Lama tak cerita ceriti ttg milestone dak Rizq kat sini.
Kena jot down juga sbb nanti boleh jadikan kenangan.
Kadang2, baca gak cerita2 lama dlm blog ni.
Seronok.
Okeh. Apa perbezaan baby (infants) ngan toddler ni.
Meh tgk dulu.
Maknanya Rizq dah lama dah masuk fasa toddler.
Not baby anymore.
But.. but.. still our baby, precious baby to be exact :).
Bila dah toddler ni, akal dia semakin panjang tau.
Sebenarnya umur toddler ni seronok nak main2 dgn dia.
Sok sok dia tahu erti kebosanan, dgn mak pun dia taknak layan. Haha.
Rizq dah tahu simple instruction.
:)
Contoh, masukkan baju dalam bakul baju kotor. Yang ni dia tahu start masa umo 1 year lagi.
Masukkan sampah dlm bakul sampah.
Amik shoes bila nak keluar.
Dan.
Suruh buka tingkap kereta sbb nak main angin (T_____T).
Dia tau je nak tekan power window tu. Cuma tak reti nak tekan kuat je.
Sket lagi mesti boleh tu.
Then, dia seorang anak yang suka gosok gigi.
Takde mengamuk nak gosok gigi.
Hehe.
Dia tgk mak dia sekali je gosok gigi. Then dia tahu itu adalah berus gigi.
So, bagi je dia berus gigi n dia masuk dlm mulut.
Then kita ambil lah, berus kan.
Kalau dia berus, mana mau nya kan.
Tu hari ajak dia mandi.
Dah buka baju, seluar semua ni. Tinggal pampers ja.
Pastu buka pintu. Eh. Tgk berus gigi dia takde.
Suruh dia gi ambik sbb sblm tu nampak dia main main berus gigi tu sampai kabinet kat ruang tamu. Tapi taktau pun entah kat mana dia letak.
So, suruh dia gi ambik.
Laju dia kedek kedek dgn ber pampes nya.
Kiterang nak tgk akai dia, kat mana dia nak pergi.
Sekali ehhh.. dia tahu kat mana dia letak. Dia ambik n bawa pergi bilik air ('',)
Trus cam rasa..wah..bagus nya anak aku.
(hahahaha.. matik pi lah, puji anak sendiri. Tapi, memang semua toddler pun camtu lah. Simple instruction tu mmg boleh dah utk toddler below 2 yrs).
Utk gigi, mak dah bawak dia pi klinik gigi 2x dah. Pertama masa umurnya 8 bulan. Masa dia dah ada gigi 4 batang. Pastu masa umurnya 14bulan. Berapa btg dah masa tu. Lupa plak. Ni bulan depan nak bawa lagi skali. Sekarang giginya ada 16 batang. Lagi 4 batang dah complete gigi susu dia. Yang tinggal skrg ni gigi geraham kt blkg tu ja :D
Mak gi klinik gigi kerajaan utk check gigi sbb situ mmg pemeriksaannya lebih teliti. Kalau klinik gigi private dia nak check kalau ada masalah je. Yg klinik gigi kerajaan ni, mmg tugas derang utk check. Ada masalah ke takde masalah ke, check je.
Rizq tak pernah pun sapu floride ke apa tu. And dia pun rilek je masa nurse check gigi dia (dua kali tu dulu la. Skrg ntah la..haha).
Bercakap plak.
Pun dah boleh la sket2. Tpi idak la "fluent"
Dia dah boleh cakap 2 ayat cam "nak dodok.."
Pastu kadang kita tgh masak2 kat dapo dia dtg tegur "wat pe tuuu?"
Alahai.
Haha.
Lain2 tu bahasa alien lagi lah. Tapi mulut mmg pot pet sangat.
Tatau entah ikut sapa yg ramah tamah ni.
And yes. Bila dia tgk orang dia akan senyum.
And babai.
Tapi, dia takkan nak kalau orang ambik.
Mak syukur yg tu sbb mak pun tak selesa orang pegang2 dia. Hehe.
(kedekut anak ke apa ntah).
Selainnya.
Sama mcm anak2 yg lain seusia dgn nya lah.
Cuma, dia agak lewat juga berjalan.
Umur 18 bulan baru berjalan.
Oh, yang ni, mak akan share cerita2 Rizq buat fisioterapi pula.
Untuk mak mak, kita perlu risau tak kalau anak masih tak berjalan pada usia 1 tahun 6 bulan?
Jawapannya - Ya! Memang perlu risau.
Tapi, takpe. Mesti ada solutionnya.
Yang ni nanti mak Rizq cerita kemudian.
Okay lah. Mak pun tak boleh nak tulis pepanjang.
Banyak kerja menanti.
Ni pun sekejap2 je ni.
Mak still mengepam di office. Still bekalkan ebm ke rumah nenek asuh.
Dalam 2 botol sehari.
Alhamdulillah, masih dipermudahkan utk urusan itu.
Sket je lagi mak nak settle, kan.
Lagi berbaki kurang lebih 4 bulan.
Mak akan usahakan. Dah 20 bulan mak mengepam. Eh. Tak. 16 bulan. Sbb mak masuk kerja masa Rizq umo 5bln. So, 4 bulan maternity leave tu tak pam. Pam sekali sehari ja utk buat stok. Tu pun 3 minggu sebelum masuk kerja.
Okay, sebelum tu meh la mak belanja gambar anak teruna mak yg rajin ni.
Boleh la sapa nak amik dia utk perkhidmatan dibeli.
Rajin sangat ni.. orang nak ambil penyapu tu simpan pun dia mengamuk marah.
Aiyooooo (T_____T).