Pages

3 December 2012

Edisi Diet vs Jaga Makan

Ada yg bertanya
"akak tak makan nasik ke?"
Aku jawab
"hari ni tak"
Jawabnya
"diet eh?
Aku jawab
"takkk.. jaga makan"
Dia kata pula
"Diet la tu"

What say u?
Entah. Dlm hidup aku ni, mmg tak penah ada diet2 bagai ni.

Tp ce tgk definition aku amik dari sini 
Nutritionists use "diet" to mean all the food you eat. Diet is not just menus for a day or week, but your usual food choices over time. Many other people use "diet" to describe a plan for weight loss or a specific prescription. 

Balance diet la kot kan kalo jaga makan ni
Eating a balanced diet means choosing a wide variety of foods and drinks from all the food groups. It also means eating certain things in moderation, namely saturated fat, trans fat, cholesterol, refined sugar, salt and alcohol. The goal is to take in nutrients you need for health at the recommended levels.
Source : sini 

Tapi kalo bebetul nak balanced diet ni kena tau kalori berapa berapa seme tu.
Aku maleh. Kuasa ah nak tau. Retu penah la aku print senarai makanan n kalori dia. Tapi ingat rajin ke nak ikut seme tu. Seketul ayam kari berapa kalori, ikan masin berapa kalori. Eh..kuasa. Kalo camtu baik aku jadi nutritionist je.

Tapi, jaga makan simple.
Makna nak jaga/maintain berat badan je lah. Dan dalam masa yg sama aku taknak menghalang apa aku nak makan. Utk aku yg tak suka makan ni, takde masalah lah kot. Org sebuk2 durian crepe, aku tak rasa apa pun. Sbb aku tau aku tak suka. Huhu. Dan masa aku pegi MAHA tu ari (eh, pegi rupanya.. hihiw), aku rasa dah durian crepe tu. Haaa... mmg bukan kegemaran aku. Rasa durian yg 'pekat', lembik2 gitu. And luckily, my housemate pun tak berapa sker sgt durian. Sbb aku mmg tak suka durian walo kat umah kampung tu mmg ada kebun durian peninggalan arwah ayah aku.
Dan lagi ketinggalan bila aku tak penah makan lagi beger bakar ke apa seme tu. Sbb aku tau, akan membazir je kalo aku makan. Cheese Burger McD tu pun kadang abis kadang tak aku makan, apatah lagi nak makan yg beso2 gitu (err.. boikot McD.. terpulang.. ). Tp kalo ada kesempatan nak makan, buleh la cuba. Tp nak beratur pepanjang, berpanas berhujan kerana makanan, tu mmg bukan aku la. 

So, skang aku nak maintain berat dalam 45kg - 47kg saja. Smlm timbang 47 point berapa tah. Nak turunkan lagi smpai 45kg saja. Jaga makan, jaga badan. Tp retu kat Marriot aku belasah je segala tiramisu, eskrem.
Tp pepandai la balanced kan pula. Takyah la makan nasik lagi dah. So, makan apa kita nak, tp dlm kuantiti yg sedikit. Ala, dulu rasa nasik suku tu tak cukup, tp skang cukup ja. Amik la nasik ujung senduk je. Lps tu esuknya takyah makan nasik, lusa baru makan. Boleh je sebenarnya tak makan nasik. Kita je duk risau2. Yer, retu lps kawen mmg berat aku mencanak2. Skang, Alhamdulillah.... dah turun sket. Ada sorang akak tu kata sbb aku duk HR smpai kurus. Hihi.  Ye ke? Aku rasa tak lah. Aku rasa sbb aku amalkan pengurangan makan nasik tu and seme aku makan pun dlm kuantiti yg sket. 
kredit : Here

Edisi Aku Berat Hati, Kenapa Kau Susah Hati

Perbualan kosong. Sekadar berbasa basi kata orang. Nati dikatakan sombong pula.
A : "Beratnya rasa nak pegi course ni"
B : "Ala, tu berat tu pasal nak tinggalkan cik abang la tu"

Hek ele.
Mengapakah masih ada orang2 berpemikiran kolot begini di zaman2 globalisasi nih yer. 
Serius pelik. Ruang lingkup pemikiran masih tertutup.

Berlawak 'cliche' sebegitu dah lama orang tinggalkan la.
Taknak pegi kursus sbb tak sampai hati nak tinggalkan laki/bini.
Dan lagi la tak relevan kalo yg menuturkan orang dlm golongan PnP.

Our responsible.
Bukan taknak pegi atau berat hati ni sbb suami ke isteri ke apa.
Tapi cuba pikir. Orang yg taknak pegi tu mungkin ada tanggungjawab yg lain.
Perlu menghadiri kuliah contohnya. Lagi pula ada tugasan utk dibawa ke markah akhir (carry mark).
Bukan pasal berat hati nak tinggalkan laki ke bini ke.

Contoh la katakan aku la yg A tu (ke mmg aku? Muahahah)
Aku bulan ni je dah berapa tpt aku pegi. Dah berapa kali aku 'tinggal' laki aku.
Dari lps raya haji - seminggu aku di kampung temankan mak. Then aku trus ke Sabah. 3 hari. Then ke Terengganu. Then ke Marriot tu plak. Semua tu hasben aku kat KL, mmg tak pegi dgn aku. Apa kes plak aku berat hati kerana nak tinggalkan laki. Kita mmg bekerja. So, tanggungjawab tu bukan lah utk family semata-mata. So, takde masalah aku rasa kalo nak tinggalkan suami kerana kerja bila mana dia redha.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengenai Asma’ 

binti Abu Bakar yang  membantu  suaminya,  Zubair bin Awwam dalam  menguruskan
segala kerja suaminya seperti mengurus kudanya, menumbuk biji-bijian untuk dimasak,
dan membawa biji-bijian di atas kepalanya dari kebun yang terletak jauh dari rumahnya. 
Jika dinilai kisah Asmak binti Abu Bakar ini dimana beliau membawa hasil tanaman jauh 
dari rumahnya dan perlakuan beliau dilihat sendiri oleh Rasulullah  s.a.w dan baginda 
tidak berkata apa-apa bukti menunjukkan keharusan wanita keluar untuk bekerja. Di 
dalam hal ini Zubair ketika itu sedang sibuk berjihad untuk mengembangkan syiar Islam 
dan beliau tidak mampu mengupah pembantu untuk melakukan kerjanya. Dan dari satu 
sudut dapat dilihat bahawa Asmak walaupun bekerja dia tidak pernah mengabaikan 
urusan-urusan rumahtangga seperti yang diriwayatkan oleh Muslim didalam hadis yang
sama ) . Dan di dalam hal ini juga zubair telah memberi keizinan 

kepada isterinya untuk keluar bekerja. 

Persoalannya, bukan aku nak berhujah perihal hak hak isteri pula. Cumanya, tak perlu kot nak buat lawak cliche, lawak lapuk yg kata malas nak gi course sbb tak sanggup tinggal suami la apa tu. Tu lawak kat kenduri kawen kampung kampung boleh la. Ni lawak plak kat tpt yg kalo orang lain tengok mmg orang yang menyertai adalah golongan yg kononnya semua kategori 'profesional'. Eh. Malas lah nak layan orang camni. Anoyying. Se- annoyingnya. Orang lain mungkin senang dgn lawak lapuk camtu. Dgn aku, mmg tak la.. zaman dah maju nak buat lawak mengong camtu. Eh. Jap, tapi kalo yer pun aku berat hati kerana nak tinggalkan laki la kan, apa salahnya kan. Suami kita. Ko senak perut pasaipa?

Kita ni ada banyak lagi tanggungjawab untuk memajukan diri. Jangan la nak komplen sana komplen sini. Seronok menjaga tepi kain orang. Smpai bila nak maju kalo duk ada orang yg asik berpikir camni yer. Hurmm... kesian....

p/s : Kesian kat Lisa Surihani masa ML tu ari. Kenapa la AC tanya ke dia secara umum camtu. Mmg dia gelak2, tapi.. aku tau cemana dia rasa. Pulak bila AC kata 'sibuk, tak sempat jumpa kot' dan dijawab dgn hilai tawa para penonton. Bagi aku tak perlu kot tanya bila nak mengandung, apatah lagi secara terang-terangan camtu. Tp bagus pun dia bagi jawapan 'minta AC tolong doakan lah'. Bila bila ni bukan kerja kita. Apa yg dia nak cuba sampaikan? Eh. Aku plak emo. (T___T)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign