Pages

Showing posts with label berenang. Show all posts
Showing posts with label berenang. Show all posts

30 January 2018

Wishlist Come True!

Ini bukan wish list nak beli barang apa.
Ye lah. Dah jadi mak kertu ni rasa macam takde apa dah barang nak di wish list.
Selain dari rasa menyemak rumah je.
Ada byk menda weh aku beli (online) yg elok tak buka dari kotak lagi.
Salah satu nya - noodle maker.
Haha.

Okeh. Lupakan.
Ini wish list dari dulu lagi.
Iaitu..

Ngeh ngeh ngeh.
Maaf kan lah mak kertu ini.
Dah umur nak masuk 39 tahun baru tahu erti nak belajar swimming.
Mujur lah belum masuk 40 dapat di realisasi kan.

Mak memang suka swim.
Mak memang suka xtvt air.
Tapi, mak tak reti berenang.
Even, orang suruh snorkeling pun takut2.
Failed!

Nak belajar swim. Tapi kena pergi kelas yg rasa macam tak dapat nak commit.
Tapi dream come true bila member tag ada kelas buat kat rumah.
Yey!
Trus je w.app tanya nombor yg tertera samada dah full ke belum.
Naseb belum full.

Mak start belajar on 20hb Januari tu ari.
Ada 4 sesi kelas semuanya.
Mak dah settle 3 kelas. Makna ada satu lagi.
Tapi cikgu kata, kalau ada macam tak pandai je lagi, dia bagi je extra 1 class.
Kena pakai swimming suit and goggle.
Swimming suit memang ada dah. Yang muslimah tu. Tapi goggle takde. Hari 1st kena pinjam goggle cikgu. Tapi lps tu terus pi Sogo - beli goggle and baju swimming yang baru.
Ha. Kat Sogo, brand Ogival n Arena tu pun banyak dah baju renang muslimah.
Saiz pun kecik2 ja. Tkde la besar gabak. Harga pun okay ja.

Sangat best okeh.
Cikgu ajar breast stroke technique.
Kami berlima. 3 orang memang residen KSU and 2 orang luar.
Pastu cikgu (coach) nya umur 56 yg mmg master lah berenang.
Memang international qualified teacher.
Cikgu kata kelas sejam setgh tapi kami biasa melarat dkt 3 jam.
Sejuk giler weh.

Dah 3 kali kelas ni, cikgu kata mak okay semua bab tangan, tapi bab kaki masih failed.
So, kena banyak practice lagi.
Baik cikgu.
Apa lah guna rumah ada kolam renang saiz olimpik tapi bila masuk pool tu berjalan dgn kaki. Hahaha.
Mak kena kemaskan lagi stroke tu then mak nak try juga berenang tempat yg mak tak jejak kaki supaya mak bleh berenang kat open sea. Wah. Itu cecita mak tau. Cikgu kata kalau nak pergi belajar tmpt tak jejak kaki, kena pi kat UIA. Okay, dah pandai nanti nak pergi sana lah pulak.

Best juga sbb dapat kenal kawan2 baru.
Yang sama residen tu pun baru kenal. Padahal sorang tu blok mmg sama.
Pastu yang sorang tu - blok C - Doktor kat emergency HKL.
See.. bila ada xtvt ni baru networking kita luas sket.

Kolam renang ni luas dan besar. Tp kami guna hujung ja.

Sebenarnya mak nak antar Rizq untuk swimming class juga.
Dah deal apa semua dgn coach dari last year.
Tapi, maleh bebeno nak pergi ke tmpt orang tu.
Tgk lah nanti. Kot mak buat kt rumah juga ke cemna.
Carik orang then dapat lah murah sket. Kan?

Oh. Mak belajar swimming dengan Bidadari Ladies Swimming.
Kalau rumah uols ada pool, then uols nak belajar berenang, just contact je no tu. Nanti derang akan iklankan carik orang lagi utk cukupkan.
Fees apa semua blh tanya kat cikgu tu nanti.
Selain dari tu, cikgu ada buat kelas kat Batu 9 Gombak juga.
Best la swimming uols.
Suka lah sangat. In love. Hiks :D
Tq Marliza yang tag akak tu ari tau.

22 October 2012

Edisi Nak Belajar Berenang

Kan dah kata aku tak reti berenang.
Jadi, tgk deal ni cam bes je.
Nak beli ke taknak?


Murah pun murah.
Then waktu belajar pun cam flexible.
Leh amik weekend.
Dia ada 4 sesi (complete dlm masa sebulan) atau 8 sesi (2 bulan).

Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil class schedule:
Monday – Friday
  • 9am – 9.50am
  • 10am – 10.50am
  • 11am – 11.50am
  • 5pm – 5.50pm
  • 6pm – 6.50pm
  • 7pm – 7.50pm
  • 8pm – 8.50pm
 
Saturday – Sunday
  • 9am – 9.50am
  • 2pm – 2.50pm
  • 4pm – 4.50pm
  • 5pm – 5.50pm



15 June 2011

~Pasal Swimming Suit Lagi~

Hari cerah. Tp tetiba bunyik guruh (mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan).
Org kata kalo ari cerah tetiba bunyik guruh, ada petanda tak baik.
Hurm.
Tp dah turun hujan pun.
Hujan di tengahari.
(ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari).

Haha. Apa ko merepek ni syaitooonn????

Weng. Ada stori ke takde stori?
Ada. Ada.

Pg tadi tgk website ini.
Hihi. Saja. Retu beli baju sahaja.
Kali ni nak full suit.

Smlm masa tgk Nora Elena (motip nak gitau aku tgk citer tu. Hoho).
Sembang2 ngan my dear, kata nak beli swimming suit.
Sbb retu aku beli baju je. Yg suar aku beli suar fit yg memurah tu je.
Tp tau la. Bila masuk mesin, dgn getah dah loose lah, koyak la (pepaham je lah koyak tang mana kan).
So, aku kata aku da takde suar nak pakai ngan baju tu.
Maka, bodek dek dek la beliau suh belikan swimming suit.
Dia kata tggu la ujung bln nati.
Dia tanya nak beli kat mana, aku kata kat Sogo. Tp nyer aku da jumpa 1 blog yg jual baju ni.
Dan aku berkenan dgn satu ni.
pic kredit :
http://islamicbajurenang.blogspot.com/2011/06/baju-renang-sporty-bercorak-kod-fp.html
Cantik tak? ke tak cantik?

Sbb aku sker purple, jadi nak beli kaler tu.
Ke cantik lagi kalo itam base dia?

Aku da emel kat tuan blog tu, nati aku nak confirm kan saiz je. Hihi.
Sbb tatau M atau L. Maklum la, badan da supe tong gas skang kan. So, harus la kena ukur bebtul. Baju ni mmg takde S. Katanya M tu pun utk saiz kecik.

Tp nyer...tpt aku nak pi nati tu takde swimming pool pun. Ada laut je. Cam poyo lak kan nak pakai swimming suit mandi laut kan. Tp boleh je kot. Tgk la nati. Hik hik.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign