Pages

16 May 2016

Rengsa

Tak suka buat entry camni.
Sebab, macam menyebarkan aura negatif.
Tak baik lah nak sebar2 aura negatif nih.
Tapi, sebab terfikir-fikir.
Bila terfikir jadi rengsa.

Kita suka bertukar-tukar cerita.
Sembang-sembang.
Share pengalaman.

Tapi, ada je orang yg jenis dia bila bercakap sure macam nak menakut-nakutkan kita.
Bukan lah menakutkan. Tapi, cara dia cakap tu macam pengalaman dia lah paling teruk sekali dalam dunia tapi dapat disettlekan. Lepas tu cam nak kata kat kita "ha... nanti kau tahu lah cemna"
Begitu.

Contoh lah. Kita tengah sembang-sembang dalam grup 2,3 orang.
Tetiba insan ni cakap "dia tak rasa lagi gini gini gini"
Sbb dalam grup tu kita je takde pengalaman cam mereka yang lain tu, jadi dia cam nak kata lah bahawa kau rasa lah nanti azabnya. Atau kau rasa lah perasaan itu nanti.

Hey kakak, makcik, adik, kawan...
Chill saja lah.
Orang lain sembang2 share, takde lah pula aku nak rasa rengsa.
Tapi, sampai turn dia ni, tak chill langsung.
Nak suruh kita "rasa" "rasa" macam dia rasa pula.
Engkau, engkau lah.
Mungkin engkau rasa menda tu sgt "pahit"
Tapi, mungkin tidak pada orang lain.

Macamana kalau aku pulak cakap
"kau pernah rasa macamana acapkali hari raya orang bertanya mana anak, bila nak ada anak?"

Nak sharing, sharing sajalah.
Takyah lah asyik "nanti kau rasa lah begitu... nanti kau rasa lah begini"
Rengsa tahu.

Rasa tak seronok sembang dengan orang camni. Rasa malas nak tanya apa-apa.
Orang lain takde pun gitu.

Satu lagi, rengsa bila dia nak kita ikut macam dia.
Jangan buat begitu, jangan buat begini.
Jangan beli yg itu, jangan beli yang ini.
Ya, tahu awak ada pengalaman.
Tapi, tu lah. Mungkin cara kita berbeza.
Mungkin kemampuan kita berbeza.
Jadi, awak dan saya.
Kau dan aku.
Takkan sama.

So, chill saja.
Nak share experience, sila share.
Jangan nak takut takut kan orang.
Jangan nak halang halang orang.
Tak chill.
Dan.
Merengsa kan.

Google+ Followers

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign