Pages

11 September 2009

~..akhirnya mission accomplished 1~

Yahh..beberapa kali kami cuba mendail 03-92846607.
Last week terai berpuluh2 kali ari Rabu, Khamis..tidak berjaya..telefon tidak berjawab.

Minggu ini kami mencuba lagi.
Dan akhirnya berjaya!

Yey! At last perancangan berbuka beramai2 (idak la ramai mana..8 org je) adalah berhasil.
Ate' susah beno nak dpt call ini kedai.

Kami da plan sejak dari awal puasa utk berbuka bersama2 ni.
Last week rancang punya rancang tak jadi plak.
Org tu ada hal, org ni ada hal.

List kan beberapa tpt nak makan buffet.
Mmg nak terai "kedai" je la..bukan "hotel". Sbb kalo bufet mesti teringat hotel..so, nak carik la kedai kalo2 ada. Takmo le kedai yg biasa2 ala2 carte tu. Nak carik bukan hotel,tp ada bufet. Ha..gitu.

Dlm list adalah Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru n Satay Station.
Trus la google n ramai kata Satay Station (SS) bes. Satay n Mee Rebus nya adalah terbaik kata mereka di blog2.
Dan bila berjalan2 lagi di blog kawan2 kepada kawan, makanya dapat tahu yg SS ni ada bufet berbuka puasa. Tu yg dok terai tu nak book tu,

Cam biasa..mmg derang harapkan kak ida ni lah utk carik tpt,booking dsbnya.
Tp smlm kak ida ni kena pi Majlis Khatam dulu kan. So, tinggalkan tugas utk talipon pada dak Rinie.. so...dia try call..dpt la pulak.

Makanya pergilah kami seramai 8 org..yakni 4 lelaki dan 4 perempuan; 3 pasang suami isteri dan sepasang lagi itu pergi secara single shj kerana pasangan memasing ada jadual lain. Hoho.


Ini gmbr kami sewaktu smpai di SS itu. Pergi dgn 3 kereta. Smpai je memasing bertanya laluan mana diambil. Maaf. Aku mmg buta area Kg Pandan ini. Pergi ini pun di tourist guide kan oleh Faizullah. Dia agak tahu walo tak berapa tahu secara tpt di mana kedai ini berada.
Ha. Mmg kedai ini susah nak perasan sekiranya anda pertama kali mencarinya kerana signboardnya adalah tidak berapa nak besar dan kedai ini berada di kawasan perumahan. Sekali pandang mmg macam rumah org sbb siap berpagar kayu bagai. Smpai shj sudah gedik2 amik gmbr.. hai..kata blogger :P

Masuk shj kami telah disambut mesra oleh pelayan disitu. Mmg bes layanan mereka. Pakai pun seragam aje. Eh..kata blogger. Apsal aku tak amik gmbr pelayan kat situ?? Emmm..masih blogger thp 1 aku nih. Hoho.


Kawasan sekitar2. Ada dalam umah dimana konsep dia ko kena duduk bersila dan kat luar konsep open air yg mana disertai bau asap. Hik hik....sbbnya ada asap ikan bakar [yg sedap itu] dan kambing panggang [juga sedap]. Ada juga kump ghazal nyanyi2 kat luar itu. Ha..bes kan??
Kami dapat dalam umah..dan grup kami teramai pada hari itu. Sgt privacy sbb macam dlm bilik. Sukati kamulah mao bergurau senda dlm tpt itu.
Kalo berlima buleh la request meja bulat berpusing2 itu dan ada tv di situ.


Ini kami ber3; sang isteri yg memasing baru thn ini pertama kalinya meraikan Ramadhan dan Aidilfitri bersama sang suami. Kami napak sebaya ajek kan [ko nak tau..ini gmbr kedua..gmbr pertama terpaksa di delete setelah aku mengalami kegemukan melampau dlm gmbr tersebut. Tu yg kali kedua aku cover tgn macam itu. Hoho]

Ini adalah makanan (sapa la tatau ini makanan?? Dangg...!! )


Food..food..food.. iyelah tak la sebanyak di hotel2 tp berbaloi lah dgn harganya itu. Tp byk mana la perut mu buleh masuk food suma itu kan. Yg sket ini pun tak termakan.




Atas : Buah-buahan dan agar2 (emm..dessert agak kurang di sini.tp takpe..sbb makanan lain adalah sedapppp)
Tengah : Cocktail eh nama dia ni?? Ini feberet my dear. Aku da blaja buat dr Kak Yang..tp itu ada letak kastad.
Bawah : Kambing panggang yg sedap. Aku no hal je makan daging kambing. Manis.. derang kata daging itu sendiri yg manis..tp aku rasa mcm sos nya. Entah.. tp sedap lah! [berapa kali mao ckp sedap daaa]


Apsal ah..kalo ada makanan je aku kecoh..ke mmg aku ni kecoh tak kira kat mana?? Kahhh.. alangkan masa makan beradap pun aku kecoh apatah lagi dlm bilik yg hanya kami aje ada ni. Hua Hua Hua.


Wey...Faizullah, masa ni ko kata "kak long..ko takyah senyum la..bkn napak pun" kan?? Apsal lak tak napak..ni kan napak..aku tak kira walo gmbr aku kecik je..asalkan aku senyum sbb aku tau suma ini akan jd bahan blog. Hua Hua Hua.

Ya..aku yg sentiasa menyengih ajek. Gmbr makanan tu yg atas tu makanan kami berempat. Bawah tu makanan yg 4 org lagi. Idak la byk kan?? Hua Hua. [tp..mcm nak pecah perut memasing. Siap smbg lagik pas solat maghrib. Kat sini pun ada disediakan tpt solat. Bilik air dia pun not bad]



Last round! Termengah2 aku nak abiskan ABC tu. Tp ABC dia pun sedap. Kacang dia tu dia letak kacang kisar tu. Sedap... Dan last but not least..the bill..total RM304. Berbaloi2 kan. Kami duk di situ dari kul 6.45pm smpai la kul 9.00pm. Mmg thp kenyang giler la makan. Tu satay tu kira free sbb tak masuk dlm bufet. Dia bagi kami 10 cucuk-5 ayam, 5 daging. Sataynya mmg la sedap. Sbb dah mmg specialization dia. Kalo nak lebey satay tu,kena bayau lah. Secucuk berapa sen tah..lupa aku.65sen kut.

Overall...apa yg buleh aku katakan SS ni kira ok la utk bufet.
Nak amik makanan pun selesa. Tpt duduk pun selesa. Dlm umah tu semlm ada family bwk baby. Pun mudah la sbb boleh baringkan baby tu.
Layanan pun best. Pekerja dia mmg mesra alam pelanggan lah. Kejap2 dtg kat kitorg amik pinggang kotor, ada je derang standby kat luar tu kalo kita nak apa2. Lps tu kami dapat 2 jag air oren n sirap (which..tk payah la ko turun naik amik air kat bwh tu) ada 1 jag air suam n ais kosong.

Nak kata tk byk makanan..byk gak la. Tp jgn la ko pikir dia sama ngan Rest. Seri Melayu tu..kat situ mmg beratus2 jenis makanan ada. Kat sini sesuai la dgn rega dia tu. Ada laksa, kalo nak mee goreng ke, order la kat dia nyer stall tu..dia akan goreng time tu gak.
Dan satu lagi specialization kat SS ini adalah mee rebus which aku da rasa leh bagi d best mee rebus in town lah. Sedap ko..kuah dia pekat..yummie.. mee rebus masuk dlm pakej bufet. Tp kena ckp la ngan pelayan2 tu. Then dia akan antar ikut waktu kita nak. Kitorg mintak masa nak buka..so..dia antar la.

So..kut2 korang nak pi di minggu2 terakhir puasa ni, pegi la.
Kalo tak puasa..SS ni ada satay n mee rebus je. Jd sementera puasa ni je la utk try bufet ni.
Korang nak tau lebey lanjut..masuk web dia nih - SS

Apapun..aku rasa puas ati. Berapa bintang nak bagi ni kengkawan???

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign