Pages

10 January 2010

~PnStoberi dan berita minggu ini~

Rasanya 1 negara dah tau berkenaan berita paling menjadi topik perbualan mggu ini.
Dalam tempoh seminggu kita dikejutkan dengan berita yg selalu kita tonton pada movie luar negara. Macam tk percaya, namun itulah hakikatnya.

Berita paling tragis dan sadis yg pertama adalah ini.

Pembunuhan paling ngeri

TAMPIN 6 Jan. - "Sampai sekarang saya masih tidak dapat bayangkan bagaimana penderitaan mereka yang dibunuh dengan kejam," demikian kata Zaharah Atan sambil menyifatkan tragedi pembunuhan itu paling ngeri.

Zaharah, 59, merupakan isteri kepada Ismail, 76, yang dibunuh bersama ibu bapa Zaharah iaitu Sufiah Keatas, 80 dan Atan Daud, 90 di Kampung Batang Rokan, Gemencheh, semalam.

Turut dibunuh ialah anak Zaharah, Siti Khadijah Ismail, 22, pelajar jurusan Kejuruteraan Elektronik di Politeknik Port Dickson.

Bacaan lanjut : Utusan Online

Berita kedua ni tak lah menggemparkan sgt tp bagi aku mcm berkait jugak dgn berita kat atas ni.

Isteri parah bakar diri

Oleh RIADZ RADZI, ZULFA MOHAMAD dan MOHAMAD DANIAL MOHD SAAD
am@hmetro.com.my

ALOR STAR: “Dalam keadaan badannya terbakar, saya nampak dia berlari sambil meraung kesakitan sebelum rebah,” kata Marzuki Jamaludin, 39, suami kepada Rosiana Rosli, 36, yang parah selepas membakar dirinya di depan rumah ibunya di Kampung Sungai Buaya, Bukit Panchor, Nibong Tebal, Pulau Pinang, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam, Rosiana melecur dari bahagian pinggang hingga kepala selepas bertindak nekad mencurah badannya dengan petrol sebelum membakar dirinya menggunakan api lilin.

Marzuki ketika ditemui, berkata beberapa jiran turut membantu memadamkan api pada badan isterinya itu sebelum dia rebah sambil meraung kesakitan.

“Dia merintih kesakitan dan saya memapahnya sehingga cebisan kulitnya turut terlekat pada seluar dan baju saya,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, semalam.

Bacaan lanjut : myMetro

Kalo dipikirkan secara logik, menda2 macam ni tak patut dan tak akan terjadi. Bagi berita pertama tu, mangsa dipercayai dibunuh oleh ahli keluarga sendiri. Macamana dia tergamak bunuh semua2 tu dengan cara yg kejam dan kemudian boleh plak bawak kepala ayah dia ke hulu ke hilir. Wallahuallam. Hanya Allah sahaja la yg tahu.
[u know what, aku adalah terbayang org yg duk sblh dia-kalo ada la kan- masa dlm bas ke komuter ke, masa dia bawak kepala tu cemna la keadaannya. Adakah napak kepala tu sebijik2, atau napak bungkusan yg pelik..iskk..aku ni asik terpikir itu jer. Ngok ngek sungguh lah]
Memula aku pun pikir mungkin suspek tu "tak sihat akal" ke, tp dari cerita2 yg dibaca macam napak dia adalah normal. Tp taktau lah. Biarlah pihak yg berkenaan yg mengendalikannya.

Bagi kes kedua pulak. Pun tk sgka jugak seorg ibu yg kecewa sgt ngan anak dia smpai amik tindakan nak membakar diri. Hai..mmg la ada perumpaan ibu ibarat sebatang lilin yg membakar diri [eh..bkn ini perumpaan utk guru ke..ah, kira boleh je lah yer], tp smpai nak membakar diri ko bebtul apa kes pulak. Hai la hai..anak tu pun kan pi mana, gi umah nenek dia je. Nenek tu plak duk dekat je ngan umah dia. Pelik tp benar. [memula aku dgr berita tu aku ingat India, hehe. Kan slalu citer tamil tu, derang ni suka bakar2, hantuk2 pala kat dinding,duduk tgh jalan ketapi. Hehe]

Cuma secara peribadi aku adalah berpendapat; di ulangi yer, ini adalah pendapat peribadi aku. Tk tertakluk kepada mana2 pendapat lain, kalo ada yg sama tu sama la. Ni just my opinion lah. Dari kedua2 kes ini aku rasa yg benarnya adalah tekanan perasaan, atau mungkin juga depression. Nak kata tak kuat iman tu aku tak berani nak hurai la sbb macam kes bunuh tu suspek dikatakan solat Subuh berjemaah dgn keluarga dia pagi hari kejadian tu. Tp tugas syaitan adalah menyesatkan manusia kan. Nak kata imam ke sapa pun ttp akan ada diganggu oleh syaitan nih.
Suspek bagi kes bunuh tu da berumur 34 thn dan ditimpa pelbagai ujian dlm hidup dia. Putus tunang lah, berenti kerja la, walhal dia jugak penah belajar kat IPTA. Mungkin dia pikir, org lain dah berjaya kemana2, dh stabil life nyer, sdgkan dia masih lagi tercari2, baru nak bertatih bina hidup. Memendam2 rasa akhirnya da tak tahan itu lah yg terjadi.

Utk yg bakar diri plak, dlm Metro tu kata family ni tergolong dlm family yg susah. Pulak tu kalo diikut umur mangsa yg bakar diri tu ngan anak sulung yg umo 17thn, dia ni kawen dalam umo belasan tahun jugak lah. Tk sempat nak berenjoy2. Mungkin tgk kawan2 senang lenang, ada anak rajin gi sekolah, tk membantah, kena kat dia camtu plak. Lagipun, bkn senang nak berhadapan dgn bebudak yg sedang meningkat remaja ni. Anak buah aku yg form 4 tu mmg kerap la aku tgk "bertekak" ngan mak dia. Tk kata dia, aku dulu pun mmg slalu je bertekak ngan mak aku. Ada je kita tak sependapat.
Jadi bila dah memacam masuk dlm pikiran dia, ha..jln penyudahnya itu lah. Bakar diri. Tp kan lagi mendatangkan masalah. Udah satu hal plak la anak dia ke mak dia ke nak jaga dia. Duit ubat lagi. Nak gi klinik lagi. Adeyyyy...

Tp tulah, kadang aku sendiri rasa diri aku tak sebertuah org lain. Org lain kawen je trus dpt anak. Pastu pulak kawen pun awal je. Abis U trus dpt keja, trus kawen. Dpt lak asben yg byk duit, mintak je dpt. Mudah je aku tgk life derang. Gembira, ceria takde masalah. Keja pun bebagus, senang naik pangkat, gaji ribu2, dah beli umah dah beli keta beso.. tp aku tahap2 gini je.

Cumanya, aku slalu kena muhasabah [ke musabahah?..tp tak mungkin munasabah..hehe]. Kalo aku rasa diri aku tak bertuah ada lagi org tak bertuah. Ini kira ok la, dpt mem blog ngan aman, dpt main facebook, dpt masak kat cafe world. Hehe. Udah.udah. kang bukan2 je citer lain naik kang.

Dah la. Nak merehatkan minda..nati depress plak. Ekekekkeke.

PnStoberi : menghargai kehidupan yang diberikan oleh Allah SWT.

3 juta komen

tue la takutkan macam2 kejadian berlaku...mintak di jauhkan lah semua tue..amin..amin

mmg la puanpurple, takut tgk keadaan skang ni. Hanya doa la dpt kita pohon agar diri kita dan keluarga dilindungi oleh Allah.

sbb itu kita dibekalkan dgn iman supaya apa jua dugaan melanda kita hadapi dgn tabah...

Ya Allah Ya Tuhanku, kuatkanlah imanku dlm mghadapi segala apa jua dugaan yg Kau beri...aminnn

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign