30 November 2017 (Khamis)
Perancangan dari awal tahun akhirnya ter realisasi juga. Awal tahun hapa nya. Dari tahun 2015 kot. Tak jadi, jadi.. (T___T).
Beli tiket flight dalam bulan 6. Mula kami nak ambik MAS. Tp dek kerana bertangguh2, harga da jadi mahal. Amik la AA juga.
Flight kami pada awal nya jam 7.50 pagi. Tapi di awalkan jam 7.20pagi.
AA emel. Dan 2 hari sebelum AA call bagitahu lagi. Nampaknya AA dah semakin bagus service nya. Dia taknak kita salahkan dia agaknya kalau terlewat. Siap emel, siap call.
Seawal jam 3 pagi dah kejutkan dak Rizq.
Oh ya. This is our 1st time fly wif infant. So, agak teruja jugak lah. MakRizq tak tido tau. Takut tak terjaga pun iye juga. Haha.
So, kejutkan dak Rizq dalam jam 3pagi. Rizq memang sejenis tak crancky dikejutkan. So, mandikan dia, sesiap then kami gerak dalam jam 3.45 pagi.
Gerak 2 kereta. Rombongan kami 10 orang semuanya, termasuk sorang infant.
So, pagi tu gerak 2 kereta. Abgcik, kakcik and Fatin (anak derang, 2 lagi tak ikut). Anak sulung abgcik yang antar smpai Putrajaya Sentral. Kami plak terus parking kat Putrajaya Sentral.
Abgnyah n famili gerak dari Ipoh direct to stesen Salak Tinggi. Parking kat situ.
{info : Total bayaran untuk 5 hari di Putrajaya Sentral adalah RM30. Dia kira dalam RM6/day. Okay lah kan. Tiket ERL dari Putrajaya Sentral ke KLIA2 - RM9.40 sehala}
Kami ambik erl paling awal. Dari Putrajaya Sentral jam 4.45pagi. Tiba KLIA2 dalam jam 5.10pagi camtu. Terus drop luggage and solat subuh. Orang ramai, tapi kaunter banyak buka. Kami dah buat web check in.
{tips : untuk baby pun boleh web check in. Memula baca tak boleh, tapi bila web check in, boleh ja}
Lps solat subuh baru masuk boarding. Tp ni silap sket. Patut lepas drop bag, terus je masuk boarding sbb beratur panjang la sangat kat imigresen tu. Dak Rizq dah tertido kat dalam carrier. Tapi dia terjaga balik sbb kena bukak carrier. Handbag sangkut kat bahu pulak. Tak boleh tanggal kalau tak bukak carrier. Handbeg kena scan. Aiseh. Naseb la anak ku itu bukan jenis crancky mengamok tak tentu pasal. Immigresen pun buat kerja dia gak. Handbeg memang kena scan.
{tips : drop luggage then terus boarding. Takde lah kelam kabut. Surau banyak kat dalam}.
Oleh kerana kami amik hot seat - zone 1 - dapat la masuk dulu. Hehe. Dulu dok dgr je orang announce suruh naik dulu. Skrg kami dah dapat benefit tu. Yey!. Haha.
{tips : kalau bawa infant, better much amik hot seat paling depan. Kalau mak yg bf baby, elok amik seat D/E/F. Pergi tu mak Rizq amik seat 1A, 1B. Mendapat lah bf sambil ngadap steward masa nak take off. Balik tu amik seat 1E, 1F - ha, baru selesa. Bawa infant mmg kena duk depan. Kalau tak... sempit amat seat AA tu}
Rizq okay memula tu. Steward tu suka lah sgt usik2 dia. Steward philipines. Tapi, sbb lama sgt nak take off, siap benti2 lagi flight tu tunggu turn terus dia cam crancky sket. Ngantuk pun iyer tu. Tapi, makRizq buat selamba je. DF kan je. Takpe lah. Kita pun pakai nursing blouse. Last2 dakRizq tido. Tak sempat nak makan.
{tips : terus pre-booked meal. Senang}
Sampai KKIA dalam jam 10 pagi. Kami saja gerak slow2 ja. Tak payah rush lah. Tukar kan diapers Rizq apa semua, baru keluar.
{tips : untuk travel tak tentu masa ni, much better pakaikan diapers yg selesa untuk baby. Rizq kalau jalan2, mmg pakai Applecrumbyandfish. Yang pants. Senang. Dan kalau tak yak yak, pakai lebih 6 jam pun still selesa, takde bontot merah ke apa}
Kat luar agen dah tunggu - sambil pegang nama makRizq (tak sempat nak ambik gambar dah sbb kami lah orang last keluar).
Terus bayar balance pada agent and terus pemandu pelancong bawa kami ke tempat seterusnya. Kali ni mmg makRizq terus ja amik agent. Siap dengan driver sekali. So, agent yang uruskan penginapan and itinerary. Tapi iti tu ada pilihan. Bleh ja adjust2 ikut keselesaan ahli rombongan :).
Driver kami namanya abg Edy. Ramah dan baik juga. Okay sgt lah agent ni. Recommended. Kalau ramai2, elok lah amik agent ngan driver terus. Senang.
Destinasi pertama - gi makan tgahari.
Then diteruskan ke Kundasang.
On d way, kami berenti kat Rumah Terbalik.
Apa yang menarik rumah terbalik ni?
Tak menarik pun.
Takyah pergi pun takpe lah.
Tapi, oleh kerana bayaran masuk dah termasuk dalam pakej, maka, moh la kita pergi tengok.
Jadik lah merasa sekali ja.
Masa ni dah start hujan renyai2..hujan panas.
Da settle kat rumah terbalik, singgah pulak jambatan Tamparuli. Makrizq tak turun sbb masa tu hujan. Licin pun. Tunggu dalam kereta. Abang2 pegi la lalu jambatan tu.
Pastu kami singgah solat jamak kat masjid area pekan Tamparuli.
Seterusnya ke pekan Nabalu.
Wah. Dah banyak beza dah. Dulu masa kami pergi, ada sederet je kedai. Sekarang dah banyak. Rasanya, barang kat sini lagi murah berbanding KK / Pasar Filipin. So, siapa yang singgah kat sini, better beli lah souvenir dulu.
Dan sampai lah ke pekan Kundasang. Dah cantik. Kami pergi tahun 2011, jalan pun tgh nak buat. Sekarang jalan pun dah elok. Luas. Masa kami datang ni tgh ada pasar tamu (pasar malam). Best la tgk orang jual jual.
Pastu makan sayap madu (kepak ayam) kat Kundasang Cafe.
Sedap giler weh kuah ayam tu.
Sesapa datang sini, sila lah rasa.
Tapi, jangan lambat. Petang dalam kul 5 camtu dah habis dah.
Masa kami pergi tahun 2011 tu rasa mcm takde.
Abg Edy driver pun kata, mmg kepak ayam ni paling tersedap.
Sayap ayam wak ali - kundasang cafe.
Settle kat pekan Kundasang terus driver bawa kami ke homestay - Walai Tokou.
Masa tu pun dah nak maghrib dah. Masa kami pergi ni, jam 6ptg da masuk maghrib dah.
Badan pun dah penat, makanya semua berebut nak berehat je.
Homestay ni ada 4 bilik, tapi kami ada 3 famili ja, so, guna 3 bilik lah. Ada 2 bilik air. Selesa lah nak tido.
Yang best nya - view superb oiii.
Tak perlu nak duk hotel mahai pun, pemandangan gunung depan mata. Haha.
Homestay ni dkt sgt dgn Kinabalu Pine Resort.
Settle hari pertama yang panjang.
Rizq pun Alhamdulillah okay. Cuma malam tu merengek sket masa tido. Mungkin lapar agaknya. Dia tak makan banyak. Just menyusu je. Tapi lena je tido. Esuk bangun pagi riang gembira je.
Tapi, tetiba ada sesuatu pulak terjadi kat Rizq.
Okay. Kita sambung next entry pulak apa ceritanya.
Haha. Konon suspen lah tu :P