Pages

12 October 2017

Rizq Jumpa Dr Natasha

[dah draft lama citer ni. Baru nak publish. Hihi. Kejadian adalah pada 19 Ogos 2017]

Setelah lebih setahun baru ada kesempatan nak bawak Rizq jumpa Dr Natasha.
Lagi pun saja nak tunggu klinik pindah ke tempat baru.
Nak tgk klinik baru.
Klinik lama di Wisma Perintis, Jalan Dungun Damansara.
Klinik baru di DC Mall, Damansara.

Memang dah lama plan nak bawa Rizq jumpa doktor.
Tapi, asyik lah bertangguh.
So, macam ada masa hari Sabtu.
Emel doktor tanya doktor ada tak hari Sabtu.
Doktor reply, kata dia ada - just buat appointment ja.
Terus call klinik.
Dapat appointment kul 9.45pagi.
Sokay lah.

Hari Sabtu tu, ada sket problem plak. Suppose nak keluar kul 9. Tapi, 9.30 pagi baru keluar. Dah la bukan biasa nak pergi DC Mall tu. Ingat senang ke nak pergi DC Mall tu. Berpusing pusing woh. Nampak macam senang. Tapi, kalau terlajak, memang kena main u-turn.

So, dalam 10.30 baru sampai.
Kebetulan dapat parking dkt lif yang terus masuk dkt dgn entrance KL Fert.
Keluar lif, belah kanan.
Dan masuk je klinik - Wow! sangat ni.
Cantik lah sangat.
Lupa plak nak ambik gambar.
Ala ala hotel sangat persekitarannya.
Dengan kerusi2 empuk.
Aih. Kalau gini memang terus rasa mood segar tau.
Sekarang ni kena ambik gambar dulu utk rekod.
So, receptionist kata puan kena ambik gambar dulu sbb dalam rekod takde gambar.
Wah.
Pastu dia bagi kad. Besar kad atm tu. Pada kad tu ada no rujukan kita. Makna, bawa kad tu each time datang klinik. Gitu lah.
Dulu pakai buku ja. Skrg dah ada sistem.
Dia panggil pun guna nombor tu ja.
Rekod mak pun masih ada kat derang.

Lama gak tunggu baru dapat jumpa doktor. Dekat tghari gak lah baru jumpa.
Sembang sembang jap dgn doktor.
Pastu doktor tunjuk gmbar2 kat dinding dia. Ada byk gambar baby2.
Ada salah sorang tu dia tunjuk. Dia ingat Rizq. Tapi bukan yang tu.
Hehe.
Semua tu baby hasil dari kemajuan teknologi perubatan bidang OnG.
Ilmu Allah ni luas kan. Dan kami salah satu pasangan yang berikhtiar melalui ilmu ini.
Alhamdulillah.

Cam biasa. Doktor Natasha sangat lah baik.
Ambik gambar dengan doktor.
Pastu dak Rizq meragam. Cakap kat doktor ada surau tak sini. Nak bf.
Pastu doktor yang siap pi bawakkan pi surau. Bukakkan lampu.
Yallah hai.... memang tersentuh hati,kan?
Nampak keikhlasan doktor ni.
Sebab tu lah ramai yang success dengan Dr Natasha.
Bila dia ikhlas, kita as a patient pun senang hati.
Doc kata anytime je dia terima if kami nak dtg treatment utk "adik Rizq" 
Haha.
Try natural dulu lah doktor. Hihi.

Okay. Kalau nak tgk keadaan klinik, bleh tgk kat web KL Fertility ni.
Sesapa yg tgh carik carik tempat rawatan fertiliti, boleh la consider klinik ni.
Saya sangat sangat recommend.
Boleh jumpa Dr Natasha. Atau nak doktor lain pun boleh.
Just call je. And kata nak buat appoinment.

Terima kasih atas komen anda :)

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign