Merudum nya entry blog bulan ni.
Dah nak hujung bulan baru 2 entry.
Sebenarnya byk menda nak diceritakan dalam blog ni.
Orang tak baca pun takde hal. I nak tulis untuk reference I sendiri. Untuk kenangan I sendiri. Mana tahu di masa depan anak cucu I boleh baca balik :)
Tapi tu lah. Macam takde masa nak menulis.
Cerita di Sarawak pun tak habis.
Pastu cerita dinner malam anugerah pun tak buat.
Belum lagi citer kursus kt JB.
Pastu skrg ada cerita pi bercuti kat Genting pulak.
I pun tak tahu mana satu I nak buat dulu.
Tgk pada kerajinan.
Bulan 10 ni laju betul berjalan.
Kejap je dah hujung bulan.
Dah bulan 11 then bulan Disember.
Settle tahun 2019.
Welcome 2020.
Wah.. dulu rasa cam jauh giler 2020.
Skrg ni..dah nak sampai dah.
Bulan Disember, 14hb umur I dah masuk 40 tahun.
Tahun 2020 dah 41 tahun.
4 series youuu...
Apa yang I impikan bila dah masuk umur 40 ni.
Ada 2.
Pertama - Impian I, I nak financial freedom. Maksudnya kebebasan dalam kewangan I. Tidak lah mengatakan utk 100% bebas hutang sbb hutang rumah (LPPSA) until umur I 60 tahun tau. Jadi, I nak financial freedom dari segi kebebasan utk I berbelanja tanpa membebankan. Kalau memuda dulu giler dgn credit card nak beli apa2. Sekarang no more. I guna CC utk dapatkan points then I bleh redeem any rewards dari CC tu. Konsep I guna CC adalah - " u used, u pay la habis. Padan lah muka siapa suruh guna" Aaa...gitew. Dulu, bank selalu kenakan I dgn mengenakan interest bila tak buat full payment. Now, kita pulak game bank - biar dia bagi kita points and jgn bagi dia chance utk kenakan interest kt kita. Setakat ni, dgn izin Allah, dah 4 tahun kot I bebas hutang card credit. Alhamdulillah. I hanya guna 1 kad kredit saja. Dulu ada 2. I terminate 1. Fuh. Lapang nya hidup.
Then, I nak pergi mana, I nak makan apa, I nak beli apa, I beli je. Itu impian I. Bab membeli tu, I takde rasa sgt dah nak beli menda bukan2 ni. Cam kasut, handbag apa bagai tu, mmg dah malas dah la. Dah puas dah membeli. Apa lagi kita nak. Buat menyemak rumah. I kemas2 rumah, I selalu lah buang memacam barang. So, rentetan dari ni jugak, I dah kurang membeli. Alhamdulillah.
Kedua - Impian utk jadi disayangi dan disenangi. Tak dapat jadi disayangi, jadi yang disenangi pun cukup lah. Bukan saja utk famili tapi untuk semua di sekililing I. Nak jadi pekerja yang disenangi, nak jadi sahabat disenangi. Memang terkadang I mengaku I lil bit annoyed, tapi I harap I boleh buang semua sikap tu.
I dah tua dah. Taknak lagi carik pasal. Orang carik pasal pun, I malas dah nak layan. Lantak kome lah situ. Orang taknak tolong I, pun lantak. Orang menyusahkan I - pun lantak. Buat sakit kepala ja.
I masih ingat lagi peristiwa last year, datang orang kt tempat I and marah2. Semua orang dengar. Padahal I minta tolong menda senang je. Entah kenapa dia marah. Memang dia marah sbb dia sendiri cakap "aku hangin ni". Haha. Se-annoying I, I takkan datang tempat orang pi cakap "aku hangin ni". Apa menda lah.. kita ni dah tua kot. Ubah la perangai tu. Jelek tau dak. Jelek.
And sbb dah tua lah - I rilek ja. Hangin lah kau sorang2 situ. Taknak tolong sudah! Then esuknya mmg jadi prob, and I direct je cerita pada boss apa yg terjadi sebenarnya. Marah marah orang lagi. Kalau kiterang ni tahu buat sendiri, kita pun buat sendiri tau. Sebab tu kalau menda yang simple2, walau bukan kepakaran n bidang unit I, I akan buat sendiri je. Then, my adik2 mesti cakap "kekda niiiiiii....." Hahaha.. Tapi adik2 ni kesayangan I sgt sbb memang takkan mengecewakan sbb derang tahu level kerja kakak derang cemna.
Hajat I, I nak bantu sebanyak mana orang. Pedulik lah pasal orang lain. Kita tolong orang, pastu orang tak hargai - pun lantakkan saja. Allah ada. Pasti Allah hargai kita. Asal kita ikhlas.
Tu hari, my adik unit ada cakap pasal dia sedih sbb macam ada orang hargai je kerja2 kami. Tapi, I pujuk dia kata takpe. Tak perlu pun nak sedih ke kecik hati ke apa. At least, Allah bagi kita kenal cemana kita berurusan dengan orang yg pelbagai perangai. Penghargaan Allah tu lagi penting dari penghargaan manusia. Simple. Jangan peningkan kepala. Kita buat hal kita. Dan jangan sesekali susahkan orang macamana orang buat kita (that is why bebudak ni menyampah dgn I, I mesti akan suruh buat sehabis baik dgn plan plan yang I ada. Ye lah... tak semua orang ringan tulang tak berkira membantu kita. Jadi, kita mesti ada plan sendiri. Tapi, I hadapi dgn masalah ni ngan sorang dua ja. Mostly yang I berurusan InsyaAllah akan berikan yang terbaik. Tak berkira. Thank u very much to them).
Itu lah impian I takat ni. Moga Allah permudahkan segala urusan dan impian I ni. Takde yang lebih utama sekarang ni selain mendapat keredhaan Allah dalam setiap apa urusan yang I buat.
Terima kasih atas komen anda :)