Matta Fair.
Event favourite selain Pesta Buku.
Orang mesti kata, "sanggup eh pergi bersesak sesak tu? "
Terpulang. Hehe.
Macam MF ni biasanya tempat dia besar. So, sesak tu memang lah sesak. Tapi boleh consider lagi. Takde la padat macam event2 peniaga online/bazar apa tu. Tu mmg tak kuasa aih.
Pulak tu, dia mesti ada ruang utk kita lepak2.
So, this coming MF.
8-10 September 2017.
InsyaAllah nak pergi.
Sbb nak carik pakej ke Sabah.
Kena compare dulu dgn quotation yg dah dapat.
Kat MF ni kalau jadi, kita kena letak deposit sesiap.
Itu kalau kita beli pakej. Pakej tu maksudnya utk penginapan, kenderaan etc etc. Masa kiterang pergi Langkawi tahun 2015, beli pakej dari MF. Dpt harga yang berbaloi gitu...
Tapi, kalau kita nak beli voucher hotel, contohnya beli voucher penginapan hotel di Grand Lexis lah kan. Ha, yg tu kena fully paid ya. No deposit2.. bayar full. Tak dapat pergi kalau..kita jual lah pada orang lain. Takpe je kalau orang lain yang pergi.
Yang ni pun aku biasa juga beli.
Harga hotel memang murah2 kalau MF ni. Murah sgt tu tak la. Tapi, boleh la. Murah lah dari harga Agoda kadang tu. Dan biasanya valid utk 6 bulan.
Oh. Kami dah ada cadangan utk famili trip bulan 3 tahun depan.
Boleh la kot carik terus.
Utk ini, ahkak lah sebagai ketua rombongan lantik sendiri yg akan buat pendahuluan duit.
Okay.
Meh ahkak bagi tips sket kalau nak pergi MF ni.
Orang kata pergi pagi pagi.
Ye. Betul. Tapi kau duk situ bukan takat sejam. Harus berjam jam. Melainkan kau memang takde tujuan, saja saja nak pergi. Tapi, harus diingatkan, MF ni berbayar. Rugi lah kalau saja saja nak tengok. Kalau pergi pagi pun, still kita dok smpai tghari dan orang makin ramai makin ramai.
Jadi, tips sebaiknya - pergi kalau memang nak beli pakej/voucher.
Lepas tu, kalau ada anak kecik tu, pergi lah ikut time anak kecik tu. Kadang, pagi pun kita tak dapat nak pergi sbb anak belum bangun tido apa semua. Nak bagi dia makan lagi apa kan. So, bagi anak kecik tu tido, makan kenyang2, susu kan sesiap, then pergi. MF ni dari pagi sampai ke petang pun memang ramai. So, siap sedia utk itu. Sbb tu, ada plan nak membeli baru pergi. Takde plan - memang buang masa (dan buang duit bayar tiket masuk juga).
Seterusnya utk anak kecik, better guna carrier. Takyah la stroller bagai. Buat tergilis kaki orang je. Dan susah kau nak gerak pun. Orang ramai, kan? Pastu pulak tak hygiene lah duk dalam stroller orang lalu lalang tu. Kot orang batuk ke bersin ke. So, better much - carrier. Melekap dakap lah dia dalam dakapan kita. Selamat. Dan juga selesa. Tapi, kalau anak uols bukan carrier type - itu ahkak tak dapek nak nolong. Carrier ni sebenarnya apply pada memana event / expo. Bkn je MF. Pesta buku ke, baby expo ke, sebaiknya elaklah bawa stroller ni.
Seterusnya - sesiap buat plan. Sebelum pergi pun dah tahu nak pergi booth mana. Jadi, sampai je terus tgk maps/guide kat pamphlet yang dpt lepas bayar tiket masuk tu. Atau tgk kat hall bawah tu. Jadi, terus tuju pergi situ dulu. Kalau local, biasanya dia akan bukak ikut negeri. Dekat booth negeri tu akan ada byk agent yg offer pelbagai pakej dengan pelbagai harga. So, katakan nak pergi Sabah, kita tgk kat maps/guide sesiap kat hall mana ada booth negeri Sabah ni - so, terus lah pergi situ. Ambik2 semua pakej tu - then pergi lepak satu tepat lapang (memang ada biasanya), bersila lah situ, then antar lah w.app pada grup famili members (aku lah tu). Sementara derang nak reply2 bagi keputusan tu, boleh kita gi tempat lain.
Next - sediakan duit yang mencukupi. Mean, bila kita dah tau nak pergi mana, amik pakej mana, then kita kena sediakan deposit / bayaran voucher. Jadi, bawa lah debit card atau card credit. Cash boleh juga tapi tu lah. Kau tahu saja lah tempat sesak2 ni kan. So, better beringat lebih kalau bawa cash.
Selain tu, makan kenyang2. Nanti susah nak carik makan2 kat situ. Bukan lah susah. Ada memang lah ada, tapi kau tau lah harga cemana. Pastu duk bertebeng2. Ada bersila lah hapa lah. Tah, tak minat lah camtu. Better pergi situ dah kenyang. Perut kenyang, senang hati.
Tips lain - utk oversea - aku tak pernah amik pakej oversea lagi di MF. Tak tahu mahal ke murah. Tapi pernah tgk utk Perth, rasa cam berbaloi kita buat sendiri (DIY). Sebelum ni kiterang kalau pergi oversea mmg DIY, tapi local yang amik pakej. Hihi. Sbb local tu ngan famili. Reramai better pakej ja. Takde pening kepala. Tp sekarang dah ada boss kecik, maybe kiterang pun akan amik pakej kalau gi oversea. Tapi, aku pernah amik voucher utk Star Cruise di MF. And harga memang berbaloi amat.
Parking sekarang dah susah sbb hentian bas tu dah roboh. Jadi parking limited di PWTC and Sunway Putra Mall tu je. Otherwise kena parking area2 jalan Ipoh tu. Nak senang - naik tren saja. Skrg ada MRT apa bagai yg bleh link2 kan, so naik tren. Takyah pening2 nak fikir parking. Bukan pergi pesta buku nak beli dan usung buku berat2, kan?.
So, tu lah nya.
Sapa nak pergi, boleh je pergi. Best je.
Biasanya chinese memang ramai. Sbb derang suka grab offer masa ni.
So, apa lagi. Jom lah meramaikan majlis. Huhu.
So, apa lagi. Jom lah meramaikan majlis. Huhu.
Kiterang pergi naik tren je :D