Pages

8 October 2019

Redha Allah Berbanding Redha Manusia

"kita hidup bukan untuk dipuji manusia, tetapi kita hidup untuk meraih redha dari yang Maha Esa"
juga bukan penghargaan manusia yang dicari dalam hidup kita, tapi penghargaan dari Allah menjadi keutamaan.
Walau pun begitu, hubungan baik sesama manusia harus dijaga.
Habluminallah. Hablumminannas.

Wah...serius nampak introduction.
Gitew...
Dah lama ah tak serius2 kan.

I nak bercerita something.
Menda ni berlaku, boleh dikatakan dalam sekelip mata.
Ianya macam takde angin takde ribut.
Tak tahu lah doa dimakbulkan atau ini adalah satu petunjuk dari Allah. Yang akan ada hikmahnya kelak.
Namun, yang pasti ianya menyedarkan I pada satu perkara.

Ya. Kali ni memang I nak cerita pasal I dan kerja I.
Tapi, tidak  bercerita tentang orang lain. Ini adalah berkaitan dengan I.
So, jangan libatkan orang lain. Atau buat assumption yang I tgh menulis pasal orang lain.
Warning u ya!
Ha.

Honestly, for more than 15yrs, baru I sedar apa maknanya "kepentingan organisasi melebihi kepentingan peribadi"
Mungkin terlambat. Tp I gembira sbb I belum terlewat untuk merasainya. I ada 20 tahun lagi untuk pencen wajib, 15 tahun lagi untuk pencen tak wajib tapi dapat pencen setiap bulan dan maybe 10 tahun lagi utk I pencen tak wajib tapi tak dapat pencen setiap bulan. Haha.

Itu lah. I pun tak sangka juga sebenarnya. Kena buat decision dalam masa kurang 24 jam. Decision yang mana I buleh ja "lantakkan saja" atau pun "mesti bertanggungjawab"
I tanya juga orang2 rapat esp my dear husband.
Semua mereka meletakkan decision tu pada I.
(cuma my husband cakap - don't ungkit aaa kalau da buat keputusan, I tak mau dengar u bising2).
Ye lah. Semuanya mesti terpulang pada I, kan?
Samada I mampu atau tak.
Samada mahu atau tak.
I solat istikarah juga malam tu. Dan hati I berat kepada decision yang I buat sekarang.
Alhamdulillah. I gembira je dgn decision ni :)

Entah ek. Selama ni I tak sedar I pergi balik kerja, 15 tahun, untuk apa sebenarnya?
Untuk gaji? untuk pangkat? untuk suka-suka?
Kita melangkah kaki keluar dari rumah dgn niat "sahaja aku keluar bekerja mencari rezeki kerana Allah". Tp cemna sebenarnya kerana Allah tu.

Rupanya, bila dah jadi camni, I tahu, I memang kerja kerana Allah untuk kemaslahatan umat. Alhamdulillah. Moga rezeki yang diberikan Allah ini menjadi hasil yang dapat dituai di akhirat kelak. Akhirnya I dapat rasakan - penghargaan dari Allah adalah lebih utama dari penghargaan manusia. Mencari keredhaan Allah adalah paling utama. 
I sematkan terus dalam diri I.

Dulu, I pernah nekad untuk sambung belajar dan mendapat pendidikan tertinggi. I suka belajar. I nak amik master then nak sambung PHD. 
Tapi, semua tu I tak berjaya dapatkan. 
Dan akhirnya I ubah strategi. I nak buat peningkatan kendiri.
Menjelang usia 40 memang I plan utk membuat sesuatu yang mendatangkan kebaikan pada orang lain. Dan Alhamdulillah, I berjaya menjadi breastfeeeding peer counselor sebelum usia I menginjak 40 tahun. 

Itu bidang luar kerja. I seronok join NGO ni sbb dapat bergaul dengan "dunia luar" yang jauh dari tugas hakiki kerja. Sebab tu I kata dunia I bukan semata-mata pasal kerja. Tak macam orang lain yang fikir kerja 24 jam. Tak. I tak macam tu. For me - kerja, kerja lah. Tapi, I perlu rejuvenate myself. I need refrain myself from fikir hal kerja. Tapi, ada yang ingat bila I menulis dalam socmed, I bercakap tentang kerja, tentang office. Haha. Apa la uols ni. Takde life ke kome wehhh... 

Dan dalam bidang kerja - I nak bantu seramai mana orang. Untuk organisasi sudah tentu lah. Tapi, di luar organisasi pun I nak bantu dalam bidang I buat ni. Alhamdulillah. Allah granted my wish. Boleh dikatakan semenjak I buat entry ni, saban minggu pasti I dapat emel bertanya hal yang berkaitan. Dalam entry tu pun ada yang bertanya. Tapi, mostly akan tanya melalui emel. Dulu I pernah story yang I dapat bantu orang untuk tukar lantik dari satu agensi ke PBT. Alhamdulillah. Sesungguhnya membantu insan yang tidak dikenali memberi satu kepuasan pada I :)

Biarlah I takde master tapi I nak master dalam bidang I buat sekarang ni.
I nak bantu orang dengan apa pengetahuan yang I ada.
I akan permudahkan segala urusan orang.
Itu je matlamat I sekarang.
Lepas tu, I kerja semata-mata mengharapkan keredhaan Allah.
Tiada yang lain.
Kalau ada orang yang tak permudahkan kerja I, takpe. Serahkan je pada Allah. Yang pada satu hari nanti dia sendiri akan merasai kesukaran dalam apa yg dia buat kerana pernah menyulitkan kerja orang. 
Untuk orang yang selalu membantu, I ucapkan terima kasih kerana tidak berkira dalam kerja. Allah akan balas apa yang anda lakukan. Percaya lah.

I menulis ni bukan lah untuk claim nak kata I baik.
Tidak sama sekali. Masih banyak khilafan I dan banyak lagi I perlu belajar.
Tapi, I akan cuba untuk menjadi baik dari sehari ke sehari.
Setiap hari akan cuba untuk membuat kebaikan, cuba utk membantu mempermudahkan urusan orang.

Nikmat apa yang kau dustakan.
Menjelang usia 40 ini, I bersyukur sangat dengan apa Allah aturkan utk kehidupan I.
I kahwin pada usia yang agak lewat iaitu 29 tahun. Tp I bersyukur sbb dikurniakan husband yang amat baik.
Kemudian, I lambat dikurniakan zuriat, tp Allah permudahkan I untuk menyusukan anak dengan susu sendiri selama lebih 2 tahun.
I takde rumah besar, tapi Allah berikan rumah sendiri yang sangat selesa untuk didiami bersama keluarga kecil I.
Jadi, nikmat apa lagi yang kau dustakan.
Cuma, sekarang I impikan utk bebas hutang (cuma hutang rumah lah tak bleh kan). Yang ni, InsyaAllah sedikit masa lagi. I takmau lagi tambah any hutang. I nak freedom untuk melakukan apa yang I suka, apa yang I nak tanpa ada sekatan. InsyaAllah.

I takmau stress2. I nak kerja elok2. Kerja kerana mengharapkan keredhaan Allah. Dan I nak bantu ibu2 menyusukan anak dengan susu sendiri. 
Orang minta tolong, kita tolong. Kita minta tolong orang, orang takmau tolong, pun takpe. Biarlah Allah yang balas. I tgk orang camtu, nothing pun dlm life dia. Cuma dia sedar tak sedar je lah kan. So, let it be. Takmau jadi toxic dalam hidup kita. 




Kesimpulannya, redha termasuk di dalam sifat-sifat mahmudah iaitu sifat yang terpuji. Di samping itu juga, redha juga merupakan salah satu daripada ciri-ciri orang yang bertaqwa. Akan tetapi, mencari keredhaan Allah SWT adalah yang paling utama berbanding mencari keredhaan manusia. Kami akhiri artikel ini dengan kata-kata atau nasihat al-Fudhail bin ‘Iyadh kepada Bisyr al-Hafi:

الرِّضَا أَفْضَلُ مِنَ الزُّهْدِ فِي الدُّنْيَا. لِأَنَّ الرَّاضِيَ لَا يَتَمَنَّى فَوْقَ مَنْزِلَتِهِ

Maksudnya: “Redha lebih afdhal berbanding zuhud di dunia. Ini kerana, orang yang redha tidak mengharapkan lebih daripada apa yang dia berada.” [Lihat: Madarij al-Salikin, 175/2]

Akhirnya, semoga kita digolongkan dalam kalangan orang-orang yang sentiasa redha.

1 juta komen:

betul ida..bila kita dapat tlg orang w/pun di luar bidang tugas hakiki, kita rasa seronok..rasa puas..mencari keredhaan Allah yang penting..

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign