Pages

5 January 2010

~Sabar Pnstoberi sabar~

Huh! Aku tatau nak letak tajuk apa sebenarnya.

Ok cuba bayangkan situasi ini.

Ada seorang pesakit. Sakitnya adalah batuk seskit, selsema dan demam malam. Suhu badan pun tak tggi mana. Boleh la berjimba2 lagik. Cuma nak p amik ubat kononnya. Smpai ke klinik. Jam menunjukkan waktu 7.15ptg. Tv yang diletakkan di ruang menunggu (hala ke kaunter) menayangkan citer Balqis di TV3.
Pesakit mula mendaftar, isi borang segala.
5 minit kemudian azan maghrib kedengaran [azan tv].
Tak lama, nama pesakit dipanggil lantas diberikan nombor. Tertera di kad no. 54.

Dan kemudian pesakit masuk utk bertemu doktor.

Citer di TV3 telah bertukar kepada Detective conan.
Periksa itu ini kemudian keluar.
"kena amik darah" kata si pesakit kepada penemannya.
Temannya itu sedikit terkejut.
Ai, tk demam tak apa, apa kes amik darah plak.
Influenza A kah? H1N1 kah? Atau denggi [haishh..mulut ini tiada insurans kah?]

Tp pesakit tidaklah mengalami panas melampau, sawan, kencing kancing gigi dsbnya.
Boleh berjalan catwalk lagi. Boleh men drive lagik meredah jem. Motip nak amik darah bagai nih.

Then nama pesakit dipanggil utk ambil darah dan 10 minit keluar semula.
TV masih menayangkan citer Det. Conan.
Si peneman bertanya tempoh masa utk result diterima, kata si pesakit "kejap je".

Ok, kejap..tunggu punya tunggu punya tunggu punya tunggu..
kejap hapanya...da nak Buletin Utama dah ni oii..

Suasana klinik ketika itu mmg takde org..mmg takde pesakit lain lepas pesakit yg ttiba kena amik darah ni tadi.

Pulak tu si misi2 cantik jelita kat kaunter tu idak la pulak bagitau lama mana result amik darah tu tadi.

Si peneman mula la nak hyper. Dah bersuara sedikit. "Kul berapa nak tggu ni oiii" tatau la org dikaunter itu dgr ke tidak.

Dari si peneman itu meng hamuk2 di kaunter adalah lebih afdal si peneman tu keluar. Peneman berkata pada pesakit suruh ckp pada misi2 yg ramai di kaunter itu kata nak balik kejap. Lambat sgt aihh.. Pesakit pun bertanya la pada si org jg kaunter kata mau balik dulu tp si peneman tatau da pesakit ni kata apa kat misi2 tu. Malas nak amik tau. Lembapsss.

Dan terus balik la pesakit dan penemannya. Tak pegi balik pun kat klinik tu. Aku boleh bayangkan yang misi2 itu memanggil2 nama pesakit tp tetiba pesakit da takde. Itu lah padahnya kalo buat keja tak efisen, lenkali sila lah bagitahu berapa jam kena tunggu nak amik result itu.

Aha..sudah phm situasi itu.

Aku tak leh trima la klinik2 yg me lembap nih. Dari tak sakit pun leh jd sakit sbb menunggu terlalu lama. Ok, aku tau prosedur utk tggu result darah. Mmg kena tggu dalam sejam camtu sbb aku pun penah kena amik darah bln 3 thn lepas. Tp org makmal itu siap ckp, tggu dlm 45 minit ye. Ha, ok la camtu. Sng la kita nak plan nak buat utk menunggu. Ini tak ckp siap berapa lama pehtu menunggu dari satu cerita ke cerita kat tv tu. Aku ni solat idak lagi. Kang smpai ke Isyak lak melahu kat situ. Yg misi2 itu pulak sedap nyadin aku tgk berlonggok kat kaunter tu.

Lepas tu kami gi klinik yang biasa kami gi. Owh. aku amik masa okeh. Dlm 26 minit suma siap. Takde la amik darah bagai. Motip ko nak amik darah?? bukan demam gigil2 pun. Aku dulu kena amik darah lepas 3 ari demam tak kebah. masa tu H1N1 tu tak glamer lagik. Maka suspect denggi. Tp ok je. Alhamdullillah, cuma penyakit UTI tu shj.

Lantak..mmg aku tak jejak lagi la tpt tu. Tk penah aku buat camtu. Cabot je balik tk amik ubat. Haha. Padan muka kowang. Bongokss...!

Dan lokasi klinik itu adalah sepelaung je dari umah aku. Klinik itu juga ada hospital. Aku dpt pikir apa motip ttiba dia nak suh amik darah itu sbb aku slalu gak dgr citer kalo org bersalin dekat hospital ini mesti kena operate walo takde kompilasi eh..silap..ingat kaset kah.. walo takde komplikasi. Ha..baru btul.
Giler ko. Seb bek retu masa aku sakit mata aku tak pegi ke sini. kalo tak, mau dicuci2 je bijik mata aku nih. Atau kalo nak amik ubat gatal kan mau tetiba dia dressing cuci gatal2 tu. Ngeri.


Puanstoberi : takut kena inject kat bontot

Picture credit : here

4 juta komen

ahahaha...klako la cite ko...

kan bagus kalo ko papar kan di sini nama klinik tu...manalah tau kot2 nnti aku terpegi...;p

mana leh aku papar kan. sat gi dia saman aku kang. Hehe. Tp aku dh hint dah yg klinik tu ada spital jugak. dan dkt2 ngan umah aku. Buleh agak la kat mana. bkn suma spital ada klinik yg bkk 24jam

SALAM SINGGAH N SALAM PERKENALAN

NICE BLOG!

TERUJA TENGOK STROBERI YANG MENGIURKAN TU..

tihara,
slamat datang.. hehe..sila lah menjamu mata dgn stoberi itu yer. hehe

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign