Well. Well. Well.
Tinggal lagi 3 bulan kita akan melangkah ke tahun 2020.
Wuuuu..
Dedulu tak kata tahun 2020 lah, tahun 2000 pun kita dah membayangkan ada kereta terbang.
Tapi, tak ada ada jugak.
Dah 20 tahun berlalu.
Pun bayang kereta terbang pun nan hado.
Dulu, cikgu suruh bayangkan dan lukis.
Pastu kita lukis, bangunan tajam2, lonjong2. Dicelah celah tu kelihatan kereta terbang.
Humang aih. Rasa canggih abis dah.
Tapi hakikatnya.
Kereta di celah bangunan jugak lah.
Tapi celah bangunan atas flyover.
Proses nak buat flyover tu pulak mengakibatkan kau jem macam onggila.
Siapa lalu jalan Tun Razak hala Ikea dekat RHB tu tahu lah betapa hazab nya jalan tu.
Sekarang ni dia ada macam jambatan pulak situ.
Itu lah yg menyebabkan jammed.
Kalau kau tak biasa area KL, memang kau boleh termasuk jalan nak ke Kg Pandan tu. Hazab kau nak u-turn balik. Silap2 kau boleh terpegi ke Ipoh. Hahaha.
September.
Kami baru balik dari Kuching Sarawak ni.
Bukan bercuti.
Tapi bersukan.
Sukan tahunan Kraftangan Malaysia.
Kali ke24.
Last year di Langkawi.
This year Kuching.
Ehhh.. kaya lah kan. Haha. Kena potong gaji weh. Selama 7 bulan. Utk tiket flight dan hotel.
Tapi, aiols dah bayar terus dah. Hutang dgn diri sendiri je lah. Takmo lah payslip aiols ada bermacam potongan. Aiols ada menda nk buat nih.
Nanti aiols cerita okeh.
Kami stay di Waterfront Hotel.
September.
Ada byk cuti.
Tu ari ada orang pertikaikan eh cuti ke 9hb ni.
Cuti lah uols. Yang bln 7 hari tu hari pertabalan.
Maknanya 3 minggu berturut2 cuti hari Isnin.
Best kan.
Okay lah.
Selamat datang September.
Oh. Tak lupa juga.
Selamat tahun baru Hijrah 1441 :)
2 juta komen
kena bayar sendiri? ada option boleh tak pergi?
ok la.. sambil tukar angin hehehe
Irtiyah :
Ramai je tak pergi.
Tapi, kami memang pergi tetiap tahun sukan ni.
Best. Sbb jumpa kawan2 dari cawangan negeri :)
Terima kasih atas komen anda :)