Pages

24 January 2019

#kaptenRizqkePangkor : KL - Pangkor

Cheat day.
Kalau cuti, kita bagi kelonggaran sket utk makan2 dia.

19.1.19 sehingga 21.1.19
Kami 3 beranak bercuti ke Pulau Pangkor.
Sebenarnya sempena ulangtahun ke 10 perkahwinan mak ayah Rizq.
Stay di Puteri Bayu Beach Resort.
Tempat honeymoon tahun 2008 dulu.
Dan after 10years kami kembali. Dan sengaja ambik resort yang sama :)

Suppose bulan Disember lah kan celebrate anniversary.
Tapi, biasalah. Kami tak celebrate bercuti kalau bulan 12 ni, melainkan ada famili trip. Kita bagi chance lah pada orang yg ada anak sekolah. Time tu kan depa reramai pergi cuti. Sementara anak blum sekolah, pulun lah berjalan time tak cuti sekolah.

So, kali ni kami dari KL.
Dulu masa pergi honeymoon pun dari KL. Tp cam bongok sket time tu. Ada ke turun sampai Ipoh, pastu naik balik ikut jalan hway Ipoh - Lumut tu. Berjam jam lama. Tapi masa tu bawu kawen katanya kan...

Perjalanan ambil masa dalam 4 jam.
Bertolak dari rumah dalam 8.30am. Kiterang decide makan kat RnR Rawang. Tak ikut hway Latar sbb nak elak jalan Batu Caves. Orang dah sibuk nak Thaipusam kan.

Pastu, ramai orang jugak kat RnR Rawang. RnR ni dah renovate tau. Depan2 siap ada playground which dak Rizq da super excited. Cemna nak order makan. Tempat ni dah lawa. Dah konsep moden dah. Tapi.. tu lah. Tempat makan pun tak byk. Konsep playground ni tak sesuai lah kat RnR. 
Sudahnya tu yg ada gambar atas tu. Masuk AnW baru okay dia nak makan. Kut tak.. jenuh nak nunggu dia nak main.

Exit Sungkai.
Lalu la kedai Nasi Bamboo Sg Klah tu. Tkpe. Next time kita singgah lah.
Pastu amik laluan Sungkai - Ladang Bikam. Dengar nya ini jalan short cut baru. Ada orang jual2 buah juga tetepi jalan tu rupanya. Beli jambu. Sedap. Fresh. Tak macam jambu kat RnR Tapah. Dalam 6km kot laluan tu. Pastu jumpa balik jalan lama nak ke Teluk Intan. Terus je. Dari Teluk Intan, ambik pula jalan nak ke Setiawan. Then terus lagi akan jumpa Manjung. Then, jalan nak ke Teluk Batik. Dah sampai.
Jalan pun okay ja. Smooth. Alhamdulillah.
Berenti lunch on d way nak ke jeti.

Nampak ramai2, terus berenti.
Bila google ...katanya kedai ni mmg dah femes.
Nama kedai D'Warisan.
Memang sedap2 makanan dia. Harga pun okay lah. Takde lah mahal sgt pun.
Kami makan ikan bakar, ayam bakar (rasa cam ayam percik. Sedap!), pastu amik gulai nangka. Boleh la sesapa nak singgah utk lunch sebelum nak ke jeti Marina.

Kenapa jeti Marina..? Ya.. sbb kedai ni on d way nk ke Jeti Marina. Kalau jeti lumut dah kena berpusing. 
Kami naik di Jeti Marina.
Jeti ni okay.
Ada byk tempat parking.
Cuma, parking ikut hari. Bukan ikut jam macam kat Lumut tu.
Kat Marina ni ada yg RM20 per day, ada yg RM15.

Yang dekat dgn bangunan dia - RM20. Kami amik yg kat situ. Suppose ada yg berbumbung. RM20 juga. Tapi dah penuh. Hurm. Musim2 cuti ni senang ja la depa "tala" rega kan.
Yang RM15 pun okay sebenarnya. Jauh sket je lah nak usung barang. Tapi idak la jauh mana pun.



Pastu beli tiket. Feri jam 3pm.
Situ lengkap. Ada tempat solat apa semua. Jangan risau. Tempat pun cantik.
Perjalanan dari Jeti Marina ke Pangkor 10minit cuma.
Sekejap sangat. Tak panas punggung pun kata orang. 
Lebih selesa lah ikut jeti marina ni. Recommended.
Tiket RM14 utk dewasa. Pergi dan balik.
Kekanak atas 4 tahun baru bayar. 


Time dia.
Tapi macam tak ikut pun. Ada feri, kau naik je lah. Kalau tak muat, tunggu lah kemudian punya. Tapi, tak lama pun tunggu. Usah risau. 



Sampai jeti Pangkor, trus carik teksi.
Kalau nak ke Puteri Bayu ni derang mesti nak suruh share ngan orang lain kalau kita tak ramai. Sbb Puteri Bayu ni dekat je. Dekat tak dekat lah. Tak boleh nak jalan kaki pun. RM10 per famili dia amik. Tapi kalau ada anak dah besar, dia caj la jugak kot. Ni sbb anak kecik, free je lah. Kami naik ngan 1 lagi famili yg nak ke resort yang sama.

Kali ni akak booked chalet pulak. Dulu masa honeymoon tu bilik ja.
Cam biasa kakak booked kat Agoda lah kan.
Dapat harga murah. Sbb dpt diskaun, pastu redeem point, pastu ada diskaun melalui emel lagi, memang jauh murah la dari harga sebenar. Kiterang dapat Bayu Villa chalet. Dalam Agoda dia tulis garden view, tapi kami dapat sea view. Alhamdulillah. Cantik lah sangat. Tp kena tutup sliding door sbb nyamuk. Huhu.

Jauh sket lah nak berjalan dari receptionist. Tapi, nak gi makan ke pantai ke, susur je ikut tepi pagar ni. Dekat lah jadinya :)
Kawasan bersih. Selonggok ranting2 tu, nanti ptg ada pakcik tukang
kebun clearkan. 

Sampai bilik salinkan baju. Dia lepak kat beranda :)

1st day takde buat apa.
Panas sgt. Petang tu jalan2 jap kat tepi pantai ja.


Malam tu, memula ayah Rizq nak tapau ja dari kedai2 kt area luar resort.
Ada.
Dekat ja.
Tapi, macam malas pulak. 
Jadi, kiterang makan maggi cup ja.
Si kecik tu, sblm maghrib da tido.
Lepas tu kul 12 dia terjaga.
Lapa gamaknya.
Bagi dia sekeping roti.
Pastu dia berjaga smpai kul 4 pagi.
Hai la anak. Sabau je lah.
Naseb senang bangun pagi nak gi breakfast.

Okay, nanti kita sambung hari kedua pula.

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign