balik ikan bilis yg btul kat kita. Pastu bagi duit pos suruh pos balik ikan bilis yg silap tu. Memang akak beli ngan dia je lah.
Tapi, akak beli gak setgh kilo sbb da janji ngan bebudak dept akak nak buat sambal bilis tempoyak. Ikan bilis yang beli dari Pangkor. Maka, beli setgh kilo - RM50 kat kedai Jamilah.
Situ ramai orang. Dah macam HIG atau pun kedai jeruk Pak Ali. Kira tempat tumpuan lah.
Ikan bilis mata biru dia memacam nama. Ikan bilis mata biru menantu sayang lah, mata biru mertua lari lah apa lah. Marketing strategy.
Tapi, tak selesa. Panas. Dan ramai orang.

On d way balik ni rasa sekejap pulak.
Berenti jap beli buah kat Sungkai tu. Dalam area jalan Ladang Bikam - Sungkai.
Kat sini pun uols wajib beli buah2 dia.
Fresh sangat.
Tak mcm buah kat RnR Tapah tu.
Kalau dah beli yg ni, rasa macam taknak dah la beli yg kt RnR tu.

Akak bawak gi office pun derang kata sedap.
Manis fresh tu ada lagi.
Tapi tu lah.  Kalau balik kg, takkan nak exit Sungkai, pi beli buah, pastu masuk balik hway. Haha. Takpe. Kalau bbetul rasa nak beli, rasanya okay ja. Tak jauh pun dari exit tu. Dalam 10km ada kot. Sambil tu buleh nyinggah makan nasi bamboo. 
Masa kiterang lalu balik ni pun, ramai no orang makan. Padahal masa tu dah 3.30pm dah kot. Smpai melimpah2 parking nya.
Ate, sedap beno ke nasi bamboo ni.
Nanti kakak try eh.

So, itu lah percutian Rizq yg pertama utk tahun 2019 ni.
Dia ni okay ja kalau berjalan.
Takde cranky ke tantrum ke apa.
Ngantuk - tido.

Tapi, kadang2 geram jugak. Kalau dtg dia buat hal taknak tu, taknak la. Contoh taknak masuk mandi. Padahal sebenar dia ngantuk. Tahan mata. Sudahnya marah. Tapi, okay ja. Biar kan je dia, lelama dia okay :)

Kalau uols jenis yg tak suka havoc2 ni, recommended area Pasir Bogak ni.
Kat sini ada beberapa resort.
Puteri Bayu ni antara ter best lah sbb dia ada chalet yg trus ngadap laut.
Kalau suka riuh2, bleh la duk area Teluk Nipah.
Situ dah macam pantai Cenang. Macam Krabi pun ada.
Katanya kalau kt Teluk Nipah ni xtvt air dia murah sket.
Pasir Bogak pun ada. Tapi cam mahal sket kot.
Kiterang tak amik pun. Malas. Mmg taknak gi pulau2. Cukup lah mandi manda kat tepi pantai tu.

p/s : Cepat akak buat entry sbb kalau lambat, mmg tak akan buat terus. Some more, gambar semua upload lelaju dlm FB apa semua. Fobia noks kes jatuh fon dalam jamban tu ari tak hilang lagi. Haha.

24 January 2019

#kaptenRizqkePangkor : KL - Pangkor

Cheat day.
Kalau cuti, kita bagi kelonggaran sket utk makan2 dia.

19.1.19 sehingga 21.1.19
Kami 3 beranak bercuti ke Pulau Pangkor.
Sebenarnya sempena ulangtahun ke 10 perkahwinan mak ayah Rizq.
Stay di Puteri Bayu Beach Resort.
Tempat honeymoon tahun 2008 dulu.
Dan after 10years kami kembali. Dan sengaja ambik resort yang sama :)

Suppose bulan Disember lah kan celebrate anniversary.
Tapi, biasalah. Kami tak celebrate bercuti kalau bulan 12 ni, melainkan ada famili trip. Kita bagi chance lah pada orang yg ada anak sekolah. Time tu kan depa reramai pergi cuti. Sementara anak blum sekolah, pulun lah berjalan time tak cuti sekolah.

So, kali ni kami dari KL.
Dulu masa pergi honeymoon pun dari KL. Tp cam bongok sket time tu. Ada ke turun sampai Ipoh, pastu naik balik ikut jalan hway Ipoh - Lumut tu. Berjam jam lama. Tapi masa tu bawu kawen katanya kan...

Perjalanan ambil masa dalam 4 jam.
Bertolak dari rumah dalam 8.30am. Kiterang decide makan kat RnR Rawang. Tak ikut hway Latar sbb nak elak jalan Batu Caves. Orang dah sibuk nak Thaipusam kan.

Pastu, ramai orang jugak kat RnR Rawang. RnR ni dah renovate tau. Depan2 siap ada playground which dak Rizq da super excited. Cemna nak order makan. Tempat ni dah lawa. Dah konsep moden dah. Tapi.. tu lah. Tempat makan pun tak byk. Konsep playground ni tak sesuai lah kat RnR. 
Sudahnya tu yg ada gambar atas tu. Masuk AnW baru okay dia nak makan. Kut tak.. jenuh nak nunggu dia nak main.

Exit Sungkai.
Lalu la kedai Nasi Bamboo Sg Klah tu. Tkpe. Next time kita singgah lah.
Pastu amik laluan Sungkai - Ladang Bikam. Dengar nya ini jalan short cut baru. Ada orang jual2 buah juga tetepi jalan tu rupanya. Beli jambu. Sedap. Fresh. Tak macam jambu kat RnR Tapah. Dalam 6km kot laluan tu. Pastu jumpa balik jalan lama nak ke Teluk Intan. Terus je. Dari Teluk Intan, ambik pula jalan nak ke Setiawan. Then terus lagi akan jumpa Manjung. Then, jalan nak ke Teluk Batik. Dah sampai.
Jalan pun okay ja. Smooth. Alhamdulillah.
Berenti lunch on d way nak ke jeti.

Nampak ramai2, terus berenti.
Bila google ...katanya kedai ni mmg dah femes.
Nama kedai D'Warisan.
Memang sedap2 makanan dia. Harga pun okay lah. Takde lah mahal sgt pun.
Kami makan ikan bakar, ayam bakar (rasa cam ayam percik. Sedap!), pastu amik gulai nangka. Boleh la sesapa nak singgah utk lunch sebelum nak ke jeti Marina.

Kenapa jeti Marina..? Ya.. sbb kedai ni on d way nk ke Jeti Marina. Kalau jeti lumut dah kena berpusing. 
Kami naik di Jeti Marina.
Jeti ni okay.
Ada byk tempat parking.
Cuma, parking ikut hari. Bukan ikut jam macam kat Lumut tu.
Kat Marina ni ada yg RM20 per day, ada yg RM15.

Yang dekat dgn bangunan dia - RM20. Kami amik yg kat situ. Suppose ada yg berbumbung. RM20 juga. Tapi dah penuh. Hurm. Musim2 cuti ni senang ja la depa "tala" rega kan.
Yang RM15 pun okay sebenarnya. Jauh sket je lah nak usung barang. Tapi idak la jauh mana pun.



Pastu beli tiket. Feri jam 3pm.
Situ lengkap. Ada tempat solat apa semua. Jangan risau. Tempat pun cantik.
Perjalanan dari Jeti Marina ke Pangkor 10minit cuma.
Sekejap sangat. Tak panas punggung pun kata orang. 
Lebih selesa lah ikut jeti marina ni. Recommended.
Tiket RM14 utk dewasa. Pergi dan balik.
Kekanak atas 4 tahun baru bayar. 


Time dia.
Tapi macam tak ikut pun. Ada feri, kau naik je lah. Kalau tak muat, tunggu lah kemudian punya. Tapi, tak lama pun tunggu. Usah risau. 



Sampai jeti Pangkor, trus carik teksi.
Kalau nak ke Puteri Bayu ni derang mesti nak suruh share ngan orang lain kalau kita tak ramai. Sbb Puteri Bayu ni dekat je. Dekat tak dekat lah. Tak boleh nak jalan kaki pun. RM10 per famili dia amik. Tapi kalau ada anak dah besar, dia caj la jugak kot. Ni sbb anak kecik, free je lah. Kami naik ngan 1 lagi famili yg nak ke resort yang sama.

Kali ni akak booked chalet pulak. Dulu masa honeymoon tu bilik ja.
Cam biasa kakak booked kat Agoda lah kan.
Dapat harga murah. Sbb dpt diskaun, pastu redeem point, pastu ada diskaun melalui emel lagi, memang jauh murah la dari harga sebenar. Kiterang dapat Bayu Villa chalet. Dalam Agoda dia tulis garden view, tapi kami dapat sea view. Alhamdulillah. Cantik lah sangat. Tp kena tutup sliding door sbb nyamuk. Huhu.

Jauh sket lah nak berjalan dari receptionist. Tapi, nak gi makan ke pantai ke, susur je ikut tepi pagar ni. Dekat lah jadinya :)
Kawasan bersih. Selonggok ranting2 tu, nanti ptg ada pakcik tukang
kebun clearkan. 

Sampai bilik salinkan baju. Dia lepak kat beranda :)

1st day takde buat apa.
Panas sgt. Petang tu jalan2 jap kat tepi pantai ja.


Malam tu, memula ayah Rizq nak tapau ja dari kedai2 kt area luar resort.
Ada.
Dekat ja.
Tapi, macam malas pulak. 
Jadi, kiterang makan maggi cup ja.
Si kecik tu, sblm maghrib da tido.
Lepas tu kul 12 dia terjaga.
Lapa gamaknya.
Bagi dia sekeping roti.
Pastu dia berjaga smpai kul 4 pagi.
Hai la anak. Sabau je lah.
Naseb senang bangun pagi nak gi breakfast.

Okay, nanti kita sambung hari kedua pula.

17 January 2019

Jumpa Sahabat Lama

Ini sahabat kesayangan saya.
Sahabat, yang bukan saja BFF, tapi kesayangan dunia dan akhirat.
Persahabatan ni kiranya dari kami satu course DPA di UiTM (ketika itu ITM) Melaka. Tapi, masa tu tak berapa rapat.
Diteruskan bila kami sesama course BCA. Masih di UiTM yang sama.

Norzatuliffah.
Tau dak berapa lama kami tak jumpa.
14 tahun rasanya.
Last masa konvo tahun 2003. Tapi, Zatul kata dia ada datang KL, masa aku kerja KL. Tapi aku pun dah lupa. Lama giler. Yang pasti memang lebih dari 10 tahun pun.

Byk kali jugak lah kalau aku pi Johor, contact dia. Tapi, tak dpt berjumpa.
Kali ni Alhamdulillah.. Allah perkenankan.
20 Disember 2018.
Dia datang dari Batu Pahat ke Pontian.
Jauh juga kalau ikutkan tu.
Sbb aku mai Johor hari Khamis, makanya lps balik kerja baru dia dapat dtg ke Pontian.

Berdebar okeh masa nak tunggu dia tu.
Hehe.
Macam 1st date gitu.
Pastu jumpa je terus "huwaaaa.....!"
Peluk..peluk.. gelak.. gelak.
Dak Rizq cam "apahal pulak mak aku ni"
Haha.

Senang je kiterang jumpa. Suh depa datang hotel kiterang stay kt Pontian tu.
Lps tu, kat situ byk kedai makan.
So, kami lepak2 kat kedai je lah.
Org pulak tak ramai. Udah rupa kiterang je pajak kedai tu.
Jangan memain oi. Kedai hisptur ni. Kedai burger.
Sedap jugak food dia.

Tkpe. Meh aku memorikan dalam blog juga sesudah abadikan dalam FB.
Gambar ni, dalam fon yg masuk jamban tu, tapi yang ni aku upload cepat. Lps je jumpa terus upload. Jadi, selamat semuanya. 
Seronok sangat.
Tq tau Zatul dgn pelbagai present.
Dak Rizq pun dapat truck.
Dgn coklat nya lah.
Pastu para husband pun jenis okay. Ramah tamah je sembang macam dah lama kenal.
Seronok lah.
Pasni entah bila jumpa lagi skali.
Masa anak2 dia kawen pulak gamaknya :D


Zatul ada 2 hero dan sorang heroin. Besar2 dah anak dia.

Not bad gak kedai ni. Orang Pontian buleh la try
Para husband yg tlg ambikkan gambar.



16 January 2019

2018! It's Wrap Up!

Sepatutnya entry ni pada akhir tahun 2018.
Terlupa nak up.
Dah termasuk tahun 2019.
Pertengahan bulan pulak tu.
Lantak. 
So, jom wrap up utk tahun 2018 yang lepas.

Januari
Oleh kerana pada umurnya 1tahun6bulan (Disember 2017), Rizq masih tak boleh berjalan sendiri, makanya, pada bulan Januari ni dia kena attend sesi dgn therapist. Alhamdulillah. Lepas 3 sesi, dia dah boleh berjalan sendiri (yang ni belum story dalam blog ni).

Bulan Januari, takde kemana-mana pun.

Februari
Cuti hari Wilayah, kami ke Gambang, Pahang. 1st time being there.
Seronok juga. Stay utk 3 hari 2 malam.

Bulan ni juga berkesempatan amik swimming class. Buat in grup. Cikgu datang mengajar kat rumah. Jadi checklist utk belajar berenang - checked ✔️

Redeem voucher pegi Farm In The City. Beli masa Matta Fair hujung thn 2017.
Rizq seronok la sbb dpt tgk binatang n bg makan kat rabbit.
Birthday ayah Rizq ke 39. Kami celebrate di Hotel Pulse Grande. Just diner. 
Bulan ni juga Rizq kena HFMD (28.2.2018). Kami suspect kena dari kerusi baby masa kat hotel tu. Masuk wad jugak lah 2 mlm di PCMC. Alhamdulillah, cepat sembuhnya. Mungkin berkat susu ibu walao paed macam sokong tak sokong je dia dah besar masih breastfeeding. Well... (-_-").

Mac
Takde apa. Just pergi Matta Fair utk beli voucher.
Owh. Bertukar unit juga. Tapi masih di Bahagian yang sama :)

April
Tak penah penah sakit gigi, kali ni terpaksa ke klinik gigi juga akhirnya.
Gigi rapuh. Patah masa kt office.
Petang tu terus ke klinik gigi (private). Cabut. Makanya di usia 39 tahun, 1 gigi dah cabut. Kurang kalsium agaknya ni. Hihi.

Mei
Cuti hari Pekerja - bercuti ke Johor Bahru. Beli voucher masa Matta Fair tu ari. Pergi Legoland, Thomas Town n jalan2 sekitar JB. Okay lah. Cuma Legoland tu blum sesuai utk Rizq. Next time lah kita pergi lagi.

Pilihanraya. Memula taknak balik. Lepas tu balik jugak lah. Pilihanraya yang melakar sejarah jugak lah. Lepas tu dapat cuti free 2 hari. Hewhew.

Jun
Birthday Rizq yg kedua. Sambut secara kecil kecilan bersama famili sebelah ayah Rizq. Majlis berbuka puasa.
Tahun ni kami beraya di KL. Mak datang KL.

Julai
Awal bulan Julai ke Melaka. Melawat baby Adam Rizqi :)
Berkesempatan join Free Market. Ini pun salah satu wishlist. Alhamdulillah, tertunai.
Jadi, checklist untuk join Free Market - checked ✔️

Ogos
Hari raya qurban. Raya di PJ.

September
Sukan office di Langkawi. Kami bawa kereta masuk terus ke Langkawi.
Pengalaman pertama.
Tapi rasanya takde lah nak repeat lagi nak bawa kereta ke Langkawi. Malas. Leceh. Lebih baik naik flight. Tapi, sedapnya laksa Kak Su Kuala Perlis. Adoi!

Oktober
Tiada yang menarik untuk bulan ini. Cuma, jadi pemudahcara utk MyPortfolio. Buat kursus and selaraskan myportfolio.

November
Hari Deepavali pergi bercuti ke Terengganu.
Naik flight dan sewa kereta. Yang ni pun belum cerita lagi kat blog.

Disember
Anniversary ke 10.
Birthday ke 39.
Tiada sambutan pun. Postponed ke bln 1.
Kami ke Johor lagi bulan ni.
Makna tahun 2018 ni, dah pergi utara, timur dan juga selatan.
Ada meeting kt JB. Sempat singgah ke rumah abg di Pontian. Mak nak pergi. Jadi, selepas berpuluh tahun kami ke Pontian. Sempat la pergi penghujung benua Asia. Ada byk gambar tau. Tapi, its gone lepas tipon masuk jamban tu. So, tahun 2018 ni diakhiri dengan peristiwa perit iaitu Iphone masuk jamban di RnR. Haha.

Nah la sekeping gambau yang sempat diselamatkan. Bukti kami ke penghujung benua selatan Asia :D



15 January 2019

Career Women vs SAHM

Tu ari ada debate kat Astro Awani.
Tajuk nya - surirumah lebih stress dari wanita bekerjaya.
Pastu orang cam kata apa la buat debat gini, takde kerja nak buat itu ini.
Tkpe. Malas nak komen dulu.
Kita tgk.

15minit awal, terlepas. Lupa.
Pastu tgk, dia cam nak promote persatuan suri rumah tu je sebenarnya.
Kata dek akak pendebat bahagian surirumah tu, kt Msia ni takde support system utk golongan surirumah ni, jadi mereka buat lah persatuan.
Yang mewakili wanita bekerjaya pula adalah persatuan peniagawati.
Jadi, takde la menyeluruh pun dalam aspek bekerjaya.
Lain lah kalau depa duk jemput juga para doktor, nurses, engineer, arkitek, peguam dan juga pegawai ehwal ekonomi. Eh..?!! Haha.

Lps tu ada lah penonton di studio bagi komen. Penonton kat rumah antar w.app.
Pastu dalam 15 minit terakhir - astro padam - hujan di kawasan jajahan kakak. Haha.

Di media sosial pula, sebok lah orang keluarkan sifir itu ini.
Kakak macam apakebenda lah ni.
Ni sama macam isu me time lah ni.
Apa lah disesak kan isu2 begini.
Takyah la sifir itu ini begitu begini.
Penat lah uols.

Kakak tak butthurt apa tah lagi nak terasa.
Sifir kakak simple - kakak takde rasa stress pun jadi ibu yang bekerjaya. Tapi, bohong jugak kalau kata memang tak stress memanjang seumur hidup. Eh, masa kakak tak jadi ibu pun rasa stress juga bekerja ni. Tak jadi isteri pun stress juga. Bak kata sorang penonton masa debate tu - stress tu kadang2 perlu utk kita menambah baik life kita. Ye lah, kalau life kita staggered je - lurus je takde berliku, pun kita tak tau tang mana kita nak perbetulkan kelemahan kita. Dari stress kita boleh jadi kuat, boleh jadi matang dalam menangani masalah yg datang.

Depa nak claim depa (surirumah) lebih stress - bagi je lah kat depa.
Takde kakak kesah lah.
Hey, uols yang bekerjaya ni rasa susah hati ke kata derang lebih stress.
Kemon la uols.. lantak kan. Depa nak claim depa lebih stress - itu hak mereka.

Kakak pun tu ari ada lah buat pangai bebudak jugak tau.
Kakak ada friend ngan sorang ni. Kira kawan2 kenal dlm media sosial ni lah. Bukan pernah jumpa apatah lagi kawan sejak sekolah ke apa. Tapi, ramai je kawan2 kakak dari media sosial, yang sampai skrg kakak boleh berkawan.
Tapi, yang sorang ni.. Allahu... tiap kali ada isu pengasuh dera anak, kes anak meninggal di rumah pengasuh, mesti dia up post "naseb la aku memilih jalan ini (tidak bekerja)" "biar lah kita tak mewah, asal anak dapat dijaga sendiri" macam tu lebih kurang.
Aku tak boleh orang camni..  apa depa ingat kita yg keluar bekerja ni kedarah nak kemewahan sangat. Ni kalau aku cakap ni, jangan kata aku kutuk pula surirumah ni. Tidak. Tidak dan tidak. Malahan aku respect sgt ke korang.
Cumanya, jangan lah anggap kiterang ni macam hapa je. Buat statement gitu. Sudahnya - unfriend. Semak tau dak. Semak. 

Ni kakak nak tnya ni, kalau kau dah ada kerjaya yang membuat kehidupan anak2 kau selesa, ada pencen utk anak2 hingga umurnya 21 tahun kalau jadi apa2 kat kau, kalau anak kau sakit, kau ada pilihan hospital swasta yang dibayar sepenuhnya oleh majikan, kau boleh simpan duit utk anak dalam 4,5 jenis tempat simpanan, kau tak perlu tunggu hari gaji nak makan itu ini, tak perlu tunggu gaji nak pergi beli barang runcit, boleh pergi travel anytime anywhere, takde hutang kad kredit, dapat beli rumah atas nama kau utk anak2 kau, boleh belikan kereta utk anak2 kau kelak - adakah kau pilih utk berhenti kerja? Tapi, mesti kau kata aku memandang kebendaan je kan bila sebut ni semua. Lantak lah.

Ada lah juga yg amik keputusan camtu. Berhenti walau hidup dah selesa utk anak2.
Tapi, 1% je kot.
Selainnya, kau berhenti sbb kau pun tak suka nak bekerja. 

No. Aku takde la nak kutuk pun korang2 ni yang bekerja sebagai surirumah ni. Tapi, hentikan lah cakap2 gitu. Tak sedap orang membaca nya. Cuba kalau kiterang pulak yg cakap camtu huii.. mula lah sentap bagai. Owh. Dia kata takpe, orang kata tak boleh. Tolong lah jadi surirumah yg profesional. Kata zaman dah berubah. Semua surirumah skrg ada master, ada PHD, jadi, jangan lah sempitkan ke-profesional-an korang.

Dah. Tak memasal aku pula nampak macam berdebat.
Tapi, serious, aku tak kesah pun kalau surirumah nak claim mereka stress.
Ambik lah. Nak sangat.
Kiterang okay ja.
Untuk kakak - ya, kakak okay menjadi wanita bekerjaya. Kakak dapat me-time yang dibayar. Dan yang penting, kakak dapat menjalankan ibadah utk masyarakat dan dapat men-selesakan hidup keluarga kecil kakak. Itu saja. 
Yang lain, kau nak kata apa, lantak kau. Kesah pulak aku. Baik aku fikir cemna nak meminimaliskan rumah aku.

14 January 2019

Selamat Tahun Baru 2019


Dah 2 minggu berada dalam tahun 2019 baru sempat nak wish
"happy new year"

Semoga tahun ini kita dapat menjadi muslim yang lebih baik :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign