Pages

20 June 2019

Celebrate Birthday Rizq Iskandar (V2)

Ini celebrate kat kampung pulak.
Kalau last year sambut umah uwan dia kat PJ.
Tahun ni kat kampung semula.
Kali ni kita celebrate famili ja.
Buat malam raya ke2. Khamis tu.

Mak Rizq order kek fruitlicious dari Secret Recipe.
Maklum lah SR baru buka kat pekan kiterang nih.
Dulu kalau nak kek SR jauh nak pi. Kena gi Ipoh / KK.
Booking dulu by phone masa raya pertama tu.
Pastu raya kedua tu, sebelum gi jejalan raya, gi bayo. Nak balik rumah baru amik.
Simple je kali ni.
Buat macaroni.
Pastu makan sate (ayahcik belanja).
Potong kek.

Dak kecik ni nampak kek terus nak kek..nak kek..
Naseb la bila orang nyanyi happy birthday kat dia, dia tak melalak.
Tapi, dia punya perangai, lambat sgt orang nak bagi dia kek, dia pi ngap kek tu (T____T).
Ya Tuhannn... anakkk... hahahahah.

Antara gambar2 yang ada.
Sebok nak makan semua. Tak byk amik gambar :D


Ada yang sempat rakam aksi dia tgh nak makan kek tu.

Dah gigit kek tu, dia buat muka selamba.
Ko mampu??!
Adoi.
With mak2, pak2 sedara.
And sepupu2 Rizq.
Sepupu dia semua dah besar2.
So, kat sini dia memang dimanjakan lah :D
Siap tido lambat dok tgk abg2 sepupu dia main PS4. Macam bujang2 dah lagaknya (T___T)


13 June 2019

Celebrate Birthday Rizq Iskandar (V1)

Rizq da masuk 3 tahun.
Tapi, belum pernah buat majlis sambutan birthday dia besar besaran.
Sbb birthday dia semua jatuh pada bulan puasa.
Kalau nak buat makan2 lepas puasa yakni masa raya, rasa macam crowded je kan. Pastu cam ramai je buat open house jugak.
Tapi, tgk la thn depan ke cemana.
Sbb tahun depan, masa tu dah raya rasanya birthday dia.

So, ini version 1 punya birthday celebration dia.
Haha.
1hb tu pergi makan-makan.
Berbuka puasa kat luar.
Semestinya mak Rizq lah yang memilih tempat, kan?
Pilihan kami adalah Shell Out.

Shell Out yang mmg ori Shell Out.
Sbb memula macam nak makan kat kedai2 yg ada buat shell out.
Lepas tu cam rasa, ni mesti tak berapa nak shell out. Terbayang nanti ketam dia yg kurus kering. Atau udang sebesar jari kelingking ja. Pastu harga mesti tahap shell out sebenar.
Dari itu, better makan Shell Out betul trus.
Dulu selalu nak try. Tgk orang pakai apron shell out tu cam best nya. Bila nak dpt makan nih.
Masa tu kan ada area Damansara ke mana ntah.
Kiterang kalau area2 tu mmg tak kuasa. Malas. Weols not hipstur to lepak2 Damansara. Haha. 
Bukan lah.. tempat2 situ kan macam susah parking lah. Pastu jalan nak pergi pun macam belok2, last2 kang sesat. Malas.

So, adik office ni kata "kekda, pi lah Shell Out kat Desa Pandan"
Owh. Ada eh?
Tgk web dia [shell out]
Oooo.. dah byk dah skrg rupanya. Ada 5 dah.
Salah satu yg senang nak pergi dan dekat ngan weols - Desa Pandan.
Terus suh ayah Rizq booking.
Masa bulan puasa ni ada menu khas utk iftar.
So, amik yang tu.
Yang ni utk 2 orang


Sedap dia buat nasik kerabu tu.
Dak Rizq?
Tahu lah dia. Mana reti duduk diam.
Dia tgk orang sebuk mengetuk, dia pun ketung ketang ketok meja.
Terpaksa pulak bagi kaki2 ketam tu kat dia utk ketuk (T____T)
Sabau banyak lah ini budak tau.

Mari lah layan gambau birthday boy nih.
Shell Out Desa Pandan ni dkt bangunan G-Village.
Ada memacam kedai juga situ.
Byk kedai makan.
Baskin Robbins pun ada. So, dah order apa nak makan, jalan2 area situ, masuk BR jap, bagi birthday boy makan aiskrim dulu.



Sedap.
Puas hati.
Ketam isi banyak.
Kuah2 dia pun sedap.
Tapi set ni takde air. Air sila beli lain.
Selain amik set tu, kami amik sweet potato fries jugak.
Pun sedap jugak.



Mana mau duduk dia.
Naseb dia dapat hammer utk jd toys dia.
Gambar ni dia tgk ketuk lah tu.

Birthday boy dan emaknya.
Apsal tah lengan tu nampak cam batang pinang je.
Gemok dah la tu gamaknya :D

Akhirnya dapat juga pakai apron "Life is too short to be serious, let's eat"
Kih kih kih.
Tapi, serious la puas hati.
Pasti repeat!

4 June 2019

Selamat Hari Raya; Syawal 1440H

Selamat Hari Raya semua.
Kita terus jawab soalan2 cliche lah ya. Haha.

Raya kt mana tahun ni?
- Perak
(sbb swap dgn raya haji. Suppose tahun ni turn mentua tapi raya haji kami sefamili, InsyaAllah, nak buat korban di PJ, maka kita swap)

Start bila cuti?
Jumaat lepas raya tu.

Lama ke cuti?
Lama la jugak. Masih kerja sampai Selasa. Then cuti Jumaat, Isnin n Selasa.
Sbb kami taknak saing dgn parents yg ada anak sekolah.
Mula nya plan nak balik hari Isnin supaya buleh la rest kt KL dulu.
Sekali nya deme start sekolah hari Selasa yer.

Ate nya.. 

Baju raya kaler apa?
Purple.

Tema kami satu dept.
Heee... hee.. memang pakat dari awal tau.
Supaya nanti masa jamuan raya, dept kami sedondon je.
Tema pilihan kaklong kawasan lah. Haha.
Takde lah. Sesama pilih. Kakak okay je kalau kaler lain.
Derang yg setuju nak kaler purple.
Memang kakak pun tema purple.

So, itu lah soalan2 cliche, kan?
Semoga selamat semua pergi dan balik ke kampung halaman tercinta.

3 June 2019

Kuih Raya Guna Air Fryer

Wah, gitew...
Utk julung kali nya, setelah berumur 40 tahun, achievement buat cookies raya unlocked!
Kah kah kah.
Tak pernah oii.. diulangi, tak pernah buat sebarang cookies utk raya.
Ada takde pun, join buat dgn kak ipar.
Tapi kali ni ai buat sendiri.
Tu yang cam ter ciwi di merata tempat.
Sana up gambar kuih, sini up gambar kuih.
Maaf la kalau ada yg annoying.
Tapi..tapi..tapi..
Kot la ada annoy tgk orang post buat kuih raya, cuba la check, ada masalah hati kot. Takkan lah orang post buat kuih raya pun rasa annoy. Kalau annoy juga, elok lah bawak2 tutup je media sosial yang ada.

Okay, makRizq buat 3 jenis cookies.
Cornflakes madu, choc chip, dan juga biskut kacang florentine.
Semua yang senang sap sap soi.
Dulu semua tu pernah order (eh, kecuali cornflakes).
Sekarang no more lah.

Mak Rizq takde oven. Tak pernah ada. Teringin juga nak beli, tapi bila fikir2 balik macam nyemak rumah. So, takde.
Air fryer ni pulak. Memang lama dah aim. Nak taknak gitu. Tgk go shop macam nak. Tp still tak beli. Alhamdulillah, beli induction cooker baru tu ari, dapat free air fryer gini.
Besar ni. 10liter punya. Buat ayam golek pun boleh. Dia memang ada aksesori utk ayam tu bergolek2. Buat kek pun ada dia punya cage. Jadi, memang takde prob kalau nak buat biskut2 simple ni :)

Lps tu mak Rizq join grup Air Fryer kat FB, maka terhasil lah cookies2 ini.
Memula rasmi dengan cornflakes madu.


Yang ni sbb macam takut2 lagi nak guna kan. Dia tak berapa kental pulak.
Tak berapa melekat.
Lps tu mcm berminyak. Mungkin butter terlebih.
AF ni konsep dia kan tarik semua minyak, so, dia akan keluar minyak.
Abis cup jadi macam oily.
Tapi rasa okay ja.

Kedua, mak Rizq buat choc chip.

Nak buat ni berdebar giler entah macamana.
Haha. 
Sebab tak pernah nak buat kuih raya kan. Nak tahu sangat hasil kejadian dia tu cemna.
Tengok2, Alhamdulillah... jadi.
Suka dia tatau nak kata lah.

Ketiga, biskut kekacang atau florentine.


Yang ni mak Rizq buat siang. Tapi jaga2 juga kalau buat siang. Dia punya tepung tu akan mencair dan mula berketul2. Better buat malam. Sejuk sket kan.
Tapi yg ni tak risau manis ka keras ketung ka apa ka.
Sebab tepung tu dah bergaul semua.
Ini terpaling tersenang.
Kenapa la sedari dulu taknak buat. Haha.
Dulu tgk ada yg buat guna magic pan pun.

Jadik lah 3 ni dulu.
Kalau kt grup tu memacam depa buat. Depa guna AF jenis tarik2 tu ja. Pun boleh. Tapi jenis tu kecik sket la kan. Macam Russel Taylor tu 3.8l. Nanti nak bubuh cookies tu pun sket2 ja.
Kuih tat pun boleh guna AF.
Kacang salut pun buleh.
Sarang semut.

Tapi, makRizq tak gigih lagi lah.
Tunggu lah nenanti pulak.

Utk semua resepi ni, nanti lps raya mak Rizq up.
Eceh.
Macam kan ada orang hirau siap nak tepek resepi.
Hehe.
Mana lah tau, ada orang google "resepi kuih raya guna air fryer" atau google "resepi choc chip guna air fryer" ha.... giteww...

1 June 2019

Happy 3rd Birthday, Rizq Iskandar

1st June 2019
Happy 3rd Birthday, Son.


Moga menjadi anak yang soleh, anak yang bijak, anak yang menyenangkan hati semua orang.
Ibu, Ayah love you so much, to the moon and back.
Awak kurniaan Allah paling istimewa untuk kami.


25weeks dalam perut 

Beberapa jam selepas dilahirkan

Genap 1 tahun

Photoshoot 1 tahun :)

1st birthday.
Hari raya 2017 di rumah opah.

2nd birthday at Rumah Uwan, PJ
Majlis berbuka puasa famili




Photoshoot 2 tahun.


Utk 3 tahun, belum photoshoot.
Maybe nak ambik outdoor pula sbb dah 2 tahun buat indoor photoshoot.
Baju semua dah ready.
Heee.. Tahu je lah mak Rizq ni kan.
Belum booking je lagi.
Lepas raya lah carik PG.


INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign