Pages

26 December 2018

Hashtag : Phone Masuk Jamban

Haha.
Tak sopan nya tajuk.
Uols pernah ada pengalaman tipon masuk jamban?
Ha.... kakak dah ada pengalaman tu.

Pengalaman handphone masuk jamban.
Atau secara khususnya - handphone masuk jamban RnR
Atau nak lebih exaggerate - handphone Iphone masuk jamban RnR.

Serius weh.
Mesti uols akan tanya " cemna boleh jatuh???"
Cukup lah sekadar jawapannya "cuai"
Ya. Kakak lah cuai.

Tapi, sebenarnya ada bermacam hint jugak lah. Kiranya rentetan sebelum kes tipon masuk jamban tu.
Malam sebelum kejadian tu, charger iphone tu dah hilang tanpa dapat dikesan.
Jenuh carik. Tak jumpa.
Masa tu kakak kat hotel. Nun di JB. Ada meeting (nanti lah kakak story yg ini).
Kakak pergi meting then masa tu bilik kiterang ada problem sket. Ayaq toilet tak bleh flush. Naseb kakak sefamili tak mem"berry" lagi tau. Cisss sangat.
So, tukar bilik. Masa tukar bilik tu kakak takde. Kakak dalam meeting. Ayah Rizq la usung semua barang. Tak jauh pun usung, selang 2 bilik ja.

Semua barang ayah Rizq kata dia dah bawak.
Tp, dia tak nampak charger iphone. Yang dia nampak dan perasan adalah charger Vivo. Kakak pelik sbb sebelum pergi meeting mmg kakak caj phone. Kakak ingat sgt sbb masa tu dah bateri tinggal 2% ja. Cepat drain sbb guna maps utk carik hotel. Nak pergi meeting kena la charge. Dan dah naik 50% masa tu. Mustahil kakak tak caj.

Malam tu, balik meeting nak caj semula phone, baru perasan charger tu takde 
Check balik kt bilik tu - takde.
Pagi tu minta housekeeping carik kan pun takde.
Guano? Hurm.. takpe lah. Charger je pun kan.
So, on d way nak balik - beli lain.

Masa nak balik KL, hujan dan jem jugak. Maklum lah. Long weekend kan.
Pastu kami decide nak masuk ikut LEKAS (exit Senawang).
Sebenarnya sebelum ni kami tak pernah nak ikut LEKAS lah walo jem cemna pun. Abis2 kami akan exit kat Nilai yang nak pergi airport tu then masuk Putrajaya.
Tapi, kali ni macam nak lalu ikut LEKAS. 
Jadi, lalu lah. Dah masuk maghrib masa nak masuk ke LEKAS ni.
Pastu kakak pulak sebenarnya nak ke toilet dari Pagoh lagi.
Tapi tahan sbb tgk RnR ramai bebeno orang.

Mulanya nak tahan je sampai Petronas Semenyih nanti.
Tapi, entah cemana rasa boleh la kot berenti kat RnR.
Maka stop lah kejap dkt RnR Berenang.
And here is the rest of the story.
Kat RnR Beranang tu lah handphone kakak meluncur laju ke dalam lubang jamban. Grrrr.. geram sbb kecuaian sendiri!

Kakak pi letak phone tu kat poket belakang.
So, boleh imagine, dari Pagoh tahan nak terkucil. Dgn hujan sejuk aircond apa semua. Bergegas2 lah masuk toilet. Dan terlupa perihal akan telefon kat dalam poket tu. Gedebuk la dia melompat dalam mangkuk tandas tu. Kakak nampak tapi tak sempat nak ambik dia dah meluncur laju.

Kakak dah cam ala..ala... terus keluar dari toilet n pegi kt kereta.
Kebetulan masa tu ada uncle cleaner (India). Kami minta tlg dia. Kan derang ni ada penyepit panjang tu. Try guna tu. Tak boleh. Memula tu nampak je phone tu dah terlungkup dalam lubang tu. Pastu uncle tu cuba seluk. Ya.. baik dia. Cuba sgt nak membantu.
Tapi, tak dapat. 2x dia cuba seluk. Memang tak dapat.
(kami terus bagi sedikit sagu hati kat dia. Terharu juga sbb ayah Rizq yang pergi bagi. Masa tu uncle tu tgh makan - rupanya dia nak makan, tapi berenti sbb nak tolong kakak- Uncle tu kata takpe..takpe. Ayah Rizq kata "untuk kita, mungkin takde rezeki tapi, ini ada rezeki utk uncle makan nanti". Nyata. masyarakat kita masih ada hati dan perasaan untuk saling membantu orang dalam kesusahan)

Area tu tak ramai orang, tapi bila dah kami huru hara orang pun cam apahal..apa hal.
Haha.
Ada sorang akak tu siap cakap "Takpe.. tu ari adik saya terjatuh kunci kereta"
Aku pun hah?
Dapat balik tak? aku cam bangang je tanya. Kompom la tak dapat, kan?
Tak dapat la akak tu kata.
Kita pun cam - ada la kelegaan. Kunci keta oi. Ko boleh bayang? Fuh. Malam dan tetiba kunci keta kita jatuh dalam lubang jamban. 
Hey.. tak boleh bayang kot. Nauzubillah...

Kat luar toilet pun ada cam supervisor kepada cleaner tu.
Dia kata toilet RnR ni jauh ke dalam.
Memang susah nak dpt.
Dah memacam menda jatuh dalam tu.
Cincin lah gelang lah, jam lah.

So..okay.
Takde rezeki dgn phone tu.
Naseb la bukan iphone X ka XS ka. 
Tapinya, kakak baru guna 2 bulan kot.
Tu kakak tak hiba sangat. Yang hiba, gambar kat Johor tu tak sempat nak transfer lagi ke FB. Aduhaiii.. tu macam hiba.
Lps tu kakak fikir nanti orang jumpa cemana. Nanti orang buleh buka segala FB, IG kakak.

Tapi, mak kakak kata "takkan ada orang nak ambik dalam lubang taik tu" (mak ada skali).
Ayah Rizq pun kata "mustahil lah. Dah rosak pun phone tu"
Ye lah. Kakak doa doa lah agar phone tu rosak terus. Dan tak boleh guna lagi dah. Haha.
Rasanya saat ni dia dah terkambus dah. Kesian nya dia.. (T____T).

Esuknya terus ke centre utk amik phone baru dan sim card.
Ambik apanya... beli phone baru lah oii. Dgn sim card baru.
Tukar pakej trus. Naseb lah dah terminate broadband Digi awal bulan tu ari.

Hi. Apa lah naseb entah lah.
Kisah hitam 22 Disember. Lebih kurang seminggu selepas birthday ke 39. Rupanya nak bagi hadiah kepada diri sendiri. Kihkihkih.
Pengajaran lah tu.
Pengajaran agar tak cuai.
Tak kelam kabut.
Tak kata la nanti Allah lebih gantikan yang lebih baik. InsyaAllah lah kalau gitu.
Tapi, mungkin juga kifarah atas dosa2 yang lalu. Haha.
Adoi!!

Mujur masa kelam kabut nak dapatkan phone tu, Rizq okay ja duk dalam keta ngan opah dia.
Pastu cuba la tanya dia "phone ibu mana?"
Nanti dia jawab "suk amban"
Hahaha.

Jadinya #phonesukamban :D

17 December 2018

Public Holiday 2019

*untuk negeri punya cuti - klik - HKA

Tahun depan byk tak long weekend?
Haha.
Belum habis tahun 2018 dah sibuk lah dgn cuti tahun 2019.
Tak produktif langsung. Haha.
Yang pasti utk orang KL - masa hari Wilayah tu memang long weekend.
Tengok lah nak pergi mana nanti :D

Tapi, lepas tu sangap tunggu bulan 5 baru ada Public Holiday.
Hari raya puasa 5 Jun 2019.

14 December 2018

10th Anniversary & 39th Birthday



13 Disember 2018.
Ulangtahun kami yang ke 10.
Alhamdulillah. Terima kasih Allah dengan ikatan hubungan ini.
10 tahun yang penuh suka duka.
10 tahun yang banyak mengajar kami erti kesabaran.





14 Disember 2018.
Hari kelahiran yang ke 39.
Tahun terakhir di umur 30-an.
Lepas ni "welcome to d 4 series"
Alhamdulillah. Terima kasih Allah.

6 December 2018

Misi Menjadi Minimalist

[ini adalah artikel yang dihantar ke satu confession page. Alhamdulillah, depa publish. Hihi]

Assalamualaikum dan Hai Semua.
Sebelum ni pernah baca confession tentang hoarder dan yang berkaitan dengan orang yg jenis "sayang barang" ni.
Aku memang tergolong dalam golongan itu.
Mula dulu aku mengaku aku "hoarder". Tp bukan lah tahap teruk. Mungkin mild hoarder. Sbb macam sayang resit2 (buat kenangan contohnya), sayang nak buang bil2 segala (takut berguna kemudian hari), pastu kadang simpan kotak2 (kot2 lah berguna), kasut2 yg dah tk bleh pakai pun ada yg disimpan lagi (macam kesian pulak kasut tu kena buang).

Lps tu, bila ada sorang ni komen kata dia tak macam tu. Famili dia tahu kalau dia balik mesti kemas2 rumah. 
Aku pun cam owh. Bila kita tulis kita hoarder org ingat kita kumpul sampah dan rumah kita bersepah berselerak.
No! Aku percaya majoriti "mild hoarder" ni tak begitu.
Jadi, nak simplified kan, aku tukar lah aku ni jenis maximalist. Bukan saja sayang barang tapi rumah terlampau banyak barang dan tidak digunakan.

Walau rumah aku banyak barang dan macam mild hoarder, tapi rumah aku tak bersepah macam rumah orang yg keluar paper gambar sampah setimbun dalam rumah dia tu. Yang ada tayar moto bawah dapur tu. No way ya. Bukan nak kata aku pengemas tapi kalau masuk rumah aku, tak nampak pun ke-hoarder-an aku tu. Kat mana aku sembunyikan bebarang aku tu. Haaaa... semua tu ada dalam kotak2 yang banyak, yg siap ada label setiap kotak tu apa menda barang dalam tu. 

Aku pernah pindah rumah dari rumah sewa ke rumah sendiri. Lori 3 tan tak muat. Siap berulang lagi dengan kereta amik barang (T__T). Masa tu aku siap angkut majalah In-Trend aku (patut jual je lah). Siap bebudak forwarding tu mengeluh kata "apa benda berat sgt ni kak". Ya. Aku simpan majalah In-Trend dari keluaran pertama hingga lah keluaran tahun aku pindah tu. Gila banyak. Tu tak masuk majalah Apartment lah itu lah ini lah. Ya Tuhannn.. (tapi, aku dah jual dah majalah. Lama dah).

Hinggalah dalam pertengahan tahun ni aku cam tersedar. Barang aku banyak sangat. Lepas tu ada aku terbaca satu artikel orang ni share -  kakak dia camtu lah. Memacam simpan termasuk tiket2 bas (a ah aku dulu ada juga simpan tapi sebelum kawen aku buang dah. Konon cam kenangan sbb keluar ngan bf. Bongok je rasa). Lepas tu kakak dia meninggal. Lepas tu orang susah nak kemas barang kakak dia sbb banyak sangat. Dari situ aku macam tersedar sket. Sket je lah.

Hingga lah sampai satu tahap aku rungsing tgk banyak nya kotak kotak kotak kotak dalam rumah aku. Kotak tu kotak plastik yang bertutup aku beli kt Jusco / Tesco semua tu. Satu kaler je semua, satu saiz je semua.

Dan aku berazam aku nak kurang kan barang aku. Aku start baca artikel berkaitan minimalism ni. "Berkenalan" dengan Joshua & Ryan. Dan satu hari tu, aku bersembang dgn kakak office dan entah cemna terkeluar cerita aku nak jadi minimalist ni. "Nah amik buku ni" katanya sambil memberi buku bertajuk "Goodbye, things" by Fumio Sasaki. Oh. Yang ni extreme minimalist sebenarnya. Dia lap badan lepas mandi guna towel kecik yg lap muka tu ja. Haha. Aku tidak lah mahu sampai ke tahap itu. Cukup lah kalau aku declutter barang yang banyak tapi aku tak guna ni.

So, aku mula mencarik kat mana aku boleh hantar bebarang ni. Mulanya aku nak hantar ke Perkim. Dah call ni. Tapi, dalam pada tu aku masuk grup Free Market (FM). Dan nak dijadikan rezeki masa tu ada FM yang dibuat di masjid berhampiran rumah aku. Aku join. Itu 1st time aku join. Seronok sangat. Habis barang aku bawa. 

Secara ringkasnya, kalau kau nak jadi minimalist atau sekurang-kurangnya nak declutter barang, boleh la buat gini - join Free Market, jual di Carousell, jual di recycle centre dan buang.

Kalau Free Market tu - kau bawa lah baju2 / barang yang masih elok. Mesti habis orang ambik. Aku dah join 2,3 FM jugak lah. Pertama kali aku join, aku bawa lebih kurang 40 pasang baju yang siap di iron. Yes. Aku iron. 2 malam aku meng-iron. Mujur lah ada iron warna gold iteww. Eceh. Hahaha. Lps tu kalau pinggan mangkuk tu bagi yg memang kita tak pernah guna. Aku ada banyak hadiah orang bagi masa aku kahwin 10 tahun dulu. Ya, 10 tahun aku simpan tak berpakai. Setengahnya aku dah bagi orang. Tapi, yg ni aku simpan. Tapi, simpan2 tak berpakai. Kalau gi orang kawen, tak perlu lah bagi hadiah jug pinggan mangkuk segala ni. Aku pernah dapat, jug tu pecah dua. Aku suspect dia pun bagi hadiah yg orang bagi dia. Sbb dia tak pernah buka. Tak ke sedih perasaan orang terima tu.

Kalau jual pulak, aku pilih carousell. Kat carousell ni jual furniture memang laju. Baju kurang sket. Cumanya, korang jangan la letak harga balik modal. Adui. Katakan nak jual meja makan lebih RM100 memang susah lah. Baik orang beli baru. Nak sewa van segala apa. Jual ja bawah RM100. Berebut orang beli. Percaya lah. Ko letak RM50 lagi tak menang tangan nak jawab PM. Kita pun memang nak buang dah menda tu. Kira, dapat jual satu bonus. Dulu, kiterang penah jual pada orang yg meniaga perabot terpakai tu. Tu boleh memang boleh tapi dia amik harga rendah sgt. Ada ke patut RM10 je utk almari. Murah tu takpe, tapi janganlah murah sangat. 

Pastu, kalau ada menda macam kotak2 plastik tu, tu tak payah la nak bagi kat FM atau jual. Sapa pun taknak. Contoh macam kotak CD, DVD, botol susu. Sebab anak fully minum susu badan dia ada banyak botol. Sbb waktu antar kat pengasuh aku dah sukat sesiap susu yg dia nak minum. Aku bawa 6 botol setiap hari. Dan setiap 3 - 6 bulan kena tukar. Makanya, dalam tempoh 2 tahun, betapa banyak botol yang ada. Huhu. Jadi, jual kat recycle ja. Botol tu memang nampak elok lagi tapi tak boleh nak bagi orang. Jangan buat penaya kat orang ya. Tak baik. Jual kat recycle ni memang ko tak bleh expect harga tinggi lah. Dapat singgit pun kira bersyukur tau. Haha.

Selainnya, buang je lah. Tak yah ragu2. Kalau baju dah melekat kena iron tu - buang je lah. Sayang pun nak simpan buat apa. Menyemak ja.

Gitu lah lebih kurang perjalanan aku untuk menjadi minimalist. Bila kita jadi minimalist ni otomatik kita taknak dah membeli barang entah hapa hapa. Menyemak rumah ja. Lps tu hati pun tenang. Rumah pun takde banyak kotak2 lagi. Tapi, kalau ko muda lagi takyah lah minimalist bagai. Puaskan hati utk beli apa kau nak. Cam aku ni, zaman shopping memacam tu dah berlalu. Dah puas hati dah skrg ni. Walau aku baru je kerja 16 tahun, umur pun baru nak masuk 40 next year. Hihi.

Cuma, ada satu benda je aku tak usik dan declutter. Jual pun tidak, bagi free apatah lagi. Haha.
Iaitu Tupperware. Hehe. Aku ada 1 kabinet tupperware kaler feveret aku - purple. Yang tu jarang sangat guna tapi kesayangan hoi sbb mostly limited edition. Dan satu kabinet full tupperware berwarna warni yang memang aku guna.

So, good luck pada yang nak menjadi minimalist.

~mrsminimalist to be~

5 December 2018

Selamat Datang Disember 2018



Hampir meninggalkan tahun 2018.
Cepat kan masa berlalu tahun ni.
Kejap je dah akhir tahun.
Tapi tahun ni kira macam puas juga gi jejalan.
Boleh kata kan tahun ni adalah tahun jelajah seluruh semenanjung :)

Bulan ini juga bulan anniversary kami.
Anniversary ke 10.
Alhamdulillah.
Ingat nk bikin photoshoot. Tapi... cuaca macam tak berapa best sekarang ni kan.
Tgk lah nanti.

Bulan ni juga bulan kelahiran tuan tanah.
Yang ke 39 tahun.
Alhamdulillah.
Ehem.
Setahun je lagi menjejakkan kaki ke 40-an.
WoW! Tua nya. Haha.

Bulan ni juga Rizq Iskandar menjangkau umur 2 tahun 6 bulan.
Alhamdulillah.

Bebaru ni fikiran agak terganggu juga dek suatu hal.
Tapi, ah, lantak lah.
Malas lah nak sesakkan fikiran dgn toxic people nih.
Kita cari cara lah cemna nak jauhkan dari semua ni.
Settle.
Itu lumrah.
Kuman di seberang lautan memang kita nampak.
Namun gajah di depan mata, itu yang memang selalu kita tak perasan.
Kita manusia memang seronok kalau jumpa salah orang.
Walhal kalau ada salah kita sendiri, seboleh2 kita nak sembunyikan :)
Duduk bercerita dan menyampaikan memang seronok.
Hingga kadang kita terlupa, kita pun ada akan dijadikan bahan cerita.
Memetik kata kata ustazah di radio IKIM pagi tadi.


Mungkin sesekali kita rasa down, atau sesekali orang bercerita perihal kita kerana Allah jentik hati supaya kita sedar kekhilafan kita.
Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun.
Ini maknanya kita makin menghampiri mati. 
Bukan semakin menongkat bumi.

:)

Selamat tinggal tahun 2018.
Welcome 2019.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign