Pages

Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts

21 September 2017

Holiday Kapten Rizq : Makan Seafood Bagan Lalang

Lamaaaaa tak pergi makan seafood kat Bagan Lalang ni.
Last tahun 2014 la gaknya.
Sbb last entry berkaitan Bagan Lalang ni tahun 2014 [link]
Tapi, macam ada pergi skali dgn mak.
Takde plak entry tu.
Yang pasti memang tahun 2016 takde pegi.
Tahun 2015 pun rasa macam takde.

So, sbb lama dah pergi, jom lah kita pergi.
Mula cam nak pergi balik hari je.
Pastu ayah Rizq kata overnite lah.
Duk Sri Msia.
Last minute booking.
Kat Agoda takdak dah.
Try tgk kat Traveloka.
Oh. Ada.
Murah pulak tu.
1st time guna traveloka.
Not bad lah jugak kan traveloka nih.
Kalo Agoda harga dalam 180++
Traveloka dapat dalam 150++.
Utk bilik bertiga.
Katil queen satu, katil single satu.
Okay lah kan. Siap breakfast jugak.

Kiterang pun bkn lah nak bercuti sgt pun.
Saja je lah nyambil2 nak makan seafood tu :D
Dak kecik tu seronok sangat lah merayap satu bilik.
Main tipon, duk bawah meja bagai. 
Tapi tak mandi kolam pun.
Takde berahi lah kata orang nak mandi kolam.
Kolam kat umah Rizq lagi beso, kan?
(ceh! berlagak lah pulakkkkkk)

Okay. Lepas dah teringin.
Tapi, our feveret kedai dah tak se-best dulu.
Dulu sotong goreng tepung sedap sangat.
Sekarang jadi - sedap je. 
Pastu pepahat cili telur - dulu sedap. Susah nak carik rasa tu kat kedai lain.
Sekarang - tak sedap. Biasa biasa je.
Tgk ikan2, sotong, udang pun dah tak banyak.
Orang ramai, tapi takde lah macam dulu duk tunggu tepi meja kita.
Ada je lagi meja kosong.
Pekerja kedai pun tak mesra pelanggan.
Ada acik tu tanya udang bila sampai.
Jawab acuh tak acuh ja "tak pasti"
Acik tu siap tanya beberapa kali. Sbb dia sebut "tak pasti" tu dengar tak dengar je.

Hurm.
Pangkah dah lepas ni.
Boleh carik kedai lain dah la.
(dalam entry lama ada lah nama kedai feveret kiterang ni)

Tapi facilities kat area Bagan Lalang ni macam dah much better dah dari dulu.
Cuma nya....
Tahap kekotoran dah semakin kotor.
Tak lalu tgk pantai dia.
Eii.

Pastu kedai pun lalat maha banyak.
Kalau ikutkan,  tak lalu nak makan pun.
Boleh je kedai ni lap dengan dettol meja tu setiap kali lps orang makan.
At least, takde la banyak nau lalat tu.
Dah la kipas pun tak bercuci. Tebal lah bebeno habuknya. Ni kalau pasang pun berterbangan lah habuknya.
Kotor lah.
Dah takde rasa nak repeat lagi lah kedai ni.
Kedai lain pun situ situ pun rasanya banyak gak lalat ni.
Faktor kawasan yang tak terjaga ni lah gamaknya lalat jadi banyak.
Hurm.
Sedih. Port feveret nak makan seafood dah tak best :(

Kiterang amik ikan bakar, sotong goreng tepung dengan pepahat cili telur.
Ketam tak ambik sbb rasa cam tak selesa nak makan ketam.
Ni pun dak Rizq ngamok2 dah sbb panas. Huhu.
Cuma satu yg best - harga masih reasonable.
Kami makan ni tak sampai pun RM50.
Okay lah kan.

2 October 2014

KLIA2, Buah Naga Dan Incik Krab

Last Saturday.
Jalan2 melawat kawasan.
Hihi.
Tak pernah lagi pergi KLIA2 nih.
Jadi, mari kita pergi. Memula plan cam nak naik bas.
Tapi bila pikir buat kiraan untung rugi, better lah naik kereta.



Oh. Begini rupanya KLIA2. Hihi.
Syok kan. Siap ada mall lagik. Banyak kedai kasut. Best kot.
Tapi, parking la hazab nak membayo. Aku parking dalam sejam lebih kot. Kena RM8.80. Tapi, guna Touch N Go sahaja. Hihi.

Lps tu, dah alang2 ke KLIA, mari lah kita mencarik incik krab.
Teringin pula nak meratah ketam.
Nak masak, malas. So, ke Bagan Lalang lah kita.

Jem sket masa kat pekan Sepang tu. Tp biasa kot situ. Kat simpang trafic lite nak pergi PD tu. Pastu skali lagi jem kat kawasan kg mana tah. Orang buat jalan.

Singgah beli ni jap.
Lama tak makan. Buat air sedap!

Lps tu teruskan misi mencari incik Krab.

Yey!
3 ekor incik krab masak pedas.
Pepahat cili telur.
And sotong goreng tepung.

Kedai biasa lah - Senandung Malam.
Giler ramai orang kedai nih.
Kiterang terus makan je dalam kul 6 tu. Lps tu mmg ramai. Bila dah habis makan, jalan2 tgk kedai lain, tak ramai pun. Semua orang suka kedai nih lah.

Tapi, mmg sedap pun. Pepahat n sotong mmg kedai ni win. Aku dah try 2,3 kedai lain area situ gak. Pepahat n sotong mmg kedai ni sedap.

Meratah sotong, ketam n pepahat.
Panas. Pastu berkipas tangan halau lalat lagi. Dulu tak byk sgt lalat ni. Musim agaknya.

Jadi, begitu lah.
Keluar rumah 11.30pagi.
Smpai rumah balik - 9.30malam.

Phew...

8 October 2013

Makan Pepahat Di Bagan Lalang

seafood, sea, bagan lalang

Edisi melepaskan hajat.
Lama giler dah plan nak pegi. Tp asik tak terpegi.
Dari sebelum operation, membawa sebelum puasa, berlalu pula selepas hari raya. 
Eh. Ini tak boleh jadi.

Jadi, Sabtu lepas. Apa nak jadi. Jadi.
Bukan la nak makan pepahat je.
Nak makan ketam. Sotong. Ikan bakar.

Entah ek.
Bagi aku la. Bagi orang lain, lain la kan.
Bagi aku, aku paling suka seafood kat Bagan Lalang.
Aku dah pergi Melaka. Tpt ketam lembut kat Kuala Gula (ni tak bes.. mahal pulak tu). Kat Jeram. 
Tapi aku lebih prefer kat Bagan Lalang.
Tu aku. Orang lain aku tak tahu. Terpulang. Citarasa memasing.

Biasa, kami ke Senandung Malam.
Pernah skali mencuba RM Serai ke apa ntah.
Ingat nak ke Seaview. Tp ketam macam tak byk.
So, ke Wak Lan Bayu Malam pulak.
Ramai kata sini pun oke.

Jadi, mari cuba.

makan ketam di kedai wak lan bayu malam

Itu lah hidangannya. Oke. Not bad. Sedap seadanya.
Bukan makan berdua ya.. tp dgn anak buah n asben dia.
Tapi, kalo kami berdua pun boleh sajorkk... asal dapat makan ketam, takde hal punya.

Utk hidangan termasuk air sirap limau se jug RM97.00 cuma.
Ikan cencaru bakar bes! Dia buat belah belakang taruk sambal (style aku buat kat rumah selalu, tp aku selalu goreng), lps tu bakar.
Ketam. Sambal cili. Hoih. Penuh cili dia. 
Pepahat sweet sour telur. Sedapppp.... suka!

Nak makan ketam pun, smpai 2 jam perjalanan.
Masa pergi lagi la. Tol Sg Besi tu byk btul kereta. Lorong touch n go jadi bersimpang siur. Suppose lalu kut MEX je patutnya (T____T).

Oh. Tips makan di Bagan Lalang ni, dtg la sebelum jam 7. Pilih lauk. Nak makan terus pun boleh. Nak suh reserved pun boleh. Jadi, dpt makan dengan tenang. Seronok je meratah ketam. Kalau selepas maghrib, mmg ramai. Nak makan pun tak senang. Nak gigit gigit kulit ketam pun payah, sbb ada je org di tetepi meja kita - sbb derang nak cop meja. Huhuhu.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign