Pages

16 September 2009

~Kemeriahan Syawal~

Berbanding tahun sebelumnya, Aidilfitri tahun ini dirasakan cukup bermakna buat penulis blog pnstoberi. Masakan tidak lebaran kali ini diraikan pertama kalinya bersama suami tersayang yang telah rasmi menjadi teman hidupnya 13 Disember tahun lalu.

"Bagi saya perbezaannya memang nyata dirasai. Lebih bermakna,pada pagi Syawal nanti saya akan bersalam dan mengucup tangan suami tercinta memohon maaf"

Dalam pada itu, puanstoberi turut menyatakan bahawa dia dan suami telah menempah sepasang pakaian dengan warna tema yang sama iaitu hijau pucuk pisang untuk dipakai di hari raya pertama. Kami juga telah menyediakan beberapa pakaian untuk dipakai ketika melawat sedara mara.

Bercerita lanjut mengenai sambutan Aidilfitri, pasangan ini tidak menghadapi masalah untuk menentukan kampung untuk berhari raya.

"Alhamdulillah, saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk balik kampung. Sebab dari saya dan suami telah berbincang sebelum kahwin lagi. Hari raya tahun ini kami beraya di kampung saya di Perak dan kemudian tahun hadapan baru kami beraya ke Pahang. Ini kerana kami tidak mahu terkejar-kejar ke sana ke mari kerana jarak perjalanan agak jauh. Lagipun, dari berada di atas jalan raya lebih baik kami meluangkan masa tersebut melawat sedara mara"

Hahaha. Amacam?? Ada gaya ayat artis tak apabila ditemuramah oleh wartawan. Ceaa...perasan artis la plakkk.. [ada aku kesah???]
Ayat pertama itu adalah ayat cliche'..yg biasa digunakan oleh para artis selain dari ayat "kami dalam proses mengenal hati budi"
Aku pinjam ayat tu dari majalah. Mmg mana2 majalah kalo temubual artis aku tgk rata2 pakai ayat sedemikian rupa.
Bagi aku sendiri sebenarnya..idak la terasa sgt perbezaannya. Ada mmg ada lah. Sbb kali ni da ada org nak match kaler ngan baju aku..huhu.
Apsal derang teruja nau nak salam dan mohon maaf tu. Aku selalu je salam n cium tangan suami. Takyah tunggu raya pun. Tp betul la tu..kali pertama di Hari Raya. Ok..ok..aku terpaksa la buat2 xcited utk tunggu saat tu.

Lps tu artis akan bagitau berapa pasang baju yg disediakan. Warna tema dan sebagainya.

Lps tu beraya dimana. Hahaha...tgk la majalah mana pun, mesti ada citer2 nih.

Dah la..tetiba je dtg giler konon ditemuramah oleh press. Weh, cik Azni..meh la temuramah aku.. aku nak gak ckp excited nak salam ngan suami, baju raya byk mana, beraya dimana, juadah kegemaran bla..bla..bla..bla...

Pnstoberi : Excited hari raya tu da tak sama semenjak ayah tiada..

2 juta komen

reen, lawak la ko ni reen...
apa pun reen, eksklusif daripada kami sekeluarga.. (nak jugak.. keheke..)ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR BATIN..

jaga diri baik2..ckp kat husband,drive elok2 tau.. pandu cermat jiwa selamat..:)

haha.aku nyampas ngan ayat2 cliche artis tuh..tu aku wat gitu. mao la gak perasan artis kan.
Okeh..aku terima ucapan raya ko dgn ucapan balas : nak duit raya utk anak ko meh la dtg Perak. hahaha

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign