Pages

27 December 2009

~PnStoberi dan Azam 2010~

Ops. Sblm tu.
Kan slalu title aku ada bermula dgn "Aku dan bla bla bla"
Tp smlm aku jalan2 di alam maya ni, terjumpa satu blog.
Dia buat title mcm tu gak.
"Aku dan bla bla bla"
Jadi walo aku tak penah tgk blog dia sblm ni, aku takmo la dikatakan meniru dia plak.
Dan walo aku tak tiru dia, aku takmo la menda yg sama ada dlm blog aku.
Tk suka okeh ada sama2 nih.
So, aku tukar la title tu.
Skang guna "PnStoberi dan bla bla bla"
Tatau la plak kut ada gak org nama Pnstoberi dlm blog nya jugak kan.

So, back to d topic.

Dlm bhsa omputih AZAM juga dikenali resolution. Ini maksud dia dlm wikipedia :
A New Year's resolution is a commitment that an individual makes to a project or the reforming of a habit, often a lifestyle change that is generally interpreted as advantageous.

So, kat sini aku dpt simpulkan yg azam ni berkait dgn :
  • komitmen
  • reforming habit
  • perubahan gayahidup
Tp secara simple mimple nyer azam adalah perubahan dari yg tak baik kepada baik atau dari yg baik kepada lebih baik.
Azam biasanya mmg org buat pada awal thn. But then patut tak perlu awal tahun, bebila pun kita buleh buat azam ni. Tp da popular setiap awal thn lah. Sbb macam buka buku baru, buka diari baru kan.

Slalu aku malas nak berazam2 bagai nih. Kadang tu terlupa dah azam yg dibuat awal thn tu. Tp tawon ni nak terai la berazam. Mau test try diri ini. Buleh ke mencapai azam tu.

Jadi..apa azam dan resolusi korang?? atau mungkin wishlist korang tahun 2010 nih??
Dgn ini aku mahu meng tag korang yg membaca blog ini [esp ini org --- >puan shah, che sue, puan purple, puan ita, puan zatul] utk meng list kan tak kira la azam ke wishlist ke resolusi ke utk tahun 2010 nih. Meh la kita share bersama2 dan berdoa agar azam kita ni akan dimakbulkan Allah.

Azam Pnstoberi utk tahun 2010 [igt yer, komitmen, reforming, changing].
Aku bahagikan azam ni pada 2 iaitu yg boleh dicapai dan mungkin akan tercapai.

Jadi mulakan dgn bahagian "boleh dicapai"
  1. Paling2 utama- saving - Ya, Pnstoberi kena menguatkan azam ini. Perlu, Perlu dan Perlu. Da 6 thn aku keja dan aku lebey byk berbelanja tak tentu hala dari menyimpan. Sgt sadis bila dipikirkan. So, pasni akan lebih bijak dalam berbelanja. Namo lagik berbelanja tak tentu hala sbb aku da beli rumah dan mesti byk belanja nak guna bila nak masuk umah baru tu nati.
  2. Mahu mengamalkan hidup yg sihat. Ya. Mari lah kita berlari2. Haha. Ini aku tatau la smpai bila buleh bertahan. Ni pun sbb org ingat aku da peknen. Maknanya aku adalah gemuk melampau dah la tu. So, haruslah meluangkan masa berjoging. Haha.
  3. Juga mengamalkan hidup yg sihat dgn makan makanan yg berkhasiat. Sapa yg kenal aku maka tau la cara pemakanan aku yg tak suka akan sayur. Sungguh tak berkhasiat. Mungkin kerana pemakanan jugak lah aku susah nak peknen tp senang napak mcm peknen. Kua Kua Kua.
Kemudian azam yang "mungkin akan tercapai"
p/s : azam ni mungkin takkan tercapai dlm tempoh setahun, tp ini adalah azam sepanjang idup aku..aku pastikan akan tercapai juga sedikit masa nati. Insyaallah.

  1. Further Master di UM. Aku tatau la bila la akan tercapai ni. Sebenarnya sejak masuk keja ini lah azam aku setiap tahun. Da siap d/load borang pun ada. Tp tak penah tercapai2. Sedihnya rasa. Sbb kalo aku tak sambung Master cemana aku nak jadi lecturer, cita2 idaman aku sedari dulu lagik. Waaaa...sedey..tp aku akan pastikan satu hari nati azam ni akan tercapai jugak.
  2. Bertitik tolak dari yg no. 1 tu, aku jugak mahu carik keja lain. Tp nyer..entah..mcm "gelap" je harapan. Malas nak citer panjang lah.
  3. The most important azam. Kenapa aku tak letakkan pada bhgn I, sbb ianya adalah ketentuan Allah. Kita cuma berusaha. Utk yg ni, akan ada entry khas nati [yang aku kata entry berat tu] Benarnya aku pun tatau aku nak buat ke tidak entry pasal ni sbb nati ada yg kata baru setahun kawen pun dah kecoh2. Entah. Nati lah akan dipikirkan. Azam yg satu ini aku kan berusaha juga tp Tuhan menentu segalanya.
Ok, itu je antara azam yg dpt dipikirkan. Nati kalo terpikir lagi, aku buh lagik. Selain itu aku juga berharap rumah tangga ku aman bahagia, dimurahkan rezeki dan sentiasa dilimpahi rahmat oleh Allah.

Semoga azam dan impian ini akan tercapai. Insyaallah.

Selamat Tahun Baru semua.Pnstoberi : Sama berdoa

5 juta komen

insya-allah semoga tercapai segala yang di hajati..amin..amin..

huhuhu...sedey plak aku rasa...=(

PUANPURPLE,
buat la gak entry pasal azam awak jugak. Meh kita tgk akhir tawon nati samada terlaksana ke tidak azam tu. Huhu.

PUANSHAH,
Apo kono lak ekau sedey. Cpt buat azam ko plak. Aku nak baca. Hiksss

kan aku buat...tp baru part 1 laa...eheheh...ada lain lg yg bederet dlm 'waiting list'...
ahahha...

Eh. Dah ada yer. Aku rasa mcm da baca. Tp ada part2 pulok yer. Okeh..abiskan suma yer. Nati aku baca. Hehe

Terima kasih atas komen anda :)

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign