Pages

26 December 2017

Hello 2018!

Haha. Awal mak say hello kat tahun 2018.
Ala.. seminggu je lagi kan kita nak melangkah ke tahun 2018.
Fuh.
Tahun 2018.
2 tahun je lagi ke tahun 2020.
Dulu rasa jauhhhhh sangat tahun 2020.
Siap pikir ada keta terbang bagai *rolled eyes*

Itu tak pe lah lagi.
Dulu rasa umo 40 tu dah tua dah.
Sekarang ha. Ambik kau. Next year udah 39 tahun.
So, apa yang kita lakukan pada tahun 2017 ni.
Anything yang berfaedah? Yang menggembirakan?
Yang baik sebagai khalifah di muka bumi Allah ni?

Tahun 2017.
Rasa macam cepat sangat berlalu nya.
Entry blog paling sikit sepanjang menjadi penulis blog.
Hanya 80 entry setakat ini.
Tak sempat ke tah cemana tah.
Takde la nak kata sejak jadi mak mak ni feel menulis merudum.
Idak pun. Sama je.

Tahun 2017.
Apa yang menarik ya??
Biasa je. Pergi cuti cuti.
Join hari sukan office kat Cherating.
Pasal kerja pun sama je.
Takde apa pun.
Pendek kata takde la wow pun untuk tahun 2017 melainkan melihat anakanda kesayangan semakin cheeky.
Mungkin tahun 2018 ni ada something new.
Who know?
Hehe.
Ye lah weh. I think I need new environment.
Tepu. Plus yada yada yada (membebel lah tu).

Tu je kot.
Nanti kita citer lagi.
Tahun depan ke, tahun ni ke. Tgk keadaan.
Citer Sabah pun tak habis lagi tu.
Kena tulis tu. Kenangan semua tu.
Akhir kalam.. selamat menyambut tahun baru 2018.


1 juta komen:

Happy new year Kekda. 39 tak la tua sangat...

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign