Pages

15 January 2010

~Citer facebook~

Mmg facebook ini adalah web rangkaian sosial paling popular masa ini lah.
Boleh katakan sebut saja facebook suma org tau tak kira tua muda kan.
Aku pun bukan la lama sgt jadi ahli facebook nih. Baru je register tawon 2008. Masa tu blum kawen lagik then after kawen baru la aktip dgn menempek2 gmbr kawen.
Tp cam aku buat pada friendster camtu la gak kat facebook yakni aku find friend or approve friend yg friend aku jelah. Tkde hal plak aku nak approve entah sapa2. Yg saja2 nak add aku as friend, tp sebenarnya bukan la friend sgt pun..sj je kan.
Ok, stop! Stop pnstoberi. Rasa mcm entry berulang je kang kalo citer lagik.

Pasal facebook ni kan, memula aku nak citer pasal ini.
surat arahan KP Mampu. Boleh klik link tu utk baca selanjutnya.
Tatau la opis aku akan bukak semula facebook ni dari disekat atau trus disekat.
Tp aku rasa kalo tak sekat pun ok jugak. Tp pemantauan tu kena maksima la. Kalo da napak clerk kita dok melahu kat facebook tu tegur2 la kan. Sekali pandang dia tgk facebook ok la lagi, tp pandang 10min kemudian masih di facebook, trus la tegur [ini aku citer sbb dulu opis aku tak block facebook ni, tp ada kes kerani yg asik bercucuk tanam kat facebook makanya trus la seopis tak buleh bukak facebook waktu opis. Mengong!].
Atau pun pegawai2 yg leka pun, buleh la pegawai atasan dia tegur direct. Takkan nak maki lak org yg tegur tu kan.

Ok itu satu, pehtu plak dalam paper mana tah kata facebook ni banyak menyumbang kepada masalah sosial. Emm..yg ini tak leh la nak ulas pepanjang idup ko lah nak sesuai kan macamana. Tkde facebook pun ada gak masalah sosial. Facebook ini mcm penyumbang tk langsung la kan.

Dan yg terbaru adalah kisah student yg ditangkap sbb komen yg mungkin dianggap bergurau dalam facebooknya. Nak baca kisah2 lanjut buleh klik sini. Porem cari. Hehe..aku slalu gak lepak2 baca isu semasa kat situ.

Moralnya kalo nak letak status ke komen status org ke berhati2 lah. Sbb kita tak tau penerimaan org macamana. Pulak tu tatau org lain tafsir cemna. Mungkin ko komen tu dalam nada bergurau atau memain, tp bila dah ter kena dgn isu semasa yg sensitif skang, komen ko tu leh jadi sesuatu yg serius. Buleh bawak ke muka pengadilan. Kan dah tak memasal namanya tu.

Sng citer mcm ngan kengkawan kita la. Nak kata tak usah terasa sgt pun tak buleh jugak. Kadang kita ni kena peka. Aku kadang tu mau je balas komen dgn kata2 yg memungkin buat org terasa. Tp aku pikir balik, tk payah lah..kang jd panjang citer. Tp kadang ada gak yg meng komen tanpa pikir perasaan org. Hemm..entah ek. Mungkin kita anggap gurau, tp yg membaca tu plak terasa ati ditambah kalo da nak period tu kan. Lagi la corak penafsiran tu lain macam kan. Tu la..kita kena peka la..peka..bukan pekak. Pekak tu kalo,tempeleng kan jer kasik buleh dengar balik [ganas mu nihhh]. Tp mcm aku penah citer dulu. Kalo aku mmg da tak suka da ngan komen2 org tu, aku disable je dia. Mmg selamat lah. Kelibat update, komen dan segala2 lah aku da tk napak dah. Tp nak buat balik aku da tak reti dah.

Entah la ek..takkan la cara penggunaan facebook ni pun nak kena keluar pekeliling tentang prosedur dia kan.

p/s: Target utk cafeworld aku da tersasar. Igt seminggu leh naik level 40. Tp semlm baru naik level 40, makna da 2 minggu lah. Dan sket je lagi utk mencapai 1juta cafe coins..suda 900++ ribu. Yey! lepas ni baru leh hias2 kan kafe ku. Nak besarkan lagi takyah la..kang lagi melembap jadi nyer.

PnStoberi : Sendiri mau ingat sudaaa...

5 juta komen

Facebook sekarang dh terbukti medium buat marketing yang terbaik. :)

ENCIK OTTECK,
tenkiu la singgah umah ni. Hehe. Tu la facebook kalo betul cara penggunaannya ada kebaikan dia.

kita addict main game jerk kat FB..heheheheh

puan purple, samo la den...bejangkit dmam cafe world dr si ida la nih...hohoho...

PUANPURPLE,
kita addict kat cafe world jek. Lelain rasa tak kena plak dgn jiwa

SHAH,
caiyok! caiyok!..aku sudah cecah 1 milion cafe coins

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign