Pages

11 July 2020

Lebihan Bayaran Balik LHDN : Vacuum Philips

Anda semua dah beli apa dgn bayaran balik (refund) LHDN?
Ngeh ngeh ngeh.
Utk tahun ni, misi I dengan refund LHDN adalah vacuum cleaner.
I settlekan buat E-Filing before PKP.
So, masa awal PKP tu duit da masuk akaun.
Best..best..

Vacuum cleaner Shimono yg beli kat Go Shop da rosak.
I suka tau vacuum tu. Ringan. Pastu simple. I tak suka la vacuum yg besau2 pastu ada belalai2 tu. Yg ada dulu macam tu, I da bagi kat rumah anak yatim. Makan ruang.
Tapi, shimono tu pakai berapa tahun je dah rosak. 2 tahun kot.
Apa lah. Pastu nak call Shimono pun tak ter-call.
Maka, biar dulu.

Lepas tu, tgk review2 orang kata robot vacuum best.
Mula lah I terpengaruh.
Sepanjang PKP berfikir nak beli ka dak.
Dah siap masuk cart kat Seng Heng online tuh.
Hahaha.
Masa tu rasa, biar lah beli yg mahai sket. Berbaloi.

Tpi, fikir lagi.
Maka, teringat nak beli Philips Aqua yg Amway punya.
Rega pun lebih kurang je kan.
I kan sejenis tak sabau. Memang takde la nak kutu putu mutu ni.
Kawan yg agent Amway da approach suh jadi ahli sbb dpt harga lagi murah.
Tapi, fikir lagi.

Lps tu, hehari bertapa kat Lazada.
Riki riki lagi.
Pastu, tgk org review brand Khind kalau tak silap.
Murah. RM400 camtu ja.
Pastu I tgk kt shopee. Design sama lebih kurang yg dari China OEM. Tp rega dlm RM60 dpt. Eh. Takmau lah. 
Lagi 1, tak suka design bulat2 ni. I mmg suka design petak.
Tgk la pinggan makan I pun, petak.
So, yg petak ada - Philips.
Pikir kejap je - masuk cart - terus beli. Hehe. After PKP la masa tu.

Masa tu, I mmg aim nak beli cordless vacuum juga. Tp, I tggu 7.7 punya sale pulak.
Sebenarnya ada sbb I taknak amik philips amway punya tu.
Sbb tak minat design yg bucket tmpt habuk tu kat tempat pemegang.
Tak suka.
I memang suka yg jenis slim2 je.
Dyson pun camtu. Bucket dia kat atas. 
I amik Philips gak. Tp bukan yg bucket kt atas.
Plus ada mop skali.

Yang robot vacuum tu, for me - mmg berbaloi sgt guna.
U guys yang tkde lagi robot vacuum ni, mmg I recommended sgt lah.
Beli lah sebijik.
Tak kesah la cemna pun.
Yg murah, yang mahal ka. Sama je.
Kalau mahal tu, dia model baru. Dia bleh link dgn phone kita. Ada apps, yg kita boleh on dia dari memana. Contoh kita kat ofis, pastu suh dia buat keja dulu. Nanti dia gerak je sendiri. Bila kita balik dia dah sapu semua. Bersih dah la kiranya (tu pun kalau dia tak stuck kt bawah katil tak dpt keluar ke apa. Haha). Ada juga yg ada kepala atas dia. Kira sensor lah. Dia bleh aim dah sesiap kat mana tempat yg dia belum pergi. Ha. Kira AI lah kan. Buleh gak map kan rumah kita bagi dia ingat. Memacam lah. Tu yang mmg model baru.
I beli Philips Robot Vacuum ni, model lama. Tahun 2017 kalau tak silap dia keluar. Tp, okay ja. Dia buleh ja balik sendiri bila bateri da abis. Caj dalam 4-6 jam. Dia akan kerja 2 jam tanpa henti. Mmg terasa la beza kaki bersih. Rasa rumah bersih. Lantai Vinyl tu mmg rasa bersih je bila pijak. 
Memang recommended!

Yang vacuum mop ni I tk try lagi.
Nanti kalau dah try baru I review ya.

So, itu lah dia duit lebihan bayaran balik LHDN utk tahun 2019.
I mmg suka bagi "nampak" duit refund ni.
Last year beli apa ntah.
Lupa pulak.
Tahun depan apa pulak nak beli ya.
Haha.
Tpi, kena la plan sesiap supaya dpt banyak exemption.
InsyaAllah.
Best apa potong LHDN ni tetiap bulan. Mcm menabung gak lah. Hahaha.

10 July 2020

Breastfeeding Peer Counselor Kuala Lumpur

Dah lebih setahun menjadi Breastfeeding Peer Counselor.
Tapi, atas komitmen kerja hakiki, kerja NGO yang satu ini terkadang terabai.

Namun,
Saya masih BFPC.
Masih ahli MBFPCA.
Masih boleh dihubungi untuk mendapatkan consultation.

Anda ibu hamil yang mempunyai vision utk menyusukan anak dengan susu sendiri?
Anda ibu yang pernah berhajat untuk menyusukan anak dengan susu sendiri, tapi pernah gagal?
Susu saya sikit je, mana cukup utk baby?
Saya pernah gagal menyusukan anak, tak mungkin dpt lagi untuk menyusukan anak selepas ini?
Salah kah saya top up dengan susu formula?
Susu saya sikit, saya memang keturunan susu sikit?
Nipple saya tenggelam, mana boleh susukan anak?
Anda kurus dan tak yakin boleh menyusukan anak?
Dan pelbagai lagi soalan.

Come, mari kita troubleshoot prob ibu2 yang budiman.
Di mana saja anda berada, saya boleh bagi bantuan.
Jika tidak saya, rakan2 saya seluruh Malaysia boleh bagi bantuan.

Kami amat support ibu2 untuk menyusukan anak sendiri.
Jangan risau.
Kami akan bantu anda.
Yang penting, anda perlu ada semangat untuk susukan baby sendiri.

Kalau saya - yang melahirkan anak pada usia 36 tahun dgn berat 45kg boleh menyusukan anak dengan susu sendiri sehingga lebih 2 tahun, dan bekerja waktu office hour boleh, tentu anda pun boleh.

Consultation secara WA secara percuma saja.
Dan kami juga boleh buat home visit pada ibu2 yang masih berpantang.


7 July 2020

Happy 4th Birthday Rizq Iskandar




1 Jun 2020.
Hari lahir Rizq Iskandar ke 4 tahun.
Tak sempat nak menulis pada hari lahirnya tahun ini.
Takpe lah.
Kita injak sket sebulan.

Tahun ni, cadangnya kami nak celebrate birthday Rizq cum open house raya.
Sbb da lama tak buat open house.
Plan dah buat lama.
Tapi, plan Allah itu lagi terbaik.
Birthday Rizq masih PKP.
Jadi, tiadalah sambutan secara besar-besaran.
Hanya lah kami 3 beranak sambut.
Bersama opah.

I nak buat theme cake.
Sbb Rizq Iskandar dah pandai apa itu 'happy birthday', jadi dia request kek babybus.
Emak pun carik lah baker. Jenuh mencarik di IG dan gamble aje mencuba lepas tgk dari gambar.
Turn out - ya... the best cake in town. Emak gembira dan puas hati.
Emak tak salah pilih.
Sudah la baker's tu mmg dekat dgn rumah.
Sedap pulak tu.
Emak tempah 2 minggu sblm. Kenapa ada yg kata tak sempat nak buat ya? Hurm. Maybe kena tempah setahun sebelum.
Takpe. Emak dah ada baker yg sedap n harga reasonable.
Emak mmg rungsing kalau ada baker yg selalu menceceh mengatakan customer bising pasal harga kek. Sebab bukan semua customer semacam itu. Eh. Ada je customer yg tak kesah bab harga, asal jangan lah harga yahudi dan kek pun sememeh. Kalau sedap. Okay saja. Ramai customer macam tu, tapi, asik la menceceh dgn customer yg kedekut. Itu tak kena, ini tak kena. Sudah la. 

Okay, back to my cake story.
Emak berdebar tau. Iya lah. Cake baby bus ni jarang orang buat.
Satgi kang jadi - what u expect... dan bila sampai what u get - kek yang buruk2 herot petot macam ini. Hahaha.

Tapi, yg dpt ni, what u expect, is what u get.
Wah..gitu lah perumpamaannya.
Emak amik dalamnya kek pandan gula melaka.
MashaAllah. Memang sedap. Sedap. Sedap.
Kalau tak percaya, tanya lah kawan2 emak.
Emak dah siap repeat order bawa ke office lagi.
Dan mereka pula repeat order lagi.
Ha. Sumpah sedap tau.

So, mari tgk kek yg cantik sangat ni.





Utk area Sentul, Batu Caves, kalau nak carik kek birthday bertema / theme birthday cake, boleh contact baker ini- https://www.instagram.com/dlanara.dl/

Harga pun mampu milik. Jangan risau.
Emak dah try pandan gula melaka, congo bars. Memang diakui sedap.
Sila lah cuba. 

6 July 2020

Al-Fatihah : Abang Nyah Pergi Buat Selamanya

"Dukacita dimaklumkan, abg saya Jamil Ramlee telah menghembuskan nafas yg terakhir sebentar td.
Mohon doa dr semua"

Status pada 5  Jun 2020.

Tak sangka menulis status sebegitu. Dan tak beberapa minit, dihujani dgn takziah dari rakan taulan.
Itu lah juga yang ditulis dalam Whats App status.

Abang Nyah - abg pertama kami - tp no. 2 dalam adik beradik. Yang sulung - kakak. 

Abang Nyah mula sakit dalam bulan 3. Tak tahu apa sakitnya. Tp bila bawa ke hospital, dikatakan paru2 berair. Jadi, proses utk mengeluarkan lebihan air dibuatnya. Masa tu cuti sekolah bulan 3. Sepatutnya kami sekeluarga ke Johor. Anak abang yang tinggal di sana bertunang. Homestay pun dah dibooking. Tapi, sbb kami tak sedap hati. Abang sakit, kami pula nak pergi travel. So, cancelled. Jadi, cuti yg dah lulus utk pergi Johor tu kami tukar utk balik Ipoh. Melawat abg Nyah di Ipoh.
Dan.
Itu lah kali terakhir aku bertemu dan bercakap dgn abangnyah secara realiti.
15 Mac 2020. Dan sempat kak ipar mengambil gambar kami. Abang ketika itu, kelihatan sihat. Makan pun berselera.
Masa tu, aku dan husband bergilir naik ke wad. Sbb Rizq ada skali.

Selepas tu - diumumkan PKP. 18 Mac bermula PKP. Kami tak dpt visit abg Nyah. Dia pun dah keluar hospital tp dikhabarkan pula ada masalah jantung dan seterusnya perlu ke IJN utk pemeriksaan lanjut. Masa ni mmg agak sukar. PKP- mana boleh keluar daerah sesenang itu. Dan akhirnya mereka gunakan khidmat ambulans swasta dari Ipoh utk ke IJN (Hospital tak sediakan ambulans sbb standby covid. Masa tu mmg tgh tinggi sgt kes Covid). Kalau bawa kereta, hanya seorang yang boleh drive. Abangnyah masa tu perlu bantuan pernafasan.

Husband sempat tunggu di IJN. Tapi tak dapat jumpa. Ketat. tak boleh masuk. Sbb kes covid juga (T____T).

Dan selepas di IJN lah kesihatan abgnyah makin merosot.
Maybe abgnyah down. Maybe abgnyah de-motivated bila doktor tak sarankan utk buat bypass macam orang lain. Ya, ini lah kali pertama kami tahu yg org pergi IJN tak boleh nak buat bypass.
Sbb bacaan jantung abgnyah rendah. Risiko kalau buat.
Allah... masa tu kami dah rasa lain..lain sangat...
(tak ingat date abg jumpa doc di IJN ni, tapi rasa macam awal bulan April).

Dan seterusnya kami berhubung dgn grup Video Call.
Emak pun tak dpt melawat abgnyah sbb emak duduk di rumah kakak di Taiping.
Tak jauh pun. Tapi, sbb tak boleh merentas daerah - jadi emak pun tak dpt melawat.

Hinggalah hari raya.
Sekejap je kami dpt VC. Masa tu keadaan abg nyah makin merosot dah.
Tak lalu makan. Asik muntah. Emak masa ni dah ada kt rumah kami.
Makin risau hati emak, tp apakan daya. Masih tak dapat merentas negeri. Emak dpt dtg rumah kami masa dpt kebenaran melalui Gerak Malaysia tu.

Dan 1hb Jun - birthday Rizq.
Siangnya kami celebrate birthday Rizq di rumah.
Dan malam tu - belum sempat kami lena - kak ipar call emak.
Emak dah meraung2. Eh, kenapa ni. 
Rupanya abgnyah dah masuk wad kecemasan.
Dan doktor nak buat prosedur. Keputusan dari prosedur ni 50-50.
Buah pinggang abg tak berfungsi - kena buat dialisis which is - kalau jantung tak bertahan masa dialisis ni, abg boleh pergi selamanya.
Kami di KL tak keruan. Emak apatah lagi. Husband terus ke balai polis utk dapatkan kebenaran merentas negeri. Jam 2.00 pagi. Tapi, tak dibenarkan. Atas alasan - abang ipar. Tapi dia minta datang waktu pejabat esuk pagi (maybe bagi mereka kalau orang mati, waktu pejabat saja).
Pagi 2hb kami terus bersiap. Mana mungkin dapat lelapkan mata. Bagai bom atom nak meletop rasanya dada ni. Risau kalau ada panggilan lagi. Tp Alhamdulillah, hingga jam 8pagi, tiada apa berita buruk kami terima. 
Tapi Ya Allah..berlikunya laluan nak balik ke Ipoh.
Jam 8.00 pagi kami ke balai polis. Tak dpt kebenaran - nak surat dari hospital mengatakan abg ditahan di wad - minta abangcik yg kt Ipoh pergi hospital. Dapatkan surat. 
Sementara tu kami ke office dapatkan surat majikan utk rentas negeri. Da dapat surat majikan, kami cuba utk dapatkan kebenaran dari balai polis berhampiran area office - pun tak boleh. Sbb kena pergi balai yang dkt dgn alamat rumah. 
Allahu. 
Masa ni da dkt tghari. Kami pun dgn tak breakfast lagi. So, terus pergi beli makanan - balik rumah dulu. Makan. Dan masa tu, abgcik WA surat dari hospital. Pergi office utk print dan baru husband pergi semula balai polis.
Dekat balai pulak derang nak 2 copies semua dokumen tu. Allahu..kenapa la dari pagi tadi tak bagitau. Susah. Susah sgt. Prosedur yg sebenarnya simple pun jadi bermacam.
Tertido2 kami di rumah. Akhirnya jam 1.30ptg baru kami gerak.

Alhamdulillah. Sampai di Ipoh dalam jam 3lebih.
Tapi, kami tak dpt pergi melawat pun. Abgnyah di ICU - tak sedarkan diri. 
Dalam maghrib, doktor merawat abgnyah call utk panggil waris terdekat seorang. Abgcik dan anak abgnyah pergi. Mulanya mereka kata nak pasang stand pada jantung. Tapi, bila pergi, dikhabarkan dgn berita duka. Abgnyah mungkin akan pergi bila2 masa. Paling maksima buleh bertahan smpai esuk pagi.  Semua organ dan tak berfungsi. Dan semua famili boleh dtg utk bacakan Yasin. 

Allah. Seperti dalam drama rasanya. Sungguh. Aku tak pernah rasa macam ni.
Tak tau apa perasaan. Masa tu ramai kawan2 WA bila tgk status dalam WA. Terima kasih kawan2..
Tapi, Allah Maha Berkuasa. 3hb - Rabu - bagai ada keajaiban abgnyah dah ada perkembangan baik. Abgnyah kuat.

Tapi, pagi tu - aku bagitahu pada family, kita cuba minta kebenaran utk emak naik ke ICU bertemu abgnyah.
Mana lah tahu, kalau abgnyah perlukan kehadiran emak. Biarpun dia tak sedar.
Jadi, kami pun minta kebenaran doktor yg merawat utk bawa emak. Dapat. Dan dipermudahkan bila yg merawat abg adalah anak murid abgnyah. Ada 2 orang doktor disitu anak murid abgnyah dan mereka sgt mengenali abg nyah.

Selepas tu, kami balik kg. Masa tu hati aku berbelah bahagi - nak balik KL atau balik kg dulu. Abgcik kata "jgn balik dulu, kalau jadi apa-apa susah nak dtg balik"
Betu lah. Kalau nak dtg balik, satu hal nak dpt kebenaran merentas negeri sekali lagi.
So, kami decide tak balik KL. Kami plan hari Sabtu balik.
Khamis - kami ada di kg. Jumaat pun masih di kampung.
Jumaat petang tu kami dgr pengumuman PM. Ingat ada la dia nak cakap dah habis PKP ke, dah boleh rentas negeri ke. Rupanya petang tu umum pasal Penjana je.

Tak lama lepas tu.
Dalam 5 lebih.
Masa tu kami siap2 nak makan laksa. Pagi tu dah buat laksa ikan sardin tin. Ingat nak buat minum petang. Kak ipar siap pergi hantar rumah jiran depan.
Anak buah dpt call dari kak ipar di Ipoh. Dari hospital.
Sampaikan khabar yang kami semua tak nak dgr.
Allah. Perit. Sangat perit rasanya. 
Emak belum sempat solat Asar lagi masa tu.
Rizq tgh tidur pun.
Kami siap2 terus ke Ipoh.
Aku tak pernah menangis, tapi dalam perjalanan - aku tak kuat dah.
Abgnyah pergi juga.
Kenapa abgnyah pergi??  Dia kan dah nak sihat.

Khabarkan pada rakan office.
Khabarkan di status.
Khabarkan di FB.

Tak sempat nak beritahu 1 persatu. Dan dalam sekelip mata mcm semua saudara mara tahu.

Kami smpai di Hospital Ipoh sebaik saja azan Maghrib. Jenazah abg masih di ICU. Kami naik, dan berselisih dgn troli jenazah. 
Itu lah pertama kali aku melihat troli jenazah. Dan dalamnya abang aku... 

Yang uruskan beritahu, terus ke rumah mayat kerana jenazah akan disempurnakan di sana.
Nak ke rumah mayat pun berpusing2 kami. Masa tu aku dan abgcik. 2 kereta. 
Tapi anak abgnyah ada skali. Dia tahu tp tu lah, bila macam tu rasa tak tentu arah dah.
Sampai je jenazah sedang dimandikan.
Orang pun makin ramai di area rumah mayat. Kawan2 guru, anak murid, saudara mara.
Abgnyah disolatkan di rumah mayat sahaja.
PKP tak membolehkan kami membawa jenazah ke masjid.
Selesai solat, terus dimasukkan ke dalam van jenazah dan terus ke kubur.
Itu juga pertama kali aku mengekori van jenazah. 
Dan Alhamdulillah, perjalanan kami mudah. Pasang hazard lamp dan mmg kami tak terputus. Kereta kami selepas van jenazah, dan slps tu kereta abgcik dan kereta2 lain. 
Sedihnya bila melewati kawasan sekolah abgnyah.
Sekitar jam 9 kami sampai di kubur.
Dalam jam 10 semuanya settle.
Semuanya lancar saja.

Abgnyah.
Dia paling pandai dalam adik beradik kami.
Dia belajar hingga ke luar negara. London.
Dia cikgu Fizik di Sekolah STAR, Ipoh.
Tak pernah bertukar. Dari tahun 87 kalau tak silap.
Seorang cikgu yang amat disayangi.
Itu lah untung nya menjadi seorang cikgu.
Masa dia kritikal, anak2 muridnya membaca Yasin melalui zoom. 
Masa meninggal, ramai yg dtg.
Esuk harinya pun, masih ramai ke kubur. Ada yg masih buat solat jenazah lagi di kuburnya.

Genap sebulan abgnyah tinggalkan kami.
Dia lah wali ku. Merasa lah dia menikahkan adik bongsu nya ini.
Kerana dia sendiri tidak punya waris utk diwalikan.

Tinggal lah kami 4 beradik sekarang.
Tempatkan lah abgnyah dalam golongan orang beriman dan para solihin (mmg nama timangan abgnyah solihin - dan di kalangan keluarga mmg panggil dia "hin")
Damai lah abang di sana.
Kelak kami menyusul.



28 March 2020

Apa Khabar, Malaysia?

Lama sangat rasanya tak menjenguk.
Lama sangat rasanya tak menulis.
Last post - 20.02.2020.

Bermacam berlaku selepas tarikh cantik itu.
Pada 24 Februari - hari birthday ayah Rizq, berlaku nya sesuatu yg tidak disangka dalam kerajaan kita. Senang kami nak ingat.
Masa tu juga Hari Kraf Kebangsaan 2020 bermula.
Suppose PM ketika itu yang merasmi. Tp kita hanya merancang.
Seterusnya terbina kerajaan baharu dan kita dpt PM baru.

Dan awal Mac, negara dikejutkan dgn kes Covid19 yang semakin merebak.
Hingga lah sekarang - Malaysia dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
Dan kita kena bekerja dari rumah bermula 18 Mac 2020 tempoh hari.
Hurm.

Banyak nak ditulis.
Nanti lah.
Walau kena PKP, itu tidak bermakna kau duduk sesaja.
Memang benar2 I Work From Home (WFH).
Setiap hari ada saja isu nya.

Nanti lah I tuliskan pengalaman WFH ni.

Rindu nak menulis dlm blog ni.

20 February 2020

20.02.2020

Lamanya tak buka blog.
Dulu, walau tak sempat buat posting, sempat la scroll tgk newsfeed blog2 orang lain yang update tu. Skrg ni, buka blogger ni pun dah berapa lama ntah tak buka.
Busy amat.
Kalau di ofis, mmg kerja back to back.
Memang balik lewat.
I sampai rumah pun da pukul 8pm.
Takde dah la nak baca blog orang ke hapa.
Apatah lagi menulis blog sendiri.
Kalau kat rumah - tinggal beberapa jam ja utk bersama anak - harus lah mmg tak tgk langsung. Ada takde pun, tgk FB ja.

Relevan lagi ke blog ni?
Entah lah.
Tapi, bila ada kawan2 yg emel bertanya perihal HR, rasanya blog ni masih relevan lah.
Hingga kini masih ada yg bertanya.
Smlm pun ada.
Katanya dia follow blog ni juga.
Hi Puan Mira... :)

Memang minat la nak tulis byk2 macam dulu.
Tapi masa tidak mengizinkan lagi.
Juga, skrg ni semua I update dalam whats app status ja.
Hehe. I byk membebel dlm tu.
I tak gunakan FB story ka, IG story ka, I guna WA status tu.
Kalau nak tgk apa I bebelkan, pi lah tgk kat WA status I.
Tapi orang yg ada no I je lah bleh tgk.
Itu pun kalau I dah save no uols.
Tapi, ada jugak tau, I save no orang tu, tp orang tu hide I dari tgk status dia. Ada la rahsia2 dia taknak I tahu kot. I okay ja. I tahu pun orang tu, so, I pun hide jugak dia dari tgk status I. Kihkihkih.

Oraitz.
Next time lah ya kita bebel2 lagi.

Oh ya. Rizq Iskandar da 2 bulan di kindy.
Alhamdulillah. Dia sgt happy schooling.
Moga berterusan lah hingga ke dewasa.
Menjadi khalifah Allah yang mencintai ilmu.

:)

6 January 2020

Happy New Year 2020

Tak terlambat lagi rasanya utk ucapkan
Selamat Tahun Baru 2020.

Akhirnya, sampai juga kita ke tahun 2020, di mana satu ketika dahulu, kita rasakan jauhnya nak sampai. Tup tup..eh sampai juga. Di mana masa diperkenalkan dgn Wawasan 2020, kira-kira umo masa tu 40 tahun. Pastu macam eh, dah tua.
Tp, bila dah sampai. Takde la tua mana pun. Anak pun baru tadika. Eceh. Hahaha.

So, tahun 2020 disambut dgn satu famili semua tak sihat.
1hb tu kira macam okay ja.
Tup2 petang tu semua tetiba tak sihat.
Kesudahannya, Rizq demam malam tu. Ayah dia pun sama.
Dua2 orang dpt MC.
Dan mak Rizq pun dapat sekali.
Tp, 2hb tu mai jugak ofis kejap sbb ada urusan nak settle.

Ada bebudak baru masuk lapor diri.
Kena lah briefing sket.

3hb, Rizq still tak berapa kebah.
So, sambung cuti. Naseb cuti gantian ada 1 hari lagi.
Suppose Rizq da start school on 2hb tu. Tp sbb demam, tk dpt gi school. Padahal dia paling seronok tak sabar nak pergi sekolah.

Hari ni lah baru pergi.
Tu pun macam lemah je.


Demam tkde dah. Tp macam lemah.
Ingat petang ni nak bawa klinik gak lah.
Macam risau jugak. Tau je lah skrg musim influenza lah apa lah kan.
Minta jauh lah.
Tp rasanya macam dia kurang iron kot.

Masa amik td pun teacher dia kata dia byk diam. Selalu dia paling bising (masa orientasi tu ari yg 2 minggu tu). Dia lah paling aktif pusing sampai ke dapo. Huhu.
Awat ni nak... mak pulak risau aih.

Apa pun, moga tahun ni membawa kegembiraan dan kesihatan untuk kita sefamili.
Banyakkan lagi buat menda yang memberi manfaat kepada orang lain.
Banyakkan membantu orang.
See ya :)


INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign