Pages

9 May 2014

Mei 2013 - Mei 2014 : 1 Year Without KFC

Boleh je. Sapa kata tak boleh?
Haha.

Aku tak boleh nak announce 1 year without fast food sbb aku ada gak makan Papa John Pizza (2kali rasanya), then ada gak makan ayam McD (dalam 3x kot tahun ni). Lelain fast food mmg takde. Tapi, KFC ni mmg absolutely tak jejak dan tak makan. 
Bertahan kan.

Tahu tak bila dah start tak makan, dan bila terpikir nak makan, kau akan ada rasa cam 'eh, takyah la, rasa sayang pulak sbb dah lama tak makan, tup2 nak makan, nanti makan cam biasa'. Gitu lah rasa dia. 

Memula mmg susah. Kan KFC ni bau dia melantun lantun. Nak nak pulak masuk parking kat Ampang Park tu, dari situ bau dah menggamit selera. Tapi tu memula je. Lelama dah takde rasa camtu. Rasa nak makan pun takde. Even tgk kawan seofis makan kat pantry pun takde rasa apa.


Sebenarnya, takde la tak boleh makan langsung kan. Boleh je. Sekali sekala. Dalam 5,6 bulan sekali. Jangan kerap lah. Dulu aku mmg kerap pun. Asal malas masak je, singgah KFC, asal malas masak je, drive thru McD. Sekarang ni, rajin kan diri masak, atau beli nasik goreng ke apa ke.

Now, aku nak terus kan. Kot teringin boleh la. Tapi buat masa ni belum ada rasa teringin.
Dan nak teruskan utk fast food lelain.
Setahun 2kali pun cukup lah kot. Tu pun kalau teringin sgt. If not, makan je lah menda lain.

Selain tu, yg agak payah is processed food, canned food.
Tapi, aku cuba limit kan lah.
Cam sardin dalam tin tu kan. Kadang teringin nak buat sandwich. 
Boleh la makan. Tapi jangan kerap.
Sbb tu kita perlu ada "meal diary" kita utk kita tulis apa kita makan setiap hari.
Katakan kita dah  makan McD bulan tu, jadi, kita ingat dan tunggu la 3,4 bulan baru makan balik kalau nak makan. If not, tahan je. Boleh je sebenarnya.




p/s : 1 year gak dah aku buat laparoskopi. Tapi, still, rezeki belum menyebelahi kami. Apa pun, aku tetap bersyukur, sbb hikmah dari buat laparoskopi ni, aku sgt menjaga pemakanan.

8 May 2014

Majalah Lama : Jual Atau Simpan?

Majalah In-Trend.
Sejak keluaran pertama tahun 2005. Eh. Bukan keluaran pertama. Yang kedua kot. Yg ada gambar Mawi tu. Hingga lah bulan lepas. Berenti beli dah sbb dah lambakan. Kabinet pun tak muat dah.
Membeli setiap bulan tanpa gagal.
Dan hasilnya. Itu lah.

Majalah Apartment.
Yang tu mmg dari keluaran pertama (tak ingat tahun berapa).
Yang ni pun tak pernah miss.
Yang awal2 dulu, beli kat booth Karangkraf kat pesta buku tu je.

Majalah Dapur.
Yang ni ada yg beli, ada yang tak.

Dan seterusnya memacam majalah yang terasa nak beli.
Hingga sekarang dah menimbun banyak. Berat giler.
Majalah In-Trend tu sanggup aku bawak dari rumah lama dulu. Yg tu je berapa berat dah time tu. 

Sue kata kalau jual majalah tu 20sen sekilo.
Makanya kalau 20kilo baru 4 ringgit.
Tu kalau betul 20sen. Kut tetiba dia tgk majalah tebal berat2 ni terus tukar jadi seposen.
Ha. Dapat la kau 2 ringgit kan.

Tapi, kalau 4 ringgit... cam melampau sgt murah nya. Baik aku simpan.
Ah. Simpan je lah.

Macam selalu aku bebelkan, aku kan tgh nak meminimakan ruang nih.
Adoi. Susah betul lah.

Sekarang tgh nak jual sofa-almari-tv.
Azam - meminimakan segala barang dalam rumah. Hanya yg perlu sahaja. Selain pada tu - buang! buang! buang!

p/s : Almari dah sampai. Yeyyy.. ai is tak sabar nak susun barang. Nanti ai jaja gmbr almari pulak ya. Ah, skrg yg custom made pun dah macam built in - malah, lebih murah dari built in.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign