Pages

30 September 2009

~Eh..ado laie la...~

Haha. Tk abis lagi rupanya..tp takde dh chapter2..ini citer dimasukkan sekali harung je.

Syawal 4 gi kenduri.
Syawal 5 pun kenduri gak.

Emmm...jd makan kenduri je lah di ari Raya.
Aku lupa nak citer on d way aku balik dr Teluk Batik tu, 2 org kawan lama aku msg n call. Ala..tk dpt nak beraya dgn mereka. Yg seorg tu mmg tk jmpa langsung la sbb dia nak balik KL malam tu gak. Tkpe..nxt other time..kut tak dpt la aku bjumpa blogger ini sbb ayang ini adalah wife kpd kawan aku itu. Then sorang lagi tu Zirah. Tk dpt beraya tp Syawal ke 4 tu aku makan kenduri umah dia.

Dia wat kenduri korban ke apa ke tah. Share2 ngan adik badik dia, sembelih seko lembu. Umah dia ni kalo kenduri mesti ada air asam yg melotuppp...sedap.. aku g ngan my dear n kakcik aku.
Aku mcm biasa..haross bwk che biru [my dear asik kata "rungsing!" bila tgk aku dok kelek che biru tu] Haha..lantak arr..kata nak jd blogger tegar.

Meh tgk gmbr ini....


Rasa2 seswai ker??

Tgk lagi sekali..


Seswai kan?? kan?? Haha..

Ini lah ibunya..


Baru 'match' kan..tp seyes..aku suka sgt bb mcm ni. Kat bakang umah aku ni pun ada bb camni. Kalo nenek dia bwk duk luar, aku slalu intai2..aku mmg nak bb mcm ni walo aku tau pasti 2 minit je aku leh dukung dia..sbb pehtu mesti da lenguh tgn. Helpss...aku sgt teruja dgn bb camni..tatau nak ckp camana..kalo dpt nati aku mintak tips kat ko je Zirah ek cemana nak kasik bb tu jd cam bb Malik ko ni..Dah la chubby..pastu baik je. Kejut je bangun tido pun tak nanges. Hai..geram nyer aku.

Syawal ke5 tu umah da start snyp. Abg Cho n family da balik Johor pepagi tu. Then tghari makan kenduri kat umah jiran sebelah. Anaknya kawen. Ni dulu bapak dia la tukang masak masa aku kawen. Makanan adalah sedap tp sedikit kelam kabut sbb derang tak wat bufet. Buat style idang..tp tak kesah la sbb makanan adalah sedap..kat sini tkde sebarang gmbr.

Ini lak aku wat open house retu.


Ehhhh....idak..tipu ajek :P
Ini aku saja masak ari Ahad tu sbb masa raya aku tk dpt makan laksa puas2. Biasa kami sekeluarga akan pi umah Kak Midah, kazen aku kat Salak [jln nak g K.Kgsr]. Mmg dia akan buat laksa dan dpt la makan puas2. Cuma kali ni tk smpat sbb raya ke2 tu dia pi kenduri pehtu dia da stuck kat pekan KK sbb ujan. Alaa.....nak laksa...cuma aku dpt makan sket kat umah sedara aku yg aku singgah balik dr T.Batik tu. Ha..tp dia pakai ikan sardin tin which aku tk berapa nak suka.

Jd pg Ahad tu gigih aku pi pasar ngan my dear. Beli ikan sardin sekilo,sayur2 dia, balik zass..trus rebus ikan. Pung Pang Pung Pang kul 1 siap. Kebetulan Kak Yong dtg sbb anak dia Zahir nak amik kasut dia. Tertinggal kat kg, k'org tulung bawak balik KL. Jd..derang pun merasa la laksa tu. Kak Yong mmg sker je laksa aku tu. Retu dia sibuk tnya cemana aku buat laksa jd bes. Haha. Bes ke??

Bes la kut sbb adik2 ku ini makan bertambah. Faizullah..ko tmbh berapa kali?? tkpe..Kak Long sker tgk korang makan camtu. Suka sgttt...thanks korang.



Aku bwk derang ke umah masa lunch. Kan sepelaung je umah aku ngan opis. Jd no hal ajek balik umah, panaskan kuah dan makan.. Abis la laksa ku ini.


Rasa lps ni ada tak lagi ada entry pasal raya?? Ada...lagi2 3hb nati jamuan hari raya opis aku, lagi byk citer kut.. owh..buleh la aku pakai sepasang lagi baju raya yg tk smpat dipakai masa kat kg retu. Aku rasa kan..aku je tkde baju tgn kembung2 tu..aku tgk suma gmbr raya ada baju tgn kembung2 tu (sleeved puff) haha..terasa tak mengikuti trend..tp..ada aku kesah..esuk gak aku pi beli. Dang...!!

Pnstoberi: Buleh lak my dear lupa dia ada baju melayu biru bila aku kata kita pakai baju biru utk jamuan raya Sabtu ni. Sabo je lah..kan baju nikah dia kaler biru..Itu lah lelaki...sabo..sabo...

29 September 2009

~Raya-Chap.4~

Dah.
Rasa mcm final chapter citer beraya di kg utk thn ni.
Lps ni kalo ada citer2 raya mebi citer area2 sini lah.
[owh...aku memblog sementera menonton final epi. Senandung Si Dayang. Aku follow gak citer ni walo kdg2 ada tk tgk. Bes gak. Citer org itam. Hehe]

Chapter ni Syawal ke3 punya citer.
Sila ambil maklum..gmbr mungkin byk sket dlm ini chapter.
Sesudah perbincangan semasa majlis bbq tu, akhirnya ini lah yg pergi ke Teluk Batik.

Yeahaa...5 bijik keta konvoi ke sana. Kesemua kami pergi ke Teluk Batik.
Mulanya mcm nak share2 keta je tp utk keselesaan kami naik keta memasing lah.
Seawal jam 6.00pg kami da dikejut oleh Abg Cik. Owh..kena q utk masuk bilik air. Bebudak tk mandi pun. Suma sebuk nak mandi laut trus. My dear,abg Nyah, Asyraf dan sapa tah lagi gosok gigi kat luar je. Dah tu..bilik air penuh jer. Org yg nak membuang pun tak puas sbb baru je masuk da kena panggil suh kuar.

Ini masa suma sesibuk nak kuar umah. See..itu lah Abg Cik ku a.k.a Cikgu Badrol yg garang.. Haha..Ani kat bakang tu saja je interframe.

Dlm 7.30pg gerak. Ha..mmg subuh da kuar. Abis ko ingat pantai itu bakang umah ko. Ini suma bajet mau bekpas di tepi pantai saja. Tp..jarak antara umah ke T. Batik tu lebey kuang kalo gi KL lalu kut hway. Maka bayangkan saja lah.

Ekceli kami tk berkonvoi secara ramai2 pun. Abg Cho yg tak penah pi sana follow Abg Cik [sbb dia tak sesabau nak gerak dulu]. Aku lak konvoi ngan sorang anak buah aku yg tak biasa drive area sana [anak akak aku..kakak aku mmg tak drive la lps anak dia tu da pandai drive]. Abg Nyah solo..derang bekpas makan roti canai dulu dan tapaukan utk kami gak.

Ini kami di dalam keta. My mom and Fatin ikut naik keta aku [itu budak xcited nak mandi laut]

Kami smpai T. Batik dlm kul 10. Ku pikirkan takde la ramai org. Raya ke3 kan. Tp..ada satu paking tu da penuh pun. Kat tepi pantai pun da ramai org. La..ramai rupanya beraya di tepi pantai.

Sampai je apa lagi...makan time..lapau da memasing tu.


Lepas tu aku ngan dua anak dara ni berjalan2 amik gmbr.

Masa tu act anak dara la gak. Haha. Yg pakai spek tu, Ani, anak buah sulung aku. Dia la yg gunting2 rambut aku masa sblm raya tu. da 25 da umo dia. Then sorang lagi tu Farah..form 1. Sgt pendiam ini anak dara. Dia mmg tak berckp ngan kami2 kat umah tu. Pemalu abis lah.
My dear ms tu da control 'mancho' la..takmo amik gmbr ngan aku dah. Tau2 dia da berendam dulu. Tgh jln2 kami jumpa ini.


Apa tu??jelly fish???

K'org sempat gak naik banana boat. Wuihhh..ini 1st time aku naik mendalah tu. Yelah...selama ni kan kalo pi laut tak ramai2 kan. Mana la leh naik banana boat tu. Tp kali ni reramai. Smpai ada yg tk dpt naik. Kami naik smpai 9 org. Ani mmg surrender dari awal dah walo dipujuk berkali2. Aku, My Dear, Abg Cik, Abg Nyah, Farhan, Zahir, Asyraf, Boy n Farah. Aku naik no. 3 dari depan. Ngeri aku naik menatang ni. Dh la ada 2,3 grup sblm tu jatuh masa boat tu nak pusing. Tp tu sbb yg org yg duk blakang tu "mengelenya-ngelenya" cam monyet kena belacan jek. Sbb tu la banana tu tk dpt imbang.
Aku menjerit tak sudah2 aku rasa. Smpai Farah kat dpn aku siap ckp "Ucu, jgn la jerit" Haha. Bingit gamaknya tinger dia. Sowi ek Farah.

Part paling menggerunkan adalah bila dia jatuhkan kita masa last tu. Tp lawak gak sbb dia da stop dan try jatuhkan kami tp kami ttp tak jatuh. Aku plak nak gelak masa tu. Then dia kasik la aksi kejam sket. Tenggelam wes kami..air masuk tinge.. Ah..tk sker...takmo naik da menatang pisang tu. My dear duk ulang.."ha..tu la nak naik sgt kan" Uhuk. Uhuk. Aku nak mencuba je. Lepas ni malas da aku. Buatnya terjatuh tetgh laut tu camana?? Owh..ngeri...

Dlm kul 1pm tu kami sesiap nak balik.

Menunggu bilik air nak mandi pun adalah ramai. Uih..masuk utk mandi adalah mahal. RM1 utk mandi. 40sen utk kencing buang air kecil. Tp ok la gak sbb bilik air dia tak la kotor sgt.

Gmbr ni aku sj amik sbb ms duduk2 tu mak aku kata "tu sapa tu main ngan Fatin ngan Lukman tu?"
Memasing mcm carik2 la sapa [ekceli ramai yg pakai baju merah masa mandi tu]
Ada yg ckp.."Paksu.."
Laki aku lah..rajin lak dia melayan bebudak tu ngorek pasir. Aku pun snap la..mcm sweet je ttiba dia ada duk ngan bebudak tu.


Ini lak aku bersama "flower gal" aku dulu tu.


Owh..mereka ini mandi tak ingat nak naik..seronok sgt..

Dlm kul 2 gerak la. Singgah pekan Lumut kejap. Beli2 menda satay ikan suma tu then balik. Singgah beraya umah sedara kami kat Tronoh jap. Makan laksa kat situ. Memula dia ajak makan nasik..tp mak aku siap kata kami da kenyang. Tp..bila dia jamu je laksa trus memasing cam piranha. Haha. Tobatt....kata kenyang.

Lps tu trus la balik..non stop smpai umah. Smpai umah tido...eh tidak..masak utk suami ku dulu. Sbb nak makan nasik kan. Tp..masak simple2 ajek. Abg Cik ada beli gak KFC bucket..tp tak makan pun. Tk lalu lah. KFC ajek.

Then lps tu memasing penat. Titon lah. Muka ku adalah merah truk dan menggelupas. Huuuu...

Pnstoberi : Penat..tp seronok!

28 September 2009

~Raya-Chap.3~

Terlalu pjg kalo nak diceritakan. Jd let's picture do tell d story..cewah!
Chapter ini mengisahkan Syawal ke2 keluarga kami. Mengadakan BBQ pd mlm harinya. Berdoa agar mlm tu tak ujan.

Dimulakan dgn memerap bhn2 utk dibbq. Ada yg diperap sejak mlm raya pertama tu lagi. Ada juga diperap pagi tu. Ini lagi sotong yg ku perap bersama rempah perap segera yg dibeli masa Hari Peladang retu. Campo madu n chili flakes sket...
2 gmbr kat bwh tu anak2 buah n kak ipo ku tgh bertungkus lumus mencucuk bhn2 BBQ tu.


Aku lak sukarela membuat makaroni goreng [zawi..aku buat sebijik resepi ko, suma kata sedappp..] Anak buah aku si Ani tu plak buat nasi goreng kg yg pedas meletup..tp laku nasik goweng dia. Abis licin..makaroni tu byk giler. Memula nak wat stgh je. Tp kak cik kata abiskan je suma. Makanya byk giler la sbb abis sepeket makaroni San Remo tu.



Kami memulakan operasi slps solat maghrib. Owh..my dear bertungkus lumus bersama abg iparnya. Kali ni abg cik take part sekali sekali shj. Mungkin takut kejadian lemang hangus berulang kembali . Haha. On duty mengipas dan membakar mlm itu adalah my dear, abg cho n anak buah aku; Zahir. Aku itu mensibuk sahaja.

Ini antara makanan. Apsal aku leh lupa nak snap gmbr udang dan sotong yg besar dan sedap itu. Caiss...!! Tugas aku adalah menyusun makanan yg da siap bakar ni masuk dlm pinggan dan jaga supaya tkde yg ci ngelat makan dulu. Haha. Aku kan Mak Usu yg garang [bila tgk video yg anak buah aku amik..muka ku adalah serius giler..patut la org takut ngan aku..my dear je berani kan my dear kan..kan..kan]. Gmbr ayam jd tk cantik sbb guna kamera hp. Aku pun tatau apsal aku tk guna che biru eh..kan dia ada mod utk amik gmbr makanan. Lupa lah dh sibuk2 tu.



Lps masak suma segala kami makan. Makanan penuh 2 meja. Keluarga kami tak la ramai. Emakku tersayang, adik beradik aku suma 5 org didarab dgn pasangan memasing jadilah 10. Ditambah anak buah seramai 12 org. Serta panggil jiran dpn umah. Jadi makanan adalah mengenyangkan suma org :) Owh..air pada mlm itu adalah air nenas yg dibuat sendiri. Sbb abg cho bwk balik nenas madu dr Johor. Tp aku tak makan pun nenas itu, minum pun sket aje. Bkn tk suka tp..sejak kawen mmg aku tk minum air tebu n nenas. Tajam katanya kan..Haha.


Bwh ini gmbr2 makan shj. Lps tu ada sessi perbincangan plan ad hoc. Tgh da rilek2 makan tu abg cik tnya my dear.
"Lan, balik KL ari Ahad la..kita g Teluk Batik dulu ari Sabtu"
Haha. Abg Chik da tnya aku dulu ptg tu, tp aku kata tanya Lan [sbb aku da janji ngan my dear balik ari Jumaat, dia takmo extend2 da]
Bila abg ipar dia tnya tetgh org ramai tu, my dear stuck..nak kata apa lagi..dia ok kan je la. Kesian lak aku nengok dia.
Tp ttiba aku dpt idea..
"kita gi esuk je lah..reramai ada nih'
Makanya..terjadi la sessi ajak mengajak dan pujuk memujuk utk suma pegi. Kakcik beria pujuk abg cho pegi. Kak Yang on ajek...tp nak ajak Abg Cho tu kemain payah.

Tu gmbr abg chik atas buaian tu masa sessi ajak mengajak la tu. Akhirnya....opss...cerita di nxt chapter lah sapa yg pegi ke Teluk Batik tu.

Dan lps penat makan..kami pun lepak2 tgk tibi citer cili padi cili kering. Bes gak cerita tu kan.


Ok..dah siap..jum tido..

Pnstoberi : it's hv been long time tak buat bbq nih..seronok rasanya kan esp anak2 buah suma da membesar dan senang menolong dah.

27 September 2009

~Raya-Chap. 2~

1 Syawal 1430.
Pertama kali meraikan sbg isteri. Haha. Berpakaian agak sedondon ngan my dear. Tp tak la berapa sedondon. Spti biasa..bgn pagi..mandi seawal pg sbb nati q lak tggu bilik air. Da mandi,kuarkan bekas kuih raya, mangkuk2 suma, bentang karpet then makan nasi impit [sunat kan makan sblm gi solat raya].
Dlm kul 8 camtu sesiap. Solat kat masjid kg aku 8.45pg. Dlm 8.20 kuar la. Naik incik atoz la sbb bwk mak n Kak Yong skali. Sekali incik Atoz wat lawak plak di dpn masjid. Elok da paking suma, mak n Kak Yong tak buleh kuar. Kan pintu otomatik, selagi kita tak matikan enjin, pintu tu still lock, Kalo bkk secara manual dia pening la. Mak aku da kalut2 dia bukak secara manual b4 enjin mati. Udah tak boleh keluo keta kome'. Aku nak gelak pun ada. Idupkan enjin,lock, bukak, lock, bukak baru mau. Waduhh...kecoh sebentar.
Lepas solat raya trus pi kubur arwah ayah. 1st time my dear ziarah kubur ayah. Gi ngan abg nyah skali. Aku takleh la..kalo bc yasin kat kubo ayah kompem aku nangis. Tskkk....Al-Fatihah utk ayah, moga rohnya ditptkan bersama org beriman dan aku pasti rohnya dpt melihat my dear. Tsskkk.....
Lepas balik kubur baru lah ada sessi ini:-



Lepas itu sessi ini pulak. Haha. AKu igt nak la berdrama2 sket masa salam ngan my dear. Tp nan ado. Kuasa..penuh anak buah aku keliling tu, lagi mau buat drama2.


Lepas itu sessi ini pula.

Ziarah umah sedara mara yg dkt2 ngan umah. Alah..tk amik la gmbr masa kat umah kak mariam which k'org makan lemang mcm la kat umah k'org takde lemang. Lemang dia adalah sdp sbb lembut je..pastu rendang ayam, umah kami rendang daging. Kami pergi 3 buah umah je. Lps tu balik aku gedebum..tido secara berjemaah ngan my dear [mmg itu la pangai aku dari dulu..trok giler]

Tgh enak lena diulit intan, kak cik kejut kata adik Lan dtg [adik my dear lah. Kan dia beraya umah mertua kat kg sebelah. Bergegas aku ngan my dear bangun. Mcm ter kantoi di situ. Tp apa ada hal. Lps dia balik ujan sudah. Tk smbg tido tp kami bergegas ke TF sbb nak beli ayam utk bbq esuk mlm tu. Org yg dipert/jwb utk beli ayam tu tk dpt beli ayam sbb dah kul 10mlm baru smpai ke TESCO [kalo tau..lama da k'org pi beli kat TF tu]. Balik umah trus perap segala ayam, udang, sotong. [udang dan sotong abg cho yg duk JOhor belikan. Sgt fresh dan besar2].

Mlm itu cdgnya mau beraya lagik. Tp dah malas..trus aje memerap di rumah smbil menonton tibi. Mari layan gmbr jelah


26 September 2009

~Raya-Chap. 1~

A Day Before Raya.Pepagi da bgn. Kena sesiap utk memasak juadah ari raya.Menu family kami adalah spti biasa. Tiada yg lebih tiada yg kurang.

-Lemang [igt dulu lps ayah meninggal takmo buat lemang dh sbb takde sapa nak carikkan buluh. tp smpai skang,lps 5 thn lemang masih ada dlm list menu pagi raya..Alhamdulillah]
-Rendang daging [5 kilo daging..naik kebas tgn menghiris daging pagi tu]
-Nasi impit [segera sajork..Adabi]
-Kuah lodeh
-Kuah kacang [aku da belajar step by step buat kuah kcg ni beserta gmbr skali..nati la buat entry khas utk kuah kacang ni sbb retu aku buat hancus jadinya]

Ini thn pertama dan utk kali pertamanya dia kena take part masak lemang. Jaga api lemang. Dgn Abg Cik. Haha. Lemang nyaris hangus. Naseb baik Abg Cho dtg resq lepas tu.

My dear dan abg iparnya. Masa ni baru letak lemang tu. Api pun tak kuat lagi.


Da nak masak dah..napak lemang mcm hangus kat situ. Huhu.

Disebelah lemang tu kami masak nasi impit segera tu. Tak snap lak gmbr. Mudah kan pakai nasi impit segera nih. Tuang air..tunggu dia men debab kan dirinya. Tmbh air je kalo da kering. Pastu da makin debab nasi impit tu da buleh angkat.

Dlm rumah aku tukang kacau rendang pedas daging. Kacau je. Mak yg masukkan bahan2. Rendang pedas adalah remeh sket pembuatannya. Kena ada segala mak nenek serai,daun kunyit, lengkuas, bwg merah. Suma tu blender sajork. Dulu ms arwah opah ada,dia bleh hiris halus2 suma2 tu. Jd tak perlu la blender. Ramas saja dan masuk dlm kuali. Sedap la sket rasanya. Tp kami2 ni tak mewarisi utk hiris halus2 tu. Kompem hiris jd kasar, kena la blender. Diletakkan juga kerisik [err...santan ada ker?? tah..lupa] Dan letak cili blander jugak.

Dlm kul 1 lemang kami masak. Awal kan? Haha. Senang. Lepas tu my dear dah tido. Tk larat dh dia. Merah2 muka nyer duk berdiang kat api.
Aku buat apa ah lps lemang tu masak. Tido ke??Tah lupa. Lepas tu family Kak Yong lak smpai. Dlm kul 6 tu aku buat xtvt ini.



Haha. Dirumah saja. Anak buah ku itu da amik course gunting2 rambut nih. Nak bukak salon katanya, Jadi gunakan khidmat dia saja. Tk perlu la susah beratur kat salon time raya ni kan. Tp aku idak la gunting pjg. Just trim2 bhgn bwh rambut shj. Lepas tu dia blow kan rambut. Wahh. Best. Best.

Lps tu siap2 utk berbuka. Dh jd tradisi kami, last day berbuka slalunya kami makan lemang cicah sardin. Haha. My dear tak penah makan mcm ni, tp dia try je. Huhu. Family aku mmg sker lemang cicah sardin tu. Jd wajib lak. Tp masa buka puasa tu je la. Ari raya tak la hidang kat tetamu. Ari raya makan ngan rendang lah.


See..ada lemang n sardin di situ. Ada gak spegeti bologneise akak aku buatkan.


Gmbr atas tu tgh tggu azan. Bwh tu makan time...anak buah aku yg amik kan gmbr nih.

Mlm tu lepas isyak, baru potong2 sayur utk kuah lodeh and tolong mak buat kuah kacang. Lepas tu tgk tibi. Lepas tu tido...

Pnstoberi: mlm itu cam biasalah..dpt sms "sent to all" ari raya. Jadilah kan..itu pun org igt kat aku ye dok..tp sori kengkawan..aku mmg tak reply..dan aku rs derang pun tak kesah sbb derang pun tak igt kat sapa derang anta. Haha. Eh..cop, aku reply ngan MMS..tp ada yg tak support MMS. Apakah tipon korang tiada gprs?? Kahhh!!!! Dang...!! (haha.aku pun br je aktipkan gprs tu b4 raya retu..kalo tak..nan ado gak)

~Pre Raya-Balik Kg~

Jumaat-19 Sept 2009
KP dgn baik atinya bagi kami half day-diumumkan ari Khamis, makanya ramai la yg da isi borang cuti utk ari Jumaat tu dtg ke opis. Haha. Aku tak buat camtu okeh. Aku mmg tak cuti pun. Tp kalo aku cuti pun..aku cuti je..takde hal lah.

Tpnya ari Jumaat tu pun keja lebey kuang je. Selebihnya bermaaf-maafan dgn kengkawan seopis. Tpt 12.15 berduyun meng punch kad utk pulang. Begini la rupanya :-
Aku rileks je dulu. Dlm 12.30pm baru la gerak. Balik umah dulu. My dear g solat Jumaat aku lak kemas2 barang.

Kul 2.30pm gerak dr umah. Jalan agak clear tp smpai kat tol Jalan Duta..dia jd camni :-


Sbb da jadi sesak camni..kami tersepit kat ujung. Keta Waja ini sudah naik berang.
Dia hon2 kami byk kali. Marah la sbb kami ter masuk lorong ujung tu. Dia kan pakai smart tag. Mau cpt2 la ke lorong smart tag tu. Nak buat camna. Nak gerak pun tak buleh. Bila kat gerak sket dia pun buleh lalu dan sang isteri pemandu waja tu angkat tangan tunjuk penumbuk pada my dear. Wahhh..sgt garang dan sgt tidak sabar mereka sehingga lah aku tercakap begini "pegi la lelaju, kalo tertonggeng kat dpn tu kang padan la muka" Dia jelah nak cpt. Tak sabar sungguh!

Keta adalah byk. Diselangi dgn ujan lebat. My dear mengantuk. Aku drive plak dari mana tah. Lepas tu my dear drive semula. Kami smpai dgn selamatnya jam 7.00pm. Trus duduk berbuka. Kat umah dah ada abg Cho n family dari Johor yg smpai sejam awal dr kami. Menu hari itu adalah bihun goreng. Ada gak lauk ikan keli goreng smbal. Nak amik gmbr..idak la..da penat.

24 September 2009

~byk nak update nih~

Byk nak update nih. Tp nak tggu balik KL. Weekend ni adalah utk meng apdet blog memandangkan plan ke umah mentua tlh dikansel kan sbb mereka masih lagi di Raub. Nxt week mungkin kami ke Raub sebab ada wedding kat sana.

Mcm blogger lain gak memasing update citer raya. Ada byk chapter raya aku nak update nih. Tgk preview dulu lah. Nati aku susul ngan citer k.

Err..byk lak keta dpn umah aku ni ha. Jiran yg tinggal dlm 100meter dr umah aku ni buat kenduri kawen. Ada yg siap paking dlm compound umah aku ni ha. Kira da masuk dlm pagar umah lah. AKu tak kesah pun nak tumpang..tp sila2 la berbudi bahasa ckp nak tumpang..ni main masuk je. Haha. Tuan Tanah Kedaung....

Oklah..preview dulu gmbr2 ni yer.


Chapter 1 - Persediaan raya-ari memasak lemang

Lepas masak lemang-gunting rambut

Chapter 2 - Hari Raya

Chapter 3 - BBQ mlm raya ke2 - sengaja upload gmbr yg blur.huhu.

Chapter 4 - family gathering @ Teluk Batik - raya ke 3

19 September 2009

~Buka Puasa~

Huhu.
Suma blogger tempek menu berbuka puasa mereka kan.
Aku je tkde tempek2 gmbr berbuka.

Huhu.
Ada.
Aku ada gak snap2 gmbr makanan buka.
Tp maleh banget nak upload.

Apa kata aku sekalikan suma gmbr nih.

Lagi pun aku bukanlah 'pemakan' dalam erti kata sebenarnya.
Aku ingat lagi masa aku gi induksi umum kat Ristec Resort.
Ada sorang kawan tegur aku.
Katanya.
"Akak..akak ni makan mcm tak menikmati makanan..cubit skit..skit..bibir pun elok je bersih"
Haha.
Menda tu aku tak amik kesah pun.
Suma org tau aku tk sker makan.
Atau yg slalu mak aku bising2kan
"kamu ni mmg tak kesahkan makan"

Ye la kut..aku mmg tak kesah bab makan.
Bagi aku..makan utk kenyang cukup la.
Takde la beria nak itu ini.
Sbb tu dulu sblm kawen berat badan aku adalah tidak mencecah 40kg. Dan amat sukar la nak cecah 40kg dan kadang2 memerlukan 'bantuan' utk bagi selera [aku mkn vit. Exec. B-Kordel's, mmg bagi selera makan. for those yg nak bagi selera tu try lah]
Aku mmg tk selera nak makan lah. [dulu] tatau la naper.

Tp org mcm aku ni biasanya agak cerewet.
Yer..satu ketika dulu bermacam menda aku tak makan.
Aku tak makan keowtiow,aku tak makan paru,aku tak makan kek pisang,aku tak makan bubur, aku tak makan kuih2 lembik,aku tak makan bubur nasik,ha..memcm aku tak makan.
Tp..skang ada antara makanan tu da buleh masuk perut aku.
Cuma...tang kuih lembik2 mcm seri muka, tepung pelita [kuih limas]..mmg aku tak makan.
Tp..bukan tak makan..aku buleh makan..cuma kalo ada menda lain aku tak la makan menda tu.

Mcm masa 1st time aku pi umah mertua aku (masa tu masih blum jd mertua la). Mak mentua aku buat seri muka okeh. Terkulat2 aku nak abiskan seketul. Bila citer ke mak aku dia gelak lah. Haha. Padan muka aku.

Tah..tak sker la. Satu lagi menda2 berasaskan pisang kecuali goreng pisang.
Tu pun ada std dia.Pisang goreng aku tak sker yg lembik2. AKu sker keras2 sket.
Lain..kek pisang,lepat pisang suma tu aku kureng lah.

Tp..ada satu makanan yg aku buleh makan..dan suka makan walo macamanapun ia diproses.
Yakni..jagung.
Aku mmg suka jagung rebus,aiskrim jagung,puding jagung [which aku da buleh buat sndiri..sukaa...]roti jagung, bubur jagung [paling minat nih] hatta gula2 jagung pun aku sker.

Oklah..ni gmbr juadah2 buka aku bersama my dear.
Kawan opis slalu tanya gini "masak Da balik umah"
Jawapan aku "A'ah..msk gak 1,2 menda"
Iye..aku mmg masak la. Paling2 tidak pun masak nasik. Haha.
Tp, biasanya aku mmg masak sayur la. Kangkung goreng belacan ke, sup sawi ke, paprik ke, sayur campur ke.



Antara makanan yg aku penah masak..tp aku tak snap gmbr pun.
-Sup Tulang yg aku nak ckp sendiri mabeles. lantak la puji diri sendiri. Buat sup tulang pun nak kecoh aihhh... Amik resepi kat myresepi. Mmg besh ikut resepi itu.
-Sup tulang itu dimakan bersama bihun, jadi maknanya aku buat bihun sup tulang lah. My dear kata sambal kicap aku buat tu best.. huhu..sukerrr...! [giler..kena puji buat smbl kicap pun suker..tah pehapa tah]
-Bubur jagung [ada gmbr kat atas tu. Itu adalah menggunakan jagung dlm tin serta santan instant..haruuu..suma la nak instant]
-Mee goreng
-Dan masakan2 lain mcm ari tak puasa gak iaitu sambal udang, ikan masak kicap, ikan masak tempoyak [aku masih fail buat tempoyak..sekali terpekat giler, sekali tu udah macam masak singgang my dear kata..cair la tu..apa lah! org Perak pun tak pandai masak tempoyak]

Ini ada lagi..ini masakan berbuka beberapa hari sblm balik kg


Spagheti meatball.byk giler..tak abis pun


Ini masa akak aku n anak2 buah aku dtg buka kat umah-ari Khamis 17hb (esuknya balik kg) Aku masak bihun goreng,sambal udang n sup sawi,lain tu beli

Pnstoberi: Sahur tahun ini mmg berbeza sbb bangun kena sediakan makanan utk suami. Malas bangun pun, kena la gak paksa bangun..period pun ttp bangun. Tkpelah..tanggungjawab tu.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign