Pages

31 March 2017

Bye March, Welcome April

Dan.
Kurang 2 bulan lagi ke Ramadhan.
Sempat ke abis ganti posa che da??
Haha.

Rasanya semua blogger dah tak menulis, kan?
Rakan2 lain pun jarang sgt dah menulis.
Termasuk lah me myself.

Ada menda nak cerita.
Banyak menda nak cerita.
Tapi, tiada masa dah.
Kt ofis, kalau pun ada masa terluang, mmg ada menda lain nak dibuat.
Dalam bulan ni, macam2 juga berlaku.
Uruskan temuduga naik pangkat.
Dan masuk juga temuduga naik pangkat.
Dah tahu pun keputusannya.
Allah sebaik baik perancang.
Allah tahu apa terbaik untuk kita.
Takpe.
Worries not.

Jadi,
Bye March.
Welcome April.




My precious son-shine dah 10 bulan esuk.
Alhamdulillah.
2 months lagi dah not baby anymore.
Huhu.
Kejap betul masa berlalu.
Setahun yang lepas masa ni tengah berat membawa perut ke hulu ke hilir. Hihi.

Nak cerita perkembangan dia dalam ni. Tapi asyik tertangguh.
Oh. My precious Rizq still fully bf.
Alhamdulillah.
Allah permudahkan rezeki ini.
Nak cerita juga journey bf ni.
Menarik sangat. Khas utk rakan TTC, supaya rakan2 semua bersemangat untuk memberikan yang terbaik untuk anugerah terindah ini.

So, be good, be nice.
Buat baik pada semua orang.
Berikan pertolongan pada yang memerlukan.
Senyum selalu.
Jangan harap balasan dari manusia.
Allah ada.
Sentiasa untuk kita.



15 March 2017

Sentul Timur to Putra Height

Wah. Gitu.
Next station. Sentul Timur.
Naik tren plak kita.
Ni kesah bila ke ni.
Hujung bulan 2 nih.
Saja saja pergi Putra Height naik tren.
Pergi rumah anak buah.
Dan saja nak try bawak dak Rizq naik tren. Hihi.

Lagipun, route baru LRT ke Putra Height tu.
Tu nak try.
Okay lah.
Dari Sentul Timur dalam 1.30pm.
Kul 3pm sampai Putra Height.
Ada berapa hentian. Lebih 20 rasanya.
Masa dalam 1jam lebih.
Tambang RM5.20.
Station Putra Height cantik.
Macam ala ala kat airport pulak.

Tapi, masih takde apa kat situ.
Takde pun orang jual jual ke apa.

Memula tu dak Rizq macam pelik pelik je.
Dia tengok je orang sekeliling.
Agaknya apa menda plak ni yg gerak gerak ramai orang ni.
Ye lah. Kalau naik kereta, jammed, dia mesti marah.
Ha.. ni takde jammed nak, lajuuuu je. Tapi orang ramai. Hihi.


Okay lah dia.
Separuh perjalanan dia tido.
Naseb tak mintak feeding dlm tu.
Sbb kalau mengamok nak feeding, mana nak pergi.
Walau mak pakai nursing blouse, tapi mak masih tak selamba nak selak dlm tren tu.
Huhu.
Kalau dia nak juga, kena turun lah dulu memana station. Gitu lah mak fikir.
Tapi, as usual - kapten is always behave boy ❤❤

Sampai PH - anak buah amik.
Jauh juga rumah derang ke station tu.
Makan makan apa semua rumah dia, kul 5 balik.
Hujan lebat balik tu.
Kalau naik kereta lagi teruk.


Kesimpulannya - okay lah naik public transport ni.
Takde pening2 jammed ke apa ke.
Pergi balik utk 2 orang dalam RM20. Parking kat station RM3.
Total RM23.
Kalau naik kereta - cost tol, cost minyak. Lagi pening dengan jammed, dengan hujan, dan kebarangkalian nak sesat pun ada tu. Hihi.

Next time kita naik lagi okay.
Ni ada ai bagi personal comment kat FB.


Info :
Utk ke Putra Height ada dua (2) tren  iaitu STAR dan Putra.
Kalau dari KLCC, contohnya, boleh direct ambik Putra.
Kalau dari Sentul tu, memang kami naik STAR lah terus.

13 March 2017

Kami Ke Kenanga (KWC)

Ni kali ke berapa eh ke KWC ni?
Baru kali ke2 ke? Atau ke3?
Entah.
Rasa macam baru beberapa kali je ke KWC ni.

Sabtu lepas pergi.
Kali ni pergi utk cari baju sedondon.
Untuk majlis wedding anak buah.
Nak sedondon semua.
Berminggu minggu tak settle settle.
Nak sedondon utk majlis belah perempuan. Dan belah lelaki juga.
Kami ni belah lelaki.

Baju utk yang belah perempuan dah settle.
Memula tgk online.
Lps tu kakak pengantin pi beli terus direct kat butik dia.
Baju cam gini.


Memang beli direct kat butik Nursafia ni.
Sekarang trend kebarung balik kan?
Dulu lps SPM trending sgt kebarung ni.
Skrg dah naik balik dah.
Tp sekarang derang buat macam ada shape sket.
Cantik.
Plus berzip.
Mudah lah utk ibu ibu bf cam ahkak.
Weeee.
Raya ni mesti ramai pakai kebarung.

Ini pun nak dapat kata sepakat ni pun humang aiiii.
Ada yang last2 minit kata taknak.
Sbb takut kain tak muat la, apa la.
Ok ok.
Sapa nak beli, taknak takpe.
Nak carik color pun, berbulan bulan.

Then settle satu.
Belah lelaki pulak.
Dari blue tiffany ke cooled blue dan tak tahu dah kaler apa dah.
Tu yang decide pi Kenanga.
Ha... dari kul 11 smpai 4.30pm berkampung kat situ.
Kau tahu lah Kenanga tu.
Rambang mata kita dibuatnya.
Nak nak plak skrg kalau tgk baju baby macam eh nak nak nak!
Dak kapten as usual.
Behave ja. Takde crancky pun. 
Bawak gi makan, pun okay ja. Suap2 dia nasik lenyek2 tu.
Pastu bagi feeding.
Nursing room sini boleh diberi penghargaan.
Walau ada 2 bijik je utk sebesar2 mall ni, tapi okay lah.
Ni kat luar. Nampak welcoming, kan?


Takde lah berbau lipas ke, busuk bau diapers ke apa ke.
Elok. Selesa. Pastu ekon kuat giler.
Dak Rizq lena betui tido.
Kat luar dia letak sofa. Kaum bapa blh la lepak (lena) situ jap. Haha. Ye. Mmg apak Rizq tertido kat luar tu. Haha.
Nursing room ni kat Tingkat 1.
Changing room ada juga kat tingkat lain. Tp nursing room rasanya mmg kat tgkt 1 ja.

Kat Kenanga ni biasa lah. Beli banyak baru murah.
Kami berkenan baju kat satu kedai ni.
Katanya beli 6 pcs, dapat murah. 10pcs lagi murah.
Memula kami nak beli 6 pcs which 3 tops, 3 skirt. Sedondon. Utk 3 orang.
Tapi, bila kira kira eh, macam ada bajet lagi.
Tambah lagi skirt.
Sekali dtg sorang acik. Nak tumpang.
Kami pun okay lah.
Takyah lah nak cukupkan smpai 10.
Sekali acik tu pilih komain lama smpai dak Rizq mengamok!
Makcikkkk niiiiii...
Lepas tu dia dah pergi kedai lain (kedai ni ada 4 kedai lain lain tempat).
Tunggu punya tunggu makcik ni tak datang lagi.
Kami pun ambik je lah lagi barang utk cukupkan 10.
Dan dan masa nak bayar lah makcik ni dtg balik.
Eiii.
Tapi, takpe lah. Anggap je lah rezeki makcik tu dapat join kami.
Mana tahu ada rezeki lebih besar utk kami. Kan?
Hihi.

On d way nak pergi parking tu, nak la belikan baju dak Rizq.
Sekali acu acu kat badan dia, mengamok marah.
Haha.
Dia udah tak tahan.
Berapa jam dia tahan, last last kami tak balik lagi. Ada nak singgah lagi.
Marah lah dia.
Tak sempat mak nak beli suar askar kat dia tau.

Hurm.
Pas ni nak shopping kat sini je lah.
Beli online tu tentah depa amik sini je. Pastu aku beli. Padahal dekat je nak pegi.
Tpi tu lah. Beli borong yg dapat murah.
Nak gi sini, kena gi reramai. Baru best.
Utk baju sedondon kami yang dapat tu.
Harga cuma RM70 sepasang (bila dah beli 10pcs tu).
Kami beli tops n skirt yg konsep dia boleh mix n match.
Best weh kalau beli bulk ni.
Murah banyakkkkk dari harga asal kalo beli sepasang sahaja.
Tetiba rasa nak jadi peniaga online (T____T).

7 March 2017

Welcome March : Saya Libang Libu

Dah masuk bulan March

Almost 1 week baru nak wish "welcome March"
Sudah berada 1/4 dari tahun 2017.

Apa yang anda dah lakukan?
Hehe.

Juga kita dah masuk Jamadil Akhir ya. Dah hampir sangat dengan Ramadhan ni.
Dah ganti puasa??
Heheeeeeee.

Smlm is my "mandom" day.


Entah.
Rasa cam serba tak kena.

Punca nya - FB.
Yerp. FB ni memang selalu buat aku serba tak kena.
Yer. Masalah diri sendiri. Bukan masalah orang.
Jadi, tak perlu nak kecam. Sebab memang aku tahu.

Aku tahu, aku sedar, memang kadang2 FB ni dah mempengaruhi hidup aku.
Bukan aku yang pengaruh FB.



Dulu, setahun aku deactivated FB.

Bermula dari aku pergi umrah, sampai lah Rizq nak lahir.
Memang tenang hidup masa tu.
Segala urusan treatment apa pun orang tak tahu.
Dan hasilnya; treatment kami berjaya.
(Jadi, korang nak treatment TTC berjaya, sila tutup FB, haha!)

Entah ek.
Kita cakap begini salah, cakap begitu, orang salah tafsir.
Realiti kehidupan. Kita akan jumpa 2 jenis orang.
Satu; jenis good. Satu lagi jenis good good.
Kat laman sosial, boleh tgk la jenis mana yang selalu ada.
Esp macam kita merempan rempan, pastu datang ntah dari mana, ttiba advise macam good good.

Tak kesah lah. Nama pun laman sosial. Semua orang boleh komen.
Tapi, tak perlu kot nak jadi good good.


And.
Yang penting tak perlu kot nak nampak cam kita byk pengalaman, maka marilah kita nasihat dia. 
Padahal orang tu tak mintak pun nasihat kita.


Lain lah kita ni memang closed dengan orang tu.
Pasti nya orang tu akan direct w app kita dan bercerita.

Takat2 dalam FB ni, dan kita pun tak pernah2 nak drop komen. Drop pun sekali sekala, tetiba nak masuk line. Kita pun tak tahu masalah orang tu kan. Read and leave. Settle.

Dugaan.
Kalau bercerita perihal duga menduga semua ni, rasanya tak payah dulu la kot.
Aku bukan tak tahu, lain orang lain dugaannya.
Kita tak pernah rasa perasaan orang takde anak bertahun tahun. Takde anak selama 10 tahun, 7 tahun.
Kita tak pernah rasa cemana orang terpaksa tersengih macam kerang busuk, sbb takde jawapan nak bagi bila orang tanya "bila nak ada anak, bila nak ada anak"
Kita tak pernah rasa terpaksa treatment sana sini.
Kita tak pernah rasa nak cucuk perut sendiri.
Kita tak pernah rasa cemna sedihnya hati bila malam ni elok bercakap fon dengan ayah, tapi pagi esuknya dapat berita ayah meninggal.

Dugaan kan utk orang tu?
Yer.


Itu dugaan dia.
Dugaan kita lain.

Mungkin dugaan orang tu lebih berat dari kita.
Atau mungkin dugaan kita lagi berat dari dia.
Itu memang namanya hidup. Hidup kan sentiasa di duga.
Dan harus diingat - Allah akan duga orang yang Dia tahu boleh diduga.
Jadi, orang diduga itu  memang kuat.

Sebenarnya annoying.
Facebook kenapa tak disable komen.

Macam instagram.
Macam blog ni.



Entah.
Malas lah.

Serius malas nak layan.

Tu tak cerita lagi kalau kita join grup grup.
Katakan grup mak mak.
Ha. Kat situ, kau berani lah nak bagi pendapat yang ikut buku ni.
Matik kau kena kecam "itu semua orang anak sorang je, tolong la ikut kata orang yg dah banyak anak, banyak pengalaman ni"
Okay. Lantak.
Ni pun good good lah ni.

Lantak kau lah. Kau paling pandai, paling hebat. Orang anak sorang ni
Nak bagi makan awal ke, nak bagi makan lipas ke, siput ke lantak.

Lain kali tak payah mintak pendapat.


Entah.
Malas lah.
Serius malas nak layan.

Oh ya.
Utk rekod : Ganti puasa - 4days of 30 days :D

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign