Pages

14 November 2017

Drop And Milk Booster

Naa... its not a commercial milkbooster (MB) ya.
Being a bf mom baru lah kita tahu term2 bf ni.
Dulu masa TTC, dgn TTC abbreviation nya.
Seronok, kan?
Allah bagi kita peluang merasa ujian dan nikmat ini.

Ya.
Breastfeeding is not a simple "task" though.
Tapi, as a mother, ini adalah tanggungjawab kita kepada anak kita.
Saya tak mahu bercakap panjang soal ini. Sbb nanti akan membawa kepada kecaman.
Cuma nya, sy perlu tekankan sekali lagi bf bukan hanya selak dan nah..minum.
Ianya ada lah ilmu yang perlu kita belajar.
Saya bersyukur kerana pada awal kelahiran Rizq saya dah masuk support group bf. Banyak ilmu yang dapat. Tahu cemna nak handle ebm, cemna nak pam, cemana nak pam kt office, jadual pam, cemana nak bawa ebm ke babysitter, berapa banyak baby patut minum and so on.

Bila dah tahu, memang kita akan "shift" dari kebiasaan orang lain.
Memang kita akan didesak dari pelbagai pihak.
Memang ramai yang akan kata anak kita tak cukup susu.
Memang ramai yang akan pelik cemna orang "keding" berat tak sampai 45kg boleh fully breastfeeding hingga anaknya berumur 17bulan!
Tapi - betulkan yang biasa dan biasakan yang betul.

Sekarang ni lagi mudah. Dah ada lactation consultant (LC), ada breastfeeding peer counselor (PC). Apa2 hal boleh tanya dengan derang ni. Saya pun ada juga PM derang ni. Derang jawab baik je. Jangan risau.
Cuma nya jgn tersilap cari sudah. 
Jangan tatau sy pernah juga beli buku dari somebody. E-book katanya.
Tapi, bila dapat - rasa cam not worth langsung dgn harga. Semua tu boleh dapat kat google. Pulak tu gambar macam copy paste. Rasa cam hoiiii... 
Tapi, nak buat cemna. Sendiri yang silap.
Better lah beli buku betul kat kedai tu. Contoh buku - "kenapa susu saya sikit". Baru berapa ringgit ja. Tu pun dari LC dari tak silap.
Please don't la ebook ebook ni.
Atau google saja - berlambak okeh artikel orang barat pasal breastfeeding ni. 

Mak mertua sehingga kini akan bertanya "banyak susu lagi"
Dan dari dulu jawapan saya "tak la banyak, tapi cukup untuk anak. Alhamdulillah"
Mak mertua saya memang no idea pun cemna kita handle ebm.
Sbb anak2 dia memang tak bf anak derang selepas masuk kerja.
Jadi, mak mertua can't imagine cemna kita pam, berapa banyak dan cemna kita bawa ke rumah babysitter.
Sama macam mak sendiri gak. Cumanya, opah Rizq ni selalu datang rumah. So, dia tgk cemana kita pam, berapa byk dapat kalau pam, cemna nak bawa ke rumah babysitter. 
Memang mak sendiri pun kadang2 suruh top up formula.
Tapi, buat tak tahu saja.
Mereka ni ingat - semakin anak besar - semakin banyak kuantiti susu yang diperlukan.
Tu memang dah termaktub dalam kepala semua orang, kan.
Jadi, sekali lagi betulkan yang biasa - biasakan yang betul.
Real food adalah yang terbaik.
Ya. Me masef pun dulu masa kecik byk minum formula jugak. Dumex. Jangan tak tahu, akak minum botol smpai umo 6 tahun ya. Haha. Dan lps tu akak jadi tak suka susu sampai lah sekarang dah boleh minum dah.

Anak tak cukup kalsium?
Hehe.
Rizq umo 6 bulan dah naik 4 batang gigi.
Badan pun tidak lah kurus. Cuma.. ya.. dia mmg jenis kecik.
Ate kome.. mak pak pun kecik, cemana tetiba anak nak beso. Kan?
Tapi, khasiat susu ibu tu tak dapat dinafikan.
Alhamdulillah, immune system Rizq baik. Masa bawah umo setahun dia jarang demam. Kalau ada pun yg mild2 ja. Bawa klinik, dalam 2 hari, Alhamdulillah baik.
Masuk sethn, dia pernah demam sbb tonsil bengkak. Tapi, masa tu dia still ada selera makan dan menyusu. Tu pun dalam 2,3 hari settle. Makin dia membesar, dia perlu lebih banyak nutrisi utk bina immune dia. Sebab tu real food yang berkhasiat penting utk dia. Bukan susu formula.


Eh. Sebenarnya nak citer pasal susu drop.
Ke lain plak halanya.
Semua mak mak bf mmg ada fasa drop ni.
Saya pun ada lah 2,3x gak mengalami.
Tapi, kali ni mmg agak getir. Sbb stok ebm frozen dah tinggal 2,3 ketui ja.
Takut dak??
Dulu wat lek wat pis sbb stock ada.

Ya. Walau yield saya tak banyak, tp stock frozen saya mmg sentiasa ada. In fact, pernah bagi anak kawan yang nak susu. Bukan byk, cukup sekadar sekali kenyang. Bukan utk dijadikan anak susuan. Pernah beberapa kali juga curahkan susu ke pokok sbb stock expired.

Dan sy juga tak penah amalkan milkbooster utk maintain yield.
Jadi, cemana maintain?
Positif.
Nak kata saya makan byk, no.. sy bukan jenis pemakan.
Tapi, minum air is a must. Sehari di office mesti akan abis 2liter.
Cuma, bila drop ada juga sy makan lactation cookies (beli). Tapi tak nampak berkesan sgt pun.
Dan paling penting utk maintain adalah jadual pam.
Utk ibu bekerja jadual pam mesti konsisten. Kalau tidak .. yes.. memang akan kecundang.
Hey! Nak yang terbaik utk anak mesti usaha sket kan. Tak boleh la malas2.
Kt office, saya dan sorang lagi mommy yg masih mengepam. Jadi lah, buat kawan kan.
Tak susah pun. Amik masa 20minit ja. 
Utk ini saya ucapkan terima kasih utk boss yang memahami (boss sy lelaki yach.. hehe), then anak2 buah saya yg selalu back up. Kadang smpai ke tempat pam derang cari "kak..bos panggil"
Alhamdulillah lah, tempat kerja saya flexible.
Jadi, pada yg tempat kerjanya mudah utk pam, ambil lah peluang. Rugi nya kalau taknak pam. Rugi. Rugi.
Kat support grup tu, ada yg kerja tol pun mengepam. Askar pun mengepam. Nurse. Cikgu. Yang kerja kat pelantar pun usung pam tau.
So.. mereka ini lah menjadi sumber semangat saya.
Kalau derang yg kerja lagi susah, kenapa saya yg kerja office hour, ada tempat selesa (walau bukan bilik khas) cari alasan nak bagi anak FM.

Okay.
Dah panjang lebar berbicara tentang ni.
Saya nak cakap sesuatu - memang susah nak telan - memang akan mengundang kecaman - tapi percaya lah - seorang ibu mustahil tak boleh untuk menghasilkan susu untuk anaknya (unless memang dah di diagnose oleh doktor). Permulaan memang kita rasa susu kita sikit, tapi yg sikit itu lah keperluan anak. Saya sendiri pada awal nya ada campur formula, tapi sebaik saja anak berusia 30 hari, tiada lagi susu lain yang dia minum selain susu ibu nya. Utk hasilkan susu, kita perlu stimulate. Sucking dari anak lah stimulation paling terbaik. Masa anak 3,4 bulan, saya sendiri pernah fikir, tetiba kang susu tetiba takde cemna. Ish. Itu mustahil. Selagi ada demand, selagi itu lah ada supply. Prinsip dia mudah - bila anak dgn kita - direct bf. Bila anak takde dgn kita - pam. Itu lah konsep stimulation. 

Tapi takpe. Semua ibu pun perlu yang terbaik untuk anak.
No. Jangan silap faham. Saya tak pernah memandang rendah pada ibu yang memberi formula milk pada anak2. Dan saya tak pernah kata formula milk itu tak elok. 
Kalau nak tahu, anak susu ibu ni tend to dapat anemia atau HB Low which is jarang berlaku pada anak yang minum formula :)

Cumanya, anugerah Allah ini paling terbaik.
Usahakan untuk memberikan yang terbaik untuk anak.
Gagal kali pertama tak bermaksud gagal untuk selamanya.
Nak tahu kenapa saya maintain kurus dan lebih kurus dari dulu - rahsianya - breastfeeding. Makan lah banyak mana, lemak apa pun, semua akan jadi minuman utk anak kita.
Nak kurus?? - breastfeeding lah anak sehingga 2 tahun. Hehee :D

Till then, nanti kita jumpa lagi untuk cerita2 breastfeeding ni.
Ya. Saya memang suka ilmu baru ini. Satu keseronokan dan rezeki dari Allah yang tak semua orang berpeluang. 
Saya dapat peluang itu. Dan saya perlu hargainya. 
Ya, saya pernah tiada zuriat selama 7 tahun. Tapi bila diberikan zuriat, saya dapat fully breastfeeding anak saya sehingga kini, umurnya 17bulan. Dan InsyaAllah sehingga 2 tahun. 
Alhamdulillah, terima kasih Allah atas peluang ini. 

Link rujukan untuk susu yang tetiba drop : 

13 November 2017

Malasnya nak isi SKT LNPT!

Sebenarnya tgh duk complete kan SKT.
Pastu macam mengantuk giler.
Taktau lah kenapa.
Tapi, berat nau badan nak buat SKT, LNPT ni.
Uols dah siap ke?
Utk penjawat awam je lah.
Bukan penjawat awam, takpe. Ada appraisal lain, kan?

Adui.

Pastu lagi satu nak buat penilaian.
Aku idak la ramai nau anak buah bawah seliaan.
Tapi, tetap lah malas.
Nak tahu cemna aku buat.
Setiap tahun, aku akan save markah aku bagi beserta komen.
Jadi, tgk balik je lah semua tu. 
Markah pun bagi lebih kurang je lah.
Takde nak rendah2 lah.
Semua mesti 90 ke atas lah.

Hui.
Mengantuk.
Okay lah.
Nak sambung buat balik.

"Nilai rendah tanpa alasan munasabah satu penderaan"
Link : Sinar Harian

10 November 2017

Takde Anak Takde Empati Ibu

Bila dah ada anak, kata pulak baru anak sorang.

Apa la. Apa pun tak boleh.
Itu tak kena. 
Ini tak kena.
Kita takde anak - di katanya "ko apa tau, ko takde anak lagi"
Bila dah ada anak "eh, ko baru anak sorang, aku ni dah anak 3, tau lah aku"
Okay.
Ye lah. Ye lah.
Memang kita tak tahu apa apa.
Memang apa kita buat serba tak betul.
Tak tahu perasaan orang.
Tak boleh nak cakap itu ini.
Takde hak.
Bila kita dah anak 3 nanti.
Dia tukar lain plak.
"Zaman kau ni lain. Dulu aku lain. Ko apa tahu"
Okay.
Kita lagi yang dungu.
Nape eh.
Orang dok fikir kita ni takde empati.
Orang dok fikir kalau anak sorang ni tak tahu apa-apa.
Tak boleh nak cakap itu ini.
Bila cakap kata kita macam pandai sangat.
Padahal dia tak faham apa cuba kita sampaikan.
Hurm.
Lantak lah.
Kadang aku malas dah.
Kadang aku rasa, eh, apahal pulak. Lantak hang lah.
Itu engkau, anak 3 ke anak 13 ke, mungkin tak boleh apply pada anak hang, tapi mungkin bleh apply pada anak aku. Atau anak orang lain. Nak pikir utk anak dia je yang 13 tu plak dah kenapa.
Susah lah.
Kata pun zaman sosial.
Tapi, buat orang serba salah.
Hurm.
Takyah zaman Milenia sgt pun takpe lah.
Mari lah kita hidup di zaman Mesolitik dulu.
Takde orang kesah pun perihal kehidupan kita.
Tak jadi mak susah.
Dah jadi mak, lagi susah nak mengadap mak mak mak mak yang anak bersusun tu rupanya.
(T_____T)
Ikut lah.

7 November 2017

Hello November

It's been a week baru kita nak say Hello November.

Huhu.
Entah. A lil bit serabut sket masuk awal bulan tu ari.
Dak Rizq kena flu teruk.

Allah...
Dia tak pernah kena flu teruk. Demam pun jarang yg kuat. Tambahan masa umurnya bawah setahun, mmg dia jarang sakit.
Tapi, ni dah masuk setahun, macam kerap pulak. Selsema, bengkak tonsil lah.


Orang kata sebab cuaca.
Tapi, mak kata bukan!

Cuaca hanya menyumbang 20% sahaja.
Setahun yg lepas cuaca pun ada juga hujan panas, tapi dakRizq masih bertahan dengan izin Allah. Tapi, sejak dia dah mula makan - then lepas setahun ni banyak juga makanan yg mak bagi. Dgn alasan try lah sket.
Naaahhh... ini lah hasil nya.
Immune dia drop terus!
Mak terus insofffff...

Tambahan pula hujung bulan ni kami nak travel. Ada family trip.
Lagi risau kalau dia tak sihat.

So, now, bulan ni, mak kena boost immune dia. Dgn immune mak juga.

Mak pun sekarang komain sumbat itu ini. Takdak pantang2 dah.
Dulu komain taknak minum ais.
Sekarang semua sebat.

There u're!
Jadik, 

mari lah kita jaga makan macam dulu.
Superfood - chicken bone broth - mesti ada.

No more menda berminyak.

No more try2 menda yg manis. Kuih manis no!
No! No! No!


Lantak kan lah orang kecam pun.
Yang melihat dia selsema susah nak napas mak jugak.
Yang susah hati nak gi kerja mak juga.
So, lantak pi dgn orang yg tak kesah kan pasal makan ni.



Apa pun.
Selamat datang November.

Tinggal sebulan je lagi di tahun 2017.
Apa yang anda dapat dalam tahun ini?
Dah nak masuk Rabiul Awal juga kita ni.
Puasa bila nak ganti yong??? Hahaha.


INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign