Pages

6 July 2020

Al-Fatihah : Abang Nyah Pergi Buat Selamanya

"Dukacita dimaklumkan, abg saya Jamil Ramlee telah menghembuskan nafas yg terakhir sebentar td.
Mohon doa dr semua"

Status pada 5  Jun 2020.

Tak sangka menulis status sebegitu. Dan tak beberapa minit, dihujani dgn takziah dari rakan taulan.
Itu lah juga yang ditulis dalam Whats App status.

Abang Nyah - abg pertama kami - tp no. 2 dalam adik beradik. Yang sulung - kakak. 

Abang Nyah mula sakit dalam bulan 3. Tak tahu apa sakitnya. Tp bila bawa ke hospital, dikatakan paru2 berair. Jadi, proses utk mengeluarkan lebihan air dibuatnya. Masa tu cuti sekolah bulan 3. Sepatutnya kami sekeluarga ke Johor. Anak abang yang tinggal di sana bertunang. Homestay pun dah dibooking. Tapi, sbb kami tak sedap hati. Abang sakit, kami pula nak pergi travel. So, cancelled. Jadi, cuti yg dah lulus utk pergi Johor tu kami tukar utk balik Ipoh. Melawat abg Nyah di Ipoh.
Dan.
Itu lah kali terakhir aku bertemu dan bercakap dgn abangnyah secara realiti.
15 Mac 2020. Dan sempat kak ipar mengambil gambar kami. Abang ketika itu, kelihatan sihat. Makan pun berselera.
Masa tu, aku dan husband bergilir naik ke wad. Sbb Rizq ada skali.

Selepas tu - diumumkan PKP. 18 Mac bermula PKP. Kami tak dpt visit abg Nyah. Dia pun dah keluar hospital tp dikhabarkan pula ada masalah jantung dan seterusnya perlu ke IJN utk pemeriksaan lanjut. Masa ni mmg agak sukar. PKP- mana boleh keluar daerah sesenang itu. Dan akhirnya mereka gunakan khidmat ambulans swasta dari Ipoh utk ke IJN (Hospital tak sediakan ambulans sbb standby covid. Masa tu mmg tgh tinggi sgt kes Covid). Kalau bawa kereta, hanya seorang yang boleh drive. Abangnyah masa tu perlu bantuan pernafasan.

Husband sempat tunggu di IJN. Tapi tak dapat jumpa. Ketat. tak boleh masuk. Sbb kes covid juga (T____T).

Dan selepas di IJN lah kesihatan abgnyah makin merosot.
Maybe abgnyah down. Maybe abgnyah de-motivated bila doktor tak sarankan utk buat bypass macam orang lain. Ya, ini lah kali pertama kami tahu yg org pergi IJN tak boleh nak buat bypass.
Sbb bacaan jantung abgnyah rendah. Risiko kalau buat.
Allah... masa tu kami dah rasa lain..lain sangat...
(tak ingat date abg jumpa doc di IJN ni, tapi rasa macam awal bulan April).

Dan seterusnya kami berhubung dgn grup Video Call.
Emak pun tak dpt melawat abgnyah sbb emak duduk di rumah kakak di Taiping.
Tak jauh pun. Tapi, sbb tak boleh merentas daerah - jadi emak pun tak dpt melawat.

Hinggalah hari raya.
Sekejap je kami dpt VC. Masa tu keadaan abg nyah makin merosot dah.
Tak lalu makan. Asik muntah. Emak masa ni dah ada kt rumah kami.
Makin risau hati emak, tp apakan daya. Masih tak dapat merentas negeri. Emak dpt dtg rumah kami masa dpt kebenaran melalui Gerak Malaysia tu.

Dan 1hb Jun - birthday Rizq.
Siangnya kami celebrate birthday Rizq di rumah.
Dan malam tu - belum sempat kami lena - kak ipar call emak.
Emak dah meraung2. Eh, kenapa ni. 
Rupanya abgnyah dah masuk wad kecemasan.
Dan doktor nak buat prosedur. Keputusan dari prosedur ni 50-50.
Buah pinggang abg tak berfungsi - kena buat dialisis which is - kalau jantung tak bertahan masa dialisis ni, abg boleh pergi selamanya.
Kami di KL tak keruan. Emak apatah lagi. Husband terus ke balai polis utk dapatkan kebenaran merentas negeri. Jam 2.00 pagi. Tapi, tak dibenarkan. Atas alasan - abang ipar. Tapi dia minta datang waktu pejabat esuk pagi (maybe bagi mereka kalau orang mati, waktu pejabat saja).
Pagi 2hb kami terus bersiap. Mana mungkin dapat lelapkan mata. Bagai bom atom nak meletop rasanya dada ni. Risau kalau ada panggilan lagi. Tp Alhamdulillah, hingga jam 8pagi, tiada apa berita buruk kami terima. 
Tapi Ya Allah..berlikunya laluan nak balik ke Ipoh.
Jam 8.00 pagi kami ke balai polis. Tak dpt kebenaran - nak surat dari hospital mengatakan abg ditahan di wad - minta abangcik yg kt Ipoh pergi hospital. Dapatkan surat. 
Sementara tu kami ke office dapatkan surat majikan utk rentas negeri. Da dapat surat majikan, kami cuba utk dapatkan kebenaran dari balai polis berhampiran area office - pun tak boleh. Sbb kena pergi balai yang dkt dgn alamat rumah. 
Allahu. 
Masa ni da dkt tghari. Kami pun dgn tak breakfast lagi. So, terus pergi beli makanan - balik rumah dulu. Makan. Dan masa tu, abgcik WA surat dari hospital. Pergi office utk print dan baru husband pergi semula balai polis.
Dekat balai pulak derang nak 2 copies semua dokumen tu. Allahu..kenapa la dari pagi tadi tak bagitau. Susah. Susah sgt. Prosedur yg sebenarnya simple pun jadi bermacam.
Tertido2 kami di rumah. Akhirnya jam 1.30ptg baru kami gerak.

Alhamdulillah. Sampai di Ipoh dalam jam 3lebih.
Tapi, kami tak dpt pergi melawat pun. Abgnyah di ICU - tak sedarkan diri. 
Dalam maghrib, doktor merawat abgnyah call utk panggil waris terdekat seorang. Abgcik dan anak abgnyah pergi. Mulanya mereka kata nak pasang stand pada jantung. Tapi, bila pergi, dikhabarkan dgn berita duka. Abgnyah mungkin akan pergi bila2 masa. Paling maksima buleh bertahan smpai esuk pagi.  Semua organ dan tak berfungsi. Dan semua famili boleh dtg utk bacakan Yasin. 

Allah. Seperti dalam drama rasanya. Sungguh. Aku tak pernah rasa macam ni.
Tak tau apa perasaan. Masa tu ramai kawan2 WA bila tgk status dalam WA. Terima kasih kawan2..
Tapi, Allah Maha Berkuasa. 3hb - Rabu - bagai ada keajaiban abgnyah dah ada perkembangan baik. Abgnyah kuat.

Tapi, pagi tu - aku bagitahu pada family, kita cuba minta kebenaran utk emak naik ke ICU bertemu abgnyah.
Mana lah tahu, kalau abgnyah perlukan kehadiran emak. Biarpun dia tak sedar.
Jadi, kami pun minta kebenaran doktor yg merawat utk bawa emak. Dapat. Dan dipermudahkan bila yg merawat abg adalah anak murid abgnyah. Ada 2 orang doktor disitu anak murid abgnyah dan mereka sgt mengenali abg nyah.

Selepas tu, kami balik kg. Masa tu hati aku berbelah bahagi - nak balik KL atau balik kg dulu. Abgcik kata "jgn balik dulu, kalau jadi apa-apa susah nak dtg balik"
Betu lah. Kalau nak dtg balik, satu hal nak dpt kebenaran merentas negeri sekali lagi.
So, kami decide tak balik KL. Kami plan hari Sabtu balik.
Khamis - kami ada di kg. Jumaat pun masih di kampung.
Jumaat petang tu kami dgr pengumuman PM. Ingat ada la dia nak cakap dah habis PKP ke, dah boleh rentas negeri ke. Rupanya petang tu umum pasal Penjana je.

Tak lama lepas tu.
Dalam 5 lebih.
Masa tu kami siap2 nak makan laksa. Pagi tu dah buat laksa ikan sardin tin. Ingat nak buat minum petang. Kak ipar siap pergi hantar rumah jiran depan.
Anak buah dpt call dari kak ipar di Ipoh. Dari hospital.
Sampaikan khabar yang kami semua tak nak dgr.
Allah. Perit. Sangat perit rasanya. 
Emak belum sempat solat Asar lagi masa tu.
Rizq tgh tidur pun.
Kami siap2 terus ke Ipoh.
Aku tak pernah menangis, tapi dalam perjalanan - aku tak kuat dah.
Abgnyah pergi juga.
Kenapa abgnyah pergi??  Dia kan dah nak sihat.

Khabarkan pada rakan office.
Khabarkan di status.
Khabarkan di FB.

Tak sempat nak beritahu 1 persatu. Dan dalam sekelip mata mcm semua saudara mara tahu.

Kami smpai di Hospital Ipoh sebaik saja azan Maghrib. Jenazah abg masih di ICU. Kami naik, dan berselisih dgn troli jenazah. 
Itu lah pertama kali aku melihat troli jenazah. Dan dalamnya abang aku... 

Yang uruskan beritahu, terus ke rumah mayat kerana jenazah akan disempurnakan di sana.
Nak ke rumah mayat pun berpusing2 kami. Masa tu aku dan abgcik. 2 kereta. 
Tapi anak abgnyah ada skali. Dia tahu tp tu lah, bila macam tu rasa tak tentu arah dah.
Sampai je jenazah sedang dimandikan.
Orang pun makin ramai di area rumah mayat. Kawan2 guru, anak murid, saudara mara.
Abgnyah disolatkan di rumah mayat sahaja.
PKP tak membolehkan kami membawa jenazah ke masjid.
Selesai solat, terus dimasukkan ke dalam van jenazah dan terus ke kubur.
Itu juga pertama kali aku mengekori van jenazah. 
Dan Alhamdulillah, perjalanan kami mudah. Pasang hazard lamp dan mmg kami tak terputus. Kereta kami selepas van jenazah, dan slps tu kereta abgcik dan kereta2 lain. 
Sedihnya bila melewati kawasan sekolah abgnyah.
Sekitar jam 9 kami sampai di kubur.
Dalam jam 10 semuanya settle.
Semuanya lancar saja.

Abgnyah.
Dia paling pandai dalam adik beradik kami.
Dia belajar hingga ke luar negara. London.
Dia cikgu Fizik di Sekolah STAR, Ipoh.
Tak pernah bertukar. Dari tahun 87 kalau tak silap.
Seorang cikgu yang amat disayangi.
Itu lah untung nya menjadi seorang cikgu.
Masa dia kritikal, anak2 muridnya membaca Yasin melalui zoom. 
Masa meninggal, ramai yg dtg.
Esuk harinya pun, masih ramai ke kubur. Ada yg masih buat solat jenazah lagi di kuburnya.

Genap sebulan abgnyah tinggalkan kami.
Dia lah wali ku. Merasa lah dia menikahkan adik bongsu nya ini.
Kerana dia sendiri tidak punya waris utk diwalikan.

Tinggal lah kami 4 beradik sekarang.
Tempatkan lah abgnyah dalam golongan orang beriman dan para solihin (mmg nama timangan abgnyah solihin - dan di kalangan keluarga mmg panggil dia "hin")
Damai lah abang di sana.
Kelak kami menyusul.



Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign