Pages

30 April 2009

~ila~

Ari Isnin retu aku rs mcm rindu je kat kawan2 lama aku.
Memula aku call Juwita,kwn paling rapat ms dip. Tak pickup lak. *sedey sebenarnya..tp..fikir positip je..mebi dia ada keja*
Lps tu call Ila,juga kawan rpt kat uitm.tp masa wat degree.
Dr nada suara dia aku tau dia seronok aku call.
Tak abis2 mengucapkan "Reen..rindunya kat ko..rindunya kat ko"
*Ila..aku pun rindu banget sama kamu..berapa thn kita tak berjumpa..last ms konvo la..2003..6 thn dh ila..*

Ila ni kwn paling rapat ms buat degree.Duduk sebelah2 je ms dlm kelas. Kitaorg la plg dpn dlm kelas tu. huhu..kunun cam xcellent la duk dpn ek. Haha. Bukan xcellent..poyos je.hua hua hua
Masa dip aku tak la brapa rpt,tp tah cemna leh rapat lak ms degree tu. Kitaorg duk umah sewa pun satu bilik, cuma nya masa final sem je jd tak berapa rapat. mebi ms tu aku dh ada 'insan' lain. Dan dia pun sibuk ngan 'insan' dia. tp..dlm kls ttp duk sebelah menyebelah.

Dia gitau dia kena operate Rabu ni (smlm ler) ada poblem sket kat ovari.
Sedey lak aku dgr. Aku tau last year pun dia kena operate gak. Ada masalah gak kat ovari dia.
La ni sebelah lg pulak.
Dia dh kawen 3 thn dh. Aku tk pi pun kawen dia tu. Mmg nak pegi..tp..masa tu aku baru pandai bwk keta..kawan nak pi pun takde. Anak pun takde lagi.

Lama gak la sembang2 ngan dia.
Dia dok ajak aku dtg muar je.Hemm...nati la aku pikirkan. Tak jauh dh muar tu. Kena diskas dulu ngan my dear. Kalo dia setuju buleh la.
Tanya pasal kawan itu,kawan ini. Dia keep in touch gak dgn mmbr2 lain. Yg bes tu sbb dia keja PERKESO, jd dia leh la access cari kengkawan yg keja swasta guna databased derang. Wahhh.. tp kalo keja gomen..tak dapek la..aku rs kengkawan aku ramai yg keja gomen.

Dulu Ila citer dia dpt detect poblem kat ovari tu sbb dia slalu senggugut.
Pg 1st doktor, doktor kata gastrik..lalu dibaginya ubat gastrik je.
Tup2 tak jalan pi hosp lain..baru la wat detail check.
Hemmm..takut gak ek. Aku pun senggugut gak..agak teruk gak. Org kata pas kawen ilang la senggugut tu..tp..aku still ada..cuma kurang sket la.
Dulu ms blaja ingat lagi, ms tu dlm dewan kuliah tgh wat kuiz..aku dh peluh2 sejuk,pucat2 lesi. Nyaris pitam je. Trus Juwita tu papah aku balik. Dgn aku dgn dia2 fail kuiz tu.Hua hua. Sian Ita..pasal aku dia lak fail. Lps tu skali lagi, ms kelas agama..aku dh pucat2 lesi. Truk gak senggugut aku rupanya. Skang pas kawen pun aku still ada sakit2 gak..tp tak la smpai thp peluh2 sejuk tu.

Ila..aku doakan ko baik2 shj.Cpt sihat.
Nati dh sembuh kita jumpa ek. Nati la aku try pujuk incik my dear.kut2 dia nak ke pi muar tu. Aku pun sokaa kalo bab jalan2 nih. Leh bwk aku mkn mee bandung muar kan?? Iskkk.. sound nice je mee bandung tu.. :D

pnstoberi : dh berjauhan gini baru rasa rindu sgt pada kawan2 lama

27 April 2009

~rOjAK~

Cam sedap je makanan yg jd tajuk kat atas tu
rojak mee,rojak buah..

Tp bukan nak citer pasal rojak.
Lps ni kalo aku tatau nak buh tajuk apa kat entry aku, aku buh jer tajuk rojak. Jd nati buleh citer memcm.
Kali ni memcm la aku nak citer ni.
Time lunch..aku tak mkn lagi.Masih kenyang.Td makan meting ada makan mee maka jadi lah MEE EATING. Hua hua hua..meting makan, meting makan. Pehapa tah.Makin gumuk la aku. Tp aku tak mkn bekpas jd tak kesah sgt la makan mee masa meting tu.
Skang opis aku tgh intebiu utk jawatan 41. E41 ke N41 ke tah. Yg penting aku tak mintak. Lalalalala (saja bebuat gumbira). Aku rasa iklan jawatan ni masa aku sibuk2 tgh nak kawen dan berhanimun. Tp kalo aku tak sibuk pun aku tak mintak aku rasa. Sbb sblm tu dh ada iklan jawatan kosong..pun aku tak mintak.Tp masa tu intebiu tak dipanggil2. La ni dh panggil la kut. Ada je yg tanya apsal aku tak mintak. Entah! Takde jawapan (aku ada jawapan..tp hnya utk aku shj) Tp utk tatapan org yg baca blog ni aku buleh bagi jawapan..jawapan kenapa aku tak mintak 41 ni adalah kerana aku mmg malas! Mintak pun bukan dpt. Dr aku nangis2 cam dulu yg mana suma org target aku dpt lepas tu tak dpt baik tak payah. Susah kalo bos kita pun tak suka kita nak dpt..mmg tak ditolongnya..jd utk itu..aku dh berjanji pd diri aku selagi "manusia" itu disitu, aku takkan apply..biarlah..tp..kat jbtn2 lain aku mintak. Biar "manusia" itu napak aku taknak keja di sini. Tp aku rasa ada dia kesah ke..mampuih mmg dia tak kesah..dan tak akan kesah sbb aku bukan 'superpoke' dia. Hua Hua Hua. Sapa main fesbuk tau la mendalah superpoke nih. Lagipun..dgn pangai aku yg mcm memain ni layak ke nak ke 41 tu.
Tah..sayang je degree aku. Kalo tau dulu trus keja pun tak pe..at least lama sket aku balas pengorbanan arwah aku. Kalo pikir bab ni mmg aku sedey..sgt..sgt..aku dh buat yg terbaik ms belajar dulu utk dapatkan result yg terbaik..tp..mmg bukan rezeki aku. Dah..dah..mcm tak kuat iman lak puanstoberi nih.. Dah..dah..bukan rezeki tu. (walo kdg aku rs..naper aku tak mcm org lain yg sng je memperolehi rezeki yg baik..mmg rezeki aku dari dulu lagi ala kadar je. Org ke gred 41 aku 27, org lain dpt asben keja bes2..aku dpt yg biasa2 je) stop!..lagi lama aku menceceh ni lagi napak mcm aku tak bersyukur. Cukup! Pandang org yg tgh menunggu utk di intebiu tu..nasib aku kan lg baik dr mereka yg mana aku sdg duduk di post yg ttp..dpt gaji setiap bulan..masih buleh memblog. Juga pandang org yg dh mula di retrench (tingat Zirah yg dh nak due bulan dpn yg pening pasal asben dia dh kena benti keja bulan 9 nati..ha..cemna tu)
Kita kena ingat..Tuhan Maha Adil..mmg sekejap kita di bawah..tp nati akan dibagi nyer kita kembali ke atas (errr...sker kat bawah..rileks je..upssss..terlebey sudaaa :D )
Smlm call mak..mak tnya aku pi mana lama tak call..eh..lama ke tak call..aku rs ptg Rabu tu aku ada call..tah..mak aku kata minggu lps aku call.Owh..ini bermakna aku kena slalu call mak sbb mak menantikan panggilanku.Berdosa aku kalo buat mak tertunggu2 panggilan ku. Skang ni kalo balik kg jrg sembang2 ngan mak..tp kat tipon slalu sembang2. Gitau mak aku dh gumuk lah, gitau org opis slalu tnya bila aku nak mengandung lah.Suma lah citer smpai citer masak kari pun gitau gak. Huhu..
Wiken retu lepak umah je. Tp mlm minggu tu berkunjung ke JJ AU2 tu. Pi beli stok sket (bln ni tak perlu beli stok bebyk..beras je abis dh) Lps tu pi jln2 pasar mlm situ. Tk byk makanan sgt situ, byk kain2, jual tudung adalah. Saja..cuci2 mata.
Kalo tak nak pi pavilion (?) Hua hua hua. Mau beli la apa yg aku dh jatuh chenta tu. My dear pun dh setuju nak top up stlh aku pujuk2 dia. Hua hua hua. Aku bg alasan "menggigil bdn ni kalo tak dpt" buleh ke camtu? Hua hua hua. Aku sajer je sebenarnya. Tgk2 dia setuju nak top up. Sabtu ptg nak pegi..tp mls lak nak kuar..Ahad..lagi malas. Dh melepak je kat umah sedari pagi langsung malas. Jadinya..tatau la bila nak beli bag tu. Tk beli pun takpe..buleh jimat duit.beli menda lain.
Wiken tu aku abiskan masa baca novel yg aku beli masa pesta buku tu. satu novel dh abis-Rahsia Hati Sofea.La ni tgh bc - Panggil Aku Dahlia. Nati ek aku buat komentar aku pasal buku2 ni.
Aku kan meluat tul (eh..ttiba meluat). Meluat bila org ingat aku as a wife kena stuck je mcm belangkas tu ngan husband aku. Tau la aku se opis..dn tak semestinya aku harus melekat ngan laki aku. Please hokeh.Please sesgt. Ko mohon..aku bkn jenis menempek kat laki aku 24-7. Kadang2 dia pun perlukan "ruang" dia. Aku pun perlu "ruang aku. Aku kalo smpai opis naik lif, smpai kat tpt...tiba masanya dia as a staff kat dept dia n aku as a staff kat unit aku (kecuali la aku ada hal2 urgent..terpaksa la menggunakan khidmat dia utk menyegerakan apa2 hal berkaitan..tu pun kdg2..bukan slalu okeh) Aku tak penah pun lunch ke bekpas ke kat kafe opis nih. Serius! Semenjak kitaorg kawan smpai la kawen nih. Ms kawan tu mebi la malas nak napak kat mata2 kak naps tu. Tp dh kawen ni pun mls la camtu. Satu hal sbb kak naps tu nati mula lah menceceh bukan2 kata tanak berenggang la apa la. Satu sbb mcm aku kata tu la..aku dn dia perlukan "ruang" sendiri kat opis nih. Dia pun kalo ajak lunch kat luar sama pun dia keberatan. Mmg memerlukan aku pujuk dan rajuk baru lah dia nak. Bukan per..kitaorg dh sesama sepakat takmo la napak "intim" sgt even kitaorg seopis.
So citernya tadi la ms aku beli lunch kat kafe. Aku tggu member aku kat pintu luar kafe. Dok jap kat kerusi. Dtg la sorang mamat ni. Aku senyum.
Dia tegur "tunggu sapa?"
Aku jwb "tu tunggu org kat dlm"
Dia tanya lagi "sapa?? Lan?"
Aku jwb "ish..takde mananya..ingat aku ni jenis berkepit je ke dgn dia"
Kesimpulannya aku menyampah! Tah pehapa tah. Lelaki tu pun bini nya kat opis ni. Ce aku tnya dia camtu..apa jwpn dia. Tp aku tak penah la kak naps kan org tnya soklan camtu. Tah pehapa tah. Ingat aku ni asik dgn laki aku je ke.
Kat opis aku ni ramai ekceli yg kawen seopis. Dan ada yg dh senior2 pun. Dan aku tak penah la tgk derang tu berkepit je dgn laki derang (kecuali ada satu ni..tp..derang tu pun dh pindah cwgn).
Dah..nak pindah jabatan lain lah!
pnstoberi : mmg tpt isteri di sisi suami...

24 April 2009

~pAVillioN~

Lunch ari Jumaat..pi Pavilion.
Gmbr dari sini

Pegi ngan clerk aku yg bakal jd mempelai on 2 May ni..juga 2 org lagi rakan dept sebelah.
My dear antar tp drop tepi jalan je
Pehtu naik la jejantas tu.

Tau tak aku baru 1st time pi pavilion secara khusus ni
Hua Hua Hua.
Ada khusus ada Am la plak
Iyer la..nak kata aku 1st time jejak pavilion tu cam nipu plak.Sbb retu masa buat tahun baru cina kat situ, yg aku jd usherers tu aku penah la lalu dlm tu. Tp lalu je la..tak jln2..
Kalo org tanya penah pi pavilion tak? Jawapan aku blum.. Nama je dkt..tp tak penah pegi pun. Biasa la tu..tpt dekat mmg kita tak pegi dulu..tp nun apa menda yg kat penang tu. Queensbay mall ke apa ke tah tu..aku dh pi.
Tp..KLCC yg dkt juga itu..mmg slalu lah pegi esp masa baru2 masuk keja dulu. Rs mcm hehari singgah pun ada. Dh jadi 2nd home.Masa tu naik tren..suka n sng la singgah. Bila dh naik keta..jarang2 la pegi..tp ada juga..tp bila dh kawen, sebulan skali pun dh payah.

Dan ari Jumaat ni baru la aku merasa jalan2 dlm tu. Tgk2, cuci2 mata..
Org kata pavilion tpt org kekaya je kan. Yelah kut..kalo tgk kedai2 salvatore ferragamo, Burberry, Gucci dan amenda tah lagi tu..mmg la rs tak layak je nak masuk kan..rasa kalo masuk pun org bebuat tak napak je. Kdg ada je keinginan masuk kedai2 ni pehtu beli brg ribu riban tu guna cash. Ha..baru deme tau.. Ms tu pakaian pun kena la mcm skang ni gak..ala2 org biasa2 je.. tak napak pun mcm anak2 Dato ke, Tan Sri ke atau tak napak cam Datin2.. baru le terkejut bangak mereka dlm tu atau was2 nak terima duit kita sbb igt tah mana dpt duit tu kan.
Tah..kdg dgn status yg keja gomen ni aku rs takyah la tingin2 menda camtu..sian kat laki aku kang..
So..aku jln la tpt yg 'kena" ngan status gomen ni..masuk parkson je lah.
Pi tpt henbeg. Menarik pulak aku tgk beg carlo rino kat sini. Dan tetiba fall in love kat satu beg ni. Cantik wess...tp seb bek aku bersabo lagi..kalo tidak ku sambar gak sbb aku mmg sker design carlo rino yg comel2 je tu. Kan hantaran aku retu aku pun carlo rino. Aku search incik google ni gambo beg tu..takde plak..tp comel..kaler putih..design kulit ular errr..bukan..kulit buaya lah. kalo ular ampun aku tak pegang..lepas tu dia ada riben..haa...tu yg aku sokaaa tu..aku sker la menda ada riben2 nih. Hua Hua Hua..Budak budak bermain kotak tul aku ni kan.
Harus la memujuk Yang Berhormat incik my dear utk meng usha lagi beg ini. Kang aku tak leh tido nati.
Ukur baju badan sendiri..alah membeli menang memakai. Jd..kalo carlo rino seswai la ngan status dan pekerjaan aku ni. Dan ada gak purse comei2 yg memikat hati ku.
"eh..beli je lah..gaji dh masuk kan..dh penat2 keja.." kata hatiku di satu pihak
"takyah la beli lagi..simpan dulu duit..dh berlambak henbeg..tak pakai pun..nati incik asben marah baru tau" kata hati di sebelah lagi.

Tatau la ek..tgk la keadaan..

Lps tu gi lunch kat food court dia tu. AKu mkn Mee Jawa yg berharga RM8.50 tu. Seb bek sedap..tp aku biasa la..tak abes..membazir!... Giler byk tu..pinggan beso talam. Mana la seswai ngan saiz aku ni. Lenkali kalo pi ngan my dear kongsi je.

Lps tu balik la..jln kaki..sgt penat..kena lintas RSM,Chulan Tower,Royale Chulan.. Dgn panasnya tu..Dh..lenkali malas dh pegi..nak pegi kalo mintak my dear anto n amik.Hua hua hua
Dan lepas ni kalo ada org tanya dh penah pi pavilion ke blum..aku buleh ckp sudah pegi... :D
pnstoberi: sempat membeli asid folik shj di farmasi caring.huhu

~taG : Wallpaper~

Eh.eh...
Ada tag la..
Dari cikmadulebah...rakan se kementerian ku yg amat menyokong batik malaysia.Huhu.
Tkpe cikmudamadulebah..ai sokaaa..nati kalo ada promosi lagi..ai cpt2 gitau cikmadulebah ok. :)

Nak jwb tag lah. Ai ni cukup sker jawab tag..
Pasai apa tag kali ini..owh..desktop

1.Printscreen wallpaper anda yg tgh anda guna skang ni.

Pheww...seb bek..baru je tuka pagi td..kalo tak muntah la kome nengok gambo kawen aku buat sekelian kalinya. Ekceli gambo ini pun ada kena mengena ngan kawen gak..tp orgnya enggak ada.. jd idak la napak sgt kan.
Dlm desktop ada byk plak folder2 yg bertaburan..kelihatan juga keadaan cuaca beserta jam yg diupload dari widget (jam tu menipu..apahal dia mampuih lak tetiba..aku printscreen kan wallpaper aku td jam menunjukkan 5.55pm..kdg ok je ikut waktu kat pc aku ni..lantak ko lah..tu dia mati masa aku rehat lunch tadi gamaknya..12.45pm..ha..ye la tu..aku tgh kat dlm pavilion :P -nak citer gak pi pavilion tuh.hua hua hua )
Napak tak no 132 tu..ha..tu sebenonya dia tulih "we've been maried for 132 days" Hua hua Hua.. Aku kan pocoyo poyo..berapa hari dh kawen pun nak tulis. Huhu : P .. idak..sebenonya dulu tu column kira countdown aku kawen..dh tu aku rs mcm dh biasa ada countdown kat situ..jd lepas kawen rs kosong lak..so..aku buh la berapa ari dh kawen lak. Nak countdown bila nak beranak berzaman tok adam lagi..so..poyo kan lah diri mengira berapa ari dah kawen. Juga amik kat sini

2. Kenapa sy suka wallpaper ini??
Bukan la sker sgt..tp nyer asik gambo kawen aku je selama ni kat desktop aku..so pg ni td aku carik gambo kawen gak tp takde gambo aku. Jd dpt la ni.. ni PG aku tgkp..gambo pelamin aku retu.Tah pehapa kan..dh berbulan kawen pun sibuk nak letak gambo kawen lagi. Hua hua hua..

3. Tag seterusnya..eh..sket la plak soklan tag kali ini..baru rajin nak jwb panjang2.hua hua hua..
Lor..nak tag sapa ni cikmadulebah..sy ni dh la tak ramai kawan kat blog. Baru nak carik2 kawan. Hua Hua Hua.
Sng citer sy tag la sapa 3 pertama yg bc entry ini. Buleh ke gitu???

21 April 2009

~RawAn~

Rawan-Azharina

Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup ku tangisi sepi tika pilu menanti
Bukan bintang atau suria bisa menyinar ceria
Namun kau cahaya menerangi jiwa lara
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu
Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi meruntun hiba
Sesalan ini kuakui
Segala kemaafan ku pohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik
Untukku…


Memula dgr cam tak bes je lagu.Lagipun aku "kureng" sker kat Azharina.
Aku start sker lagu ni masa citer cekerama 2 minggu lepas..yg tajuk dia seri suram malam pengantin ke apa ke tah tu. Citer tu pun bes. Cuma tak puas ati Ako mati camtu je bila kena pukul ngan gengster tu. Apsal Ako tak jd "kapten boleh" masa tu. Hua Hua Hua.
Aku tgk ngan kak ipar n my dear. Masa Ako kena tgkp ngan gengster 3 eko tu suma kata cpt la Ako..jd kapten boleh. Hua Hua Hua.
Napaknya citer Kapten Boleh tu walo napak bodo2 je..tp memberi impak maksima gak..bkn shj kat bebudak..mak pak budak pun sama.
Err..citer mentua vs menantu abis suda..ganti citer apa yer..3 janda ke apa ke tah.Layan je lah...

20 April 2009

~bUkU~


Hari sabtu bersamaan 18haribulan April tahun 2009.
Aktiviti penuh.Dan aku rasa seronok skali.
Aktiviti bersama rakan,aktiviti berseorangan serta aktiviti bersama my dear.
Pukul rata.
Bes sgt..walo mlm nyer kul 9 lebey aku dh tak sedau diri.

Mula dgn pagi itu.Jam 7.30 pagi.Spti biasa.xtvt 2 minggu skali iaitu pi pasar cokit.Kali ni tak byk sgt duit abes. Cuma beli ikan,sotong,sayur nak buat mee je. Lain tak yah..sayur kobis yg beli kat TF masa balik kg last week byk lg dlm p.ais.Tu pun balik kg skali lagi pun ada lagi kut.
Hua Hua Hua.

Lps tu bekpas,bc sokkaba,mandi (iyer..sila abaikan sekiranya ada ter tahu yg aku pi cokit tk mandi..huhu..) trus siap2 utk bertemu dgn Dee plak.

Karoke session! Bes! Puas ati! Release tension amat!
My dear anta.
Dee smpai lmbt sket sbb katanya jem kat jln loke yew ke mana tah.Kena pusing balik.

So, dlm 5,6 lagu gak aku nyanyi sorang. Mana nak tekan remote pilih lagu lagi, mana nak pegang mic lagi.Sudahnya aku tekan audio..biau dia nyanyi sorang2.
Antara lagu aku-
-Matahari (angel..akak pun sker nyanyi lagu ini di karoke..sgt me release kan tension)
-Gantung- Melly Goeslow (lagu ini juga sng utk di karoke kan)
-Bertakhta di Hati -Faradhiya tu (ini lagu wajib)
-Tak Mungkin kerana sayang (lagu ini juga bes walo ada tinggi dan rendah..tp pedulik..nyanyi je)
-Lagu wajib berduet ngan Dee - Gelora
Dan tah lagu apa lagi tah..byk lagu indon je yg bes.

2 jam lam tu..kali ni aku mkn spegeti,Dee lak makan nasik goreng.Slalu aku yg mkn nasik goreng. Terbalik sudah.

**terjumpa opismet aku kat Sogo nih.Seb bek bukan golongan kak nap.Kalo tak ari ni mesti my dear aku dh kena soal kenapa biarkan aku jalan ngan kawan aku. Hah!


Lepas tu Dee antar pi PWTC-pesta buku lah. Kalo tak nak pi naik tren je.Tp dh on d way, Dee antar je.Dari jauh napak org ramai giler. Sesak. Rasa mcm nak pitam tgk org ramai. Tp oleh kerana ini tpt feberet rasa pitam itu segera ilang.
Booth kraftangan karangkraf aku tgk paling ramai org. Napaknya mereka ini sudah glamer. Wess..cik Zeni si wartawan karangkraf..dpt bonus la kome ek.Aku nak capai buku pun susah. Tujuan asal aku ke pesta buku ni nak beli buku masakan. Aku dh amik buku masak2 kat karangkraf ni. Tup2 tersalah bc promo dia. Dia tulis 7 buku 26inggit. Rupanya buku tu tak leh campo2. Buku yg rak bwah je..buku atas lain rega.
Aku dh beratur2, tup2 masa nak bayau tu baru tau.

"kak..yg ni kena kira satu2 ye kak..sbb dia lain harga"

Aku pun sdikit terkujat dh..cover malu pun ye gak ni.

"eh..bukan dia tulis kat situ 7-26inggit"

"tak..tu buku (apa tah dia sebut publisher tu), ini campo2 ni"
"err..takpe la..takyah lah"

Haha.Aku kan selamba je..Aku tak beli pun. 7 keping buah tu aku tinggal je

"ini je lah satu" aku tunjuk majalah Pa N Ma tu. Puh..seb baik aku ada amik majalah tu. Kalo tak kena la bayau buku resepi tu.Kalo kira satu2 rega dia lebey kuang 5inggit setgh.7 x 5.50 = 38.50. uih..berhampiran RM40..mahal..mahal.

Eh..puanstoberi beli majalah Pa N Ma lah..haha.bukan nak beli sgt ekceli.Aku tgk ada satu tajuk cam bes je..aku amik je tanpa selak..(takde la aku nak selak,letak,selak,letak atau mcm ada setgh org siap bersila trus..haiya..org ramai tu..agak2 la kalo nak bersila pun..apa ko ingat ni kunikoniya ker..adehhh) Tajuk yg menarik perhatian aku adalah "kenapa gagal hamil" Ha.. itu yg menyebabkan aku sambar je majalah tu. Bila bc ada satu page je artikel tu dan takde apa yg best pun pasal tajuk tu. Hua Hua Hua. Seb baik la majalah bulan Feb. Dh turun singgit.

Lps tu pi hall satu lagi. Beli majalah Ujang n Apo. Tetiba napak booth jemariseni. Wahh.. bes ini. Aku kan penah baca novel Surat Ungu Utk Nuha tu. Dan aku juga tak penah miss buku keluaran kak Su- Noor Suraya. Aku ada suma koleksi dia. Kak Su ada.Tp aku tak smpat amik signature atau bergambar ngan dia.Tgh kelam kabut nak pi mana tah. Dan aku beli 2 buah novel kat jemariseni.Satu buku baru kaksu,n satu lagi apa tah. Budak yg jg booth tu kata bes. Memula dia suh beli novel hlovate tu. Aku taknak..mulut aku mcm laju je nak kata buku tu tak bes. Tp..kang tup2 budak tu penulis dia tak memasal je kan. Aku ckp aku dh bc kawan opis punya. Tah..aku penah baca novel hlovte tu..tak buleh masuk arr ngan jiwa aku. Tu jiwa remaja belasan thn buleh lah. Aku kan dh remaja tua. Hua Hua Hua.

Dh abis tu, aku naik balik hall atas. Sbb my dear suh balik kul 4. Pusing2 lagi. Ter masuk booth al-hidayah. Buku2 agama. Apa tah aku nak carik. Tgk ada buku nama2 indah. Ada byk.. dan aku rasa buku satu tu bes. Ada ayat2 yg elok diamalkan masa pregnant. Aku memula cam malas je nak beli. Kang mesti my dear bising2. Tp..apa salahnya nak beli. Nati bila nak kang,susah lak nak carik.Tk mahal. 15inggit dpt 13.50 je. Beli je..simpan..

Buku2 hasil tangkapan ku di Pesta Buku 2009


Tak thn dh aku. Rasa nak pitam. Org dh makin ramai.makin ramai. Trus kuar. Tunggu my dear kat teksi stand dpn tu.

Tetiba kan..bila my dear dh smpai, naik keta je aku mcm tingin nak makan chezzy wedges.Ampang Park le my dear kata. Sekali ujan..baju aku..waaa...trus tak jadi nak beli sbb ujan area ampang park tu.kompem la umah aku pun ujan. Baju dh la byk kat penyidai. Siap ngan towel bagai. Balik je trus. Takyah beli chezzy wedges. Tp..bila smpai kat umah, napak penyidai dh kosong. Napak aku nyer penyidai beroda tu dh kena tolak kat tepi pintu. Huhu. napaknya jiran aku dh tolong angkatkan. Org berbudi kita berbahasa. Aku mmg slalu tolong derang angkat baju masa ujan kalo derang takde kat umah. So, kali ni derang turun.

Dh napak baju dh clear aku pun ckp kat my dear "baju dh slamat..jum lah pi pasar malam jalan TAR"

"eh..kata nak pi psr malam keramat" (mlm sblm tu dh plan nak pi pasar mlm kat jusco au2 tu. Besar gak psr tu.mlm minggu gak.paking la kat jusco tu)

"takyah la..bia penat seharian ni"

Jadi tk turun keta..trus pi jalan TAR.Hua Hua Hua.

Sng banget kalo umah kat tgh bandar ni.
Bygkan kalo umah kat PJ ke Shah Alam ke..maunye nak pi balik KL. Idak laa...

Bak kata Dee"nati kalo Reen pindah umah jauh, mesti rindu nak jalan2 KL camni"

itu la antara sbb aku nak carik umah area KL ni je.

Paking kat Maju Junction..jalan kaki, beli kain buat baju, beli makanan2, lepas tu balik, beli KFC kat Maju Junction.

Mlm tak masak dh. Makan je KFC dan makanan2 yg dibeli kat Jln TAR.

Lepak2 dpn tibi,selak2 buku yg aku beli..dan lps tu tak sedau dh apa berlaku. Aku tertido dpn tibi. Aku bukak mata sket..tgk my dear tgh tgk cekerama.Dan aku bangun..smbg tido kat bilik.

Abis citer ari Sabtu itu.

Pnstoberi:Puas rasanya kalo kita dpt menghabiskan masa bersama org2 tersayang!

17 April 2009

~kaK Nap~

16 April 2009

~seOpis~

Eh.tadi tak buleh masuk ini blogger.
Skang buleh sudah.
Smbil tunggu my dear call nak balik nih.
Td kata nak balik 5.30.
Skali ada org nak baiki bilik KP.Ada lampu rosak.
Ok..takpe..ai sker..ai tgh ada mood nak tulih blog.
Dah seminggu tak berblog kan.Kena la tulih2 gak walo takde citer.
Sng ke susah somi sama opis.
Meh aku listkan disadvantage n advantage somi seopis nih.
Disadvantage adalah:
  • Yg plg utama adalah secara tak langsung 'kak nap2' kat opis kita akan sibuk amik tau hal kita dan sentiasa duduk di tepi2 kain kita.Tanya duduk dimana,balik umah masak ke tak malahan yg slalu ditanya adalah bila nak mengandung? Serius okeh opis aku ramai 'kak nap' camtu. Aku rasa sbb aku kawen dgn org seopis tu yg derang sibuk amat. Leh katakan lps dlm sebulan,2 aku kawen tu aku dihadapkan persoalan dh mengandung blum. Tension okeh.
  • Takleh berpoya2 lelebey kat opis ni ha.Nati ada la yg mengadu secara direct ke my dear.
  • Kena la jg nama baik somi
  • Cubit peha kanan,peha kiri terasa jua.Ini mcm kalo ada apa2 org ckp pasal pasangan kita, secara tak langsung kita akan terasa..ini juga kengkadang sedikit menganggu kerana, walo kita kena bertindak profesional,kengkadang tak buleh gak..
  • Kena rancang cuti leklok.Nati kalo dua2 cuti lama sgt dh menggangu tugas.Kena pikir kepentingan organisasi (hahahaha!giler poyo ayat..lantak la..lalalalala)

Advantage (apsal aku sebut yg tak eluk dulu ah..haha..no reasons!)

  • Sng pegi-balik umah..jimat minyak,tak perlu drive sorang2,tak perlu tunggu org amik
  • Bangun pepagi pun leh lmbt, tak perlu tergesa2 sbb satu haluan
  • Jimat duit tepon-apa2 hal guna extension je.Slalu dia la call aku sbb aku ssh nak trace dia kat mana.
  • Jimatkan duit kerajaan dlm hal klinik panel sbb kitaorg dh pakai nama sendiri-tak perlu atas nama suami/isteri (hua..ini aku tatau nak list as adv or disadv)

Dah..aku tak reti nak pikir dah.Rasa mcm ada lagi.Buleh lupa lak.Nak balik lah dulu.My dear...balik jum...nak tgk WULAN ni...tak smpat dh ni.. :(

13 April 2009

~TaG : 4 soalan shj~

Dapat tag dari Ita.
Ita ni ekceli baru je aku kenai.Jumpa dia dlm list blogdrive,masa aku layan blogdrive dulu. Sker bc dia nyer blog.Napak cam tulus je. (huhu..Ita bukan ada apa2 yer). Tu yg aku follow. Nati satu ari kita jumpa yer Ita.
Thanks ek tag kita.meh pnstoberi nak buat.

4 names that friends call u
-Ida (utama ni..dan mmg nama sebenar)
-Reen (ini kawan di porem,di blog,di Uitm yg panggil-bukan nama sebenar dan tidak terdapat nama ini dimana2 nama pnstoberi..mana dpt ini nama?nenati kita citer..)
-Kak Ida (ini pun kawan2 panggil gak kan?)
-Ucu (ini bukan friends lah..tp anak2 buah panggil)

4 most important dates in ur life
-14 Dis. 1979 - my befday lah
-13 Dis. 2008 - date nikah lah
-24 Feb 1979 - my dear befday lah
-Alamak..takde date lain dh..lelain tu penting tapi kang jadi lebey dr 4 so..tiga je lah. haha (fail aku ni kalo jwb exam..org nak 4 aku bagi 3 jer)

4 things u've done in the last 30minutes
-turun gi beli lunch kat kafe
-naik atas makan nasik ayam
-tgk fesbuk
-dan buat ini tag

4 ways to be happy
-jalan-jalan
-gi karoke
-setelkan suma masalah
-manja2 ngan my dear (muahahahah...gedik kan??)

4 gifts u would like to receive
-laptop acer (hahaha..sapa mau bagi ini???)
-jam solvil titus (ini kan aku siap suh my dear simpan duit utk smpai bulan 12 nati. muahahah. giler kan haku nih)
-diari (tah..aku sker kalo org bg aku diari sbb befday aku bulan 12..tp takde sapa pun penah kasik..eh..ada..eh..takde..tah..lupa.haha)
-ala..pening nak pikir yg no.4.slalu gini..smpai no.4 aku stuck.

4 of ur fav. hobbies
-surf internet (blogging,fesbuking,frenstering,emeling,maybank2uking..haha..hancus..)
-mbaca (apa jenis bhn bacaan pun takpe..tp paling sker bc majalah.tak saba ni nak pi pesta buku ujung minggu ni..sgt suka..cuma rimas sbb ramai org)
-memasak (wakakaka...sila jgn percaya...saja nak fill in d blank shj)
-tido (yg ini buleh percaya..haha)

4 places u want to go for vacation
-Bali (ini aku nak booking dh..tp...takut ada yg tak dijangka dtg tetiba kan dh susah lak. Jd tunggu "ia" dulu. Hold dulu la :P )
-Pulau perhentian/kapas dan sekitar tu la (bila la my dear nak bwk ni..ini pun kalo dh ter peknen mmg kena tggu dlm 10thn baru dpt pegi gamaknya.haha)
-Disneyland (dpt yg kat china tu pun jadi ler)
-Kampung aku.huhu.

4 things always found in ur bag
-dh sah2 wallet yg berisi IC,kad bank dan segala menda yg sewaktu dgnnya
-tipon
-pad
-tisu
-aku rasa nak bagi lebey buleh..ada compact powder,lipstick,pen,pendrive,sikat,brooch.Huhu.Ini aku tak blank..kalo nak buh lagi pun buleh

4 u love so much
-me,myself n i
-my dear
-family
-duit (Ita..reen ikut Ita lah yer..slalu blank kat no. 4 ni..huhuhu)

4 things special for u
-incik Atoz sbb adiah dr arwah ayah
-gambar kawen aku (ha..mmg spesel dan aku sayang sbb aku sanggup berabis duit utk gmbr nih)
-adiah dr my dear
-Apa ajer yg aku susah nak dapatkan

4 who u would like to answer this tag
-maka dgn ini sy tag kan insan yg bermula huruf A
Ayang
Angel
Alang
Azni

7 April 2009

~PiLiHan~

Biasanya dlm hidup ni mmg kita akan berdepan dgn pelbagai pilihan.
Paling slalu adalah pilihan utk memilih A atau B.
Kalo berhadapan dgn dua pilihan ini mmg mengambil masa yg lama utk mendecidemutuskan pilihan tersebut.

Payah..payah..

"Walau kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan..."
Cewah..nyanyi la plak. Err..geng karoke ku..bila kita nak karoke nih. Rasa dh 2 bulan tidak berkaroke bersama ni. Giannya saya bila terdengar lagu wajib semasa ber karoke iaitu "Bertakhta di Hati". Hoii..pe kehey citer karoke nih? Ok, back 2 d topic.

Yelah.Mmg aku nak buat pilihan la ni.

Aku ni kan pasal ah? Ada je menda nak ngabihkan duit kan.
Esuk pagi ex-clerk aku pegi umrah.Alhamdullillah.Sapa yg tau citer aku ngan dia ni tau la. AKu smpai penah citer dlm porem la mintak advise bebudak porem lain cemna nak ubahkan perangai dia yg agak 'cengih' tu. Tup2 dh ke Mekah dia.
Tp dia mmg seorg penjimat. Dan dia juga mmg pemurah. Kalo dia blanja org, mmg tak berkira menda tu mahal ke murah. Sbb tu la murah rezeki dia. Seronoknya....
La..ter kuar topik lagi. Pe kehey nya ko puanstoberi. Ok..ok..try..try..

Yelah.."pilihan" tu pun berkaitan dgn duit la.
Ingat nya nak buat loan opis.
Tp..pikir2 balik..lambat ah. Nak tunggu derang meting bulan 6 nati la semata2 nak mengapprovedluluskan aku nyer loan tu..ah..lambat..lambat..

Tau je la aku..kalo nak seswatu mesti nak segera je.

Nak ada je bedebuk dpn mata.

So, aku dh decide kalo nak cpt harusla korbankan duit aku sndiri.
Tp..ada keperluan tak aku ngan menda yg harus aku pilih tu.
Takde la sgt pun.
Tp..dtg ketidaksabaran aku ni.
Kalo tau kat mak aku mmg kena bebel la sbb dulu punya yang adik beradik kpd menda aku nak pilih ni dh rosak lepas tu kasik abg aku baik lps tu tak dpt2 balik.

Jadi..aku putuskan aku nak gak mendalah tu..
Masalahnya kena buat pilihan tepat.
Smlm dh pi survey2. Kat mana lagi tpt yg pemes kat KL nih kalo bukan Low Yat.Aku pi ngan technician IT opis aku.
Aku kalo buleh minat yg ni ler. Huhu.

Tp..aku rasa bwk ke Jemaah yg nak luluskan tu pun tak lepas kut. Mesti derang soal selidik kejadahnya aku nak mendalah mahal nih. Pakai duit sndiri?? Huhu..aku masih berpikiran waras...aku takkan guna qoute "bio pape asei bergaye" tu. Idak..idak..

Dan yg ni pun napak bes juga. Huhu..fujitsu..juga boleh dideletekan dlm otak aku ni.


Dan ada yg sajes ini..tp smlm aku tak survey sgt yg ini.
Yg ini pun bes juga.byk kaler.Tp..ini udah ramai sih org opisnya guna.Enggak mau..mau yg tak ramai pengguna.Huhu.Lagi satu yg ni berat lah.Puanstoberi kan saiz2 tecik je..mana leh pikul yg berat2 ni. (statement mengada..sila abaikan)
Dan aku pergi ke mendalah yg ikut kemampuan dan kehendak aku..

Antara yg ni...si A



Juga yg ni..si B



Dan aku berminat si A tu..Rega mmg la masih mampu milik..tp jika dibandingkan kedua2nya, dan corak pemakaian penggunaan aku yg hanya utk taip2,surf internet utk berblog,berfesbuk,beryoutube amik je lah yg no. B tu. HP540 kalo tak silap aku (dlm gambo tu bukan jenis tu la kut..aku amik kat yahoo image je tu) Jimat pun jimat.
Tp...biasa..hati aku lebey cenderung kat si A.

Tgk la spec si A yg aku amik dari sini
Aspire 2930
Acer’s new Aspire 2930 is using Acer’s all new and enhanced Gemstone design and is the perfect, ultraportable but powerful, notebook for advanced mobile and home entertainment users. The lightweight and eyecatching Aspire 2930 uses the latest, state-of the-art processors, comes with a brilliant 12” Crystalbrite TFT panel and is complemented by all of the latest hardware components available to ensure maximum power.


Yg penting dia ringan.(statement mengada lagi) Hanya lebey kuang 1.6kg shj.Mudah aku nak pikul.


Tau je lah aku..masa kawen retu pun dh napak. Camni la jadinya. Contoh paling mudah masa aku buat keputusan buat kad kawen tu. Skang ni baru aku rasa kad kawen tu mahal. Menda tu kan org buang2 je. Buat yg bwh 50sen pun takpe. Tp..itu dh lepas..aku tak mahu ia terjadi lagi. Aku harus bijak membuat keputusan.
Harus ke solat istikarah nih??? huhu
Pnstoberi: Hidup mmg tak lepas dari membuat pilihan kan? Apa nak kesah..rasa mcm dh ada keputusan je ni. Tnya encik my dear lah..mana tau kut2 dia leh bagi loan ke..hau hau hau

3 April 2009

~MeNgonG~

Kekadang dtg "sinchan" aku ni mmg aku jd mengong (kpd sesapa berkenaan tau la apa maksud "sinchan" tu.huhu)
Mengong tu kekdg diikuti dgn blur / kompius.
Mmg aku geram tul kalo aku jd mengong nih.
Nak tau citer aku jd mengong nih.
Okeh meh nak citer.

Tpt : Carefourre Wangsa Maju
Tarikh : 01 April 2009 (La..patut la..kena april fool scra senyap rupanya)
Masa : around 8 - 9pm (tah..tak pasan aku)
Saksi utama : My dear
Sila ceritakan secara ringkas kisah mengong anda itu:

Kisahnya camni. Pas opis aku ngan my dear pi la care4 utk beli brg dapur. Sbb dh 2 minggu tak pegi beli brg, sibuk ari kraf ni kan. Lps tu mkn malam pun asik dpt kupon free je. So..mmg jarang2 k'org mkn kat umah. Rabu tu la baru sesibuk nak beli brg.
Dr umah aku dh listkan apa yg aku nak beli spti kicap,maggi kari (ini stok kalo tingin banget makan..stok wajib ada walo k'org tak slalu mkn), asam jawa adabi, telur,drumet ayamas dll. Aku rasa tak smpai 10 brg pun. Tp..bila dh smpai sana berpuluh2 brg lak aku amik. Haha. My dear dh tegur dh..dia tgk list aku sket je tp dlm troli dh rupa org nak meniaga.

Well my dear, takan u tak kenai ur bini ni.kalo terlepas ke pasaraya mmg jd camtu.
Tp walo byk barang dibeli tetiba aku jd seorg pengguna yg cerewet. Nak carik menda yg murah je. Cuma kalo makanan tu..mcm drumet ayamas tu aku kena beli ayamas gak la sbb aku dh try brand lain, mmg tak kena ngan tekak la. Mcm tisu yg pek kecik2 nak buh dlm henbeg tu aku amik brand care4. Pantiliner pun aku carik brand lain dr yg biasa aku pakai. Punya nak berjimat nih.

Lps dh sesiap memenuhkan troli, k'org pun beratur la nak byr. Ok, tak la pjg sgt beraturnya.
Naikkan suma bebrg atas meja cashier dan smbil dia punch rega2 brg tu mmg aku tgk je screen tu. Mmg camtu sbb aku takut ada menda dia terpunch 2kali ke kan. Langkah berhati2 la kononnya.Kan kat screen cashier tu dh ada sesiap tulis total berapa ringgit harga barang yg dia dh punch tu. Jd memula aku bajet dlm RM100..tup2 tgk lebey.

Total RM111.60. Aku bg kad real reward aku peh tu bagi duit. Aku mulanya kuar RM110 (dua keping 50 dan satu keping RM10). Lepas tu aku pikir. Eh..tak cukup. Aku kuarkan lagi sekeping RM10. Dan aku bg kat cashier tu. Lepas tu dia mintak lagi RM2 kat aku. Haa...masa ni ler aku blur2 ni. Dh tu dia mintak lagi kad real reward aku. Nak swipe lagi. Lepas tu aku nak amik balik RM10 sekeping tu dia mcm tak bagi. Eh..aku makin kompius.
Aku ingat nati dia bgi la balik RM10 tu. Tup2 dia bagi balance 40sen je. Haa...
Tatau naper aku takleh mintak duit tu. Bila dia print resit dan bagi aku, aku mcm blur.
Ha..tu la aku kata. Mengong kan aku ni.
seploh inggit tu wehh...ilang gitu je.

Plan nak pi makan kat NZ pun trus kansel. My dear duk pujuk udah2 le tu. Bkn rezeki. Ye lah..mmg bukan rezeki. Smpai kat keta pun aku still tak puas ati akibat ke "mengong"an aku ni.
Dan tetiba masuk dlm pikiran aku.. "ha..patut la Tuhan tarik rezeki tu. Menonong je soping smpai tak ingat Maghrib. Haa..padan la muka aku"
So..bila dh tingat mcm tu reda la sket aku. Tu baru Tuhan tarik seploh inggit. Isskk...dn aku redha la. Tp..mmg aku mengong pun. Haha.

Pnstoberi : itulah yg dinamakan Tuhan bayar cash perbuatan kita. Huhu.

~TaG : Gmbr profile~

Kena tag-by angel
buat je la kan.sesambil lunch pjg ni kan.
Tenkiu ye angel krn kasik memeriahkan blog akak ni.

Cara²nya :-1. Letakkan gambar profile anda - ini dia
2. Terangkan apa maksud gambo itu~
Err...ada maksud ke ni? Sng camni la..gambar buleh menceritakan 1001 maksud. Haha. Itu gmbr kawen retu lah.

3. Kenapa pilih atau letak gambo itu?
Sesaja. Napak cun je PG aku edit utk photobook album aku. Aku pun buh la. Mungkin akan berubah mengikut mood puanstoberi okeh.

4. Tag 5 blogger
Ala..kalo buat tag mesti nak kena pikir tag sapa sbb kan aku ni tak ramai kawan kat blog. Sian kan..tp sat eh..
aku ni tag mereka ini
Cik kekucing -tatau la dia perasan ke tak dia kena tag ni
Puan Ayang - kalo ko smpt ko buat eh
Puan Itayanin - ni baru je kenai nih..kalo rajin buat ek ita.hehe
Cik Azni - ni pun jrg hapdet blog ni..kalo ko rajin, ko buat ek
Puan Suzie - su..aku tatau nak suh sapa lagi. ko buat la sesambil ko men fesbuk tu ek. muahahah

Ok..done!

1 April 2009

~KeNangaN~

Baru je berapa minit ber chat ngan seseorg.
Apa mimpi tah "org" tu.
Tetiba je lain mcm.
Aku ter kedu bila dia antar ayat ni
"tulah sebena dah lama nak bgtau something kat u. i kawan ngan u memang ikhlas tapi dah xade jodoh kan. u see lah now my wife from n9. everything yang i cakap kat u adalah benar dan bukan nak melarikan diri pada u ...tuuuttt kita dua jela apa yang saya ckp ni ek"

Dia dh ada life dia sndiri.
Aku pun dh ada life sndiri.
Dia dh family - ada isteri, ada baby
Aku pun dh ada family - ada suami, baby tgh nak proses




Jd tak sepatutnya aku ada rasa apa2.
Susah gak aku nak reply td apa yg dia tulis tu.

Tp aku takde rasa apa2 pun. Sungguh!
Just anggap dia shbt. Walo kekadang ada rasa mcm "err..apsal ek..kenapa leh jd macam ni ek.." tp..anggap itu suma qada' dan qadar dr Tuhan.

Itu suma perasa tambahan dlm idup.
Tp..mmg aku akui..kenangan itu antara yg terindah dlm hidup.

Dh..makin melayan kang..lain jdnya.


Aku dh temui my soulmate yg amat menyayangi aku.
Yang sabar melayan kerenah aku.



Sesungguhnya Tuhan Maha Mengetahui dan hanya dia terbaik untuk kita.
Untuk "dia"- jgn takut nak chat ngan sy lagi. Mana tau kalo awak kata nati kang sy tulis dlm blog lak. Takde la..ini sajer je. Nak update blog. Huhu. :P

Pnstoberi: Terkadang ia dtg tanpa disedari..tp anggaplah semua itu kenangan yang bakal menjadi citra kita suatu hari nanti
-gmbr from google image-

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign