Pages

2 May 2018

Kenduri Rumah Opah

15April tu ari opah Rizq buat kenduri. Kat kampung.
Jadi, ayuh lah kita balik kampung. Rizq pun dah lama tak balik kampung.




Lama dah opah Rizq tak buat kenduri ni.
Last masa tahun 2015.
Before kiterang pergi umrah.
Dah 3 tahun.
Kenduri menyambut puasa cum kenduri arwah lah kiranya.
Makanan meriah uols.
Makan pagi pun segala kuih ada. 
Dah macam nak berniaga bazar Ramadhan. Dengan orang sedekah lagi. Dengan kakcik buat lagi.
Menu untuk lunch - ayam kerisik, gulai nangka, pecal, daging masak taucu, ikan goreng n ikan masin. Sedap lah.





Mulanya sesi bacaan selawat dan bacaan yasin oleh kaum wanita.
Dak Rizq ni kan. Dia tgk opah2 lain ni baca Yasin, dia pun nak baca jugak.
Bagi kan dia Yasin.
Pastu, dah dia campak2, nak bagi dia buku lain.
Taknak nya. Nak Yasin jugak (T___T).

Pastu masa orang baca selawat - dia diri tegak. Diam je dia seketul kat situ.
Heee.
Sbb dia mmg suka dgr selawat ni.
Biasa lepas azan Maghrib ada kat tv hijrah tu. Dia biasa dengar.
Agaknya ni dia tgk live - tu pelik agaknya.

Kami sebenarnya jarang balik kg sekarang.
Sbb biasa kalo cuti sekolah atau cuti yang panjang sket, mak ikut abangcik datang KL.
Abangcik ada rumah kt KL ni, so depa balik rumah depa. While mak akan stay ngan kiterang.
Tu yang jarang balik kampung.
Last balik bulan berapa ke entah. November last year rasanya. Sebelum kami g Sabah tu. Masa tu Rizq tak boleh jalan lagi.
Ni dah berjalan ............... 


Memang out of control. Semua pun nak di explore nya.
Kat luar pun sama. Kejar kucing, ayam (jiran).
Lantakkan. Ni next week nak balik kampung lagi untuk mengundi. Seronok lagi lah dia berlari keliling rumah (T____T).

Apa pun, Al-Fatihah untuk arwah atok Rizq - Haji Ramli.

1 juta komen:

mmg sonok la dak rizq berlari, baru dpt kaki..exercise la mak pak nya..haha

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign